H-Net* Petua untuk sembuhkan selsema batuk (baby)

2002-02-25 Terurut Topik Nurul Huda


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum..

Saya nak minta tolong sikit la..kalau sesiapa yg ada petua untuk hilangkan
selsema  batuk untuk baby berusia 9 bulan.
anak saya tu dah 2 minggu tak kering selsema dia..ubat doktor dah sebotoi
abis dah..
Didahulukan dgn ucapan terima kasih ye..

Wasalam..



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Nurul Huda [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Proton Wira

2001-12-14 Terurut Topik Nurul Huda



kereta untuk di 
jual

Proton Wira 1.3 GL ( 
manual )
Tarikh pendaftaran: 27/12/1995
Sedan, one owner

Warna : Dark blue (metallic 2k)
Power window  alarm

Harga tawaran : RM28,900.00 
(negotiable)
(owner akan beli kereta baru)

Must see to appreciate.
please contact : 012-2868-654 
(Hj.)





H-Net* Rumah sewa di sekitar UTM Skudai

2001-11-28 Terurut Topik Nurul Huda


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum netters semua.

maaf kerana guna ruang ni untuk iklan..
saya nak mintak tolong sikit la..
kakak saya baru dpt tawaran untuk sambung belajar di UTM Skudai selepas
raya. 
Ada tak sesiapa yang tahu atau nak sewakan rumah di sekitar UTM tu. kalau
boleh rumah kecil je atau pun flat ke.
sewa kalau boleh dibawah RM400.00. kalau murah, lagi ok. 
Jika ada sesiapa yg tahu, boleh tak email personally kat saya melalui
[EMAIL PROTECTED] atau pun telefon saya
017-8758072. lagi cepat lagi bagus sebab esok kakak saya akan ke sana, so
bolehlah dia pergi tengok rumah tu sekali.
Didahulukan dgn ucapan terima kasih.

Wasalam.





 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Nurul Huda [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Rumah sewa di sekitar UTM Skudai

2001-10-31 Terurut Topik Nurul Huda


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum..

Maaf kerana guna ruang untuk iklan..
nak tumpang tanya..
ada tak sesiapa yang nak sewakan rumah atau bilik di sekitar UTM Skudai?
Kalau ada, sila reply email ini, ok.

Wasalam.



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Nurul Huda [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Mencari rumah atau bilik di sekitar UTM Skudai

2001-10-30 Terurut Topik Nurul Huda


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum warga Hizbi

Maaf kerana menggunakan ruangan ini untuk iklan.
Saya ingin mencari rumah atau bilik untuk disewa disekitar UTM Skudai.
Sekiranya saudara/i mempunyai rumah atau bilik untuk disewakan, sila
emailkan 
kepada saya.
 
Terima kasih.



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Nurul Huda [EMAIL PROTECTED]



H-Net* rumah sewa di kuala terengganu

2001-08-22 Terurut Topik Nurul Huda


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum w.b.t.

maaf kerana menngunakan ruangan ini untuk iklan.

saya ingin mencari rumah penginapan yang berhampiran dgn pantai di Kuala
Terengganu.
Bagi sesiapa yg mempunyai rumah untuk disewa, boleh email kan kepada saya :
[EMAIL PROTECTED]

Terima kasih.

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Nurul Huda [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Antara prinsip dan muslihat politik

2001-08-05 Terurut Topik nurul huda




Antara prinsip dan muslihat politik Parti politik yang 
berideologi selalu berpegang teguh kepada prinsip politiknya. Umpamanya 
memperjuangkan demokrasi, keadilan, hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat 
yang lain. 
Prinsip-prinsip politik seperti yang tersebut di atas tidak akan berubah 
mengikut kepentingan politik semasa atau kepentingan peribadi atau fahaman 
perkauman. 
Pada masa yang sama, parti politik yang oportunis sebaliknya tidak 
berideologi dan tidak dipandu dengan prinsip-prinsip tertentu. Pendirian 
politiknya berubah-ubah mengikut manipulasi dan muslihat politik demi 
kepentingan peribadi atau politik semasa yang mudah dalam jangka pendek . 
Sikap dan pendirian Umno, terutamanya Dr Mahathir terhadap sistem kuota dalam 
bidang institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) adalah satu contoh yang baik 
sekali tentang bagaimana ahli politik oportunis memanipulasi dengan muslihat 
politik yang mengelirukan rakyat sehingga menimbulkan ketegangan kaum. 
Menjelang pilihanraya umum tahun 1999, Umno melalui kerajaan BN telah terima 
pada prinsipnya rayuan(termasuk cadangan membatalkan sistem kuota) pilihanraya 
umum yang di kemukakan oleh Jawatankuasa Suqiu Persatuan-Persatuan Cina, untuk 
meraih sokongan pengundi Cina. 
Setahun kemudian, Dr Mahathir sebaliknya membidas Jawatankuasa Suqiu 
Persatuan-Persatuan Cina, kononnya mereka mencabar hak-hak keistimewaan orang 
Melayu, dan perbuatan mereka disamakan dengan perbuatan Al'maunah dan komunis. 
Hal ini menyebabkan kemarahan masyarakat Cina dan disusuli dengan kekalahan 
calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Lunas di Negeri Kedah. 
Menyahut cabaran 
Jumaat lalu , Dr Mahathir sendiri pula menyatakan kerajaan mungkin 
melaksanakan dasar meritokrasi ke atas pelajar untuk memasuki IPTA pada semester 
depan. Ia satu langkah radikal untuk memastikan pelajar Bumiputera menumpukan 
perhatian terhadap pelajaran, bukannya terbabit dalam kegiatan tidak berfaedah 
terutama politik. 
Aneh sekali, cadangan Dr Mahathir yang serupa dengan cadangan Suqiu itu bukan 
saja tidak disamakan dengan perbuatan Al'maunah dan komunis, malahan disokong 
oleh pihak yang sama dulunya menentang cadangan Suqiu kerana khuatir hak 
keistimewaan orang Melayu tercabar. 
Umpamanya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS) kini meminta pelajar 
Bumiputera menyahut cabaran Perdana Menteri bagi membuktikan mereka mampu 
mencapai kecemerlangan sama seperti pelajar bukan Bumiputera . 
Lidah pengarang Utusan Malaysia (30 Julai, 2001) pula berpendapat bahawa 
langkah kerajaan yang mengetepikan kepentingan politik itu hendaklah dilihat 
sebagai sesuatu tindakan yang perlu diambil bagi mengembalikan keupayaan pelajar 
Melayu khususnya dan orang Melayu amnya, untuk bersaing dengan kaum-kaum lain. 
Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad berpendapat rakyat termasuk ahli 
akademik tempatan harus melihat langkah ini sabagai sesuatu yang positif bagi 
orang Melayu dan Bumiputera. 
Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob juga memberi sokongan kepada Dr 
Mahathir dengan alasan bahawa penggunaan dasar meritokrasi ke atas kemasukan 
pelajar Bumiputera ke universiti bertujuan mengelak mereka, kerajaan dan orang 
Melayu mengalami kerugian jangka panjang. 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz lagi 
berani. Beliau menegaskan bahawa masuk ke universiti bukan hak istimewa Melayu 
tetapi hak mereka yang pandai dan mereka yang layak. 
Ketua Penerangan PAS, Azizan Abdul Razak dan Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar 
sebaliknya tampil ke hadapan untuk menentang dasar meritokrasi yang dicadangkan 
oleh PM itu , demi mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang 
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 
Taktik ugutan BN 
Cadangan PM itu dibidas oleh Mahfuz Omar sebagai tidak rasional, tidak 
sesuai, tidak berguna, dan merupakan taktik ugutan BN untuk mengembalikan 
undi Melayu sekali pun melalui paksaan. 
Mahfuz memang sensitif dalam mengenalpasti cadangan PM itu sebagai taktik 
ugutan. Padahal Dr. Mahathir tidak berselindung bahawa tujuannya ialah supaya 
orang Melayu terutama pelajar IPTA berterima kasih kepada dasar sistem kuota BN, 
jauhi politik pembangkang dan aktiviti-aktiviti yang dianggap sebagai 
anti-kerajaan, dan bersetuju untuk menandatangani perjanjian berkelakuan baik 
serta pindaan AUKU untuk memperketatkan kawalan terhadap pelajar IPTA. 
Namun, apabila pemimpin Umno sendiri terpaksa mengaku, sungguhpun sebagai 
muslihat politik, tentang kepincangan sistem kuota , pemimpin PAS sebaliknya 
tampil ke hadapan untuk mempertahankannya. 
Perbuatan seperti ini bukan saja menyimpang daripada prinsip politik hak-hak 
asasi manusia dan kesetaraan kaum, ia juga tidak bijaksana dari segi taktik 
politik kerana mempertahankan kegagalan Umno dalam amalan sistem kuota. Satu 
kepincangan yang ketara apabila sistem kuota diamalkan selama berpuluh-puluh 
tahun , pelajar Melayu kehilangan daya saing sama sekali. 
Mengikut statistik yang menakutkan seperti didedahkan 

H-Net* Haji Mahathir dan Mahasiswa

2001-08-05 Terurut Topik nurul huda





  
  

  Haji Mahathir dan 
  Mahasiswa
Pendidikan adalah hak kita semua, rakyat Malaysia. Kerajaan yang dipilih 
secara sah oleh rakyat wajib menyediakan peluang pendidikan untuk rakyat, tanpa 
mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Salah satu tujuan pendidikan ialah 
untuk menajamkan pemahaman dan pemikiran pelajar. Ini kerana merekalah pelapis 
yang bakal menerajui negara. 
Tidak lagi. Di bawah kepimpinan Haji Mahathir dan kerajaan BN, hala tuju 
pendidikan negara telah berubah. Pendidikan telah dikorporatkan. Biasiswa 
bertukar kepada pinjaman. Keuntungan korporat dan riba diutamakan manakala 
kebajikan pelajar diabaikan. 
Malangnya nasib pelajar, khususnya mahasiswa di Malaysia. Sudahlah kebajikan 
mereka terabai, terdapat pula pelbagai akta karut dikuatkuasakan khas untuk 
mereka. Pemikiran mereka dibelenggu dan mereka dilarang berfikir secara kritis, 
kecuali dalam hal-hal yang mengampu Haji Mahathir dan BN. 
Menurut Haji Mahathir, beliau tidak mahu mahasiswa berfikiran kritis dan peka 
dengan isu hal-ehwal negara. Beliau hanya mahukan mahasiswa belajar dan belajar 
pula "menurut perintah". Kalau boleh, ikutilah contoh pemikiran timbalan beliau, 
Abdullah Ahmad Badawi. Seorang timbalan beliau yang setia, sanggup berbuat apa 
sahaja, sehinggakan menjadi pengerusi babi J.E. pun beliau sanggup. Inilah yang 
dikehendaki oleh Haji Mahathir. Mahasiswa hanya perlu belajar. Tamat belajar, 
belajar pula menurut perintah dan jangan melawan. 
Mahasiswa hanya perlu belajar. Pekakkan telinga, pejamkan mata, gagapkan 
lidah dan jangan fikir banyak-banyak. Tugas mahasiswa belajar dan pedulikan hal 
ehwal negara. Urusan negara biar Haji Mahathir uruskan. Biar Haji Mahathir 
rompak KWSP sampai licin. Biar Haji Mahathir bail-out berbillion-billion. Biar 
Haji Mahathir jahanamkan KWAP, Tabung Haji, Baitul Mal, Petronas dan sebagainya 
sampai tidak bersisa. Biarkan. Mahasiswa hanya perlu belajar dan usah pedulikan 
rompakan di siang hari tersebut. 
Belajar sambil mengampu. Ini tidak mengapa. Dibenarkan oleh Haji Mahathir, 
malah diwajibkan jika yang diampu mahasiswa ialah beliau sendiri. Maka 
kembanglah hidung dan koyaklah seluar dalam tatkala beliau diampu mahasiswa. Ini 
tidak mengapa malah digalakkan. Yang tidak dibenarkan ialah belajar, berfikiran 
kritis dan mengkritik beliau. Hendak belajar sambil mengkritik pihak tertentu 
dan menyalahkan pihak asing, boleh. Tetapi jangan sesekali mahasiswa mengkritik 
beliau, sebab beliau ialah Haji MAHAthir, seorang Perdana Menteri yang bebal 
lagi keparat. 
Mahasiswa hanya perlu belajar. Sesiapa melawan akan disingkir. Sesiapa yang 
berani menegur Haji Mahathir akan diISAkan. Dasar Meritokrasi akan diperkenalkan 
untuk melindungi kepentingan Haji Mahathir. Dasar ini bertindak dengan 
menghadkan kemasukan pelajar Melayu, khususnya dari Kelantan dan Terengganu, 
dari memasuki universiti. Alasan utamanya ialah ramai pelajar melayu tidak 
belajar "menurut perintah Haji Mahathir". 
Sebaliknya, apabila memasuki universiti, pelajar melayu belajar berfikiran 
kritis dan terbuka. Mereka peka dengan isu semasa dan hal ehwal negara. Mereka 
sensitif dengan bail-out dan rompakan di siang hari. Mereka sedar akan 
tanggungjawab mereka ke atas negara. Hal-hal seperti ini menyebabkan Haji 
Mahathir gelisah. Gelisah kerana mahasiswa tidak belajar "menurut perintah" 
tetapi belajar berfikiran sensitif dan kritis. Justeru, Dasar Meritokrasi perlu 
dikuatkuasakan untuk membentuk kembali pemikiran mahasiswa ke arah "menurut 
perintah", bengap dan tuli! 
Haru dan cukup mengharukan. Apa akan jadi ke atas pelajar Melayu kita 
sekarang. Fikirkan. Sudahlah ketinggalan dari pelbagai sudut, peluang untuk 
masuk institusi pengajian tinggi pula disekat. Fikirkan nasib anak cucu kita 
pada masa depan. Fikirkan sebelum nasi menjadi bubur! 






BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:Huda;Nurul
FN:Nurul Huda
EMAIL;PREF;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
REV:20010805T105921Z
END:VCARD



H-Net* Demi Menutup Kedurjanaan

2001-08-05 Terurut Topik nurul huda








  
  

  Demi Menutup 
  Kedurjanaan

Dalam era mempertahankan kedurjanaan Mahathir yang 
bermula dengan 50 dalil Khalid Jefri hinggalah menemplak pelajar melayu dengan 
membuat ugutan, semua isu yang dibesarkan oleh media arus perdana tidak ada 
lain, melainkan demi menutup kedurjanaan sahaja. Penggunaan wang rakyat untuk 
bail-out kroni Mahathir, penggunaan polis untuk menangkap pembangkang, 
penggunaan Mahkamah untuk menjatuhkan hukum sesuka hati dan kehendak pendurjana, 
penggunaan ISA ke atas pemuda-pemuda Keadilan, penggunaan jabatan agama jabatan 
agama untuk menukar AJK masjid dan memastikan AJK baru yang dilantik adalah 
dikalangan ahli UMNO(baru) walaupun mereka tak pernah ke Masjid. 
Kedurjanaan yang bakal dibuat oleh Mahathir menyalahkan pelajar melayu 
hinggakan mereka ini diugut supaya kemasukan ke Universiti dibuat berdasarkan 
pencapaian akademik. Adakah selama ini kemasukan ke Universiti tidak berdasarkan 
perkara tersebut?. Jangan lupa ada anak orang berpengaruh masuk ke Universiti 
melalui saluran politik - Politik UMNO(baru). Bukan kemasukan jenis ini tidak 
melalui proses biasa, bahkan kursus yang diberikan pula tidak sesuai langsung 
dengan keupayaan akademik. Kepada yang berkenaan, tepuk dada tanya kejujuran 
diri sendiri dan bandingkan dengan cakap Mahathir itu. Mahathir sebenarnya 
memandang hodoh kepada orang melayu, dia sanggup menghaprakkan orang melayu di 
depan pembesar UMNO(baru). Kelakuan ini sejak dalam Dilema Melayu lagi. 
Kata-kata berunsur ugutan terbaru yang dibuat pun adalah bertitik tolak dari 
rasa benci kepada orang melayu khasnya mutaakhir ini kerana orang melayu menolak 
Mahathir. 
Yang malangnya, ada suku sakat pembesar Universiti yang sanggup menjadi 
balaci Mahathir dalam memperkatakan isu si Mahathir ini. Isu yang membabitkan 
pelajar ini adalah tidak ada lain ianya adalah untuk menutup kedurjanaan 
membail-out renung dari dibualkan orang. Disamping itu juga, isu ISA juga cuba 
ditutup dengan tidak membenarkan ceramah pembangkang. Black Metal pun jadi alat 
menutup kedurjanaan. Tujuannya macam baik, tetapi apabila ia pun seolah-olah 
menutup kedurjanaan, maka usaha membenteras Black Metal dan isu apa pun, ia 
tidak ke mana-mana kerana "ibu kedurjanaan" masih berkuasa dan boleh berbuat apa 
saja. 



BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:Huda;Nurul
FN:Nurul Huda
EMAIL;PREF;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
REV:20010805T150221Z
END:VCARD



H-Net* Siapa Pengkhianat Melayu Dulu, Kini dan Selamanya?

2001-08-04 Terurut Topik nurul huda





  
  

  Siapa Pengkhianat Melayu Dulu, 
  Kini dan Selamanya?

Dari analisis berita yang disiarkan di dada-dada 
akhbar arus perdana akhir-akhir ini, jelas kenyanyukan diktator tua yang baru 
menyambut dekad kedua pemerintahan semakin terserlah. Beliau nampak begitu 
bankrup idea untuk berhujah menandakan hari-hari terakhir semakin hampir ke 
penghujungnya. Sedarlah wahai PM kesayangan UmNO dan kroni-kroni yang sewaktu 
dengannya, bahawa tiada sesuatu pun yang boleh kekal di dunia ini. 
Dulu, seperti yang tercatit dalam sejarah, Dr. M pernah dipecat daripada UmNO 
oleh Almarhum Tunku selepas kalah dalam pilihanraya 1969. Lalu beliau membalas 
dendam dengan membuat surat layang mencerca kepimpinan Tunku waktu itu. Rupanya 
perangai dan tabiat Mamak tua ini masih tidak berubah hingga kini. Dia juga 
dikaitkan dengan peristiwa hitam 13 Mei  sebagai batu api dan pengkhianat 
kepada bangsa Melayu ketika itu. 
Kini setelah dua dekad menjadi PM, dan hampir hilang sokongan Melayu dalam 
pilihanraya 1999, sikap pendendam beliau semakin menjadi-jadi. Walaupun berbagai 
kelemahan pentadbirannya sudah menyerlah, sikap angkuh beliau tidak pernah mahu 
mengaku salah. Ada saja muslihat yang dicari untuk mengelak dari dari kesilapan 
diri sendiri. Oleh kerana kebengapan pengikut UmNO yang korup, PM tua ini masih 
terus dapat bertahan. Mamak ini pandai betul mengeksploitasi kelemahan orang 
Melayu seperti yang ditulis dalam bukunya Dilema Melayu. 
Sasaran terkini PM ialah pelajar Melayu yang katanya lemah kerana asyik leka 
dengan politik semasa. Kalau difikir secara waras, bukankah itu suatu 
perkembangan yang sihat untuk generasi akan datang  di mana pelajar hari ini 
peka akan isu-isu semasa dan bersedia untuk mengambil alih kepimpinan masa 
depan; bukan asyik menjadi ulat buku dan tinggal dalam kepompong kampus 
sahaja! Begitulah agaknya yang PM tua ini mahukan agar pelajar hari ini menjadi 
yes men bila keluar universiti dan mudah dieksploitasi seperti ahli-ahli UmNO 
yang dungu-dungu belaka. Sebolehnya, beliau tidak mahu jawatan Presiden UmNOnya 
itu dipertandingkan sampai ke akhir hayat. Siapakah pengkhianat kepada sistem 
demokrasi yang kununnya masih diamalkan dalam UmNO- parti Melayu yang makin 
hilang keMelayuannya itu? 
Katanya, pelajar patut menumpu sepenuh masa kepada pelajaran supaya wang 
rakyat tidak disalahgunakan. Ewah ewah, selama ini yang duit rakyat diguna 
untuk bina mahligai air mata 200 juta serta bailout syarikat penswastaan yang 
gagal seperti MAS dan TIME Dot.com itu angkara siapa yang meluluskannya. 
Bukankah Menteri Kewangan dulu (Daim) juga dibawah kabinet PM yang sama. 
Sekarang bila beliau sendiri menjadi Menteri Kewangan, nak suruh pelajar pula 
supaya jangan membazir. Mana ada lagi biasiswa kepada pelajar Melayu hari ini? 
Siapakah pengkhianat kepada bangsa Melayu yang sudah hilang kemudahan biasiswa 
untuk belajar di IPTA ? 
Suatu ketika dahulu bila ada ura-ura supaya sistem kuota ke IPTA dihapuskan, 
bukan main melenting Pemuda UmNO menentang - kunun merekalah pembela bangsa dan 
agama. Tetapi sekarang bila PM kata pelajar Melayu lemah kerana asyik 
berpolitik, UmNO juga yang mencadangkan agar sistem meritokrasi diperkenalkan 
(maknanya sistem kuota tidak diperlukan lagi). Siapa pula pengkhianat bangsa 
Melayu dalam hal ini? 
Yang tengah hangat sekarang ialah usaha pengambilalihan syarikat gergasi UEM 
oleh Khazanah Nasional melalui Syarikat Danasaham Sdn. Bhd. Kalau dahulu 
syarikat swasta berlumba-lumba untuk disenarai dalam bursa saham BSKL, sekarang 
ini nasib yang sebaliknya akan menimpa UEM Bhd. Maknanya dari pentadbiran swasta 
menjadi kerajaan  bukankah ini menunjukkan program penswastaan yang ditaja oleh 
PM sendiri sudah mengalami kegagalan. Di waktu mewah kroni disanjung, waktu 
susah rakyat pula yang kena tanggung !! Inikah keadilan ala kerajaan UmNO-BN 
pimpinan PM Mamak tua selama dua dekad. Siapakah pengkhianat bangsa Melayu yang 
menyebabkan kegagalan pencapaian ekonomi Bumiputera melalui program penswastaan 
yang hanya menguntungkan kroni dan suku sakat ? 
Hujah yang mengatakan UEM perlu diselamat untuk menjaga kebajikan pekerja 
cuma helah politik semata-mata. Walaupun Daim sudah berhenti, namun peranan 
beliau di sebalik tabir tidak boleh kita ketepikan. Cerita-cerita perselisihan 
faham antara dia dengan PM mungkin cuma adegan sandiwara untuk meredakan keadaan 
 kerana Melayu mudah lupa !!! 
Tentang isu sosial remaja Black Metal pula, PM tua ini terus tidak mahu ambil 
tanggungjawab malah menyalahkan guru agama dan kelalaian ibu bapa menjaga anak. 
Bukankah ia terjadi hasil dari pengaruh pusat hiburan yang berleluasa yang 
diberi lesen oleh kerajaan BN ! Jadi, siapa pengkhianat kepada keruntuhan akhlak 
remaja Melayu masa kini ? 
Sedarlah wahai bangsa Melayu yang masih setia dengan UmNO. Bangkitlah dan 
buat muhasabah diri agar suatu pembaharuan dibuat sebelum suatu kehancuran 
berlaku di atas tindak tanduk pemimpin tua yang hanya mementingkan diri 

H-Net* Terengganu buka tirai pemerintahan PAS di Malaysia

2001-08-04 Terurut Topik nurul huda






Terengganu buka tirai pemerintahan PAS di Malaysia 
KUALA 
TERENGGANU, 1 Ogos (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Terengganu akan mengadakan 
sambutan perayaan Jubli Emas peringkat negeri pada 17 dan 18 Ogos ini di Stadium 
Negeri, di sini. 
Sambutan itu yang 
akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru 
Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang bermula dengan pengibaran bendera besar PAS yang 
akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, Haji Wan Abdul 
Muttalib Embong. 
Selain itu, pameran 
nukilan sejarah PAS negeri Terengganu, pameran pertanian serta satu majlis khas 
nukilan sejarah dan perkembangan perjuangan PAS diadakan pada majlis itu. 

Haji Wan Abdul 
Mutalib berkata pameran sejarah PAS Terengganu dan perjuangannya membolehkan PAS 
negeri menjadi pembuka tirai kepada pemerintahan di Malaysia. 
Katanya, sejarah 
PAS pernah menguasai negeri Terengganu pada pilihan raya umum yang pertama tahun 
1959. 
"Kita pernah kuasai 
Terengganu dalam pilihan raya umum pertama yang pada ketika itu dibuat secara 
berasingan antara negeri-negeri," jelasnya ketika ditemui Harakah di pejabatnya, 
Wisma Darul Iman. 
Beliau yang juga 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri 
berkata satu pameran pertanian turut diadakan bagi mendedahkan pembangunan 
pertanian di negeri ini. 
Menurutnya, pameran 
tersebut melibatkan ahli-ahli PAS yang menjadi penggerak pembangunan pertanian 
di negeri ini. 
"Pameran ini dibuat 
bagi membolehkan ahli-ahli PAS mempamerkan kepada masyarakat tentang 
perindustrian pertanian yang mereka ceburi bagi membantu menjana asas ekonomi 
pertanian atau industri hiliran," ujarnya. 
Katanya, Terengganu 
diharapkan mampu menjadi pengeluar hasil pertanian yang setanding dan terulung 
di negara ini. 
Selain itu katanya, 
satu majlis khas nukilan sejarah dan perkembangan perjuangan PAS akan sertai 
oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik 
Abdul Aziz Nik Mat. 
Menurut beliau, 
nukilan pengkisahan sejarah, perkembangan dan perjuangan PAS tersebut akan 
diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah pada 18 Ogosini. 
Katanya, majlis 
tersebut turut melibatkan Ahli Jawatakuasa Kerja PAS Pusat, Haji Muhamad Sabu 
dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar. 
Harakah 
dimaklumkan, sambutan Jubli Emas peringkat negeri ini tidak melibatkan ceramah 
politik tetapi pengisian nukilan dan sejarah PAS di negara ini. 




BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:Huda;Nurul
FN:Nurul Huda
EMAIL;PREF;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
REV:20010804T142333Z
END:VCARD



H-Net* Pujian Mahathir terhadap toleransi Barat disanggah

2001-08-02 Terurut Topik nurul huda




Pujian Mahathir terhadap toleransi Barat 
disanggah
KUALA LUMPUR, 2 
Ogos (Hrkh) 
- Majlis Dialog Bersama Perdana Menteri dengan tema 'Toleransi - Model Malaysia' 
anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini pagi tadi, menyaksikan 
wakil PAS, Dato' Mustafa Ali mempertikaian keikhlasan Dr Mahathir Mohamad memuji 
masyarakat negara Barat yang tidak ghairah mengadakan ceramah/kempen kecuali 
ketika musim pilihan raya.Mustafa yang juga Naib Presiden PAS berkata, 
Mahathir yang selama ini gemar mengecam negara Barat, cuba mengambil contoh 
suasana sedemikian sebagai bukti amalan toleransi di negara 
terbabit.Beliau seolah-olah memuji Amerika Syarikat dan Britain kerana 
di kedua-dua negara itu tidak wujud suasana yang ada seperti di negara ini 
khususnya ketika membuat kritikan dan pandangan melalui ceramah-ceramah anjuran 
parti pembangkang.Dalam majlis itu Mahathir berkata: "Dalam pilihan raya 
Britain dan Amerika yang lalu, kita tidak pula nampak Parti Republikan 
mengadakan ceramah sepanjang masa, membangkitkan masalah undang-undang. 
"Di Britain pula, Parti Konservatif tidak pula buat 100 sehingga 300 
ceramah dalam satu hari untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, 
tetapi mereka masih dianggap negara demokratik."Mustafa pula dalam sesi 
soal jawab majlis itu berhujah bahawa dengan pelbagai sekatan terhadap rakyat di 
negara sendiri khususnya parti pembangkang seperti menghalang ceramah-ceramah 
umum menjadi bukti jelas sikap toleransi itu sebenarnya tidak wujud dalam negara 
ini.Malah, media massa yang wujud di negara ini dimonopoli sepenuhnya 
oleh parti kerajaan tanpa memberi ruang dan tempat kepada pembangkang untuk 
menyebarkan maklumat mereka, katanya.Menurut Mustafa, walaupun Mahathir 
yang selama ini mengecam Barat, pada masa yang sama beliau menjadikan negara 
Barat sebagai contoh kononnya di sana, ceramah-ceramah atau kempen tidak 
diadakan secara terbuka dan meluas kecuali semasa musim pilihan 
raya."Dalam kes ceramah misalnya, Dato Seri bersetuju dengan Amerika 
bahawa di sana tidak ada ceramah-ceramah selepas pilihan raya."Tetapi di 
Malaysia, media massa dikuasai oleh pemerintah, pembangkang tidak ada ruang 
untuk menyuarakan pandangan dan kritikan. Oleh itu, bukan soal pelanggaran 
permit ceramah tetapi ia bermula daripada sikap tidak toleran kerajaan terhadap 
kritikan dan pandangan pembangkang," katanya.Justeru, beliau yang juga 
Ahli Parlimen Dungun mencadangkan supaya perkara berkenaan dibahaskan dengan 
lebih panjang supaya setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir mesti 
berasaskan kepada bukti.Bagaimanapun, Mahathir ketika menjawab persoalan 
itu mendakwa, beliau lebih arif tentang apa yang berlaku di Amerika dan 
negara-negara Barat lain."Di Amerika memang nampak TV, surat khabar 
mereka bebas, tetapi selidik dulu siapakah yang memiliki TV dan akhbar itu, saya 
tak berani sebut tapi kita tahu, ada orang tertentu, segala yang disiarkan itu 
memihak kepada pemilik media dan mereka mengutamakan agenda mereka," 
katanya."Saya cuba selidik sama ada Parti Konservatif ini memanggil Tony 
Blair (PM Britain) sebagai `anjing' atau tidak, penindas, zalim, demikian juga 
Bush (Presiden Amerika, George W Bush), saya sendiri dapati dasar beliau tidak 
banyak beza dengan dasar yang lalu, tetapi Parti Republikan tidak pula keluarkan 
risalah fitnah, masuk dalam internet, membuat tuduhan yang kerap kali tidak 
benar," dakwanya.






BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:Huda;Nurul
FN:Nurul Huda
EMAIL;PREF;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
REV:20010802T114703Z
END:VCARD



H-Net* FRU Kepung Markaz PAS Di Ampang Jaya!

2001-08-01 Terurut Topik nurul huda





  
  

  FRU Kepung Markaz PAS Di 
  Ampang Jaya!

1 Ogos 2001, Ampang Jaya, Selangor Darul Ehsan - 
Malam tadi Ampang Jaya telah dikejutkan dengan operasi Polis besar-besaran 
tetapi ianya bukan untuk menangkap mana-mana penjenayah tetapi semata-mata 
kerana PAS telah diberitakan akan menganjurkan ceramah umum. 
Operasi itu bermula pada waktu Maghrib lagi apabila trak-trak FRU telah 
dilihat mengepung Sekolah Agama Rakyat Al-Huda di Taman Maju Jaya, Cheras. 
Mereka yang menunaikan solat Maghrib di surau berdekatan terkejut apabila 
mendapati begitu ramai FRU telah dikerahkan ke taman mereka. Tetapi yang paling 
terkejut adalah pihak Polis yang mendapati bahawa sekolah tersebut lengang dan 
tidak nampak bahawa apa-apa ceramah akan diadakan. 
Walau bagaimanapun pihak Polis telah mendapat tahu bahawa ceramah akan 
diadakan di Markaz PAS Kawasan Ampang Jaya di Taman Dagang Jaya. Maka 
berkejarlah trak-trak FRU itu ke Taman Dagang Jaya seolah-olah hendak mengejar 
dan menagkap penjenayah merbahaya. Taman Dagang Jaya terletak lebih-kurang 6 
kilometer dari Taman Maju Jaya. 
Mereka yang hendak ke tempat ceramah terkejut apabila terpaksa melalui dua 
sekatan jalanraya yang diawasi oleh pihak Polis termasuk yang berpangkat tinggi. 
Sekatan jalanraya telah dibuat di jalan besar ke Lembah Jaya setengah kilometer 
dari Markaz PAS itu dan di jalan besar dari Tasik Permai 500 meter dari markaz 
tersebut. 
Markaz itu telah juga dikepung oleh FRU dan kereta-kereta tidak dibenarkan 
mendekatinya. Mereka yang hendak mendengar ceramah terpaksa meletakkan kereta 
jauh dari markaz dan berjalan kaki. 
Walaupun tindakan FRU itu akan menakutkan orang-ramai namun masih ramai yang 
hadir di ceramah malam tadi. Mereka sanggup berjalan walaupun anggota-anggota 
FRU yang mengepung kelihatan begitu provokatif lengkap dengan perisai, belantan, 
senjata-api, dan gas pemedih mata. 
Ceramah malam tadi telah tetap diteruskan. Ketua Pemuda PAS Kawasan Ampang 
Jaya, Saudara Qasim Abdul Aziz di dalam rundingan dengan pihak SB telah 
memberitahu bahawa PAS berhak mengadakan ceramah di markaz yang merupakan alamat 
yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Ceramah malam tadi 
adalah ceramah dalaman untuk ahli-ahli PAS sahaja dan pihak Polis tidak berhak 
untuk memberhentikannya menurut Saudara Qasim. Beliau telah menunjukkan surat 
jemputan kepada SB itu. 
Oleh itu setelah satu tahlil ringkas maka ceramah telah dimulakan pada jam 
10.30 malam. Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Ampang Jaya, Saudara Iskandar 
Abdul Samad, yang bertindak sebagai pengerusi majlis telah mengingatkan para 
hadirin supaya jangan bimbang kerana para malaikat sentiasa berada di 
majlis-majlis ilmu seperti malam itu. 
Beliau telah juga mengingatkan bahawa Allah akan membantu mereka yang 
membantu agama Allah. Menurut beliau ramai yang telah cuba menghalang risalah 
Islam tetapi orang-orang seperti Firaun, Namrud, Abu Jahal dan Abu Lahab 
semuanya telah gagal. Tidak ada siapa yang akan dapat menghalang agama Allah 
dari berkembang tambah beliau. 
Haji Sarom Haji Jais, Yang Di Pertua PAS Kawasan Ampang Jaya, di dalam 
ceramah beliau telah menggesa para hadirin supaya bertenang di dalam menghadapi 
cabaran ini. Menurut beliau kerja-kerja menegakkan kebenaran sentiasa akan 
mendapat tentangan. Beliau telah mengingatkan bahawa di mana ada Musa di situ 
ada Firaun dan di mana ada Muhammad di situ ada Abu Jahal. Ahli-ahli PAS 
hendaklah sentiasa tabah dan yakin kepada Allah kata beliau. 
Pada tepat jam 11.00 malam penceramah jemputan telah tiba. Mungkin yang 
paling terkejut adalah pihak Polis kerana yang mereka sangka hadir adalah 
Setiausaha Agong PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, tetapi yang tiba adalah YB 
Ustaz Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Baling. 
Mungkin sebab itulah FRU telah meninggalkan tempat ceramah pada jam 11.30 
malam. Lebih-lebih lagi ceramah diadakan di dalam bangunan. Mereka tidak ada 
sebab untuk menghalangnya. 
Ustaz Taib di dalam ceramah beliau telah menggesa ahli-ahli PAS supaya jangan 
marah kepada FRU yang hadir. Menurut beliau UMNO dan Barisan Nasional yang 
sebenarnya hendak menghalang ceramah PAS. FRU hanya menjalankan tugas tambah 
beliau. Ustaz Taib juga mendedahkan ramai anggota Polis yang menjadi ahli PAS 
setelah mereka pencen termasuk yang menjadi calon-calon pilihanraya PAS. 
Bekas Imam Besar Masjid Negara itu berkata UMNO sengaja merancang supaya 
ahli-ahli PAS bergaduh dengan pihak Polis. Itu sebabnya ahli-ahli PAS mestilah 
bersabar dan jangan masuk ke dalam perangkap UMNO nasihat beliau. 
Ceramah malam tadi telah ditammatkan pada jam 12.45 pagi dan tidak ada 
sebarang insiden yang tidak diingini telah berlaku. 
Masyarakat setempat telah menyatakan kesal di atas tindakan pihak Polis yang 
mengepung markaz PAS itu. Ramai yang menyifatkan ianya merupakan satu pembaziran 
wang rakyat. Apakah logiknya ceramah yang dihadiri oleh lebih-kurang 100 orang 
dikawal oleh anggota Polis yang jumlahnya hampir dua kali 

H-Net* Mahathir Gelabah Di Puncak Kuasa

2001-08-01 Terurut Topik nurul huda








  
  

  Mahathir Gelabah Di Puncak 
  Kuasa

Dewasa ini Mahathir menjadi semakin tidak keruan, 
segala kenyataannya memperlihatkan dia begitu risau akan daya tahan BN untuk 
terus berkuasa dan menguasai institusi - institusi dan instrumen kerajaan yang 
telah sedia diperkosainya. 
Tindakan berani hakim-hakim yang menyanggah ekspektasinya benar-benar 
memeningkan kepalanya. Bermula dengan Hakim Hishamuddin Yunus di Shah Alam, 
kepada Hakim Mohd Kamil di Likas dan seterusnya Hakim-Hakim mahkamah rayuan yang 
mengendalikan kes Zainur Zakaria. Tindakan Hakim-Hakim ini memberi kita sedikit 
harapan untuk berhadapan dengan rayuan DS Anwar Ibrahim yang bakal didengari 
sedikit masa lagi. 
Cuba kita bayangkan keputusan rayuan itu nanti bakal menyebelahi DSAI kerana 
sememangnya DSAI tidak bersalah . Hanya Arifin Joker sahaja yang mempercayai 
Anwar bersalah sedangkan rakyat keseluruhannya menganggap perbicaraan itu 
sebagai miss-trial yang hanyalah untuk menjustify pemenjaraan DSAI sahaja 
agar beliau tidak boleh didampingi rakyat. 
Apa akan berlaku apabila Anwar dibebaskan dari segala pertuduhan: 
Anwar kembali ke kediamannya di Damansara setelah selamat menjalani 
pembedahan tulang belakangnya di Alpha Klinik, German dalam keadaan yang segar 
bugar ,sihat wal afiat. Jutaan rakyat akan berpusu-pusu memenuhi setiap ruang ke 
rumahnya dan ledakan Reformasi kembali bergema dalam keadaan rakyat telah sedar 
siapa pengkhianat negara yang sebenarnya. 
Siapa petualang ekonomi negara ? Siapa memunggah harta rakyat untuk diagihkan 
dikalangan kroni ? Siapa Bailout anak siapa? Siapa agen Yahudi ? Siapa 
bertuankan Freemason ? dan siapa perogol institusi  instusi kerajaan ? 
Jawapannya adalah Mahathir @ Mahafrakaun sendiri pun tahu apa jawapannya. 
Menyedari akan natijah-natijah yang bakal dilaluinya inilah menyebabkan 
Mahathir menjadi semakin kuat menekan dan mencengkam kebangkitan rakyat marhaen 
ini. 
Bermula dengan penahanan 10 pemimpin keADILan dan 6 di ISAkan ke kemuntuing 
diikuti dengan 2 aktivis pelajar . Seterusnya serangan polis dan FRU ke atas 
perhimpunan anti ISA di Kemunting dimana 41 orang telah ditahan diikuti pula 
dengan pengharaman ceramah-ceramah umum. Kali ini bukan penganjur dan penyokong 
sahaja yang di saman malah penceramah juga telah ditangkap dan disaman. 
Sebagaimana yang dialami oleh YB Mohd Sabu di Jelebu dan baru-baru ini YB 
Nasaruddin Md. Isa di ganggu gugat. 
Kepada para pelajar Melayu yang terang-terang anti Umno, pelbagai ugutan 
dikenakan baik mengkaji semula AUKU untuk memperketatkan aktiviti pelajar maupun 
ugutan memansuhkan sistem kuota dan memperkenalkan meritokrasi. 
Golongan pendidik pula dipersalahkan kononnya kerana terlalu berpolitik 
menentang kerajaan sehingga Black Metal berleluasa. Pokoknya semua orang salah 
kecuali Mahathir dan kuncu-kuncunya. 
Apakah Mahathir fikir dengan ugutan dan penindasan serta tekanan begini 
rakyat akan kembali menyokong Umno dan BN? Jika itulah harapan Mahathir maka 
ternyata harapan itu akan tinggal harapan sahaja. Ini adalah kerana rakyat telah 
sedar dan telah bertekad untuk menguburkan Umno/BN menjelang pemilu ke 11 nanti. 

