Faisal Tehrani 

 







31 October 2009

Sikap Sosial Dalam Persuratan 


Merujuk kepada persoalan sikap sosial di atas, persuratan hari ini wajar 
menjadi medan menawarkan pelbagai kaedah penyelesaian untuk masalah ummah. 
Menerusi karya persuratan pengarang muslim tidak sahaja menghantarkan pesan 
dakwah atau menunjukkan kebolehan kreativiti tetapi harus juga memugar segala 
kerencaman umat Islam supra mazhab yang boleh diadaptasi dan dimanipulasi 
kepelbagaiannya sebagai satu bentuk formula dan kekuatan baharu dalam 
menyelesaikan masalah ummah1. Sastera Islam yang hanya menawarkan persoalan 
cinta, dan menjejerkan masalah tanpa mengungkapkan formula penyelesaian adalah 
karya sastera Islam atau persuratan yang kurang manfaatnya untuk mendepani 
penjajahan budaya.

Berhubung rapat dengan hujah di atas adalah adanya kajian yang menunjukkan 
karya-karya puncak (produk hasil Sasterawan Negara) dalam sastera Malaysia 
tertumpu kepada aspek membikin-cerita. Ungku Maimunah Mohd Tahir (2009: 50-51) 
dalam kajiannya mencatatkan:

...penilaian Anugerah Sastera Negara menumpukan perhatian kepada cerita, isian 
cerita dan cara cerita dibina atau dibangunkan, yang semuanya diperikan sebagai 
wajar dalam penilaian sesebuah karya kreatif, khususnya yang berbentuk cereka. 
Seterusnya, tumpuan kepada cerita ini sekali gus memperlihatkan kesenangan 
dengan beberapa ciri utama pemikiran realisme, seperti yang pernah dikejapkan 
dengan utuhnya pada gandingan warisan Barat abad ke-19 itu.

...tidak dinafikan ada rujukan kepada ilmu, falsafah dan amanat tetapi 
rata-rata rujukan tersebut lebih bersifat kenyataan-kenyataan umum, yang tidak 
pula membincangkan ilmu atau falsafah yang diperkatakan itu. Begitu juga, 
sering yang dimaksudkan dengan falsafah atau amanat itu ialah isu, permasalahan 
atau persoalan yang digarap oleh novel atau cerpen yang diperkatakan itu. 

Dalam hal ini, sekiranya karya-karya tokoh sastera negara dijadikan contoh 
pedoman, pengisian sastera yang diinginkan untuk menjadi benteng penjajahan 
budaya belum terjelma secara benar. Ini kerana jelas, unsur cerita yang 
mendominasi karya sastera tanahair adalah warisan Barat itu sendiri (penjajah). 
Sementara pengisian berbentuk falsafah dan pemikiran yang dapat menjadi 
pemangkin penyelesaian masalah ummah (sikap sosial) tidak kelihatan dalam 
bentuk yang signifikan.

Seperti yang telah ditegaskan sebelum ini, ICT dan segala macam produk yang 
berkaitan adalah bahagian peradaban Barat yang dapat dimanfaatkan oleh kita 
umat Islam untuk tujuan dakwah. Dalam hal ini persuratan atau sastera Islam 
yang mengandungi sikap sosial, formula atau solusi penyelesaian supra mazhab 
mestilah menjadi pengisian sekian macam produk ICT yang sedia ada (dan yang 
bakal bertunas) supaya ia tidak dimuatkan dengan isian budaya Barat yang tidak 
dapat menjadi penawar buat kita.

Dalam hal ini kekuatan ICT yang dapat menjadi bala bencana (kerana muatan 
penjajahan budaya) iaitu ‘sumber terbuka2’ dapat menjadi keuntungan sekiranya 
bijak dimanipulasi. Namun, adalah mendukacitakan ICT sebagai ’sumber terbuka’ 
kurang menjadi medan untuk berinteraksi, berdialog dan merumuskan ’sikap 
sosial’. Sebaliknya ’sumber terbuka’ ini digunakan oleh para dhaei untuk 
memasakkan kebenaran sendiri secara angkuh sambil menelangkup dan menggunjing 
pendakwah lain yang berbeza pendekatan. Kemunculan ICT sebagai ’sumber terbuka’ 
telah dijadikan medan vonnis in absentia yang dapat menyalakan perseteruan 
antara ummah. Kurangnya rasa tanggungjawab daripada tokoh-tokoh agama dalam 
mengurusi pengikut masing-masing mengakibatkan ICT yang dapat menjadi pusat 
kekuatan dan manfaat dakwah tercebur kepada pusat fitnah dan dakyah.

