http://al-ahkam.net/home/index.php?module=News&catid=&topic=23
   
  http://al-ahkam.net/home/index.php?module=News&catid=&topic=23&startrow=10
   
  Kekeliruan dalam Tasauf & Sufi

View all articles for this topic.


                                  Keyakinan Rufaqa': Rijalul Ghaib/Roh Muqaddas 
(dengan teks) - Posted by : zain-ys                  on Saturday, May 27, 2006 
- 05:13 AM CCT - 76 Reads       Teks dari video: Rijal-rijal Ghaib yang 
membantu perjuangan kita antaranya malaikat. Antaranya Jin Islam. Antaranya 
roh-roh muqaddas. Roh-roh orang soleh yang meninggal yang rohnya itu berperanan 
dalam perjuangan ini sebagai rijalul ghaib. Mana kita nak nafikan. 
  Pemimpin-pemimpin dalam jamaah inipun Abuya bekalkan dengan rijalul ghaib. 
Mana pergi ada yang melindung. Banyak kerja-kerja jamaah yang kita tak boleh 
buat, rijalul ghaib tolong buat. Boleh jadi dia malaikat. Boleh jadi dia jin 
Islam. Boleh jadi dia roh muqaddas. 
      Read more... (1681 bytes more) Post comments    
                               Ku hadiri persidangan para wali itu 1 - Posted 
by : zain-ys                  on Wednesday, May 24, 2006 - 02:22 AM CCT - 341 
Reads       Petikan: Para wali besar anda mendakwa itu dan ini. Sedangkan Allah 
dan RasulNya tidak mengatakannya pun. Terpulang kepada anda mahu pegang kepada 
siapa. Kepada Wali anda atau kepada Tuhan pencipta anda dan RasulNya s.a.w. 
  Bagi saya, saya memilih Kalamullah. saya berpegang kepada Sunnah Rasulullah 
s.a.w. yang sahih. Ia pasti benar dan pasti yang terbaik. Dakwa-dakwi para wali 
tidak mungkin dan tidak akan selama-lamanya menjadi yang lebih baik dari 
kalamullah dan sabdaan RasulNya. Tidak mungkin! Dan tidak mungkin! 
  Anda mahu juga memilih dakwa-dakwi wali-wali besar anda.. Itu terpulang! 
      Read more... (5803 bytes more) Post comments    
                               Keramat Bukan Matlamat Ibadat - Posted by : 
alitantawi                  on Tuesday, May 23, 2006 - 08:40 AM CCT - 171 Reads 
       Saya pernah mendengar pengakuan seorang rakan guru yang telah 
menghampiri umur pencennya tentang penglibatannya dalam pelbagai ajaran 
termasuklah tarekat. Menurut beliau, di antara sebab utama beliau dan 
rakan-rakannya memasuki ajaran-ajaran kebatinan termasuk tarekat ialah kerana 
ingin mendapat sesuatu yang ‘supernatural’ atau apa yang lebih kita kenali 
dengan nama ‘karamah’ atau ‘keramat’. Beliau pernah menyangka bahawa keramat 
adalah matlamat atau kemuncak segala tujuan apabila memasuki sesuatu ajaran 
kebatinan. 
      Read more... (6270 bytes more) Post comments    
                               Fatwa Negeri Kedah: Tariqat An Naqsyabandiah Al 
Aliyyah pimpinan Syeikh Mohammed - Posted by : zain-ys                  on 
Tuesday, May 23, 2006 - 08:30 AM CCT - 357 Reads       
     Kategori : Akidah       Tajuk :     Tariqat An Naqsyabandiah Al Aliyyah   
  