Seorang ahli psikologi menyatakan adalah menjadi fitrah manusia bahawa 30 % 
manusia tanpa mengira kaum dan keturunan adalah golongan pro-establishment, 30% 
lagi adalah anti-establishment manakala baki 40 % adalah yang atas pagar yang 
akan memberikan sokongan berdasarkan isu dan sentimen. 
Di Semenanjung Malaysia kajian secara rambang ke atas orang Melayu 
menunjukkan bahawa 68 % orang melayu telah membuat keputusan untuk tidak memberi 
undi kepada BN dalam sebarang pilihanraya kecil maupun pilihanraya umum kerana 
begitu kecewa dengan tindak tanduk Mahathir dalam menangani semua Isu yang 
disebutkan di atas. 
Ini bermakna dari 40 % yang bersikap atas pagar, 38 % menolak Umno dan 
tinggal 2 % sahaja lagi yang menyokong . Itu pun mungkin yang berkepentingan dan 
berjiwa hamba yang lebih mementingkan kantung dan mempersetankan segala 
ketidakadilan yang berlaku demi kesenangan hidup di dunia. Percayalah mereka ini 
bakal disoal di akhirat nanti. 
Sebelum berundur kita nak tanya Mahathir sebagai petualang ekonomi negara 
siapa yang melarikan RM 1 Billion dengan jet eksekutif ? Halim Saad dan Tajuddin 
Ramli yang dibail out itu kroni siapa ? Mirzan dan Mokhzani tu anak siapa ? 
Solomon Barney Smith tu penasihat ekonomi siapa ? Kid Bahadon tu siapa ? Yang 
memperkuda Institusi kehakiman,peguam negara, ketua hakim negara, Bank Negara, 
PDRM,KWAP,KWSP, Tabung Haji, Petronas dan lain-lain lagi dan lagi dan lagi tu 
siapa ? 
Jawapannyarakyat marhaen boleh jawab. Nyah Mahathir  



BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:Huda;Nurul
FN:Nurul Huda
EMAIL;PREF;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
REV:20010801T232743Z
END:VCARD



H-Net* Mahathir Melatah Lagi!

2001-07-30 Terurut Topik nurul huda





  
  

  Mahathir Melatah 
  Lagi!

Kini tiba pula giliran black metal selepas isu 
mahasiswa militan mewarnai dunia politik tanahair. Di mana-mana sahaja heboh 
diperkatakan orang tentang bahaya kewujudan black metal yang telah diresapi 
dengan unsur-unsur pemujaan syaitan. Lebih memeranjatkan lagi seperti 
kebiasaannya, Dr Mahathir tanpa usul periksa telah menyalahkan guru-guru agama 
yang pro pembangkang kerana gagal menangani masalah black metal di kalangan para 
pelajar. Aneh! pada waktu yang sama kumpulan rock gergasi dari Jerman,Scorpion 
telah diberikan permit untuk mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil pada 3 
Ogos ini. Nyata sekali tindakan sebegini bukan sahaja menyerlahkan lagi dasar 
hipokrit kerajaan, malah kelihatan seolah-olah kerajaan sedang melakukan promosi 
untuk menarik minat orang ramai supaya menyaksikan konsert Scorpion di Stadium 
Bukit Jalil. Rakyat tertanya-tanya apakah bezanya muzik aliran black metal 
dengan muzik aliran rock sehingga menyebabkan black metal dianaktirikan dan rock 
diberikan layanan istimewa. Tentu pening kepala Dr Mahathir untuk menjawabnya. 
Segala kesalahan yang ditujukan kepada guru-guru agama kini kembali semula 
kepadanya. 
Sewajarnya kerajaan yang patut dipertanggungjawabkan kerana gagal mengambil 
tindakan yang tegas sehingga membolehkan anasir-anasir buruk di dalam black 
metal berjaya mempengaruhi minda muda-mudi negara kita. Masih belum memadai 
setakat merampas kaset-kaset atau atau vcd-vcd kumpulan black metal. Kerajaan 
perlu membasmi pengaruh black metal sehingga ke akar umbi sekiranya kerajaan 
benar-benar serius untuk menangani masalah black metal dan ini termasuklah 
mengharamkan terus muzik aliran black metal. Kegagalan kerajaan berbuat demikian 
menunjukkan segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir 
termasuklah menyalahkan guru-guru agama yang pro pembangkang akan dilihat 
sebagai melepaskan batuk di tangga semata-mata. Mana yang lebih berkuasa? 
Kerajaan atau guru-guru agama? Sekiranya usaha kerajaan masih lagi gagal, 
bolehlah Dr Mahathir mula memikirkan untuk menyerahkan kuasa kepada guru-guru 
agama untuk memerintah negara. Hakikatnya, usah lagi memperbodohkan rakyat 
dengan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal kerana ianya menunjukkan 
kelemahan pemikiran pemimpin itu sendiri. Setelah isu black metal kian reda, 
muncul pula isu sistem meritokrasi yang sebelum ini cuba diperkenalkan oleh DAP 
melalui gagasan Malaysian Malaysianya. Dr Mahathir Mohamad telah mengumunkan 
bahawa kerajaan akan mengambil tindakan radikal ke atas pelajar Bumiputera yang 
terbabit dalam kegiatan keruntuhan moral, gejala sosial dan aktivis pelajar. 
Tindakan itu antara lain termasuklah mengetatkan kemasukan pelajar Bumiputera ke 
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berdasarkan meritokrasi tanpa bantuan 
kerajaan. 
Apakah rasionalnya kerajaan berbuat demikian? Taktik sebegini tidak ubah 
seperti serampang dua mata. Strategi yang pertama adalah untuk mengugut golongan 
mahasiswa supaya tidak lagi menyokong parti pembangkang dan memberikan sokongan 
yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN. Matlamatnya adalah untuk 
membendung gelombang kebangkitan mahasiswa yang selama ini dilihat sebagai satu 
ancaman yang cukup besar dan amat mengerunkan kerajaan khususnya Dr Mahathir 
sendiri. Selepas ini akan lahirlah generasi mahasiswa yang jumud, bacul dan 
pengampu seperti Steven Doss dan rakan-rakan yang lain. Generasi mereka yang 
tertewas inilah akan turut sama disertai oleh rakan-rakan mereka yang lain 
seperti Nazrul Fazami Mohamad, Yang Di Pertua JPPUiTM dan para pemimpin 
mahasiswa yang mudah mengaku kalah setelah menerima sedikit tekanan daripada 
kerajaan. Apakah selepas ini Presiden PKPIM, Asyraf Wajdi Dusuki, Izwandy Idris, 
Yang Di Pertua MPPUSM dan lain-lain pemimpin mahasiswa akan tunduk kepada 
tekanan dan provokasi yang dilakukan oleh kerajaan? 
Golongan pengampu seperti ini cukup ramai di dalam UMNO dan sedikit-sebanyak 
telah melemahkan kekuatan UMNO dari dalam. Seolah-olah mereka membenarkan apa 
sahaja kata-kata yang keluar daripada Dr Mahathir. Malah sekiranya Dr Mahathir 
berkata bahawa kambing itu bertelur sekalipun , tidak mustahil mereka akan 
mengiyakan kata-kata beliau. Mungkin ada yang akan menambah dengan mengatakan 
bahawa kambing itu bertelur emas. Maka ada pula yang akan mengatakan bahawa 
kambing bertelurkan emas sebulan sekali dan pada bulan yang seterusnya akan 
mengeluarkan telur perak. Akhirnya macam-macam kenyataan yang pelik-pelik yang 
akan keluar daripada mulut mereka. 
Strategi yang kedua pula dilihat sebagai usaha kerajaan BN untuk memancing 
undi pengundi-pengundi Bukan Melayu di dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri 
Sarawak yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Maka sistem meritokrasi 
bolehlah dianggap sebagai perencah istimewa yang mampu menambat selera 
pengundi-pengundi Bukan Melayu di Sarawak. Matlamatnya tidak lain dan tidak 
bukan adalah untuk memenangi undi 

H-Net* MAHAFRAKAUN : Lima Dalam Satu

2001-07-20 Terurut Topik nurul huda





  
  

  MAHAFRAKAUN : Lima Dalam 
  Satu

Bila disebut perkataan Mahafrakaun , dalam alam 
siber, kita teringatkan Mahathir, Mahafiraun, Firaun, Mahaprak dan Haprak. Lima 
nama dalam satu yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan menjurus kearah Mahathir 
Perdana Menteri Malaysia terpariah sejak merdeka. 
Namun disebalik nama-nama ini sebenarnya jugalah Mahathir mengumpul ciri-ciri 
lima diktator paling kejam dalam sejarah dunia. Kesimpulannya, Mahathir = Idi 
Amin + Shah Iran + Hitler + Marcos + Soeharto . 
Idi Amin Dada ,mantan Presiden Uganda yang hidup dalam buangan , semasa 
pemerintahannya dikenali di seluruh dunia kerana kekejamannya memakan daging 
musuh politiknya dan menggunakan tengkorak musuh yang telah dibunuh sebagai 
cangkir meminum arak. Tiada bezanya dengan Idi Amin Malaysia yang memfitnah 
mantan Timbalannya dengan tuduhan liwat, musuh Negara, Agen negara asing dan 
bermacam-macam tuduhan . Memaksa rakyat menjadi saksi palsu seperti Dato nalla, 
Datuk Murad dll. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda , yang bermaksud barang 
siapa yang memFITNAH saudaranya samalah seperti ia memakan daging saudaranya 
itu. Nah !! Mahathir adalah lebih Idi Amin daripada Idi Amin kerana Idi Amin 
memakan daging musuhnya manakala Mahathir memakan daging saudara yang satu 
ketika dahulu dianggap anak olehnya. 
Shah Iran sebelum tumbang telah menekan rakyat yang bangun menentangnya dan 
mengarah askar dan polis rahsianya ( SB ?) menangkap , menyeksa dan membunuh 
aktivis  aktivis yang menentang pemerintahannya , sehingga ada pepatah terhasil 
bahawa dinding dan tembok pun ada mata dan telinga. Di Malaysia dalam era 
Mahathir ini apa kurangnya. Aktivis  aktivis yang bakal menggugat kedudukannya 
sebagai Maharaja Malaysia di tangkap, didera dan diISAkan . Nama-nama seperti 
Ezam, Tian Chua, Shaari Sungip, Khairul, Fuad dan Lain  lain lagi bukan asing 
sebagai Reformis yang terseksa. 
Hitler semasa pemerintahannya telah memfitnah Seorang Jeneral dalam angkatan 
bersenjatanya yang tidak bersetuju dengan German as a Great Race dan doktrin 
Nazi sebagai seorang Homoseksual dan peliwat dan dipenjarakan menyebabkan 
Jeneral tersebut mati merana dalam penjara . Ada persamaan dengan Hitler di 
Malaysia ini ? macam pernah dengar aje cerita ini.. 
Marcos pula untuk mengekalkan kuasanya telah membunuh saingannya yang juga 
merupakan seorang tokoh pembangkang di Filipina , Benigno Aquino .Ninoy nama 
mesra panggilan rakyat Filipina kepada Benigno difitnah dan dipenjarakan kerana 
dituduh sebagai musuh negara oleh Marcos telah dibenarkan ke USA untuk berubat 
kerana teknologi perubatan di Filipina tidak berupaya merawat Ninoy yang sakit. 
Marcos walaupun terkenal dengan sifat Zalimnya masih lagi membenarkan Ninoy 
pergi berubat ke luar negeri. Apabila sihat sekembalinya ke Filipina Ninoy di 
tembak oleh SB Marcos dalam terowong di lapangan terbang Manila. Cantiknya 
peristiwa itu di rakam oleh dalam video oleh aktivis reformasi Filipina dan 
disebarkan keseluruh Negara itu. 
Natijah dari penyebaran itu dalam pilihanraya berikutnya Isteri Ninoy, 
Corazon Aquino (Cory) berjaya menumbangkan Marcos BUKAN melalui keputusan 
pilihanraya yang memihak kepada Cory tetapi kerana pengundi pilihanraya itu 
bukan sahaja rakyat filipina tetapi juga penyu-penyu yang mengundi Marcos. 
Dalam pilihanraya itu di kawasan kelahiran Marcos sendiri jumlah undi yang 
diperolehi oleh Marcos jauh lebih tinggi daripada jumlah pengundi berdaftar yang 
sebenarnya . Itu tidak termasuk undi yang diperolehi oleh Cory . Sehingga rakyat 
Filipina membuat seloka jika semua penyu yang terdapat di pulau kelahiran Marcos 
itu turun mengundi Marcos pun jumlah undi yang diterima tidak sampai sebanyak 
undi yang diisytiharkan itu. Maka rakyat Filipina turun ke jalanraya membantah 
keputusan itu ,akhirnya Marcos melarikan diri keluar negeri dan mati dalam 
buangan. 
Di Malaysia Mahathirlah Marcosnya , kalau di Filipina ada penyu di Malaysia 
pula ada hantu. Ada hantu Lunas ada hantu Likas dan bermacam-macam jenis hantu 
lagi. 
Cerita Benigno Aquino dan Corazon Aquino ini macam sama aje ceritanya di 
Malaysia ini. Sahlah Marcos itu Mahathir dan Mahathir bukan Marcos. 
Di Indonesia , hon  hon keretanya berbunyi lain macam , aneh sekali , kalau 
di tempat lain serata dunia bunyinya honk !!! honk !!! tapi di Indonesia 
bunyinya pendek sahaja Tut  Tut.. kenapa begitu sih !!ya ? Oh! Ya 
rupa-rupanya industri kereta di Indonesia itu milik anaknya Pak Harto si Tutut . 
Kenapa ? sebab ia adalah amalan nepotisma dan kronisma yang busuk lagi 
membusukkan.Di Malaysia ada juga Pak Harto dalam nama Pak Hathir. Jika di 
Indonesia ada Tut-Tut dan Toni Mandala Putra , maka di Malaysia ada Marina, 
Mirzan, Mokhzani dan Mukriz. 
Pendekkata Idi Amin itu Mahathir, Mahathir bukan Idi Amin, Shah Iran itu 
Mahathir , Mahathir bukan Shah Iran, Hitler itu Mahathir , Mahathir bukan 
Hitler, Marcos itu Mahathir , Mahathir bukan Marcos dan Soeharto itu Mahathir , 
tetapi Mahathir 

