Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Mereka Yang Rugi Pada Ramadhan

2007-09-16 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Ka'ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Hadirlah ke mimbar. Maka kami semua pun hadir. Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, amin dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata amin dan apabila beliau naik anak tangga

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangka Hari Mengkhatam Al-Quran

2007-09-21 Terurut Topik Abu Heakal
Bersumber daripada Yahya Bin Sa'id berliau berkata, aku dan Muhammad bin Yahya Bin Habban sedang duduk. Muhammad memanggil seseorang lalu berkata, Ceritakanlah kepadaku apa yang engkau dengan daripada ayahmu. Lelaki itu berkata, Ayahku memberitahukan kepadaku, bahawa dia pernah datang kepada

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Seolah-olah Seperti Baru Dilahirkan

2007-09-26 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abdurrahman r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. suatu ketika berbicara tentang bulan Ramadhan, lalu sabdanya, Inilah bulan yang Allah wajibkan atas kalian berpuasa dan aku memerintahkan kepada kamu semua untuk bangun (solat terawih sebagai amalan sunat). Oleh kerana itu, sesiapa

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Satu Doa Dimakbulkan Setiap Hari

2007-09-30 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai hamba-hamba yang di bebaskan pada Ramadhan dan bagi setiap orang Islam dan satu doa yang dimaqbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan) (Riwayat Al-Bazzar di dalam Targhib Wal Tarhib)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tiga Golongan Yang Tidak Ditolak Doanya

2007-10-01 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Pastikan Lapar Kita Adalah Berbaloi

2007-10-02 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. berkata, Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam (Riwayat Ibnu

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Mencari Lailatul Qadar

2007-10-04 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan. (Muttafaq 'alaih) Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Apalah Yang Nak Direbut-rebut

2007-10-15 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada al-Mustaurid bin Syaddad r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seseorang di antara kamu memasukkan jarinya ke dalam air lautan, maka cubalah lihat dengan apa ia kembali (Bermaksud, seberapa

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangan Terlalu Mencari Dunia

2007-10-16 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah engkau semua terlampau cinta dalam mencari sesuatu untuk kehidupan, sebab dengan terlampau mencintainya itu, maka engkau semua akan mencintai pula keduniaan. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Harta Itu Fitnah

2007-10-18 Terurut Topik Abu Heakal
Dari Ka'ab bin 'lyadh r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya setiap ummat itu ada fitnahnya dan fitnah ummatku ialah harta. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tanda-tanda Orang Yang Mencintai Nabi

2007-10-20 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w., Ya Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya saya ini nescaya cinta kepada Tuan. Beliau lalu bersabda: Lihatlah baik-baik apa yang engkau ucapkan itu. Orang itu berkata lagi, Demi Allah, sesungguhnya

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Apabila Ditimpa Kesusahan

2007-10-23 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang ditimpa oleh kemelaratan, lalu diturunkannya kepada manusia ( meminta tolong kepada sesama manusia agar dihilangkan kemelaratannya itu), maka tentu tidak akan tertutuplah kemelaratannya tadi. Tetapi sesiapa

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangan Meminta-minta

2007-10-24 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Hakim bin Hizam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Tangan yang bahagian atas (yang memberi) adalah lebih mulia daripada tangan yang bahagian bawah (yang menerima). Dan dahulukanlah dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu (yang wajib dinafkahi).

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Cemburu Yang Digalakkan

2007-10-27 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada kehasadan yang dibolehkan melainkan dalam dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta, kemudian ia mempergunakan guna menafkahkannya itu untuk apa-apa yang hak dan seseorang yang dikurnia

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Cemburu Yang Digalakkan - 2

2007-10-28 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya: Tidak boleh hasad melainkan dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurniai oleh Allah kepandaian dalam al-Quran, mengertikan dan lain-lain, kemudian ia suka bersembahyang dengan membaca al-Quran itu pada waktu malam dan

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Kelebihan Menjadi Orang Kaya

2007-10-30 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan sahabat-sahabat Muhajirin sama mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: Orang-orang yang berharta banyak itu pergi dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi serta kenikmatan yang kekal. Rasulullah s.a.w. bertanya:

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangan Sengaja Mengharap Kematian

2007-11-01 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah seseorang dari kamu mengharapkan kematian. Jikalau dia seorang yang dapat berbuat baik, mungkin kebaikannya itu dapat ditambahkan olehnya dan jika dia seorang yang berbuat keburukan, maka mungkin dia bertaubat kepada

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Salah Satu Ciri Orang Bertaqwa

2007-11-03 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Athiyyah bin 'Urwah as-Sa'di as-Shababi r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang hamba itu belum sampai kepada tingkat kalangan orang-orang yang bertaqwa, sehingga dia meninggalkan sesuatu yang tidak ada larangan kerana takut kalau-kalau dalam hal itu ada sesuatu

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangan Menghina Orang Lain

2007-11-03 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada 'lyadh bin Himar r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepadaku, hendaklah kamu semua itu bersikap tawadhu', sehingga tidak ada seseorang yang membanggakan dirinya di atas orang lain (iaitu menganggap dirinya lebih mulia daripada orang

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Cara Nabi Memberi Perhatian

2007-11-06 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Rifa'ah iaitu Tamim bin Usaid r.a., katanya: Saya sampai kepada Nabi s.a.w. dan waktu itu beliau sedang berkhutbah, lalu saya berkata: Ya Rasulullah, ada seorang yang gharib ( asing yakni bukan penduduk negeri itu ) datang untuk menanyakan agamanya yang ia tidak mengerti apakah

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Lumpuh Tangan Kanan Kerana Sombong

2007-11-08 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Salamah bin al-Akwa' r.a. bahawasanya ada seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w. dengan menggunakan tangan kirinya, lalu beliau s.a.w. bersabda: Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu. Orang itu berkata: Saya tidak dapat makan sedemikian itu. Beliau s.a.w. bersabda: Tidak

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Cara Rasulullah Melayani Anas

2007-11-11 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Anas r.a. pula, katanya: Saya tidak pernah memegang suatu sutera tebal atau pun sutera tipis yang rasanya lebih halus daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Saya juga tidak pernah mencium satu bau-bauan pun yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Saya telah melayani

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Amalan Syurga Amalan Neraka

2007-11-13 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: Iaitu bertaqwa kepada Allah dan bagusnya budipekerti. Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tanda Kebajikan dan Tanda Dosa

2007-11-13 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada an-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Kebajikan itu ialah baiknya budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada ( yakni hati ) dan engkau tidak suka kalau

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Rumah Free

2007-11-14 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya memberi jaminan sebuah rumah dalam halaman syurga bagi seseorang yang meninggalkan berbantah-bantah, sekalipun ia berada dalam kebenaran, juga sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan dusta,

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Segala Macam Kebaikkan

2007-11-18 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Jarir bin Abdullah r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang tidak dikurniai sifat lemah-lembut, maka ia tidak dikurniakan segala macam kebaikan. (Riwayat Muslim)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Buat Apa Nak Menyusahkan Diri?

2007-11-19 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Aisyah r.a., katanya, Tidak pernah sama sekali Rasulullah s.a.w. itu diberi pemilihan antara dua macam perkara, melainkan beliau s.a.w. tentu mengambil (memilih) yang termudah di antara keduanya itu, asalkan yang dianggapnya termudah ini bukannya merupakan suatu hal yang dosa.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Orang Macam Ni Diharamkan Masuk Neraka

2007-11-20 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sukakah engkau semua saya beritahu tentang siapakah orang yang diharamkan masuk neraka atau kepada siapakah neraka itu diharamkan memakannya? Neraka itu diharamkan untuk orang yang dekat pada orang banyak (yakni baik dalam

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Bukan Seorang Pendendam

2007-11-21 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Aisyah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. itu sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya, baik terhadap seseorang wanita ataupun khadamnya, melainkan di waktu beliau s.a.w. sedang berjihad fi-sabilillah (yakni di medan pertempuran melawan kaum kafir). Tidak pernah pula

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sempena Pilihanraya Tidak Lama Lagi

