Assalamu'alaikum  wr. wb        .
 
Marilah kita melaksanakan puasa sunat pada : 

o  hari Minggu 25 April 1999,  puasa hari Tasu'a
o  hari Senin 26 April 1999, puasa hari Asyura'
 
Tolong sampaikan  kepada rekan-rekan yang  lain yang tak terjangkau oleh
e-mail ini.
 
Wassalamu 'alaikum wr. wb.
 
------------- Berikut ini dalil-dalilnya ------------- 


"Seutama-utama sembahyang selepas sembahyang fardhu adalah sembahyang di
waktu malam dan seutama-utama puasa selain puasa bulan Ramadan adalah pada
bulan Allah yakni Muharram" (Riwayat Muslim)

Saidina Ali Bin Abi Talib berkata:
"Jika kamu ingin berpuasa sesudah puasa Ramadan , berpuasalah pada bulan
Muharram sebab bulan itu adalah bulan Allah . Pada bulan itu Allah telah
memberikan suatu taubat pada suatu kaum dan Allah tetap memberikan taubat
kepada yang lain-lainnya ."

Berpuasa sunat pada bulan Muharram sunat dimulakan pada satu haribulan
hingga sembilan haribulan (tasu'a)

Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Jika saya masih hidup sampai tahun hadapan , nescaya aku akan berpuasa pada
hari tasu'a (Sembilan haribulan Muharram)." (Riwayat Muslim)

Hari Asyura' juga disunatkan berpuasa iaitu pada 10 haribulan Muharram
sepertimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Rasulullah S.A.W. ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura' , maka
baginda menjawab : "Ia dapat melupuskan dosa setahun yang lalu ".
(Riwayat Imam Muslim)

Di dalam sebuah riwayat (sirah) ada menceritakan iaitu :

Ibnu Abbas berkata :"Apabila Nabi Muhammad S.A.W. telah berhijrah ke Madinah
, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura' . Rasulullah
S.A.W bertanya : "Berpuasa apakah kamu ini ?"

Orang-orang Yahudi itupun menjawab : "Hari ini hari besar . Pada hari ini
Allah menyelamatkan Nabi Musa A.S. dan menenggelamkan Fir'aun dengan bala
tenteranya , maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada
Allah pada hari ini. Maka kami pun berpuasa juga."

Rasulullah S.A.W. menjawab : "Kamilah yang lebih berhak mengikuti jejak Nabi
Musa A.S. daripada kamu." Lalu Rasulullah S.A.W. berpuasa dan menyuruh
sahabat-sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu."
(Maksud Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Berpuasa pada hari Asyura' sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari
tasu'a agar tidak menyerupai dengan amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa
pada hari Asyura' sahaja.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Berpuasalah kamu pada hari sembilan dan sepuluh Muharram dan jangan meniru
cara orang-orang Yahudi." (Riwayat Al-Baihaqi)

Asy-Syafii dan An-Nasyiri mengatakan bahawa binatang-binatang juga berpuasa
pada hari Asyura'.

Ada diceritakan seorang yang bernama Fatah Bin Syuhruf. Dia suka memberi
makan pada semut setiap hari dengan roti yang dipotong kecil-kecil tetapi
apabila tiba waktu hari Asyura' , ia mendapati bahawa semut-semut itu tidak
mahu makan roti tersebut.

Pada hari Asyura' juga kita digalakkan memperbanyakkan sedekah , berdoa dan
menggembirakan lagi hati keluarga dengan pertemuan keluarga.

Saya berharap penjelasan yang dihuraikan ini telah dapat kita ambil
pengiktibaran.


---------------------------------------------------------------------
Daftar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
Keluar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
Dokumentasi Milis : http://www.mail-archive.com/[email protected]
Sumbangan Milis : BCA No. Rek 2311222751 (a.n Muhammad Sigit P)




Kirim email ke