H-Net* Sokongan merosot kerana kurang daya juang- Ibrahim Ali

2001-06-23 Terurut Topik Nurul Huda





Sokongan merosot kerana kurang daya juang- Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR 22 Jun - Kemerosotan sokongan orang Melayu dan generasi muda 
terhadap UMNO dalam pilihan raya umum lalu berpunca daripada kegagalan pemimpin 
parti menunjukkan daya juang yang tinggi menangani angkara fitnah 
pembangkang.
Wakil UMNO Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata, UMNO seharusnya 
menyusun pasukan yang ada dengan meletakkan mereka pada posisi yang betul.
``Nak letak striker... orang yang layak jaga gol diletak striker, manalah 
boleh sumbat gol. Susun betul-betul dan jangan pula ada sampai seseorang itu dua 
tiga jawatan, tak terbuatnya. Ramai lagi ada, kita gembleng tenaga,'' katanya 
ketika membahaskan usul menyokong ucapan dasar Presiden, pada Perhimpunan Agung 
UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Dari segi pendekatan untuk melawan Pas, beliau tidak menolak pentingnya cara 
diplomasi, tetapi berpendapat tidak salah menggunakan pendekatan menyerang dan 
agresif.
``Dulu waktu Pearl Harbour dibom oleh Jepun, Amerika tak gelabah malah 
Jeneral Jepun kata `kita mengejut harimau yang tidur'.
``Eisenhower bermesyuarat kemudian dia bom Nagasaki dan Hiroshima, hancur 
Jepun. Bila nak bom Kelantan dan Terengganu ni? Nak kena `scud' nanti?'' 
katanya.
Dalam hal ini, beliau mencabar Pergerakan Pemuda UMNO terutama Ketuanya, 
Datuk Hishammuddin Tun Hussein supaya lebih bersemangat mempertahankan survival 
parti bagi menghadapi pilihan raya umum 2004.
``Saya hendak bagi tahu kepada Pemuda UMNO ini bersemangatlah sikit. Hisham, 
jangan hendak retorik sahaja. Kerja-kerja kebajikan bagi pada Wanita dan 
Puteri.
``Kalau rasa tak mampu dan tak upaya, serah kat saya 2004 ni. Tak payah kita 
bertanding, kalau betul ikhlas untuk bangsa dan negara. Jawatan orang bagi, 
negeri dah dapat, kedudukan ada, tunjuk lebih baik daripada Mahfuz dan Mat 
Sabu,'' katanya.
Ibrahim juga menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memilih 
mereka yang benar-benar layak memegang jawatan dalam parti.
Beliau berpendapat, veteran UMNO seperti Tun Ghafar Baba dan Tan Sri Sanusi 
Junid masih boleh dilibatkan sama dalam aktiviti untuk mengukuhkan parti.
``Pemimpin ini bukan kira tua atau muda. Kalau tua tetapi kita tengok 
berguna, berjasa dan mampu berjuang, OK. Kalau yang muda tapi tak berguna nak 
buat apa.
``Tengku Razaleigh (Hamzah) pun boleh diguna. Walaupun dah kena kad merah, 
takkanlah bertahun-tahun nak dikenakan kad merah. Dia dah masuk padang guna 
ajelah,'' katanya.
Ibrahim turut menggesa Dr. Mahathir menggunakan kuasa Perdana Menteri 
mengehadkan bilangan jawatan yang dipegang oleh seseorang sama ada dalam parti 
atau kerajaan bagi menjamin prestasi sesebuah agensi itu.
``Kita hendak apabila dia pegang sesuatu jawatan, bukan sahaja soal prestasi 
perniagaan maju, tetapi dari segi menolong bangsa. Itu semua kita hendak tengok, 
begitu juga sama ada anak buah yang dipimpinnya itu menyokong UMNO atau tidak,'' 
katanya.
Dalam hal ini, Ibrahim mencadangkan agar tempoh jawatan korporat yang 
dipegang oleh ahli UMNO ditentukan berdasarkan kejayaan mereka menjamin sokongan 
mereka terhadap parti.
``Sesetengah (agensi) bagi orang UMNO jadi pengerusi, tetapi kalau tak buat 
kerja, dua tahun buang.
``Kita sudah ada Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis (Pengerusi TNB). Datuk Dr. Yusof 
Nor baru jadi Pengerusi Felda, bagi tempoh setahun dua tahun sahaja. 
``Kalau ditengok ada lagi (kakitangan) bawa bendera Pas dan Keadilan, sampai 
tempoh ganti orang lain,'' katanya.




H-Net* Sindrom bisu makin melemahkan Umno

2001-06-19 Terurut Topik Nurul Huda





Sindrom bisu makin melemahkan Umno 
Kemusnahan Umno semakin nyata dengan rentetan peristiwa yang berlaku 
saban hari. Kekalutan jelas berlaku di kalangan pemimpin dan anggotanya terutama 
ketika pemilihan peringkat bahagian. Kalau dilihat daripada senario yang berlaku 
sekarang ini, kekusutan dalam Umno diibaratkan di tahap nazak. 
Pertikaian berlaku terhadap pemilihan yang telah diputuskan sehingga terpaksa 
dirujuk kepada jawatankuasa tertentu untuk menentukan kesahihan mereka yang 
dipilih. 
Jelaslah, bantahan itu menunjukkan pemimpin Umno tidak mendapat kerjasama 
seratus peratus terhadap sesuatu projek. Sesuatu yang mengaibkan apabila ia 
melibatkan badan-badan tertentu seperti mahkamah. Justeru itu, kita gembira 
kerana ahli Umno sendiri berani melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan 
sesuatu tindakan dalam Umno. 
Seorang tokoh Umno di Terengganu berhasrat untuk membawa pemecatan dan 
hukuman dikenakan ke mahkamah kerana wujud ketidakadilan dalam keputusan yang 
dibuat. Malahan, beliau menjelaskan bahawa pemberian beg kepada ahli dan 
seumpamanya adalah sesuatu yang diamalkan bertahun-tahun sebelum ini. 
Kenyataan ini menggambarkan betapa politik wang atau membeli undi dalam Umno 
sudah menjadi sebahagian daripada budaya Umno. Ia lahir dari mulut seorang tokoh 
yang menganggotai kabinet dan disiarkan dalam berita media arus perdana, ianya 
sukar untuk dinafikan. 
Suatu masa dahulu, Pramoedya Ananta Toer, seorang penulis kontroversial di 
Indonesia, menyatakan keadaan politik di situ semakin membusuk. Tidak dinafikan 
politik Umno juga demikian, malahan menjijikkan. Kini ahli-ahli Umno 
berebut-rebut untuk membuka pekong dalam Umno. 
Apa yang menghairankan ialah dalam kempen pilihanraya Umno, politik wang 
dihalalkan dengan menghamburkan wang ringgit dan pelbagai hadiah semata-mata 
untuk mendapatkan undi. Bagaimanapun, dalam pemilihan kepimpinan mereka, 
pemberian yang serupa menjadi salah dan mana-mana pegawai yang terlibat diambil 
tindakan dan dipecat. Sedangkan ianya dilakukan oleh kelompok yang sama 
Jati diri Umno sebagai wadah memperjuangkan nasib orang Melayu, menimbulkan 
banyak persoalan. Dalam senario hari ini Umno bukan lagi parti orang Melayu dan 
mereka tidak berhak menjadikan Melayu sebagai nama parti kerana ia dianggotai 
oleh bumiputera lain dan masyarakat China, ahli AKAR. Apakah Cina AKAR tidak 
sama dengan Cina MCA ataupun Gerakan? 
Secara tidak disedari Umno telah menikam MCA dan Gerakan. Ahli AKAR boleh 
memilih mana-mana parti yang mewakili masyarakat Cina. Saya percaya keputusan 
ini tidak digemari oleh anggota Umno seluruhnya. Tetapi oleh kerana sindrom bisu 
dan tidakmengapa sudah menebal dalam Umno, ia dimanfaatkan oleh pucuk kepimpinan 
Umno. 



H-Net* AJK PAS Pusat lengkap

2001-06-18 Terurut Topik Nurul Huda




AJK PAS Pusat lengkap 
KUALA 
LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Razak dilantik 
Ketua Penerangan pada mesyuarat pertama AJK baru PAS Pusat untuk melengkapkan 
saf pimpinan parti dalam menghadapi cabaran mendatang.
Mesyuarat di Markas PAS di Taman Melewar hari ini dipengerusikan Presiden 
PAS Dato Fadzil noor dan dihadiri semua AJK yang dipilih perwakilan pada 
Muktamar parti dua minggu lalu. 
Ustaz 
Azizan yang gagal pada perebutan jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan di 
muktamar itu menggantikan Ustaz Omar Mohomed.
Mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk mengekalkan Ustaz Nasaruddin Mat 
Isa sebagai Setiausaha Agung parti dan Dato Paduka Abdul Halim Rahman sebagai 
Bendahari.
Bagi AJK 
tambahan pula, PAS melantik Pengarah Urusan Harakah Dato Hishamuddin Yahya, 
bekas Ketua Muslimat Senator Hajjah Jamilah Ibrahim dan Mohamad Sabu. 
Turut dilantik, 
Haji Asmuni Awi dan Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud. 
Mesyuarat hari ini memutuskan tidak mengisi kekesongan keenam buat 
sementara waktu. 
Dalam 
pada itu, perlantikan Pesuruhjaya negeri menyaksikan perubahan bagi Perak, 
Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah. 
Di 
Perak, Ustaz Ahmad Awang dilantik untuk menggantikan Haji Sabran Asmawi manakala 
Ustaz Idris Omar dilantik Pesuruhjaya Pahang menggantikan Ustaz Mohamad Baki 
Othman.
Pesuruhjaya Melaka yang baru ialah Ustaz Ghani Rahman yang menggantikan 
Haji Omar Baba.
Pakar 
ekonomi Dr Rosli Yaakob dilantik Pesuruhjaya Negeri Sembilan. Beliau mengambil 
alih jawatan daripada Haji Ibrahim Abdul Rahman.
Bagi 
Sabah, Haji Mohamad Abdullah digantikan oleh Datu Dr Bandira Datu Alang. 