    Isu : Tariqat An Naqsyabandiah Al Aliyyah pimpinan Syeikh Mohammed Nazim 
Haqani   
    Fatwa :   
                          Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah D.A. setelah mengkaji 
bersetuju dengan sebulat suara mengharamkan tareqat ini. 
      Rujukan Pewartaan :  No.20 Jd. 44 
        Tarikh Pewartaan :     27 September 2001       Post comments    
                               Dari Website JAKIM: Wali Qutb, Abdal, Awtad, 
Nujaba', Rijal al-Ghaib Dan Rijal Allah - Posted by : zain-ys                  
on Monday, May 22, 2006 - 02:41 AM CCT - 246 Reads     Petikan: Kaum Sufi 
membangunkan kerajaan batin di sebalik kerajaan zahir ini. Mereka mengambil 
fikrah Mahdiyah (Imam Mahdi) lalu diubah lafaznya (kepada Qutb, Nujaba') serta 
mengemaskan susunannya. Semuanya mengawan di alam khayalan dan berlari mengejar 
bayangan. Semuanya adalah madah syair, tetapi bukan yang indah selesa tetapi 
merosakkan akidah dan amalan manusia. Jauh menyeleweng daripada akal fikiran 
yang waras dalam menjalankan pen-carian hidup seharian. Mereka tidak lagi 
melancarkan reformasi masyarakat dan menegakkan keadilan. Mereka merayau di 
perlembahan khayal. Pemerintah juga merayau dalam perlembahan korup. 
Seolah-olah mereka senang dengan keadaan begitu. Pemerintah jadi rosak, rakyat 
hidup dalam impian dan bangsa menjadi porak-peranda.       Read more...
 (23843 bytes more) Post comments    
                               Tarekah Sanusiyah: Bukan bukan sebarang Tarekat 
- Posted by : zain-ys                  on Thursday, May 18, 2006 - 09:00 AM CCT 
- 278 Reads       Tarekat Sanusiyah bukan semata-mata tarekat biasa, melainkan 
ia adalah sebuah gerakan. Gerakan tajdid dan islam. Pengasasnya adalah Syeikh 
Muhamad bin Ali al-Sanusi. 
  Pada tahun 1254 H (1837 M), beliau ke Hijaz menunaikan Haji. Dari sini 
bermulanya pengaruh tajdid dan Islah syeikh Muhamad bin Abdul Wahab meresap ke 
dalam pemikirannya. 
      Read more... (4005 bytes more) Post comments    
                               BERZIKIRLAH SEPERTI RASULULLAH S.A.W. - Posted 
by : alitantawi                  on Wednesday, May 17, 2006 - 08:33 AM CCT - 
401 Reads       Tuntutan berzikir adalah tuntutan Al Quran dan hadith sahih. 
Tiada siapa dapat menafikan tuntutan ini di dalam ayat-ayat Al Quran seperti 
firman Allah SWT di dalam surah al Ahzab, ayat 41 dan 42 yang bermaksud: “wahai 
orang-orang yang beriman, berzikirlah (ingatlah) Allah dengan banyak dan 
bertasbihlah kepadanya di waktu pagi dan petang”. Hadith-hadith sahih juga 
banyak menceritakan tentang kepentingan zikir (sama ada dengan lisan, hati atau 
keduanya) seperti hadith yang diriwayatkan oleh al Bukhari (hadith no.6407) 
