Saya tertarik dgn pandangan sdri Nazlina walau pun tidak semua pdgn saudari saya menyetujuinya. Tiada makhluk yg perfect di atas muka bumi ini. Allah jadikan makhlukNya mempunyai pelbagai kelebihan dan kelemahan. Setiap kejadian ada pasangannya. Baik ada buruknya, lemah ada kuatnya, hitam ada putihnya, begitulah kejadian yang Allah jadikan agar manusia berfikir dan memilih yg terbaik dan sesuai dgn fitrah kejadiannya. Secara fitrahnya, manusia memerlukan segala yg baik dan bersih. Fitrah manusia tidak dpt menerima segala jenis jenayah, kejahatan dan maksiat. Siapa jua jenis manusia tersebut, apa jua anutan agamanya, secara umumnya mempunyai fitrah yg sama tetapi berlainan fikrah. Manusia yg bergelumang dgn jenayah dan maksiat secara fitrahnya menginginkan kedamaian dan kesejahteraan. Hanya runtunan nafsunya membuatkan mereka berkeadaan sedemikian. Rasuah adalah suatu jenayah, secara fitrahnya manusia membenci rasuah. Mengapa ada yg mengamalkannya? Jawapannya mudah : selain tiada iman/iman yg tipis, godaan nafsu menjadi faktor. Kenapa rasuah berleluasa dlm masyarakat kita? Kerana dasar yg diamalkan oleh pemerintah menjurus ke arah itu (walaupun ada pencegahan dibuat)
Rogol, zina dan bunuh adalah suatu jenayah, secara fitrahnya manusia membenci rogol, zina dan bunuh. Mengapa ada yg mengamalkannya? Jawapannya mudah : selain tiada iman/iman yg tipis, godaan nafsu menjadi faktor. Kenapa rogol, zina dan bunuh berleluasa dlm masyarakat kita? Kerana dasar yg diamalkan oleh pemerintah tidak memungkinkan perkara ini dibendung(walaupun ada pencegahan dibuat) Arak dan judi adalah dilarang dlm Islam, secara fitrahnya manusia membenci arak dan judi. Mengapa ada yg mengamalkannya? Jawapannya mudah : selain tiada iman/iman yg tipis, godaan nafsu menjadi faktor. Kenapa arak dan judi berleluasa dlm masyarakat kita? Kerana dasar yg diamalkan oleh pemerintah yg tidak bersungguh-sungguh dlm mengatasi masalah ini (walaupun ada kempen dibuat). Dan segala jenis maksiat dan kebejatan yg dilakukan manusia sebenarnya manusia itu sendiri secara fitrahnya mengakui apa yg berlaku adalah berpunca dr godaan nafsu dan syaitan. Keadaan ini berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira org itu org Islam mahupun tidak, lelaki atau perempuan, Melayu atau tidak, PAS atau UMNO. Jadi apa yg membezakan manusia2 ini? Tentulah IMAN. Dari mana datangnya IMAN? Tidak beriman seseorang itu jk dia tidak mencegah (lagilah kalau dia redha dan bersekongkol) maksiat yg berlaku di sekelilingnya. Kita sebagai rakyat yg daif sudah tentu tidak mampu untuk mencegah maksiat yg berleluasa dlm masyarakat selain dari menyatakan ketidakredhaan kita di dlm hati dan itu adalah selemah2 iman. Paling tinggi pun setakat menyuarakan melalui ceramah ataupun tulisan. Jadi siapa yg mampu mencegah secara total? Tidak lain adalah pemerintah. Kalaulah pemerintah pun adalah penganjur kepada maksiat, kita sebagai rakyat marhaen hanya mampu mengeluh dengan sekali sekala tumpang seronok dgn maksiat yg ada. Harus dingat, negara kita sekarang ini mempunyai pelbagai program ke arah itu. Rancangan realiti TV cukup banyak kat Malaysia yg berjalan hampir serentak dalam semua channel TV. Walaupun rancangan ini berasal dr barat, negara barat sendiri pun tidak sehebat Malaysia. Dianggarkan negara kita mampu menghasilkan lebih 50 org artis setahun dr rancangan2 ini. Bayangkan 3, 4, 5, atau 10 tahun akan dtg, berapa ramaikah artis yg berjaya dihasilkan. Rancangan hiburan cukup subur di TV kita sedangkan rancangan yg berbentuk dakwah sekadar bahan picisan pelengkap siaran. Ini adalah contoh, belum dikira program lain yg tidak diterbitkan oleh TV. Kerajaan kita memang semua boleh (Malaysia Boleh), semua benda boleh buat. Amar