Mesyuarat hari in turut melengkapkan pentadbir lajnah PAS seperti 
berikut: 
Lajnah KewanganPengerusi : Dato Fadzil NoorTim. Pengerusi : Tuan guru 
Haji Abdul Hadi Awang
Lajnah Politik dan Organasasi Pengerusi : Dato Fadzil 
NoorTim. 
Pengerusi : Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang
AJK : 
AJK Harian
Lajnah Tarbiyah dan Kepimpin Pengerusi : Tuan guru 
Haji Abdul Hadi AwangTim. Pengerusi : Ustaz Haji Harun TaibAJK : Ustaz 
Haji Hasihm JasinAJK : Ustaz Haji Taib Azamuddin
Lajnah Antarabangsa Pengerusi : Haji Mustafa AliTim. 
Pengerusi :Dr Hatta Ramli
Lajnah Kebajikan dan KemasyarakatanPengerusi : Ustaz Hassan 
ShukriTim. Pengerusi : Dato Hishamuddin YahyaAJK : Ustaz Ghani 
RahmanLajnah PendidikanPengerusi : Dato Dr Hassan AliTim. 
Pengerusi : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Lajnah Perpaduan NasionalPengerusi : Haji Mahfuz OmarTim. 
Pengerusi : Ustaz Ahmad AwangAJK : Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali
Lajnah Penerangan dan DakwahPengerusi : Ustaz Azizan 
Razak Tim. Pengerusi : Haji Husam MusaAJK : Hajjah Jamilah 
IbrahimLajnah Ekonomi dan Pembangunan UsahawanPengerusi : Dr 
Wahab Ismail Tim. Pengerusi : Haji Asmuni Awi
Lajnah Perumahan dan SetingganPengerusi : Dr Hatta 
RamliTim. 
Pengerusi : Dr Mariah Mahmud
Lajnah Pertanian dan Hal Ehwal PenerokaPengerusi : Ustaz Abu 
Bakar ChikTim. Pengerusi : Haji Omar Mohamad
Lajnah Hal Ehwal Pekerja Pengerusi : Haji Mohamad SabuTim. 
Pengerusi : Hanipa Mydin
Lajnah Undand Undang dan GuamanPengerusi :Haji Wan 
Mutalib EmbongTim. Pengerusi : Syed Ibrahim Syed Abdul 
RahmanLajnah Hal Ehwal Pengguna dan Alam SekitarPengerusi : 
Salahuddin AyobTim. Pengerusi : Ustaz Idris Ahmad
Lajnah Hal Ehwal ParlimenPengerusi : Dato Kamaruddin 
JaafarTim. Pengerusi : Dr Syed Azman Syed Ahmad NawawiMajlis 
Tertinggi PilihanrayaPengerusi : Dato Fadzil NoorTim. Pengerusi : 
Tuan Guru Haji Abdul Hadi AwangAJK lama kekal. 
Jabatan Pilihanraya PAS PusatPengerusi : Haji Mustafa 
AliTim. Pengerusi 1 : Dato Hishamuddin YahyaTim. Pengerusi 2 : Haji Wan 
Abdul Rahim
Jawatankuasa BangunanPengerusi : Dato Paduka 
Halim RahmanTim.Pengerusi : Dr Wahab IsmailPusat Penyelidikan PAS 
PusatPengerusi : Dato Fadzil NoorTim. Pengerusi : Dato Kamaruddin 
Jaafar
Lembaga Pengarah Urusan HarakahPengerusi : Haji Mustafa 
AliAJK lama kekal. 
Pemegang Amanah Dato Fadzil NoorUstaz Nasaruddin Mat 
IsaUstaz Hashim JasinUstaz Harun Taib.


H-Net* Tahanan Terbaru ISA?- Terkini

2001-06-15 Terurut Topik Nurul Huda









Tahanan Terbaru ISA?- 
Terkini 

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa PDRM telah 
menahan seorang lelaki bernama Mohamad Sobri bin Abu Hassan yang memegang Kad 
pengenalan bernombor 610502-02-5055 telah ditahan untuk membantu polis menyiasat 
kes rompakkan Southern bank kini ditahan dibawah undang undang zalim ISA. Apa 
yang mencurigakan adalah tertuduh juga adalah ahli PAS yang aktif berusrah, 
Pihak keluaga dan teman teman tertuduh yang menghubungi kami (Anti-ISA) 
mengatakan bahawa kemungkinan tertuduh hanyalah dijadikan kambing hitam oleh 
polis bagi meyelesaikan beberapa kes mesteri. 
Menurut seorang teman beliau yang dikenali sebagai Lan (bukan nama penuh) 
tertuduh dilihat kali terahir pada 12 Jun di Mahkamah Shah Alam dan dipercayai 
telah dibebaskan oleh dari tahanan reman- apa yang merisaukan keluaga adalah 
tertuduh 'menghilang' sejurus itu, dan dipercayai dibawa ke Bukit Aman oleh 
sekumpulan lelaki. Lebih mendukacitakan lagi, isteri beliau sedang sarat 
mengandung (8 bulan)- dan keluaga beliau sedang menghadapai masalah kewangan 
yang serius. 
Dibawah diturunkan beberapa maklumat peribadi tertuduh- dan harap semua pihak 
dapat membantu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluaga mangsa. 
 
Nama: Mohamad Sobri bin Abu Hassan ( KP: 610502-02-5055) 
Isteri: Zaharah (Milah) binti Saad 
Tanggungan: 3 lelaki dan 1 perempuan. Satu didalam kandungan. 
Pekerjaan: Bekerja sendiri menjual makanan dan membawa kanak-kanak ke 
sekolah. Mula ditahan: 29hb Mei 2001 jam 6.40 ptg di rumahnya. 
Di tahan untuk membantu polis menyiasat kes rompakkan Southern bank dan 
aktiviti usrah beliau. Beliau adalah ahli PAS yang aktif dengan aktiviti usrah. 
Beliau dilihat orang dimahkamah Shah Alam pada 12hb Jun 2001 dan kemungkinan 
telah dilepaskan pada ketika itu (Senyum dan tangan tidak bergari lagi) Saya 
benar-benar berharap agar saudara/saudari dapat membantu Isteri beliau. Sekarang 
ini periuk nasi keluarga mereka tertutup dan anak- anak tidak dapat ke sekolah. 
Isteri beliau sedang mengandung anak kelima 8 bulan. 
Sila hubungi isteri beliau (03 80704878.) 


H-Net* Ceramah Dato' Dr. Hassan Ali

2001-05-27 Terurut Topik Nurul Huda






Jangan 
lepaskan peluang keemasan ini.  
Khabarkan kepada jiran-jiran dan rakan 
taulan 
Pakar 
motivasi yang akan mengupas tentang masalah-masalah 
sosial, masalah remaja dan 
teknik-teknik untuk menyelesaikannya
Motivasi 
Kekeluargaan

Tajuk: Teknik-teknik mendidik anak-anak yang 
bermasalah
Penceramah: Dato' Dr. Hassan Ali ( Pakar Motivasi Keluarga 
)
Tarikh 
: 28/5/2001 
(Isnin)
Masa 
: 9:00 
malam
Tempat 
: Surau Taman Puchong 
Permai (Blok 34)
 
Taman Puchong Permai Batu 13
 
Puchong Selangor.

Anjuran : Ahli Qariah Surau Taman Puchong Permai (Blok 
34)

Muslimin muslimat 
dijemput hadhir beramai-ramai


H-Net* Ceramah Dato' Dr. Hassan Ali

2001-05-24 Terurut Topik Nurul Huda






Jangan 
lepaskan peluang keemasan ini.  
Khabarkan kepada jiran-jiran dan rakan 
taulan 
Pakar 
motivasi yang akan mengupas tentang masalah-masalah 
sosial, masalah remaja dan 
teknik-teknik untuk menyelesaikannya

Motivasi 
Kekeluargaan

Tajuk: Teknik-teknik mendidik anak-anak yang 
bermasalah
Penceramah: Dato' Dr. Hassan Ali ( Pakar Motivasi Keluarga 
)
Tarikh 
: 28/5/2001 
(Isnin)
Masa 
: 9:00 
malam
Tempat 
: Surau Taman Puchong 
Permai (Blok 34)
 
Taman Puchong Permai Batu 13
 
Puchong Selangor.

Anjuran : Ahli Qariah Surau Taman Puchong Permai (Blok 
34)

Muslimin muslimat 
dijemput hadhir beramai-ramai


H-Net* Ceramah Dato' Dr. Hassan Ali

2001-05-23 Terurut Topik Nurul Huda






Jangan 
lepaskan peluang keemasan ini.  
Khabarkan kepada jiran-jiran dan rakan 
taulan 
Pakar 
motivasi yang akan mengupas tentang masalah-masalah 
sosial, masalah remaja dan 
teknik-teknik untuk menyelesaikannya

Motivasi 
Kekeluargaan

Tajuk: Teknik-teknik mendidik anak-anak yang 
bermasalah
Penceramah: Dato' Dr. Hassan Ali ( Pakar Motivasi Keluarga 
)
Tarikh 
: 28/5/2001 
(Isnin)
Masa 
: 9:00 
malam
Tempat 
: Surau Taman Puchong 
Permai (Blok 34)
 
Taman Puchong Permai Batu 13
 
Puchong Selangor.

Anjuran : Ahli Qariah Surau Taman Puchong Permai (Blok 
34)

Muslimin muslimat 
dijemput hadhir beramai-ramai


H-Net* Ceramah Dato' Dr. Hassan Ali

2001-05-22 Terurut Topik Nurul Huda




Motivasi 
Kekeluargaan

Tajuk: 
Teknik-teknik mendidik anak-anak yang 
bermasalah
Penceramah: 
Dato' Dr. Hassan Ali ( Pakar Motivasi Keluarga )
Tarikh : 28/5/2001 
(Isnin)
Masa : 9:00 malam
Tempat : Surau Taman Puchong 
Permai (Blok 34)
 
Taman Puchong Permai Batu 13
 
Puchong Selangor.

Anjuran : Ahli Qariah Surau Taman 
Puchong Permai (Blok 34)

Muslimin muslimat dijemput hadhir 
beramai-ramai


H-Net* Ceramah YB Dato' Dr. Hj. Hassan Mohd Ali

2001-05-19 Terurut Topik Nurul Huda





 abc.ppt


H-Net* Gugur Baki Tuduhan Terhadap DSAI

2001-05-13 Terurut Topik Nurul Huda









Gugur Baki Tuduhan 
Terhadap DSAI 

Pertama sekali sudah tentu kami gembira dengan 
berita ini. Tetapi seperti yang saya ramalkan baki lima tuduhan terhadap DSAI 
akan digugurkan menjadi kenyataan. Meneruskan lima tuduhan palsu tidak berasas 
ini bermakna mereka sengaja mencari susah. 
Tetapi dalam pada itu saya juga rasa kesal, kerana saya sangat berharap DSAI 
akan mendedahkan banyak lagi konspirasi-konspirasi manusia laknat ini di 
mahkamah. Saya berasa cukup yakin jika kes-kes ini dibicarakan maka segala 
penipuan dan fitnah kerajaan terhadap DSAI dan rakyat Malaysia akan 
ditelanjangkan di mahkamah. Lebih-lebih lagi kelihatan suasana di mahkamah 
sekarang nampaknya ada sedikit 'pemulihan'. 
Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Korup Augustine Pol di Penjara Sungai 
Buloh, pihak pendakwa telah menyatakan bahawa mereka menggugurkan semua baki 
lima pertuduhan terhadap DSAI tanpa sebarang sebab. Regim AMENO telah merasakan 
penjara 15 tahun terhadap DSAI adalah mencukupi. Sekiranya mereka meneruskan 
baki lima tuduhan ini, konspirasi mereka akan menjadi kelam kabut. Pertamanya, 
banyak wang yang akan digunakan untuk membayar rasuah kepada hakim dan saksi 
palsu. Sedangkan kita semua tahu pembiaya utama konspirasi ini, Daim Zainuddin 
sedang berkonfontasi dengan Ketua Konspirator Mahadey Lakantullah. Kedua, 
beberapa hakim korup seperti Wahab Petai dan Akhtar Tahi khabarnya akan 
'dikeluarkan' dari Kuala Lumpur. Terima Kasih kepada Ketua Hakim Dzaidin. 
Ketiga, dalam kes rasuah mereka tidak mempunyai walaupun satu bukti yang boleh 
disabitkan. Buktinya semasa kempen pilihanraya tidak ada satu pun bukti yang 
mereka gunakan untuk mengaitkan DSAI dengan rasuah sebaliknya Barisan Alternatif 
yang banyak membuat laporan berkaitan rasuah pemimpin-pemimpin tertinggi AMENO. 
Namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa 
kerana mereka juga korup. Keempat, dalam kes sodomi, saksi palsu mereka mungkin 
sudah berubah fikiran. Ataupun 'mangsa' liwat ini juga sudah kena 'tangkap' 
berzina. Ataupun Kerajaan tidak lagi boleh merasuah jawatan pengarah kepada 
'mangsa' liwat kerana banyak syarikat kroni dah lingkup, lebih-lebih lagi 
Mokhzani pun dah jual syarikatnya. Kalau benar DSAI meliwat kamu, silakan buat 
pertuduhan. Kami juga tidak suka kaki liwat tetapi kami lebih tidak suka orang 
yang buat fitnah. Keenam, mereka sudah tidak memiliki DUGONG di pejabat peguam 
negara. 
InsyaAllah ini tanda-tanda awal ALLAH mahu membersihkan maruah seorang 
hambanya yang tidak berdosa dan ALLAH akan menghina hamba-hambanya yang 
menjatuhkan maruah orang lain. 