bermaksud: ‘perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak 
mengingati Allah adalah ibarat orang hidup dan orang yang telah mati’. 
      Read more... (7696 bytes more) Post comments    
                               Sebahagian Sufi menilai hadis melalui kasyaf, 
mimpi & yaqazah - Posted by : zain-ys                  on Monday, May 15, 2006 
- 09:01 AM CCT - 267 Reads       Oleh: zain y.s 
  Sebahagian sufi menilai hadis menggunakan kasyaf, mimpi dan beryaqazah. 
Mereka mendakwa bahawa al-Imam al-Ghazali juga menggunakan kaedah ini untuk 
menentukan sah atau tidaknya hadis. 
  Jika anda seorang yang tahu walaupun sedikit tentang ulumul hadis, pasti anda 
akan menggelengkan kepala apabila membaca kenyataan sufi di bawah ini. Ia 
adalah petikan dari perbincangan di salah sebuah forum internet di sekitar 
masalah hadis-hadis dha'if dan maudhu' yang terdapat di dalam al-Ihya' karya 
al-Imam al-Ghazali rhm. 
      Read more... (4104 bytes more) Post comments    
                               NABI KHIDIR A.S DALAM KONSEP TASAWWUF - Posted 
by : zain-ys                  on Friday, May 12, 2006 - 09:30 AM CCT - 287 
Reads     Petikan: "Tokoh pertama yang mengada-adakan cerita al-Khidhir 
tasawwuf ialah Muhammad bin Ali bin al-Hasan al-Tirmidzi, yang terkenal dengan 
panggilan "al-Hakiim" di kalangan golongan bertasawwuf. Beliau hidup dan 
meninggal dunia pada abad ketiga Hijrah. Di dalam bukunya  "Khatamul  Wilayat " 
( Penamat  Kewalian ) , iaitu  buku tasawwuf  yang  dianggap  paling  bahaya,  
beliau telah menjawab pertanyaan-pertanyaan mengenai tanda-tanda para wali 
dengan menyebut bahawa Nabi Khidhir a.s. sendiri yang menyelia urusan-urusan 
para wali sejak mula kejadian lagi, mengenali mereka sejak takdir dituliskan 
dan suka menemui mereka. Untuk hal-hal seperti inilah maka beliau dihidupkan 
sehingga ke zaman  umat  Nabi Muhammad s.a.w !"      Read more... (64645 bytes 
more) Post comments    
                               Video: Hadrah menurut tarekat Burhamiah - Posted 
by : zain-ys                  on Thursday, May 11, 2006 - 09:30 AM CCT - 357 
Reads       Apa itu hadrah? Berikut ini adalah kenyataan di laman web rasmi 
mereka (cawangan Malaysia) mengenai pengertian hadrah: 
  [Hadrah 
  Kalimah hadrah berasa dari perkataan hadhara yang bererti hadir. 
  Di dalam Tareqah Burhamiah – majlis zikirnya dikenali sebagai hadrah. Majlis 
zikir diadakan adalah untuk menghadirkan hati, menghidupkan hati, menambahkan 
cinta berahi kepada Ilahi- yang akan membuahkan adab dan ilmu makrifat. Majlis 
Hadrah dihadiri oleh arwah para aulia dan anbia’ solihin, dipenuhi dengan para 
malaikat- sebagaimana yang tersebut di dalam al-quran dan al-hadis. 
      Read more... (3965 bytes more) Post comments    

