Salamun alaikum,
 
Warga sastera dan pencinta sastera, sekadar untuk difikirkan.
 
Oleh: Faisal Tehrani
 
23 October 2009

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'? 



Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am 
PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin 
pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya 
mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau 
gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut 
dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya 
tulis di blog ini: lihat sini). Sebagai 'orang PAS' apabila Presiden yang 
dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin 
mempertahankan parasit dari luar maka saya rasa itu sudah melampau. 

Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' 
pada bahagian 4 kurungan (d) adalah ditegaskan mesyuarat majlis syura ulama 
berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis 
tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ulangan: 3 
tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh 
diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura 
Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekarang rasanya ada 
keperluan untuk tidak memperbaharui kedudukan beliau di situ). Dari segi lama 
memerintah beliau sudah hampir menyamai lamanya rekod Mahathir, Isa Samad dan 
mungkin juga mendiang Deng Xiao Ping. Kalau alasannya untuk terus memerintah 
kerana dapat buat pahala, maka tidakkah itu semacam menutup peluang orang lain 
untuk buat pahala juga?

Kecenderungan Mursyidul Am sekarang mencurahkan kasih sayang tidak berbelah 
bahagi kepada kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut memualkan. 
Bukan sahaja beliau galak menyokong tokoh-tokoh berpalit mungkar, beliau ikut 
turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah 
ahli PAS begitu menjolok mata. Usah bicara lagi tentang taghut dan kejahatan 
zionis.

Cerita-cerita tentang ketidakberdayaan beliau untuk mengawal tokoh tertentu di 
Kelantan semakin riuh kedengaran. Insya-Allah senjata akan makan tuan. Silakan 
panggil muktamar khas. Bincangkan dengan terbuka. Presiden boleh menjelaskan 
secara terang-terang mengapa beliau kian ragu dengan 'orang itu'. Banyak yang 
boleh dijejerkan. Pujian 'orang itu' buat Salman Rushdie (pencaci Nabi Muhammad 
saw) sebagai profound sudah memadai untuk menggetarkan serta meremukredamkan 
hati kita yang benar-benar ikhlas dengan Rasulullah saw.

Saya ingin bertanya, adakah keperluan menyingkir Haji Abdul Hadi Awang? Apakah 
manfaat yang akan didapati? Apakah mudarat yang mungkin kita tempuhi? Adakah 
hasrat beliau memanggil muktamar khas itu kerana mendengar 'hasutan' parasit 
luar? Tidakkah boleh dia bertenang dari melenting melatah menulis dalam blog 
sehingga ditertawakan oleh musuh? 

Jika dengan memanggil muktamar khas tersebut, Presiden akan tersingkir, di mana 
pengaruh 'orang itu' dan segala macam kebatilannya akan terus dipertahankan, 
maka silalah lakukan. Itu akan mempercepatkan kehancuran sebuah gerakan Islam. 

Maka hati siapakah yang akan puas dan menang dengan kepunahan tersebut?

--- On Fri, 10/23/09, utuh karya jaya makki <[email protected]> wrote:


From: utuh karya jaya makki <[email protected]>
Subject: [ SASTERA ] Sekadar Sebuah Catatan Kaki
To: "ikatan penulissabah" <[email protected]>, 
[email protected], [email protected], "sastera yahoo" 
<[email protected]>, "utuh karya jaya makki" 
<[email protected]>, "watan sabah" <[email protected]>
Date: Friday, October 23, 2009, 10:29 AM


  




   Tiba-tiba saya ingin menulis lagi.Namun kali ini saya memikirkan tentang 
egroups terutama sasteraegroup yang selama ii saya sertai.
Sebelumnya bila saya menulis apa jenis kritikan pun kota atai almari usang 
menjadi destinasi terakhir.Perkara ini berlaku ini berlaku sekian lamanya dalam 
dunia saya yang kecil dan terpencil ini.Menulis bukan sekadar mengasah diri 
tetapi di situ ada kepuasan rohani.Sekaligus hiburan jiwa.
Apa yang pasti, saya harus menulis untuk memenuhi tuntutan akal dan keinginan 
saya.Tuntutan jiwa protes saya yang tidak behenti terutama bila ianya menyentuh 
persoalan agama dan bahasa.Cara ini juga memudahkan saya melepaskan tekanan 
fikir didi sendiri.Setuasi ini akan di hadapi terutama dalam dunia saya yang 
kecil dan tidak ada ruang untuk menyuarakan pandangan.Atau menghujahkan 
pandangan dalam suatu perkara.
Kemudian hari setelah beberapa tahu,saya menyedari akan tanggungjawap akidah di 
dalam desakan fikir itu dan jiwa kritis.Menyedari bahawa dalam dunia yang 
manusianya mula di burakan oleh sains.Sehinga dalam banyak hal sains lebih 
hebat dari agama itu sendiri.Saya harus meluahkan kritikan saya itu dalam wajah 
hujah mahupun genre saatera yang saya akrab.sekaligus menunaikan tanggungjawap 
saya sebagai hamba Allah swt.Dengan harapan penuh kelak di hari perhitungan, 
saya tidak di tuntun oleh pemahaman,pengetahu an dan ilmu yang saya ada 
walaupun cuma sedikit ini.
Sekaligus aku cuba belajar mengatur bahan dan pemikiran dalam setiap tulisan 
saya.Ini sering saya nyatakan kepada adik saya tentang kejahilan saya mengatur 
idea dalam setiap penulisan saya.Rasanya sehingga ke hari ini saya masih 
menghadapi masalah yang sama.Kebetulan adik bungsu saya menuntup di pusat 
pengajian tinggi tika itu.
Ada ketikanya saya mengharapkan pandangan,binbingan dan teguran dalam setiap 
pendapat saya.Namun dalam setuasi saya ianya mustahil untuk menembusi media 
cetak.Waktu itu dunia web belum langsung saya kenali.namun saya tetap saja 
menulis seperti biasa.Sehingga sukar untuk mengenaali apa genre tulisan yang 
saya hasilkan melainkan kertas tersebut menjadi tempat lipas membiak dalam kota 
yang saya sediakan khusus mengikut jenis tulisan.