Petikan kertas kerja Zaman ICT: Sastera Sebagai Wahana Dakwah oleh Faisal 
Tehrani yang dikemukakan di Seminar Memperkasa Peranan Tekno-Dha’ei: Cabaran 
Dalam Pembangunan dan Penggunaan ICT anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia 
atau IKIM pada 27-28 Oktober 2009 lalu. Kertas ini dapat diakses di 
suaramalaysia.net.


Posted by Faisal Tehrani at 10:50 AM 0 comments  



--- On Fri, 10/23/09, utuh karya jaya makki <[email protected]> wrote:


From: utuh karya jaya makki <[email protected]>
Subject: [ SASTERA ] Sekadar Sebuah Catatan Kaki
To: "ikatan penulissabah" <[email protected]>, 
[email protected], [email protected], "sastera yahoo" 
<[email protected]>, "utuh karya jaya makki" 
<[email protected]>, "watan sabah" <[email protected]>
Date: Friday, October 23, 2009, 10:29 AM


  




   Tiba-tiba saya ingin menulis lagi.Namun kali ini saya memikirkan tentang 
egroups terutama sasteraegroup yang selama ii saya sertai.
Sebelumnya bila saya menulis apa jenis kritikan pun kota atai almari usang 
menjadi destinasi terakhir.Perkara ini berlaku ini berlaku sekian lamanya dalam 
dunia saya yang kecil dan terpencil ini.Menulis bukan sekadar mengasah diri 
tetapi di situ ada kepuasan rohani.Sekaligus hiburan jiwa.
Apa yang pasti, saya harus menulis untuk memenuhi tuntutan akal dan keinginan 
saya.Tuntutan jiwa protes saya yang tidak behenti terutama bila ianya menyentuh 
persoalan agama dan bahasa.Cara ini juga memudahkan saya melepaskan tekanan 
fikir didi sendiri.Setuasi ini akan di hadapi terutama dalam dunia saya yang 
kecil dan tidak ada ruang untuk menyuarakan pandangan.Atau menghujahkan 
pandangan dalam suatu perkara.
Kemudian hari setelah beberapa tahu,saya menyedari akan tanggungjawap akidah di 
dalam desakan fikir itu dan jiwa kritis.Menyedari bahawa dalam dunia yang 
manusianya mula di burakan oleh sains.Sehinga dalam banyak hal sains lebih 
hebat dari agama itu sendiri.Saya harus meluahkan kritikan saya itu dalam wajah 
hujah mahupun genre saatera yang saya akrab.sekaligus menunaikan tanggungjawap 
saya sebagai hamba Allah swt.Dengan harapan penuh kelak di hari perhitungan, 
saya tidak di tuntun oleh pemahaman,pengetahu an dan ilmu yang saya ada 
walaupun cuma sedikit ini.
Sekaligus aku cuba belajar mengatur bahan dan pemikiran dalam setiap tulisan 
saya.Ini sering saya nyatakan kepada adik saya tentang kejahilan saya mengatur 
idea dalam setiap penulisan saya.Rasanya sehingga ke hari ini saya masih 
menghadapi masalah yang sama.Kebetulan adik bungsu saya menuntup di pusat 
pengajian tinggi tika itu.
Ada ketikanya saya mengharapkan pandangan,binbingan dan teguran dalam setiap 
pendapat saya.Namun dalam setuasi saya ianya mustahil untuk menembusi media 
cetak.Waktu itu dunia web belum langsung saya kenali.namun saya tetap saja 
menulis seperti biasa.Sehingga sukar untuk mengenaali apa genre tulisan yang 
saya hasilkan melainkan kertas tersebut menjadi tempat lipas membiak dalam kota 
yang saya sediakan khusus mengikut jenis tulisan.