2007-11-22 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Aisyah r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku demikian: Ya Allah, barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia membuat kesengsaraan pada mereka, maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tujuh Yang Mendapat Naungan

2007-11-28 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya, Ada tujuh macam orang yang akan diberi naungan oleh Allah dalam naungannya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah itu sendiri, iaitu 1. imam yang adil, 2. pemuda yang tumbuh (sejak kecil) beribadat kepada Allah 'Azza wa jalla,

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Pemimpin Baik VS Pemimpin Jahat

2007-12-01 Terurut Topik Abu Heakal
Dari 'Auf bin Malik, katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua. Adapun

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Berkata-kata Baik Juga Dikira Sedekah

2007-12-07 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada 'Adiy bin Hatim r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan potongan kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik. (Muttafaq

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jika Terlupa Membaca Doa Makan

2007-12-16 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang daripada kamu makan, maka hendaklah menyebutkan nama Allah Ta'ala (yakni mengucapkan Bismillah). Jikalau ia terlupa menyebutkan nama Allah Ta'ala pada permulaan makannya itu, maka hendaklah mengucapkan: Bismillahi

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sebarkan Salam, Kita Akan Dikasihi.

2007-12-18 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : 7 Perkara Yang Disuruh

2007-12-20 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya,

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Diantara Amalan Yang Terbaik

2007-12-20 Terurut Topik Abu Heakal
Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a. bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Manakah amalan Islam yang terbaik? Beliau menjawab: Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Zikir Terbaik

2007-12-20 Terurut Topik Abu Heakal
Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, bahwa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersanda, Zikir yang terbaik adalah Laa ilaaha illallaah dan doa yang terbaik adalah Alhamdulillah. (Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib) Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tatacara Salam

2007-12-30 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada orang yang berjalan dan orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang banyak jumlahnya. (Muttafaq 'alaih)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Adab Bersin

2007-12-31 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin, maka hendaklah mengucapkan: [Alhamdulillah] dan hendaklah saudaranya atau kawannya yang mendengarkan itu lalu mengucapkan [Yarhamukallah]. Selanjutnya apabila saudara atau

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Berjabat Tangan

2008-01-02 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada al-Bara' r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada dua orang Muslim pun yang bertemu lalu keduanya berjabatan tangan, melainkan keduanya itu diampuni dosanya oleh Allah sebelum keduanya itu berpisah. (Riwayat Abu Dawud)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Menunaikan Hak-hak Orang Lain

2008-01-03 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya itu ada lima perkara iaitu menjawab salam, meninjau orang sakit, mengikuti janazah-janazah (yang akan dimakamkan), mengabulkan undangan dan mentasymitkan orang yang bersin. (Muttafaq

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Melawat Orang Sakit

2008-01-04 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Ali r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang Muslim pun yang meninjau saudaranya Muslim (yang sakit) di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith

2006-12-13 Terurut Topik Abu Heakal
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Agama itu sangat ringan dan sesiapa yang membebani amalan dalam agama secara berlebihan akan dikalahkan oleh agama itu sendiri (yakni akan merasa bosan melakukan amalan yang berlebih-lebihan). Jadi tidak perlulah engkau berlebihan dan

Help Palestine [hidayahnet] Mau'izhatul Mu'minin - Kitab Aqidah Ahli-Sunnah

2006-12-14 Terurut Topik Abu Heakal
Mau'izhatul Mu'minin min IHYA' ULUMIDDIN (Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) * Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat. - Kitab Aqidah Ahli-Sunnah Dua kalimah syahadat sebagai salah satu dasar Islam Aqidah para ahli-sunnah terhadap Zat Allah Ta'ala yang

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Apabila Allah Mencintai HambaNya

2007-08-30 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang seluruh penghuni langit

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Manusia Bertelanjang Di Padang Mahsyar

2007-09-01 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Aisyah r.a. Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Dikumpulkanlah semua manusia di padang mahsyar pada hari kiamat dengan telanjang kaki, telanjang tubuh dan tidak berkhitan kemaluannya. Saya bertanya: Ya Rasulullah, kalau begitu kaum wanita dan kaum lelaki semuanya dapat