   Bila kemudiannya saya mengenali dunia web dan egroups,saya langsung tertarik 
dan mula menyertainya. Saya lebih berminat membaca tulisan-tulisan, karya 
sastera dalam email saya.Banyak sekali penulis nasional dapat saya tatap 
karyanya dan dapat pula membaca pemikiran mereka melalui tulisan.Sesekali saya 
urut serta bersama kedaifan ilmu yang ada.
Pengalaman di groups ini seakan pengalaman seekor merpati yang di lepaskan dari 
sangkar.Saya dapat menulis sajak .Kebetulan bayaran untuk melayari internet 
cukup mahal maka masa untuk mencari bahan menambah pengetahuan dan berkarya 
agak terhad.Di egroups sajak lebih pratikal berbanding genre lain dengan kos 
Cuma untuk setengah jam melayari internet.
Bila hujung bulan dapat gaji dapatlah saya kongsikan pandangan saya dengan ahli 
egroups.Sehingga ada ketika berlaku perbincngan hangat dan di sudahi dimana 
saya harus memohon maaf kepada penulis wanita nasional yang agak di kenali 
waktu itu.Tapi semua itu memberi pengetahuan kepada saya untuk berhati-hati. 
Kerana ada ketikanya pandangan kita tepat dan rasional namun cara kita 
mewakilkannya dengan bahasa tidak baik,menyebabkan nilainya hilang.Bagi 
sesetengah orang ia melihat nilai tetapi sesetengahnya akan melihat bahasa 
sebagai medium penyampai itu terlebih dahulu.
Egroups menjadi pilihan saya kerana ianya satu-satunya ruang untuk saya berada 
di tengah-tengah masyarakat.Sekalipu n ianya berbayar tidak menjadi persoalan 
langsung.Kerana selama ini bila saya berkarya tidak terlintas pula persoalan 
nilai materi dalam karya saya.
    Dalam banyak pengalaman menulis dan belajar berkarya di radio nasional 
mahupun bebas negara jiran saat karya tersiar itulah nilai sebenar karya 
saya.Bila pengacara memberi koment dan tip itu adalah kepuasan belajar.Yang 
daif di katakan daif ,yang baik di katakan baik.Tidak ada yang lebih penting 
dalam sastera melainkan kecintaan dan kejujuran dalam berkarya melukis kreaktor 
masyarakat dalam bahasa ibunda.Soal materi rasanya ianya biarlah menjadi 
imbalan sampingan dari rasa kecintaan dan kejujuran itu.
    Saya cukup menyedari dalam masyarakat ini khalayak sastera telalu 
elegen.Karya- karya sastera hanya dapat di nikmati di di kalangan jemputan di 
tempat tertutup dan tersen diri.Sasteranya tidak di bawa ke meja masyarakat 
sebagai hidangan jiwa masyarakat yang cenderung menafsirkan hiburan hindonisme 
sebagai hiburan tunggal.Sekaligus dapat bimbingan dan peringatan akhlak yang 
baik jika pengkarya meletakkan akidah sebagai asas dalam pengkarayaan 
masing-masing. (Saya ada cadangan ringan untuk memasyarakat sastera di Sabah 
sekaligus luahan rasa saya dengan setuasi ini sejak sekian lama.Akan saya 
kongsikan)
Saya mengenali egroups di awal mulanya kritikal akhlak,nilai dan akidah di 
kalangan manusia esklusif pemimpin negara yang tidak dapat di sembunyikan 
lagi.Setelah puluhan tahun di guna-pakai tanpa dapat di tafsir sebagai 
keperibadian bobrok oleh masyarakat kerana kekangan media yang langsung 
kehilangan etikanya.Atau lebih jelas di awal reformasi bergema di negara ini.
Tika itu saya terjun ke dalam egroups sebagai persedian saya mendengar 
perbezaan pendapat yang wujud dalam egroups.Membaca pendapat yang agak variasi 
di luar dunia terpencil dan kecil selama ini.Saya terbabit dalam beberapa 
perbincangan hangat sehingga saya mendapat bimbingan dan teguran yang berguna.
    Dari menulis pandangan atau mengulas saya beralih kepada mengulas 
sesetengah pandangan dengan mengunakan sajak .Dan salah satu sajak yang saya 
ulas dalam bentuk sajak adalah sajak saudara Ismaily Bungsu sendiri yang 
judulnya saya tidak begitu ingat(saya ada masalah ingatan selepas berhenti 
merokok).Saya turunkan sajak tersebut di sini.