   Bila kemudiannya saya mengenali dunia web dan egroups,saya langsung tertarik 
dan mula menyertainya. Saya lebih berminat membaca tulisan-tulisan, karya 
sastera dalam email saya.Banyak sekali penulis nasional dapat saya tatap 
karyanya dan dapat pula membaca pemikiran mereka melalui tulisan.Sesekali saya 
urut serta bersama kedaifan ilmu yang ada.
Pengalaman di groups ini seakan pengalaman seekor merpati yang di lepaskan dari 
sangkar.Saya dapat menulis sajak .Kebetulan bayaran untuk melayari internet 
cukup mahal maka masa untuk mencari bahan menambah pengetahuan dan berkarya 
agak terhad.Di egroups sajak lebih pratikal berbanding genre lain dengan kos 
Cuma untuk setengah jam melayari internet.
Bila hujung bulan dapat gaji dapatlah saya kongsikan pandangan saya dengan ahli 
egroups.Sehingga ada ketika berlaku perbincngan hangat dan di sudahi dimana 
saya harus memohon maaf kepada penulis wanita nasional yang agak di kenali 
waktu itu.Tapi semua itu memberi pengetahuan kepada saya untuk berhati-hati. 
Kerana ada ketikanya pandangan kita tepat dan rasional namun cara kita 
mewakilkannya dengan bahasa tidak baik,menyebabkan nilainya hilang.Bagi 
sesetengah orang ia melihat nilai tetapi sesetengahnya akan melihat bahasa 
sebagai medium penyampai itu terlebih dahulu.
Egroups menjadi pilihan saya kerana ianya satu-satunya ruang untuk saya berada 
di tengah-tengah masyarakat.Sekalipu n ianya berbayar tidak menjadi persoalan 
langsung.Kerana selama ini bila saya berkarya tidak terlintas pula persoalan 
nilai materi dalam karya saya.
    Dalam banyak pengalaman menulis dan belajar berkarya di radio nasional 
mahupun bebas negara jiran saat karya tersiar itulah nilai sebenar karya 
saya.Bila pengacara memberi koment dan tip itu adalah kepuasan belajar.Yang 
daif di katakan daif ,yang baik di katakan baik.Tidak ada yang lebih penting 
dalam sastera melainkan kecintaan dan kejujuran dalam berkarya melukis kreaktor 
masyarakat dalam bahasa ibunda.Soal materi rasanya ianya biarlah menjadi 
imbalan sampingan dari rasa kecintaan dan kejujuran itu.
    Saya cukup menyedari dalam masyarakat ini khalayak sastera telalu 
elegen.Karya- karya sastera hanya dapat di nikmati di di kalangan jemputan di 
tempat tertutup dan tersen diri.Sasteranya tidak di bawa ke meja masyarakat 
sebagai hidangan jiwa masyarakat yang cenderung menafsirkan hiburan hindonisme 
sebagai hiburan tunggal.Sekaligus dapat bimbingan dan peringatan akhlak yang 
baik jika pengkarya meletakkan akidah sebagai asas dalam pengkarayaan 
masing-masing. (Saya ada cadangan ringan untuk memasyarakat sastera di Sabah 
sekaligus luahan rasa saya dengan setuasi ini sejak sekian lama.Akan saya 
kongsikan)
Saya mengenali egroups di awal mulanya kritikal akhlak,nilai dan akidah di 
kalangan manusia esklusif pemimpin negara yang tidak dapat di sembunyikan 
lagi.Setelah puluhan tahun di guna-pakai tanpa dapat di tafsir sebagai 
keperibadian bobrok oleh masyarakat kerana kekangan media yang langsung 
kehilangan etikanya.Atau lebih jelas di awal reformasi bergema di negara ini.
Tika itu saya terjun ke dalam egroups sebagai persedian saya mendengar 
perbezaan pendapat yang wujud dalam egroups.Membaca pendapat yang agak variasi 
di luar dunia terpencil dan kecil selama ini.Saya terbabit dalam beberapa 
perbincangan hangat sehingga saya mendapat bimbingan dan teguran yang berguna.
    Dari menulis pandangan atau mengulas saya beralih kepada mengulas 
sesetengah pandangan dengan mengunakan sajak .Dan salah satu sajak yang saya 
ulas dalam bentuk sajak adalah sajak saudara Ismaily Bungsu sendiri yang 
judulnya saya tidak begitu ingat(saya ada masalah ingatan selepas berhenti 
merokok).Saya turunkan sajak tersebut di sini.


