Puasa 'Asyura' dan Taasuaa' (ÕíÇã ÚÇÔæÑÇÁ æÊÇÓæÚÇÁ)
oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi )
'Asyura' : adalah hari yang ke 10 didalam bulan Muharam, dan Taasuaa' : adalah
hari ke 9 darinya, kelihatan dari kumpulan khabaran bahawa hari Asyura' telah
dikenali disisi kaum Quraish dimasa Jahiliyah, dan dikenali sebagai hari raya
orang Yahudi. Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman
Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba
Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa
dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda :
ãä ÔÇÁ ÕÇãå¡ æãä ÔÇÁ ÊÑßå "Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan
barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" - [Mutafaq a'laih].
Telah berkata Ibn Abbas : tatkala Nabi saw sampai (iaitu di Madinah) maka
beliau telah melihat kaum Yahudi berpuasa 'Asyura', maka baginda bersabda :
"ãÇ åÐÇ¿"¡ ÞÇáæÇ: åÐÇ íæã ÕÇáÍ¡ äÌøì Çááå Ýíå ãæÓì æÈäí ÅÓÑÇÆíá ãä ÚÏæåã¡
ÝÕÇãå ãæÓì¡ ÝÞÇá: "ÃäÇ ÃÍÞ ÈãæÓì ãäßã" ÝÕÇãå æÃãÑ ÈÕíÇãå "Apa ini", maka
mereka menjawab : Hari ini merupakan hari keselamatan, Allah swt menyelamatkan
Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Musa, Maka baginda
bersabda :'Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu'. Maka beliau berpuasa
dan memerintahkan agar berpuasa". - [Mutafaq a'laih].
Maka Nabi saw telah memfardukan puasa pada perintah dan keazamannya, sehingga
dia menghantar orang memberitahu kepada manusia agar melakukan puasa pada
siangnya, walaupun mereka telah makan.
Tatkala difardukan puasa pada bulan Ramadhan maka di hapuskan kefarduan ini
(puasa 'Asyura), kembalilah ia menjadi mustahab (sunat) berpuasa sahaja.
Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
Õæã íæã ÚÑÝÉ íõßÝøöÑ ÓäÊíä: ãÇÖíÉ æãÓÊÞÈáÉ¡ æÕæã íæã ÚÇÔæÑÇÁ íßÝÑ ÓäÉ ãÇÖíÉ
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan
datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas"
-[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul
Authar, 4/323].
Nabi saw telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepribadian) Islamiyah
khususnya didalam segala hal, supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang
lain, beliau menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9, iaitu bersama hari
10, agar dapat membezakan diantara puasa mereka dan puasa ahli kitab.
Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura', dan
memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :-
íÇ ÑÓæá Çááå¡ Åäå íæã ÊÚÙãå ÇáíåæÏ æÇáäÕÇÑì! ÝÞÇá: "ÝÅÐÇ ßÇä ÇáÚÇã ÇáãÞÈá Åä
ÔÇÁ Çááå ÕãäÇ Çáíæã ÇáÊÇÓÚ" ÞÇá: Ýáã íÃÊ ÇáÚÇã ÇáãÞÈá ÍÊì ÊæÝí ÑÓæá Çááå Õáì
Çááå Úáíå æÓáã "'Ya Rasulullah, sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi
dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan
insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang
tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -[Hadith riwayat Muslim dan
Abu Daud].
Tidak didatangkan apa2 perkara didalam hari 'Asyura' melainkan berpuasa, dan
terdapat beberapa orang melakukan perkara seperti berhias, mandi, memakai
celak, membelanjakan keluarga, menjadikannya musim atau perayaan dengan
menyembelih binatang sembelihan, dan manusia meluaskan lagi. Kesemua ini tidak
ada asalnya didalam agama Allah, tidak ada sebarang dalil yang sahih.
Ia kelihatan seperti reaksi perbuatan orang2 syiah yang mengambil hari tersebut
sebagai hari bersedih dan berkabung, mereka memukul2 dada, menyepak2 pipi
mereka, mengoyak2kan pakaian mereka, mengingatkan mereka tragedi syahid yang
dizalim, Hussien bin Ali ra.
Kedua2nya tidak benar, dan kita tidak menghadapi bid'ah dengan bid'ah, dan
tidak menghadapi penyelewengan dengan perkara yang sama juga, tetapi dengan
cara kembali keseluruhannya keatas apa yang disyariatkan Allah dan Rasulnya.