DEMONTRASI KERJA SYAITAN ???
(Buat saudara Ismaily Bungsu)


Demontrasi kerja syaitan ???
Belasah sampai mata lebam,kerja malikat agaknya ?
Rasuah pula kerja ulama ?
Jadi dunia sudah ada hadis baru ?


Menghina Rasulullah saw kerja siapa agaknya?
Merendah-rendahkan hukum kerja siapa pula ?
Seingat sya kerana demontrasilah Malayan Union boleh belaa…
Tapi tinggal lagi sekularsme
Dan penjajahan tatacara colonial yang dirajakan
Memesongkan akidah umat




Utuh Karya Jaya
11.3.2001
Center Point,K.K


   Inilah sajak yang ada dalam simpanan saya dan beginilah ianya di 
persembahkan.
Saya terus sajak menikmati karya-karya sastera yang ada.Termasuk wawancara 
,artikel dan ulasan di media masa.Sama ada media cetak yang dapat saya miliki 
sendiri mahupun kutip di mana-mana atau tumpang baca dengan sesiapa saja yang 
mungkin.waktu itu reformasi hangat di perkatakan dan saya turut terujah ingin 
keluar di tengah khalayak untuk menyuarakan pandangan.
Mungkin saya adalah salah satu manusia tika itu langsung menilai pertududuhan 
ke atas saudara Anwar Ibrahim tidak masuk saringan akal sihat saya.Saya amat 
percaya firasat saya membawa saya mencari kebenaran terhadap semua cerita yang 
tidak masuk akal itu.
    Saudara Anwar Ibrahim tika itu dalam diri saya adalah pemimpin masyarakat 
bukan YB seperti kebanyakan pemimpin dan masa yang kita lalui.seorang pemimpin 
umat islam yang berkreaktor Islam yang kita ada sejak sekian lama kemerdekaan 
Malaysia.Maksud saya tafsiran islam yang saya dapat sejak dari bangku sekolah 
dan dari persekitaran kita.Tidak ada siapa yang dapat menafikannya beliau yang 
mempersembahkan islam itu ke dalam masyarakat.Di mana waktu itu agak sukar dan 
hamper mustahil mengenali islam melalui PAS.
PAS Berjaya digembur-gemburkan sebagi pelampau agama oleh media utama 
negara.Ini berlaku sejak saya di sekoah rendah lagi sekitar akhir tahun 
70an.Contohnya ahli PAS solat dua imam,mengkapirkan dan sebagainya.Tapi melalui 
saudara Anwar Ibrahim ruang mengenali islam tumbuh begitu mendesak.kemunculan 
internet dan memaksakan diri saya mempelajarinya memperikan ruang dan dimensi 
baru dalam pengkaryaan saya.
Saya ingin mengakui di sini dengan kreaktor saudara Anwar Ibrahim yang membawa 
saya melihat islam lebih jauh.Melihat islam itu cantik dan rugi seandainya 
tidak di kenali dan di dakap sepenuh hati.Tanpa beliau saya rasanya masih 
mengenali islam mengikut tafsiran UMNO.Melihat islam cetek,jumud. extrem dan 
hanyak menilai keindahan islam melalui materi dan perayaan yang gilang 
gemilang.Tidakkah islam itu yang sedang di persembahkan kedalam masyarakat 
dewasa ini.Islam yang benar dengan system pendidikan negara dewasa ini tidak 
akan membawa kita memahami islam secara syumul sekalipun kita menuntut ke tahaf 
tertinggi pendidikan dalam negara kita.Melainkan ada usaha untuk menongkah arus 
dalam menuntut ilmu-ilmu islam.Dan akhirnya islam itu membawa saya mengenali 
PAS melaui media alternative yang sedang berkembang dengan pesat dewasa ini.  









Bahagian pertama yang dapat saya emailkan


Utuh Karya Jaya
23.10.2009
Kota Kinabalu.



Windows 7: Find the right PC for you. Learn more. 















      

Kirim email ke