makruf katakan!! Tetapi kita mahukan lebih daripada itu, kita mahukan pemerintah yg mengamalkan amar makruf dan nahi munkar, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan. Saya percaya kerajaan Malaysia ada mengamalkan amar makruf, tapi cukupkah setakat itu? Maksiat masih berleluasa, rasuah menjadi2, keruntuhan akhlak terutamanya anak Melayu (Islam?) tidak mampu disekat, ketidakadilan berlaku di mana2, budaya yg bertentangan dgn fitrah manusia semakin membimbangkan. Jadi, di manakah silapnya? Tepuk dada tanya iman.... Renung2kanlah. Sistem Islam adalah yg terbaik dan yg paling bersesuaian dgn fitrah manusia. Bila sistem Islam berjln sbgmn yg dikehendaki, saya cukup yakin segala permasalahan yg berkaitan dgn penyakit sosial dpt diselesaikan. Islam itu cantik. Islam menitik beratkan segala perkara dan mengatur segala gerak laku manusia dari cara hidup seseorang sehinggalah kepada sistem pemerintahan. Betul, PAS dan UMNO masing2 mempunyai kelebihan dan kelemahan sebagaimana yg saya nyatakan tadi semua makhluk Allah semuanya tidak perfect. Namun kalau sesuatu organisasi yg meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, kelemahan yg mungkin berlaku hanya sekadar kelemahan teknikal tetapi tidak pada dasarnya. Kelemahan secara teknikal boleh diperbaiki. Tetapi kalau dasar yg silap??? Kita sebagai org Islam biarlah beristiqomah dgn Islam. Tidak perlulah diikut cara yg lain. Islam telah lengkap. Islam membawa kemajuan bukan shj kemajuan fizikal malah spritual. Walaupun Islam semakin dipinggirkan di bumi Allah ini, namun percayalah suatu hari nanti Islam akan bangkit. Ia hanya menunggu masa. Jgn kita jadi org yg rebah di tengah jln, berpaling drpd kebenaran semata2 Islam lambat menyinar, bersekongkol dengan perancangan yahudi yg inginkan umat Islam dlm dunia ini terus hanyut dgn hiburan dan kebendaan. Hanyut dgn hubbu dunya (cintakan dunia). Walaupun dgn meyokong Islam kita kita teraba-raba di dunia ini tapi insyaallah di akhirat kita berjaya. JANJI ALLAH TETAP BENAR. BERISTIQOMAHLAH. KITA MAMPU MENGUBAHNYA....... Maaf, jika tulisan ini menyinggung perasaan mana2 pihak. [EMAIL PROTECTED] wrote: Assalamualaikum saudara-saudari Melayu Islamku, Kalau kita orang Melayu, sudah tentu terpahat cinta sejati kepada bangsa sendiri, dan kepada tanah air yang satu-satunya kita punya. Kita juga terasa rahmat Allah kepada orang Melayu kerana menjadikan kitasemua Melayu Islam. Orang Melayu juga sangat cinta kepada jalan Allah. Cuma dalam mengharungi zaman globalisasi yang penuh dugaan dan godaan, orang Melayu telah membentuk cara hidupnya sendiri berbeza dengan zaman Melayu tradisi. Tumpuan kita dalam kehidupan harian tidak banyak berkisar Islam, pakaian tidak begitu Islam, tunjuk ajar kepada isteri dan anak-anak bukan cerita Islam lagi. Ini adalah hakikat yang benar, tidak perlu kita sangkal telah berlaku dalam dunia Melayu sekarang. Bak kata En Azahari, cuba bandingkan keluarga Umno dan keluarga Pas, mana yang carahidup lebih dekat dengan Allah. Walaupun, saya bukan pengundi Pas, tapi pilih keluarga Pas. Pengalaman saya sendiri, saya tinggal di kawasan dulunya Arqam, sekarang Rufaqa', cara hidup mereka boleh diteladani. Mereka bangun dan survive di tengah-tengah kelompok majmuk elit yang kebanyakannya kaum bukan Melayu (70%). Mereka berjaya mewujudkan masyarakat niaga dan saya percaya mereka seboleh-bolehnya mempraktikkan hidup di jalan yang diredhai Allah dan mereka juga tidak bergantung kepada sistem wang, bank, barangan yang dikuasai oleh orang bukan Islam. Saya tak pasti mereka ini pengundi yang mana. Walaupun saya berbaik dengan mereka, tapi saya rasa seperti ada 2 kelompok orang Melayu kerana carahidup saya sangat bergantung kepada sistem wang, bank