DEMONTRASI KERJA SYAITAN ???
(Buat saudara Ismaily Bungsu)


Demontrasi kerja syaitan ???
Belasah sampai mata lebam,kerja malikat agaknya ?
Rasuah pula kerja ulama ?
Jadi dunia sudah ada hadis baru ?


Menghina Rasulullah saw kerja siapa agaknya?
Merendah-rendahkan hukum kerja siapa pula ?
Seingat sya kerana demontrasilah Malayan Union boleh belaa…
Tapi tinggal lagi sekularsme
Dan penjajahan tatacara colonial yang dirajakan
Memesongkan akidah umat




Utuh Karya Jaya
11.3.2001
Center Point,K.K


   Inilah sajak yang ada dalam simpanan saya dan beginilah ianya di 
persembahkan.
Saya terus sajak menikmati karya-karya sastera yang ada.Termasuk wawancara 
,artikel dan ulasan di media masa.Sama ada media cetak yang dapat saya miliki 
sendiri mahupun kutip di mana-mana atau tumpang baca dengan sesiapa saja yang 
mungkin.waktu itu reformasi hangat di perkatakan dan saya turut terujah ingin 
keluar di tengah khalayak untuk menyuarakan pandangan.
Mungkin saya adalah salah satu manusia tika itu langsung menilai pertududuhan 
ke atas saudara Anwar Ibrahim tidak masuk saringan akal sihat saya.Saya amat 
percaya firasat saya membawa saya mencari kebenaran terhadap semua cerita yang 
tidak masuk akal itu.
    Saudara Anwar Ibrahim tika itu dalam diri saya adalah pemimpin masyarakat 
bukan YB seperti kebanyakan pemimpin dan masa yang kita lalui.seorang pemimpin 
umat islam yang berkreaktor Islam yang kita ada sejak sekian lama kemerdekaan 
Malaysia.Maksud saya tafsiran islam yang saya dapat sejak dari bangku sekolah 
dan dari persekitaran kita.Tidak ada siapa yang dapat menafikannya beliau yang 
mempersembahkan islam itu ke dalam masyarakat.Di mana waktu itu agak sukar dan 
hamper mustahil mengenali islam melalui PAS.
PAS Berjaya digembur-gemburkan sebagi pelampau agama oleh media utama 
negara.Ini berlaku sejak saya di sekoah rendah lagi sekitar akhir tahun 
70an.Contohnya ahli PAS solat dua imam,mengkapirkan dan sebagainya.Tapi melalui 
saudara Anwar Ibrahim ruang mengenali islam tumbuh begitu mendesak.kemunculan 
internet dan memaksakan diri saya mempelajarinya memperikan ruang dan dimensi 
baru dalam pengkaryaan saya.
Saya ingin mengakui di sini dengan kreaktor saudara Anwar Ibrahim yang membawa 
saya melihat islam lebih jauh.Melihat islam itu cantik dan rugi seandainya 
tidak di kenali dan di dakap sepenuh hati.Tanpa beliau saya rasanya masih 
mengenali islam mengikut tafsiran UMNO.Melihat islam cetek,jumud. extrem dan 
hanyak menilai keindahan islam melalui materi dan perayaan yang gilang 
gemilang.Tidakkah islam itu yang sedang di persembahkan kedalam masyarakat 
dewasa ini.Islam yang benar dengan system pendidikan negara dewasa ini tidak 
akan membawa kita memahami islam secara syumul sekalipun kita menuntut ke tahaf 
tertinggi pendidikan dalam negara kita.Melainkan ada usaha untuk menongkah arus 
dalam menuntut ilmu-ilmu islam.Dan akhirnya islam itu membawa saya mengenali 
PAS melaui media alternative yang sedang berkembang dengan pesat dewasa ini.  









Bahagian pertama yang dapat saya emailkan


Utuh Karya Jaya
23.10.2009
Kota Kinabalu.



Windows 7: Find the right PC for you. Learn more. 















      

Kirim email ke