                AHLI TAREKAT YANG ALLERGIC DENGAN KAJIAN SANAD - Posted by : 
alitantawi                  on Thursday, May 11, 2006 - 09:30 AM CCT - 357 
Reads       Kenapa agaknya saya membuat kesimpulan seperti yang anda baca dalam 
tajuk artikel ini? Berikut adalah sebab-sebabnya: 
  
  1-Kebanyakan tarekat mempromosikan tarekatnya dengan dakwaan bahawa tarekat 
yang mereka ada diambil turun-temurun daripada orang terdahulu sama seperti 
ahli hadith meriwayatkan hadith. Tetapi apabila dikaji, ternyata dakwaan mereka 
mengandungi beberapa maksud. Antara maksud mereka dengan sanad ialah mereka 
mengambilnya secara ‘ijazah’ sanad sampailah kepada pengasas tarekat tersebut. 
Maka sanad zikir atau sanad tarekat hanya terhenti kepada guru mereka dan 
bukannya sampai kepada Rasulullah SAW seperti yang disangka ketika kita 
mendengar perkataan ‘sanad’. Oleh sebab itu, mereka tidak suka atau allergic 
dengan kajian sanad seperti yang dilakukan oleh pengkaji hadith dulu dan kini. 
      Read more... (5474 bytes more) Post comments    
                               CONTOH KESILAPAN DI KALANGAN AHLI TAREKAT - 
Posted by : alitantawi                  on Wednesday, May 10, 2006 - 09:30 AM 
CCT - 451 Reads       Saya ingin menyentuh dengan ringkas dalam tulisan ini 
beberapa kesilapan yang dilakukan oleh sebilangan ahli tarekat kesufian. 
Kesilapan yang mereka lakukan tidaklah menafikan beberapa kebaikan yang ada 
pada mereka seperti bersungguh-sungguh untuk mentaati Allah, rajin melakukan 
ibadah sunat, banyak berzikir dan sebagainya. Namun begitu, kesilapan tetap 
kesilapan yang perlu dibetulkan oleh sesiapa sahaja termasuklah ahli tarekat. 
Semoga tulisan ini akan menjadi panduan kepada pembacanya dan diterima dengan 
sikap positif dan nasihat daripada diri saya yang lemah ini. 
      Read more... (11783 bytes more) Post comments    
                               HADITH-HADITH YANG MENJADI HUJAH BAGI AHLI 
TAREKAT - Posted by : alitantawi                  on Tuesday, May 09, 2006 - 
09:30 PM CCT - 309 Reads       Berikut adalah hadith-hadith yang sering 
digunakan di kalangan ahli tarekat kesufian khusus untuk menyokong segala 
pemahaman atau amalan mereka yang berlainan daripada amalan yang biasa kita 
amalkan. Hadith-hadith ini menjadi hujah bagi mereka untuk membuktikan bahawa 
wujudnya ilmu khas yang membicarakan soal hati dan merekalah yang menguasai 
ilmu rahsia dan batin ini. 
  Contoh-contoh yang diberikan di sini juga membuktikan bahawa kebanyakan ahli 
tarekat dan tasawuf tidak memberikan penumpuan terhadap pengkajian hadith. Ini 
menyebabkan mereka menggunakan hadith-hadith yang dhaif dan palsu dalam 
penulisan dan percakapan mereka. Sikap ini perlu diubah kerana Islam ditegakkan 
dengan hujah yang sahih dan bukan hadith-hadith yang tidak dipastikan 
kebenarannya. 
      Read more... (7143 bytes more) Post comments    
                               AHLI FIQH: SAH, AHLI TAREKAT: TAK SAH? - Posted 
by : alitantawi                  on Tuesday, May 09, 2006 - 07:07 PM CCT - 281 
Reads       Pada satu hari, saya mendapat sebuah sms yang bertanyakan perihal 
pandangan seorang penceramah. Penceramah itu dalam salah satu kuliahnya di 
sebuah masjid telah menyatakan bahawa solat seseorang yang tidak khusyuk adalah 
sah di sisi ahli fiqh tetapi tidak sah di sisi ahli tasawuf. Saya tidak terlalu 
terkejut kerana ini bukan kali pertama saya mendengar pendapat sebegini rupa. 
      Read more... (10132 bytes more) Post comments    
                               Melihat Nabi didalam mimpi - Posted by : kamin   
               on Sunday, May 07, 2006 - 02:23 PM CCT - 448 Reads       Melihat 
Nabi didalam tidor/mimpi 
   
  Melihat Nabi didalam tidor merupakan perkara yang sahih kerana ia thabit dari 
hadith Nabi :saw :- 
   
    ãä ÑÂäí Ýí ÇáãäÇã ÝÞÏ ÑÂäí ÝÅä ÇáÔíØÇä áÇ íÊãËá Ýí ÕæÑÊí 
"Barangsiapa yang melihatku didalam tidor, maka memang benarlah dia telah 
melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupaku" [Hadith 
Muttafaq a'laih] 
      Read more... (6273 bytes more) Post comments    
                               IMAJINASI MANUSIA TENTANG AL-KHIDIR AS. - Posted 
by : zain-ys                  on Thursday, May 04, 2006 - 06:20 AM CCT - 397 
Reads     Dr. Yusuf Al-Qardhawi 
  
Pertanyaan: 
  
Siapakah  Al-Khidir  itu? Apakah  ia   seorang   Nabi   atau 
wali? Apakah  ia hidup sampai saat ini sebagaimana dikatakan 
oleh banyak orang? Sebagian  orang-orang  yang  saleh  telah 
melihat  dan berjumpa dengannya. Apabila masih hidup, dimana 
ia  tinggal?  Mengapa  beliau   tidak   muncul   dan   tidak 
mengajarkan  ilmunya  kepada orang-orang, khususnya di zaman 
sekarang? Saya harapkan mendapat penjelasan yang memuaskan.      Read more... 
(6737 bytes more) 1 Comment    
                               ADAKAH KITA PERLUKAN TASAWUF? - Posted by : 
alitantawi                  on Wednesday, May 03, 2006 - 11:47 PM CCT - 403 
Reads       ADAKAH KITA PERLU KEPADA TASAWUF? 