dan barangan yang dikuasai orang bukan Islam. Walaupun jauh di sudut hati saya cintakan Allah, tapi kami sekeluarga tidak kuat semangat untuk keluar dari sistem yang ada dan meninggalkan keselesaan yang kita kecapi sekarang. Contohnya, kredit kad, pinjaman bank dll. Pada pandangan saya, orang Melayu di KL ini, ramai juga yang alim, yang tidak meninggalkan ibadah sembahyang, puasa, berzakat , berumrah, berhaji, mendengar ceramah sana sini, bekerja, mengumpul harta, menyumbang, bersedekah dan tiada had untuk orang kita hidup dalam keadaan begitu. Saya rasa banyak baiknya apa yang di laksanakan oleh kerajaan kita sekarang ini. Tambahan lagi sistem perbankan Islam telah memenangi hati rakyat termasuk orang bukan Islam. Saya rasa kerajaan terus naik atau "take off" sekiranya berkait dengan agenda Islam. Mungkin apa yang dilaksanakan masih tak perfect, itu adatlah sebab perlunya penambahbaikan. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Mungkin pengundi Pas tak nampak perubahan positif yang berlaku dikalangan orang Melayu. Orang Melayu yang bersikap negatif adalah yang tunduk kepada nafsunya sendiri, sedangkan kerajaan menentang segala gejala sosial. Kerajaan Pas pula nampak mempunyai kekuatan untuk membentuk sesuatu masyarakat secara total. Tapi saya pasti pun ada kepincangan. Itupun adatlah, semua perlu penambahbaikan. Kadang-kadang matlamat dan strategi itu sudah bagus, pelaksana iaitu orang yang mengurusnya tidak cukup pandai, tidak cukup mahir, tidak cukup ilmu, tidak amanah dan mudah tunduk kepada nafsu. Daripada bertekak tentang Pas atau Umno, marilah cari formula untuk bersatu . Mungkin Pas boleh jadi penasihat tentang tatacara hidup terbaik untuk merealisasikan strategi yang dibuat oleh Umno dalam menangani masalah negara. Kita yang telah menjadi ibubapa bertanggungjawab menyediakan kehidupan yang baik untuk anak-anak dimasa hadapan baik dari segi kekayaan mahupun akhlak. Akhlak / Moral yang dimaksudkan oleh Umno tidak lain dari akhlak Islam. Nilai-nilai Islam adalah nilai yang universal walaupun kita menggunakan istilah berbeza. Pada saya kerajaan Pas yang istilah ITnya "Celik Islam" perlu menukar strategi untuk terapkan ilmu "Hidup cara Islam" kepada seluruh orang Melayu khasnya, dan kaum lain umumnya. Eloknya jika Pas bergerak seperti NGO yang sangat kuat dan berpengaruh. Jika bergerak dengan cara mewujudkan parti alternatif, sure-sure telah menyebabkan pecah belah sesama Islam, perjuangan yang tidak kesampaian dan mengelirukan orang Melayu sendiri, jangan sampai kita jadi seperti Iraq. Ini kerana akibat tidak memikirkan kepentingan umum walhal kepentingan umum mesti melebihi kepentingan diri sendiri. Akhirnya saya minta maaf jika saya menyentuh perasaan pengundi Umno atau pengundi Pas. Saya cuma sekadar mahu membakar api kebangkitan Islam yang bersatu padu dikalangan bangsa kita melayu yang dicintai. Ingat tak lagu "Airmata darah, bercampur keringat, bumi dimilik ancam orang", Kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa" --- kini kuasa kita dah 50 - 50 dengan orang lain. Yang 50 ini kita pecah pulak kepada separuh Pas dan separuh Umno. so sekarang 25 versus 75. Alamatnya, Melayukan hilang di nusantara. Salam sayang untuk sebangsa seIslamku. Sri Kandi Nuri Utama. Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl --------------------------------- YAHOO! GROUPS LINKS Visit your group "Tumpat" on the web. To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- --------------------------------- Yahoo! Shopping Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Fair play? Video games influencing politics. Click and talk back! http://us.click.yahoo.com/u8TY5A/tzNLAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