H-Net* Konspirasi Melumpuhkan keADILan

2001-05-09 Terurut Topik Nurul Huda









Konspirasi Melumpuhkan 
keADILan 

Pedas-pedas Cili Api(4hb Mei 
2001) 
Cili Api memang sudah duga. Mula-mula dulu kes Azmin Ali dibuang tanpa beliau 
dipanggil untuk membela diri. Pihak Peguam Negara dan polis tidak puas hati. 
Oleh kerana itu pihak mereka membuat rayuan melalui pendakwa raya. Rayuan 
didengar di hadapan hakim Wahab Patail, adik-beradik dengan Gani Patail. 
Keputusannya? Wahab memerintah supaya Azmin dibicarakan semula. 
Di hadapan pengadil mana pula Azmin dibicarakan? Kalau masih belum tahu, 
namanya Akhtar Tahir. Di hadapan Akhtar ini jugalah Rahim Noor, kaki pukul yang 
mengaku sebagai ketua lanun, dibicarakan. Akhtar tidak boleh melepaskan kaki 
pukul itu, kerana segala bukti sudah jelas daripada laporan Suruhanjaya yang 
menyiasat tenang peristiwa mata lebam Anwar. 
Dia cuma boleh pastikan hukuman ke atas kaki pukul yang jadi ketua kepada 
semua polis tidak akan berat sangat. Itulah sebabnya kaki pukul ini dikenakan 
hukuman penjara dua bulan, dua bulan saja, dan denda cuma sebanyak RM2000 saja. 
Setelah 31 bulan, barulah lanun kaki pukul dimasukkan ke dalam penjara. 
Tetapi Akhtar ini juga menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Azmin 
Ali. Azmin dibenarkan ikat jamin, Akan tetapi si Akhtar ini menaikkan pula 
jumlah jaminan daripada RM10,000 yang dikenakan dulu kepada RM20,000. Cili Api 
dengar, pengadil yang kurang adil ini telah menaikkan jumlah jaminan dengan 
tidak payah diminta oleh pihak pendakwa. 
Sekiranya rayuan Azmin nanti ditolak, dan kemungkinan besarnya ini akan 
berlaku, maka Azmin akan hilang kerusinya dalam Dewan Undangan Selangor dan 
tidak boleh bertanding dalam tempoh lima tahun akan datang. Inilah yang 
dikehendaki oleh PM Dr M @ Cek Det. Dan inilah yang akan dilakukan oleh 
kroni-kroni yang dikuasainya dalam mahkamah. Cek Det hendak pastikan keADILan 
menjadi lumpuh. 
Cili Api percaya ini adalah permulaan daripada beberapa kes akan datang. 
Tidak lama lagi tentu ada pula wakil rakyat lain yang dikemukakan ke mahkamah. 
Mereka tidak semestinya dari keADILan saja. Tetapi, kali ini tumpuan Cek Det dan 
kroni-kroninya dalam Kamar Peguam Negara ialah terhadap pemimpin-pemimpin 
keADILan. Sebabnya, Cek Det senantiasa dihantui oleh bayang-bayang Anwar 
Ibrahim, dan khabarnya dia tidak lelap tidur, walaupun didodoi oleh Siti Hasmah. 

Sebelum ini, kita sudah ketahui, Cek Det menggunakan ISA untuk menahan 10 
orang pemimpin keADILan serta aktivis reformasi. Siapa hendak percaya pada Dolah 
Badwi yang mendakwa kononnya penahanan mereka ini tidak bermotifkan politik. 
Wahai Dolah Badwi, jangan sangka rakyat sebodoh sesetengah pemimpin UMNO. 
Sekarang ini kita tidak tahu apa yang sedang dibuat oleh polis ke atas tahanan 
ISA ini. 
Suhakam dan keluarga masih belum dapat berjumpa dengan mangsa ISA. Polis kata 
mereka belum habis siasat lagi. Atau adakah sebenarnya mereka belum habis 
mendera semua tahanan politik ini supaya mereka mengaku bersalah atas segala 
tuduhan palsu yang dibuat oleh Ketua Polis Negara? Atau adakah polis hendak 
tunggu sampai semua bukti deraan yang ada pada tahanan ISA ini itu hilang dulu? 
Cili Api lihat Cek Det, mahafiraun ini akan terus menggunakan ISA dan 
hakim-hakim untuk melaksanakan segala kehendak dan cita-cita mahazalimnya. 



H-Net* Megat Junid bersara dari politik

2001-05-05 Terurut Topik Nurul Huda





Megat Junid bersara dari politik
KUALA LUMPUR 5 Mei - Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal 
Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 59, hari ini mengumumkan persaraannya 
daripada arena politik atas alasan kecewa terhadap amalan politik wang pada 
pemilihan bahagian UMNO.
Menurut Megat Junid, keputusan itu dibuat selepas beliau tewas kepada 
Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ramli Ngah Talib dalam pemilihan Ketua 
UMNO Bahagian Pasir Salak, Perak, pada 15 April lalu.
Beliau yang telah aktif selama 30 tahun dalam UMNO mendakwa, amalan politik 
wang adalah faktor kekalahan tipisnya pada pemilihan ketua bahagian 
berkenaan.
``Selama ini saya tidak pernah merasakan penangan politik wang seperti yang 
dialami pada pemilihan baru-baru ini,'' katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat tuduhan melulu berikutan tidak ada 
bukti kukuh yang boleh dikaitkan dengan pihak terbabit.
``Ada perwakilan dalam bahagian itu bertemu dengan saya dan mendakwa menerima 
wang sebanyak RM500 yang diberikan oleh individu tertentu,'' katanya kepada 
Mingguan ketika ditemui di kediamannya di Kelana Jaya dekat sini, hari 
ini.
Beliau mengulas kekalahannya kepada Ramli dengan majoriti 11 undi pada 
pemilihan bahagian Pasir Salak, 15 April lalu.
Megat Junid mendapat 191 undi, manakala Ramli memperoleh 202 undi.
Pada pilihan raya umum 1999, Megat Junid tewas kepada calon Pas, Mat Basir 
Rahmat bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Parit dengan majoriti 1,293 
undi.
Mengulas lanjut mengenai kekalahannya di Pasir Salak, Megat Junid mendakwa, 
beliau tidak mempunyai pengalaman bertanding pada peringkat bahagian kerana 
sering menang tanpa bertanding sepanjang 18 tahun menjadi timbalan ketua 
bahagian tersebut.
``Bukan prinsip saya untuk membeli kuasa dengan duit. Minta maaflah. Kalau 
setakat belanja minum kopi di warung bolehlah,'' tegasnya.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan kepada polis dan Lembaga 
Disiplin UMNO mengenai gejala itu, beliau berkata: ``Tidak payahlah. Sukar untuk 
mencari bukti kukuh untuk menuduh seseorang.''
Menurut beliau, keengganan saksi untuk tampil bagi membuktikan kewujudan 
gejala itu menyebabkan bukti salah laku itu sukar diperoleh.
``Siapa yang mahu menjadi saksi untuk membuktikan dirinya turut menerima wang 
daripada seseorang,'' tegasnya.
Dalam menangani masalah politik wang, katanya, orang bawahan yang menerima 
wang tersebut tidak boleh dipersalahkan sekiranya orang atasan tidak 
memulakannya terlebih dahulu.
Beliau menarik perhatian, kini sesiapa yang mahu menjadi pemimpin, tidak 
boleh bersikap gentleman jika tidak mempunyai wang.
``Perlu ada unsur-unsur wang untuk membeli perwakilan yang mahukan wang jika 
hendakkan sokongan,'' katanya.
Kumpulan perwakilan tersebut, katanya, adalah golongan yang bermuka-muka dan 
menyokong calon yang menaburkan jumlah wang banyak.
Beliau menegaskan, UMNO akan hancur jika gejala tersebut tidak dibendung 
secara serius kerana kuasa ditentukan dengan wang dan pemimpin dilahirkan 
menerusi kekuatan ekonominya, bukan kredibiliti.
``Jangan digadaikan maruah dengan wang, UMNO akan hancur lebur. Jangan beli 
kuasa dengan wang,'' tegas beliau.
Mengulas mengenai persaraannya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana 
pihak yang mahukan dirinya bertanding di peringkat bahagian atau pilihan raya 
umum akan datang.
Persaraannya itu, kata beliau, akan memberi peluang kepada lebih ramai 
pemimpin muda menunjukkan bakat dalam UMNO.
``Cukuplah pengalaman saya selama sembilan tahun sebagai Setiausaha Politik 
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, 13 tahun sebagai timbalan menteri, empat tahun 
sebagai menteri penuh,'' katanya yang berjanji untuk terus membantu UMNO biarpun 
tanpa jawatan.
Karier politik Megat Junid bermula pada tahun 1972 apabila menyertai UMNO dan 
dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar.
Pada 1 Januari 1975, Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran 
melantik Megat Junid sebagai pegawai khasnya sebelum dilantik sebagai Setiausaha 
Politik Dr. Mahathir setahun kemudian sehingga 1984.
Masa depan politiknya dilihat cerah apabila beliau memenangi pilihan raya 
umum 1982 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Salak.
Seterusnya, beliau dipilih menjadi Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Salak 
pada tahun 1984 dan pada tahun yang sama dilantik sebagai Timbalan Menteri 
Perusahaan Utama.
Pada pilihan raya umum 1986, Megat Junid sekali lagi memenangi kerusi Dewan 
Undangan Negeri Pasir Salak dengan majoriti melebihi 10,000 undi.
Sejak tahun itu hingga 1997, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam 
Negeri sebelum dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal 
Pengguna sehingga 1999.
Pengaruhnya di Pasir Salak semakin kukuh apabila memenangi pilihan raya umum 
1990 dengan majoriti melebihi 15,000 undi.
Megat Junid sekali lagi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri itu pada 
pilihan raya umum 1995 dengan majoriti sebanyak 17,300 undi. Bagaimanapun karier 
politiknya mengalami 

H-Net* Mahathir Kepala Batu!

2001-05-04 Terurut Topik Nurul Huda




Mahathir Kepala Batu! 

Betapa kasar panggilan dan gelaran di atas. Bukannya 
kerana saya emosional tetapi tindak-tanduknya yang degil, berdendam, tidak 
berperikemanusiaan maka buat rakyat macam 'anjing' !. Dahlah dia mengatakan 
sdr.Anwar menipu tentang penyakitnya, halangan SUHAKAM untuk melawat tahanan ISA 
mendedahkan kejahatan dalam dirinya. Keadaan memaksa Mahathir bersikap demikian 
rupa kerana dia amat takut dan sedaya upaya sedang menghalang kebangkitan para 
reformis dan semakin ramai rakyat menentang beliau sekarang ini. 
Ketakutan dan kebimbangan yang di alami oleh Mahathir telah sampai kemuncak 
sehingga memaksa dia menggunakan akta ISA. Tindakan Mahathir ini di ibaratkan ' 
mencurah minyak ke dalam api ' . Mahathir sepatutnya mencari jalan berbaik-baik 
bersifat penyayang dan memperbaiki sirratulrahim dengan para musuhnya. Mahathir 
juga tentu tahu dan amat mengenali para musuhnya bukanlah golongan yang mengacu 
senjata kepadanya. Jika ada golongan seperti ini, Mahathir tentunya tinggal nama 
sahaja sekarang ini. Mahathir sepatutnya berterima kasih dan menghormati para 
pembangkang dan musuhnya kerana golongan ini masih menghormati demokrasi. Hanya 
Mahathir semakin hari semakin melupakan demokrasi dan bertindak zalim kepada 
rakyat yang menentangnya seperti seorang diktator. 
Mahathir dan kerajaan sekarang ini mesti mengubah dengan cepat kesilapan ini. 
Perbuatan seperti menghalang sdr.Anwar merawat di Germany, menghalang Suhakam 
melawat tahanan ISA dan merendah-rendahkan suara rakyat mahu ISA di hapuskan 
hanya mengundang bencana kepada dirinya dan UMNO. 
Mahathir tidak perlu mendabik dada dan bermegah dengan kuasa yang ada 
padanya. Himpunan ribuan rakyat mengelilingi PutraJaya dan kediamannya di sana 
sudah cukup melemahkan kekuatan polis. Mahathir boleh melarikan diri ke negara 
lain, tetapi kesalahannya akan di hakimi dan dia akan di labelkan 'MOST WANTED 
PERSON: US2 MILLION REWARD-LIFE OR DEATH'. 


H-Net* Puncanya Mahathir atau politik wang?