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Bayangkan ... Bagaimana Kasih Sayang Allah

2007-09-04 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Umar bin Al-Khaththab r.a., katanya: Kepada Rasulullah s.a.w. disampaikan tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang wanita dari tawanan itu berjalan menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam kelompok tawanan tadi. Wanita itu lalu mengambil anak tersebut lalu diletakkannya pada

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Perihal Tok Bomoh Yang Pandai 'Menengnok'

2007-09-05 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada salah seorang isteri nabi, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, tidak diterima daripadanya solat (selama) empat puluh malam. (Riwayat Muslim) Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapa

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Teknik Menjauhi Fitnah Dajjal

2008-01-08 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajjal. Dalam riwayat lain disebutkan: Dari akhir surat al-Kahfi. (Riwayat Muslim) * sepuluh ayat permulaan sepuluh ayat

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Baca Quran Beramai-ramai

2008-01-09 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. .bersabda: Tiada suatu kaum pun yang sama berkumpul dalam salah satu rumah dari rumah-rumah Allah - yakni masjid - sambil membaca Kitabullah dan saling bertadarus di antara mereka itu, melainkan turunlah ketenangan di atas mereka, serta

Re: Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Melawat Orang Sakit

2008-01-10 Terurut Topik Abu Heakal
Salam, You are right. sampai orang itu berada di waktu petang bukan bermaksud sehingga orang itu berada di tempat orang sakit sampai ke petang .. tetapi bermaksud sampai ke petang sahaja atau sampai orang itu melalui waktu petangnya. Indon translation, pardon me. On Jan 6, 2008 4:50 PM,

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sunnah Yahudi

2008-01-10 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Fadhilat Wuduk

2008-01-15 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Usman bin Affan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan wudhu'-nya, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya dari bawah kuku-kukunya. (Riwayat Muslim)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Manamakan Anak Muhammad

2008-01-21 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Salah Seorang di antara kami mempunyai anak. Beliau menamakannya dengan nama Muhammad. Orang ramai berkata kepadanya: Kami tidak akan membiarkanmu menamakannya dengan nama Rasulullah s.a.w. Lalu orang tersebut membawa anaknya yang diletakkan di atas

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangan Terus Masuk, Minta Izin Dulu

2008-01-22 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a: Abu Musa telah datang menemui Umar bin Al-Khattab lalu mengucapkan: Assalamualaikum, ini Abdullah bin Qais. Tetapi tidak ada jawapan, maka sekali lagi beliau mengucapkan: Assalamualaikum, ini Abu Musa, Assalamualaikum, ini Al-Asy'ariy. Kemudian beliau beredar

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Rahmat Allah s.w.t.

2008-01-23 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sanggup Membuang Anak Ke Dalam Api!?

2008-01-24 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Umar bin Al-Khattab r.a: Sesungguhnya beliau membawa beberapa orang tawanan menemui Rasulullah s.a.w. Seorang wanita dari kalangan tawanan tersebut kelihatan mencari sesuatu. Sebaik sahaja dia menemui seorang bayi dari kalangan tawanan, dia mengambil bayi tersebut lalu didukung dan

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Buat Yang Terlanjur

2008-01-26 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Pahala Menunjuk Kebaikkan

2008-01-28 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari al-Badri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu. (Riwayat Muslim) Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Satu Per Tiga Al-Quran

2008-01-29 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai surat Qulhuwallahu ahad (yakni surat al-lkhlas), iaitu: Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya,sesungguhnya surat al-lkhlas itu nescayalah menyamai sepertiga al-Quran(pahala membacanya.)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Surah Yang Memberi Syafaat

2008-01-30 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Di dalam al-Quran ada sebuah surat yang mempunyai tiga puluh ayat. Surat itu dapat memberikan syafaat kepada seseorang sehingga orang itu diampuni, iaitu surat Tabarakal ladzi biyadihil mulk - yakni surat al-Mulk.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tips Menghalau Jin dan Manusia Jahat

2008-02-02 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. dahulunya selalu berta'awwudz (mohon perlindungan kepada Allah) dari gangguan jin dan mata manusia, sehingga turunlah dua surat mu'awwidzah (iaitu surat-surat Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas.) Setelah kedua

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Perumpamaan Untuk Yang Bersolat

2008-02-03 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Adakah kamu semua mengetahui, andaikata di hadapan pintu seseorang di antara kamu itu ada sebatang sungai dan ia mandi di situ sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kotoran sekalipun sedikit yang

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Wah ... Ini Adalah Satu Jaminan Yang Hebat !

2008-02-06 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah bin Ruwaibah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan masuk neraka seseorang yang bersembahyang sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya, yakni shalat Subuh dan shalat Asar. (Riwayat Muslim)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Pagi Dan Petang Ke Masjid

2008-02-09 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali ia pergi pagi atau petang hari itu. (Muttafaq'alaih)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Kenapa Mereka Berjalan Kaki ?

2008-02-10 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian ia pergi ke salah satu dari beberapa rumah Allah - yakni masjid - untuk menyelesaikan salah satu shalat wajib dari beberapa shalat yang diwajibkan oleh Allah, maka

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Perjuangan Menentang Nafsu

2008-02-13 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat? Para sahabat menjawab: Baiklah, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Iaitu

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangan Tergesa-gesa Pulang

2008-02-14 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Dan malaikat itu mendoakan seseorang agar diberi kerahmatan, selama orang itu masih ada di dalam tempat solatnya yang ia bersolat tadi, juga selama ia belum berhadas. Malaikat mengucapkan: Ya Allah, ampunilah orang itu,

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Bakar Rumah Mereka Yang Tidak Ikut Berjemaah

2008-02-20 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, nescayalah aku bermaksud menyuruh supaya dicarikan kayu bakar, kemudian bersolat sesudah diazankannya. Lalu aku ingin menyuruh seseorang lelaki untuk menjadi imam

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Cara Mudah Mendapat Pahala Solat Malam

2008-02-23 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Usman r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya' dengan berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dengan berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat semalam

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Kayu Ukur Kemunafikan Diri !!

2008-02-24 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. pula katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada suatu solat pun yang lebih berat dirasakan oleh orang-orang munafik itu daripada solat Subuh dan Isya', tetapi andaikata mereka mengetahui betapa besar pahalanya kedua solat itu, nescaya mereka akan mendatanginya

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Pahala Sah Pertama

2008-03-11 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Andaikata para manusia mengetahui betapa besarnya pahala azan dan menempati saf pertama, kemudian tidak dapat memperolehi jalan untuk itu melainkan dengan mengadakan undian, nescayalah mereka itu akan mengadakan undian.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sebaik-baik Saf dan Seburuk-buruk Saf

2008-03-11 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. pula katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baiknya saf bagi kaum lelaki ialah saf pertama-nya, sedang seburuk-buruknya saf bagi mereka ialah saf yang penghabisan. Adapun sebaik-baiknya saf bagi kaum wanita ialah saf penghabisan, sedang seburuk-buruknya saf

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Dua Rakaat Sebelum Subuh

2008-03-13 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: Dua rakaat sunnah fajar (yakni sebelum Subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini -yakni dunia dan seisinya. (Riwayat Muslim) Dalam riwayat lain disebutkan: Nabi s.a.w. bersabda:

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jalan Mudah Ke Syurga

2008-03-30 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. (Riwayat Muslim)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Pahala Berganda

2008-03-30 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (yakni kebenaran), maka baginya adalah pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun dari pahala mereka itu. (Riwayat Muslim)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Hanya Tiga ...