  Adakah kita perlu kepada tarekat? Adakah kita perlu kepada tasawuf? Adakah 
kita perlu kepada kesufian? Soalan-soalan ini sering timbul dalam pemikiran 
orang-orang yang belajar ilmu agama. Perlu juga dibezakan soalan-soalan 
tersebut dengan satu soalan lain yang perlu ditanya kepada diri kita iaitu 
‘perlukah kita kepada pembersihan jiwa?’ Di antara tiga soalan yang awal dengan 
soalan yang keempat ini ada perbezaan yang ketara bagi mereka yang 
memerhatikannya dengan teliti. 
      Read more... (15247 bytes more) Post comments    
                               al-Ghazali bermazhab Salaf - Posted by : kamin   
               on Saturday, January 21, 2006 - 04:25 PM CCT - 1105 Reads       
Imam al-Ghazali pada akhir hayatnya kembali kepada Sunni 
   
  Imam al-Ghazali atau nama penuhnya Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn 
Ahmad al-Thusi lahir di Thus (450H), dianggap sebagai tokoh dari kalangan 
tokoh-tokoh Sufi. Beliau telah mengasaskan kaedah-kaedah dan ilmu-ilmu Tasauf 
didalam buku-bukunya, terutama sekali kitabnya Ihya' Ulumiddin (The Revival of 
Religion Sciences). al-Ghazali dikenali dikalangan para-para ilmuan sebagai 
Hujjatul Islam, dimana ilmu Tasauf menjadi hujah beliau didalam perbincangan 
kesufian. 
      Read more... (5486 bytes more) Post comments    
                               Syaikh Abdul Qadir Al Jailani Bermanhaj Salaf - 
Posted by : zain-ys                  on Friday, January 20, 2006 - 10:55 PM CCT 
- 1025 Reads       Petikan: "Syaikh Rabi' bin Hadi Al Makhdali berkata dalam 
kitabnya, Al Haddul Fashil, hal.136, "Aku telah mendapatkan aqidah beliau 
(Syaikh Abdul Qadir Al Jailani) di dalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. Maka 
aku mengetahui dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan 
sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj salaf. Beliau juga 
membantah kelompok-kelompok Syi'ah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, 
dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf." 
      Read more... (8884 bytes more) Post comments    
                               Al-Azhar gam 5 buah kitab yang menyerang Syeikh 
Muhamad bin Abdul Wahab - Posted by : zain-ys                  on Saturday, 
October 01, 2005 - 02:01 AM CCT - 452 Reads       Akhbar Saudi alWatan (edisi 
internet) melaporkan bahawa Al-Azhar (Mesir) telah menetapkan melarang 
pengedaran 5 buah kitab yang diterbitkan oleh Tarekat al-Azmiah kerana 
isikandungannya menyerang al-Imam Muhamad bin Abdul Wahab dan al-Imam Muhamad 
bin Sa'ud. Alasannya ia dapat menyebarkan benih-benih fitnah serta memecahkan 
saf kesatuan muslim. Kitab berkenaan telah dicetak berbelas ribu untuk 
diagih-agihkan secara percuma. Keputusan berkenaan dipersetujui oleh Syeikhul 
Azhar Dr Saiyid Thanthawi. 
  Laporan akhbar berkenaan boleh di dapat di URL berikut: 
  http://www.alwatan.com.sa/daily/2005-04-28/first_page/first_page03.htm 
  Atau klik untuk lihat screenshot: 
http://al-ahkam.net/home/upload/rte/al_watan.gif 
      1 Comment    
   
                
---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls.  Great rates 
starting at 1¢/min.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
You can search right from your browser? It's easy and it's free.  See how.
http://us.click.yahoo.com/_7bhrC/NGxNAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke