Assalamu'alaikum wr wb,
Pak Hening Yth,
Kami (saya) tidak bermaksud sama sekali untuk mengabaikan pertanyaan Anda
yang sungguh sangat penting dan itu merupakan wajib 'ain bagi kita semua.
Kalaupun ada keterlambatan jawaban dari apa yang anda tanyakan itu, mungkin
dari para anggota milis ini sedang mencari sumbernya. Bukankah anda
mengiginkan
jawaban dengan sumber hukum yang jelas?
Ada bebera sumber yang mungkin bisa dipakai misalnya dalam kitab-kitab
hadist
Fathul Bari, Shoheh Buchori, Fiqush Sunah, Bulughul Maram dll.
Saya ada sedikit jawaban (sayangnya sumbernya saya lupa) tapi paling tidak
bisa sedikit membantu anda. Saya mohon rekan-rekan yang lain kalau sudah
menemukan jawaban dari pertanyaan Pak Hening mohon menambahkannya.
Jawaban sbb:
Para ulama telah bersepakat, solat Jumaat wajib didirikan secara berjemaah.
Tetapi mereka
berselisih pendapat tentang jumlah jemaah yang membolehkan solat Jumaat
dilakukan.
Ibn Hajar telah menghimpunkan 15 pendapat ulama tentang jumlah jemaah untuk
menunaikan
solat Jumaat dalam kitabnya yang masyhur Fath Al-Bari.
Menurut pendapat dalam madhhab Asy-Syafii, solat Jumaat boleh didirikan
jika jumlah
jemaah sebanyak 40 orang yang bermukim dan kesemuanya lelaki yang layak
menunaikan
solat Jumaat, termasuklah imamnya. Namun begitu solat Jumaat tetap sah
walaupun jumlah
ahli jemaah kurang dari 40 menurut imam Abu Hanifah, imam Malik dan Imam
Asy-Syawkani. Imam-imam ini mempunyai pendapat tersendiri tentang jumlah
jemaah yang memungkinkan
solat Jumaat ditunaikan.
Dalam kelompok mayoritas atau jumlah jemaah banyak untuk menunaikan sholat
jumat dengan
jumlah jamaah 40 ornag atau lebih tidak jadi masalah. Tetapi jika masih
terjadi kekurangan di
kawaasan minoritas umat Islam, kita masih boleh mendirikannya dalam jumlah
jemaah yang tidak sampai 40 orang seperti yang telah diuraikan oleh syeikh
Sayyid Sabiq dalam bukunya
Fiqh As-Sunnah, karana menurut pandangan beliau tidak didapati satu hadis
yang benar-benar
jelas menentukan jumlah jumlah ahli jemaah solat Jumaat.
Walaupun begitu fuqaha Asy-Syafii menetapkan solat Jumaat yang dilakukan
oleh jemaah
yang kurang dari 40 orang sebagai tidak sah, karana berpegang dengan hadis
yang menjelaskan solat Jumaat perlu mencukupi jumlah 40 orang. Hadis ini
diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dari
Jabir bin Abdillah. As�ad bin Zararah yang merupakan orang yang pertama
mengumpulkan orang banyak untuk mendirikan solat Jumaat melakukannya dalam
jemaah yang terdiri dari 40 orang yang bermukim.
Dalam sejarah hidup Rasulullah SAW sendiri menjelaskan baginda melaksanakan
solat
Jumaat dalam jumlah yang tidak kurang dari 40 orang sebagaimana yang
dijelaskan oleh syeikh Taqiyyuddin Al-Husaini dari kalangan fuqahak
Asy-Syafii. Ini bermakna jika jumlah
40 orang tidak wujud, maka hukumnya tidak boleh ditunaikan solat Jumaat
sebaliknya
ditunaikan solat Zhuhur sahaja.
Wassalamu'alaikum wr wb,
Wargino
---------------------------------------------------------------------
Daftar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
Keluar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
Dokumentasi Milis : http://www.mail-archive.com/[email protected]
Sumbangan Milis : BCA No. Rek 2311222751 (a.n Muhammad Sigit P)