Assalamualaikum saudara-saudari Melayu Islamku,
Kalau kita orang Melayu, sudah tentu terpahat cinta sejati kepada bangsa
sendiri, dan kepada tanah air
yang satu-satunya kita punya. Kita juga terasa rahmat Allah kepada orang
Melayu kerana menjadikan
kitasemua Melayu Islam. Orang Melayu juga sangat cinta kepada jalan
Allah.
Cuma dalam mengharungi zaman globalisasi yang penuh dugaan dan godaan,
orang Melayu telah
membentuk cara hidupnya sendiri berbeza dengan zaman Melayu tradisi.
Tumpuan kita dalam
kehidupan harian tidak banyak berkisar Islam, pakaian tidak begitu Islam,
tunjuk ajar kepada isteri
dan anak-anak bukan cerita Islam lagi. Ini adalah hakikat yang benar,
tidak perlu kita sangkal
telah berlaku dalam dunia Melayu sekarang.
Bak kata En Azahari, cuba bandingkan keluarga Umno dan keluarga Pas, mana
yang carahidup
lebih dekat dengan Allah. Walaupun, saya bukan pengundi Pas, tapi pilih
keluarga Pas.
Pengalaman saya sendiri, saya tinggal di kawasan dulunya Arqam, sekarang
Rufaqa', cara hidup
mereka boleh diteladani. Mereka bangun dan survive di tengah-tengah
kelompok majmuk elit
yang kebanyakannya kaum bukan Melayu (70%). Mereka berjaya mewujudkan
masyarakat niaga
dan saya percaya mereka seboleh-bolehnya mempraktikkan hidup di jalan yang
diredhai Allah dan
mereka juga tidak bergantung kepada sistem wang, bank, barangan yang
dikuasai oleh orang
bukan Islam. Saya tak pasti mereka ini pengundi yang mana.
Walaupun saya berbaik dengan mereka, tapi saya rasa seperti ada 2 kelompok
orang Melayu kerana
carahidup saya sangat bergantung kepada sistem wang, bank dan barangan yang
dikuasai orang
bukan Islam. Walaupun jauh di sudut hati saya cintakan Allah, tapi
kami sekeluarga tidak kuat
semangat untuk keluar dari sistem yang ada dan meninggalkan keselesaan yang
kita kecapi
sekarang. Contohnya, kredit kad, pinjaman bank dll.
Pada pandangan saya, orang Melayu di KL ini, ramai juga yang alim, yang
tidak meninggalkan
ibadah sembahyang, puasa, berzakat , berumrah, berhaji, mendengar ceramah
sana sini,
bekerja, mengumpul harta, menyumbang, bersedekah dan tiada had untuk orang
kita hidup
dalam keadaan begitu. Saya rasa banyak baiknya apa yang di laksanakan
oleh kerajaan
kita sekarang ini. Tambahan lagi sistem perbankan Islam telah memenangi
hati rakyat termasuk
orang bukan Islam. Saya rasa kerajaan terus naik atau "take off"
sekiranya berkait dengan agenda
Islam. Mungkin apa yang dilaksanakan masih tak perfect, itu adatlah
sebab perlunya penambahbaikan.
Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Mungkin pengundi Pas tak nampak
perubahan positif
yang berlaku dikalangan orang Melayu. Orang Melayu yang bersikap negatif
adalah yang
tunduk kepada nafsunya sendiri, sedangkan kerajaan menentang segala gejala
sosial.
Kerajaan Pas pula nampak mempunyai kekuatan untuk membentuk sesuatu
masyarakat secara
total. Tapi saya pasti pun ada kepincangan. Itupun adatlah, semua perlu
penambahbaikan.
Kadang-kadang matlamat dan strategi itu sudah bagus, pelaksana iaitu orang
yang mengurusnya
tidak cukup pandai, tidak cukup mahir, tidak cukup ilmu, tidak amanah dan
mudah tunduk kepada nafsu.
Daripada bertekak tentang Pas atau Umno, marilah cari formula untuk bersatu
. Mungkin Pas boleh
jadi penasihat tentang tatacara hidup terbaik untuk merealisasikan strategi
yang dibuat oleh Umno
dalam menangani masalah negara. Kita yang telah menjadi ibubapa
bertanggungjawab menyediakan
kehidupan yang baik untuk anak-anak dimasa hadapan baik dari segi kekayaan
mahupun akhlak.
Akhlak / Moral yang dimaksudkan oleh Umno tidak lain dari akhlak Islam.
Nilai-nilai Islam adalah nilai
yang universal walaupun kita menggunakan istilah berbeza.
Pada saya kerajaan Pas yang istilah ITnya "Celik Islam" perlu menukar
strategi untuk terapkan ilmu
"Hidup cara Islam" kepada seluruh orang Melayu khasnya, dan kaum lain
umumnya. Eloknya jika
Pas bergerak seperti NGO yang sangat kuat dan berpengaruh. Jika
bergerak dengan cara
mewujudkan parti alternatif, sure-sure telah menyebabkan pecah belah sesama
Islam, perjuangan
yang tidak kesampaian dan mengelirukan orang Melayu sendiri, jangan sampai
kita jadi seperti Iraq.
Ini kerana akibat tidak memikirkan kepentingan umum walhal kepentingan umum
mesti melebihi
kepentingan diri sendiri.
Akhirnya saya minta maaf jika saya menyentuh perasaan pengundi Umno atau
pengundi Pas.
Saya cuma sekadar mahu membakar api kebangkitan Islam yang bersatu padu
dikalangan bangsa kita melayu yang dicintai.
Ingat tak lagu "Airmata darah, bercampur keringat, bumi dimilik ancam
orang", Kita cuma tinggal
kuasa, yang akan menentukan bangsa" --- kini kuasa kita dah 50 - 50 dengan
orang lain. Yang
50 ini kita pecah pulak kepada separuh Pas dan separuh Umno. so sekarang
25 versus 75.
Alamatnya, Melayukan hilang di nusantara.
Salam sayang untuk sebangsa seIslamku. Sri Kandi Nuri Utama.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com
E-mel web base percuma untuk warga Tumpat
http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/