2001-04-30 Terurut Topik Nurul Huda





Puncanya Mahathir atau politik wang? 
3:11pm, Mon: Heboh mengenai politik wang sejak seminggu 
dua ini, mengapa? Kenapa perkara yang telah dibangkitkan oleh bekas Timbalan 
Presiden Umno, Tan Sri Musa Hitam sejak 15 tahun lalu tiba-tiba menjadi topik 
utama sekarang? Umno seperti orang sedang nazak, mahu diubati segera 
penyakitnya yang kronik. Doktornya menghebohkan punca utama penyakit itu adalah 
virus bernama politik wang. Lalu virus itu diserang dengan harapan kuman lain 
yang lebih berbahaya dilupakan dan penyakit dapat diubati segera. Itulah 
gambaran yang diberikan sekarang - kononnya sebab utama Umno semakin reput dan 
dipinggirkan oleh orang Melayu adalah kerana pemimpin-pemimpinnya mengamalkan 
politik wang. Lalu dikemukakan beberapa cadangan segera seperti merujuk 
kes-kes politik wang kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), menyenaraihitamkan 
pemegang jawatan dalam Umno daripada mendapat kontrak kerajaan dan orang yang 
terlalu kaya akan disekat daripada merebut jawatan dalam parti itu. 
Doktor Umno merangkap Presiden parti, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad 
menyalahkan politik wang, orang kaya dan kerakusan merebut tender kerajaan 
sebagai penyebab kelemahan parti yang sedang dipimpinnya itu. 
Bagaimanapun ahli-ahli Umno sekarang semakin bijak. Mereka tidak menelan 
bulat-bulat kempen memerangi politik wang yang diberikan nafas baru oleh 
Presiden mereka itu. Malah ada yang mempertikaikan kenyataan Dr Mahathir 
itu dengan menyifatkan beliau cuba mengalih perhatian ahli-ahli Umno daripada 
masalah sebenar yang dihadapi oleh parti itu. Cabaran BBM Naib Ketua Pemuda Umno Datuk 
Aziz Sheikh Fadzir mengingatkan Dr Mahathir jangan marahkan nyamuk, lalu kelambu 
dibakar. Katanya, tidak semua orang kaya mengamalkan politik wang. Ahli 
Majlis Tertinggi Datuk Shahrir Samad pula menegaskan, langkah menyekat orang 
kaya daripada memimpin parti tidak semestinya akan menghapuskan politik wang 
kerana orang yang tidak kaya juga terdedah untuk mengamalkan gejala itu. 
Kini di tengah-tengah pemilihan di peringkat bahagian, perbahasan 
politik wang semakin hangat. Ahli-ahli Umno seolah-olah lupa apa sebenarnya 
penyakit yang dihadapi oleh parti itu. Isu politik wang ini telah 
menenggelamkan kewujudan Badan Bertindak Melayu (BBM) yang tidak lama dulu 
begitu lantang mengkritik pucuk pimpinan parti termasuk 
Presidennya.Kenyataan-kenyataan pedas Shahrir, Datuk Ibrahim Ali, Datuk 
Tajuddin Abdul Rahman dan ramai lagi yang mengecam pemimpin Umno kini dan 
menganggap Dr Mahathgir sebagai beban kepada parti serta punca kekalahan Barisan 
Nasional dalam pilihan raya kecil Lunas tenggelam begitu sahaja. Inilah 
sebenarnya yang dikehendaki oleh Presiden Umno itu. Beliau mahu ahli-ahli parti 
leka membicarakan soal lain dan melupakan BBM yang cuba mencabar kedudukannya. 
Lalu kesempatan yang dibuka oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman yang kecewa 
dengan amalan politik wang dalam Umno bahagian Kuantan digunakan sepenuhnya 
untuk membesar-besarkan ancaman politik wang ini. Dr Mahathir berharap 
dapat mencuci tangannya apabila menjadi hero memerangi politik wang. Beliau 
menggunakan kesempatan ini untuk menuduh orang lain sebagai punca kelemahan 
Umno, sekali gus mahu menepis dakwaan para penentangnya yang menuduhnya sebagai 
liabiliti (beban) kepada parti. Seorang aktivis Pemuda Umno berkata, Dr. 
Mahathir mahu membersihkan dirinya dengan mempamerkan kesungguhan untuk 
memerangi politik wang dalam parti. Tender yang 
lumayan Dr Mahathir cuba mengalihkan perhatian 
ahli-ahli Umno daripada menyalahkan dirinya sebagai punca kelemahan parti dengan 
menimbulkan masalah lain terutamanya politik wang. Beliau berharap 
apabila ahli-ahli parti ghairah bercakap soal politik wang, kemarahan mereka 
terhadapnya akan berkurangan atau dihapuskan, tegasnya. 
Bagaimanapun menurut aktivis itu, sebahagian besar ahli-ahli Umno 
berpendapat sebaliknya, Dr Mahathir dilihat sebagai punca kepada gejala ini 
kerana beliaulah yang menggalakkan kemasukan orang korporat dan orang kaya ke 
dalam Umno. Kami juga tidak melihat keikhlasan beliau dalam 
memerangi gejala ini. Mengapa baru sekarang hendak bertegas? Kenapa tidak 10 
atau lima tahun dulu. Sekarang politik wang sudah menjadi budaya Umno... sukar 
untuk diperangi, tambah aktivis itu lagi. Nampaknya usaha murni 
Dr Mahathir untuk membersihkan Umno akan menempuh jalan sukar. Tidak ramai 
pemimpin Umno sanggup bekerjasama dengannya kerana lebih 80 peratus ketua-ketua 
bahagian dan cawangan bergantung pada kontrak-kontrak kerajaan. Masakan 
mereka mahu menabur pasir ke periuk nasi sendiri? Lagipun idelisme perjuangan 
sudah lama berkubur dalam Umno. Sebahagian besar mereka yang menyertai Umno 
sekarang mahu mengejar kontrak, konsesi balak, saham dan tender-tender yang 
lumayan. Sedangkan memasang poster dan bendera ketika musim pilihanraya 
sekalipiun para penyokong Umno menagih upah, inikan pula apabila sudah menjadi 
pemimpin di peringkat bahagian, perhubungan negeri atau di peringkat nasional. 

H-Net* Puncanya Mahathir atau politik wang?

2001-04-30 Terurut Topik Nurul Huda





Puncanya Mahathir atau politik wang? 
3:11pm, Mon: Heboh mengenai politik wang sejak seminggu 
dua ini, mengapa? Kenapa perkara yang telah dibangkitkan oleh bekas Timbalan 
Presiden Umno, Tan Sri Musa Hitam sejak 15 tahun lalu tiba-tiba menjadi topik 
utama sekarang? Umno seperti orang sedang nazak, mahu diubati segera 
penyakitnya yang kronik. Doktornya menghebohkan punca utama penyakit itu adalah 
virus bernama politik wang. Lalu virus itu diserang dengan harapan kuman lain 
yang lebih berbahaya dilupakan dan penyakit dapat diubati segera. Itulah 
gambaran yang diberikan sekarang - kononnya sebab utama Umno semakin reput dan 
dipinggirkan oleh orang Melayu adalah kerana pemimpin-pemimpinnya mengamalkan 
politik wang. Lalu dikemukakan beberapa cadangan segera seperti merujuk 
kes-kes politik wang kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), menyenaraihitamkan 
pemegang jawatan dalam Umno daripada mendapat kontrak kerajaan dan orang yang 
terlalu kaya akan disekat daripada merebut jawatan dalam parti itu. 
Doktor Umno merangkap Presiden parti, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad 
menyalahkan politik wang, orang kaya dan kerakusan merebut tender kerajaan 
sebagai penyebab kelemahan parti yang sedang dipimpinnya itu. 
Bagaimanapun ahli-ahli Umno sekarang semakin bijak. Mereka tidak menelan 
bulat-bulat kempen memerangi politik wang yang diberikan nafas baru oleh 
Presiden mereka itu. Malah ada yang mempertikaikan kenyataan Dr Mahathir 
itu dengan menyifatkan beliau cuba mengalih perhatian ahli-ahli Umno daripada 
masalah sebenar yang dihadapi oleh parti itu. Cabaran BBM Naib Ketua Pemuda Umno Datuk 
Aziz Sheikh Fadzir mengingatkan Dr Mahathir jangan marahkan nyamuk, lalu kelambu 
dibakar. Katanya, tidak semua orang kaya mengamalkan politik wang. Ahli 
Majlis Tertinggi Datuk Shahrir Samad pula menegaskan, langkah menyekat orang 
kaya daripada memimpin parti tidak semestinya akan menghapuskan politik wang 
kerana orang yang tidak kaya juga terdedah untuk mengamalkan gejala itu. 
Kini di tengah-tengah pemilihan di peringkat bahagian, perbahasan 
politik wang semakin hangat. Ahli-ahli Umno seolah-olah lupa apa sebenarnya 
penyakit yang dihadapi oleh parti itu. Isu politik wang ini telah 
menenggelamkan kewujudan Badan Bertindak Melayu (BBM) yang tidak lama dulu 
begitu lantang mengkritik pucuk pimpinan parti termasuk 
Presidennya.Kenyataan-kenyataan pedas Shahrir, Datuk Ibrahim Ali, Datuk 
Tajuddin Abdul Rahman dan ramai lagi yang mengecam pemimpin Umno kini dan 
menganggap Dr Mahathgir sebagai beban kepada parti serta punca kekalahan Barisan 
Nasional dalam pilihan raya kecil Lunas tenggelam begitu sahaja. Inilah 
sebenarnya yang dikehendaki oleh Presiden Umno itu. Beliau mahu ahli-ahli parti 
leka membicarakan soal lain dan melupakan BBM yang cuba mencabar kedudukannya. 
Lalu kesempatan yang dibuka oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman yang kecewa 
dengan amalan politik wang dalam Umno bahagian Kuantan digunakan sepenuhnya 
untuk membesar-besarkan ancaman politik wang ini. Dr Mahathir berharap 
dapat mencuci tangannya apabila menjadi hero memerangi politik wang. Beliau 
menggunakan kesempatan ini untuk menuduh orang lain sebagai punca kelemahan 
Umno, sekali gus mahu menepis dakwaan para penentangnya yang menuduhnya sebagai 
liabiliti (beban) kepada parti. Seorang aktivis Pemuda Umno berkata, Dr. 
Mahathir mahu membersihkan dirinya dengan mempamerkan kesungguhan untuk 
memerangi politik wang dalam parti. Tender yang 
lumayan Dr Mahathir cuba mengalihkan perhatian 
ahli-ahli Umno daripada menyalahkan dirinya sebagai punca kelemahan parti dengan 
menimbulkan masalah lain terutamanya politik wang. Beliau berharap 
apabila ahli-ahli parti ghairah bercakap soal politik wang, kemarahan mereka 
terhadapnya akan berkurangan atau dihapuskan, tegasnya. 
Bagaimanapun menurut aktivis itu, sebahagian besar ahli-ahli Umno 
berpendapat sebaliknya, Dr Mahathir dilihat sebagai punca kepada gejala ini 
kerana beliaulah yang menggalakkan kemasukan orang korporat dan orang kaya ke 
dalam Umno. Kami juga tidak melihat keikhlasan beliau dalam 
memerangi gejala ini. Mengapa baru sekarang hendak bertegas? Kenapa tidak 10 
atau lima tahun dulu. Sekarang politik wang sudah menjadi budaya Umno... sukar 
untuk diperangi, tambah aktivis itu lagi. Nampaknya usaha murni 
Dr Mahathir untuk membersihkan Umno akan menempuh jalan sukar. Tidak ramai 
pemimpin Umno sanggup bekerjasama dengannya kerana lebih 80 peratus ketua-ketua 
bahagian dan cawangan bergantung pada kontrak-kontrak kerajaan. Masakan 
mereka mahu menabur pasir ke periuk nasi sendiri? Lagipun idelisme perjuangan 
sudah lama berkubur dalam Umno. Sebahagian besar mereka yang menyertai Umno 
sekarang mahu mengejar kontrak, konsesi balak, saham dan tender-tender yang 
lumayan. Sedangkan memasang poster dan bendera ketika musim pilihanraya 
sekalipiun para penyokong Umno menagih upah, inikan pula apabila sudah menjadi 
pemimpin di peringkat bahagian, perhubungan negeri atau di peringkat nasional. 

H-Net* Discount Malaysia

2001-01-24 Terurut Topik Nurul Huda



Discount Malaysia is set to be the biggest 
network of 2001 and its great to have you onboard. The benefits we 
are able to offer are probably the best in the country at the moment, because 
you not only get paid for building a downline, but you get sizable discounts on 
your monthly budget even if you do not sponsor anyone.It doesn't 
come any better than that!
http://malaysiamart.net/members/yasim/


H-Net* Discount Malaysia

2001-01-23 Terurut Topik Nurul Huda



Discount Malaysia is set to be the biggest 
network of 2001 and its great to have you onboard. The benefits we 
are able to offer are probably the best in the country at the moment, because 
you not only get paid for building a downline, but you get sizable discounts on 
your monthly budget even if you do not sponsor anyone.It doesn't 
come any better than that!
http://malaysiamart.net/members/yasim/