Assalamu'alaikum wr wb
Kalau tidak salah, pada bulan yang sama, 70 orang rombongan Imam Hussain
dijagal ribuan pasukan lain di Karbala ?
Wassalamu'alaikum wr wb
> ----------
> From: RUMADI HARTAWAN[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Reply To: [EMAIL PROTECTED]
> Sent: Friday, April 23, 1999 10:27 AM
> To: _Tasawuf-Indoglobal
> Subject: [Tasawuf] +++++++++++ Puasa Sunnat Aasyura +++++++++++++
>
> Assalamu'alaikum wr. wb .
>
> Marilah kita melaksanakan puasa sunat pada :
>
> o hari Minggu 25 April 1999, puasa hari Tasu'a
> o hari Senin 26 April 1999, puasa hari Asyura'
>
> Tolong sampaikan kepada rekan-rekan yang lain yang tak terjangkau oleh
> e-mail ini.
>
> Wassalamu 'alaikum wr. wb.
>
> ------------- Berikut ini dalil-dalilnya -------------
>
>
> "Seutama-utama sembahyang selepas sembahyang fardhu adalah sembahyang di
> waktu malam dan seutama-utama puasa selain puasa bulan Ramadan adalah pada
> bulan Allah yakni Muharram" (Riwayat Muslim)
>
> Saidina Ali Bin Abi Talib berkata:
> "Jika kamu ingin berpuasa sesudah puasa Ramadan , berpuasalah pada bulan
> Muharram sebab bulan itu adalah bulan Allah . Pada bulan itu Allah telah
> memberikan suatu taubat pada suatu kaum dan Allah tetap memberikan taubat
> kepada yang lain-lainnya ."
>
> Berpuasa sunat pada bulan Muharram sunat dimulakan pada satu haribulan
> hingga sembilan haribulan (tasu'a)
>
> Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
> "Jika saya masih hidup sampai tahun hadapan , nescaya aku akan berpuasa
> pada
> hari tasu'a (Sembilan haribulan Muharram)." (Riwayat Muslim)
>
> Hari Asyura' juga disunatkan berpuasa iaitu pada 10 haribulan Muharram
> sepertimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
>
> "Rasulullah S.A.W. ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura' , maka
> baginda menjawab : "Ia dapat melupuskan dosa setahun yang lalu ".
> (Riwayat Imam Muslim)
>
> Di dalam sebuah riwayat (sirah) ada menceritakan iaitu :
>
> Ibnu Abbas berkata :"Apabila Nabi Muhammad S.A.W. telah berhijrah ke
> Madinah
> , beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura' .
> Rasulullah
> S.A.W bertanya : "Berpuasa apakah kamu ini ?"
>
> Orang-orang Yahudi itupun menjawab : "Hari ini hari besar . Pada hari ini
> Allah menyelamatkan Nabi Musa A.S. dan menenggelamkan Fir'aun dengan bala
> tenteranya , maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada
> Allah pada hari ini. Maka kami pun berpuasa juga."
>
> Rasulullah S.A.W. menjawab : "Kamilah yang lebih berhak mengikuti jejak
> Nabi
> Musa A.S. daripada kamu." Lalu Rasulullah S.A.W. berpuasa dan menyuruh
> sahabat-sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu."
> (Maksud Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim)
>
> Berpuasa pada hari Asyura' sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari
> tasu'a agar tidak menyerupai dengan amalan orang Yahudi yang hanya
> berpuasa
> pada hari Asyura' sahaja.
>
> Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
>
> "Berpuasalah kamu pada hari sembilan dan sepuluh Muharram dan jangan
> meniru
> cara orang-orang Yahudi." (Riwayat Al-Baihaqi)
>
> Asy-Syafii dan An-Nasyiri mengatakan bahawa binatang-binatang juga
> berpuasa
> pada hari Asyura'.
>
> Ada diceritakan seorang yang bernama Fatah Bin Syuhruf. Dia suka memberi
> makan pada semut setiap hari dengan roti yang dipotong kecil-kecil tetapi
> apabila tiba waktu hari Asyura' , ia mendapati bahawa semut-semut itu
> tidak
> mahu makan roti tersebut.
>
> Pada hari Asyura' juga kita digalakkan memperbanyakkan sedekah , berdoa
> dan
> menggembirakan lagi hati keluarga dengan pertemuan keluarga.
>
> Saya berharap penjelasan yang dihuraikan ini telah dapat kita ambil
> pengiktibaran.
>
>
> ---------------------------------------------------------------------
> Daftar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
> Keluar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
> Dokumentasi Milis : http://www.mail-archive.com/[email protected]
> Sumbangan Milis : BCA No. Rek 2311222751 (a.n Muhammad Sigit P)
>
>
>
>
>
---------------------------------------------------------------------
Daftar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
Keluar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
Dokumentasi Milis : http://www.mail-archive.com/[email protected]
Sumbangan Milis : BCA No. Rek 2311222751 (a.n Muhammad Sigit P)