2008-03-31 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila anak Adam (yakni manusia) meninggal dunia, maka putuslah amalannya, melainkan dari tiga macam perkara, yaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang soleh yang suka mendoakan untuknya.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Fadhilat Salawat

2008-04-04 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan salawatnya padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w. untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sebaik-baik lelaki

2008-04-05 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Salim bin Abdullah bin Umar bin al-Khaththab r.a. daripada ayahnya bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Sebagus-bagus orang lelaki ialah Abdullah andaikata ia suka bersembahyang di waktu malam. Salim berkata: Sejak saat itu Abdullah tidak tidur di waktu malam, kecuali sebentar sekali.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Bersihkan Mulut Sebelum Solat

2008-04-12 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Andaikata tidak akan menjadikan keberatan bagi ummatku atau atas sekalian manusia, nescayalah mereka itu akan saya perintah untuk bersiwak pada tiap-tiap kali sebelum solat. (Muttafaq 'alaih)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Agama Kebersihan

2008-04-15 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; Fitrah itu ada lima perkara, atau lima perkara ini termasuk dalam fitrah, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur kumis. (Muttafaq 'alaih)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Amalan Ke Syurga

2008-04-15 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Ayyub r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: Beritahukanlah kepada saya perihal sesuatu amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga! Beliau s.a.w. bersabda: Supaya engkau menyembah kepada Allah, tidak menyekutukan sesuatu denganNya, mendirikan

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Walaupun Seayat

2008-04-25 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba: Sampaikanlah ajaran yang berasal daripadaku, sekalipun hanya seayat. Percakapkanlah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan apapun. Dan barangsiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tanda Mendapat Kebaikan Daripada Allah

2008-04-27 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan. (Muttafaq 'alaih)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Apabila Wanita Ingin Turut Berjihad

2008-04-28 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: Saya berkata: Ya Rasulullah, kita mengetahui bahwa jihad adalah seutama-utama amalan. Maka boleh kami mengikuti jihad? Beliau s.a.w. lalu menjawab: Bagi kamu semua (kaum wanita), maka sebaik-baiknya jihad ialah mengerjakan haji yang mabrur

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Patutlaa Pak Man Selalu Buat Umrah

2008-04-30 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Umrah ke umrah yang berikutnya adalah menjadi penutup dosa dalam waktu antara dua kali umrahan itu, sedang haji mabrur, maka tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga. (Muttafaq 'alaih)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Cara Memulakan Hidup Baru..

2008-05-01 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa mengerjakan haji, lalu ia tidak berbuat kelalaian dan tidak pula mengerjakan dosa, maka ia akan kembali (dari ibadat hajinya itu) sebagaimana pada hari ia dilahirkan oleh ibunya. (Muttafaq

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Amalan-amalan Utama

2008-05-04 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. ditanya: Amalan manakah yang lebih utama? Beliau s.a.w. menjawab: Beriman kepada Allah dan RasulNya. Ditanya lagi: Kemudian apakah? Beliau s.a.w. menjawab: Jihad fi-sabilillah. Ditanya pula: Kemudian apakah? Beliau s.a.w. menjawab:

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tentang Menuntut Ilmu

2008-05-04 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Darda' r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga. Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jalan Mudah Ke Syurga

2008-05-05 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. (Riwayat Muslim)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Sifat Wuduk Rasulullah

2008-05-24 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a: Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Rukun-rukun Islam

2008-05-24 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya: Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam. Lalu

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Ayuh sebarkan salam ..

2008-05-24 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Abdullah bin Amru r.a: Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak. (Riwayat Muslim)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Kemanisan Iman

2008-05-27 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Anas r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tanda-tanda Munafik

2008-05-28 Terurut Topik Abu Heakal
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jadilah Tanah Yang Subur

2008-06-07 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w., beliau bersabda, Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan jatuh ke bumi. Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak.

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Manusia Terbaik Antara Kita

2008-06-07 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Utsman Bin Affan r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (Riwayat Tirmizi, hassan sahih)

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Hilangnya Ilmu

2008-06-07 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah itu tidak mencabut ilmu pengetahuan dengan sekaligus, tetapi Allah mencabut ruhnya para ulama, sehingga apabila tiada lagi seorang alim pun, maka orang ramai

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangan Lupa Ini Ketika Makan dan Minum

2008-06-09 Terurut Topik Abu Heakal
Daripada Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah ridha kepada seseorang hamba yang makan sekali makanan lalu ia memuji kepada Allah atas makanan itu serta ia minum sekali minuman lalu memuji kepada Allah atas minuman itu. (Riwayat Muslim)

  1   2   3   4   >