Berkata Imam Ibn Qayyim :
ÃÍÇÏíË ÇáÇßÊÍÇá íæã ÚÇÔæÑÇÁ¡ æÇáÊÒíä¡ æÇáÊæÓÚÉ æÇáÕáÇÉ Ýíå¡ æÛíÑ Ðáß ãä
ÝÖÇÆá¡ áÇ íÕÍ ãäåÇ ÔíÁ¡ æáÇ ÍÏíË æÇÍÏ¡ æáÇ íËÈÊ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ýíå
ÔíÁ¡ ÛíÑ ÃÍÇÏíË ÕíÇãå¡ æãÇ ÚÏÇåÇ ÝÈÇØá. "Hadith2 mengenai penggunaan celak
pada hari 'Asyura', mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain2
yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa2 mengenainya, dan tidak satu hadith
pun, dan tidak datang dari Nabi saw apa-apa darinya, selain dari hadith2
puasanya, dan menganggapnya batil"
dan misalnya : {ãä æÓøóÚ Úáì ÚíÇáå íæã ÚÇÔæÑÇÁ¡ æÓÚ Çááå Úáíå ÓÇÆÑ
ÓäÊå}"Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari
'Asyura', Allah swt akan melapangkannya sepanjang tahun", maka berkata Imam
Ahmad : Hadith ini tidak sah.
Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah
dari pembikinan pendusta, dan orang2 yang lain mengambilnya dijadikan hari
tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua2 golongan ini merupakan
ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.
Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan
berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar
al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu
Ghuddah, ms 111-113).
Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di
Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan),
memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara',
apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak
datang dari hadith yang sahih apa2 mengenainya, apakah mereka melakukannya
merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain
seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak2kan baju, Apakah
perkara begitu ada asalnya atau Tidak?
Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak
datang apa2 dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya,
dan tidak disunatkan dari Imam2 Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan
tidak ada didalam riwayat oleh pencatat2 kitab rujukan sesuatu mengenai hal
sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak
dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa2
mengenai hadith2 ini dari abad2 yang penting.
Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada :{ãä ÇßÊÍá íæã
ÚÇÔæÑÇÁ áã íÑãÏ ãä Ðáß ÇáÚÇã¡ æãä ÇÛÊÓá íæã ÚÇÔæÑÇÁ áã íãÑÖ Ðáß ÇáÚÇã}"sesiapa
pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang
tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang
tahun", dan contoh2 yang serupa dengannya.
Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura',
dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di
Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya'kub, Ibrahim terselamat dari Api,
Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.
Diriwayatkan didalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi saw sesunguhnya :
ãä æÓÚ Úáì Ãåáå íæã ÚÇÔæÑÇÁ æÓÚ Çááå Úáíå ÓÇÆÑ ÇáÓäÉ "Barangsiapa yang
melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya
sepanjang tahun". Semua riwayat mengenai Nabi saw (didalam hal ini) adalah
dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin
Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata : {ÈáÛäÇ Ãäå ãä æÓÚ Úáì Ãåáå íæã
ÚÇÔæÑÇÁ æÓÚ Çááå Úáíå ÓÇÆÑ ÓäÊå}"Telah sampai kepadaku seseungguhnya
barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah
akan melapangkan sepanjang tahun" -[Majmu' Fatawa, Syiekh al-Islam Ibn
Taimiyah, 25/229,300].
Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara
zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah dengannya dan dipertemukan dengan
ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya,
dan akan menyertai kumpulan orang2 yang jahat dikalangan manusia.
Ada kumplan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan
kumpulan2 yang sesat melampau, yang mana ketaatnyanya kepada ahlu al-bait,
mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap,
menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak2kan baju, meratap2
seperti kaum Jahiliyyah.
Bagi menghadapi kaum2 ini, mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu
al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan
kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah
dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahgiaan dan kegembiraan didalam upacara di
Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak
masakan yang diluar kebiasaan, dsb, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan
perayaan. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya
dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian
berada dialam keadaan kesedihan dan sedih. Semua kumpulan2 ini salah dan
terkeluar dari sunnah. [Majmu' fataawa 25/307-310].
==========
terjemahan oleh kamin (al-ahkam)
Petikan dari buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, . Fiqh al-Shiyaam : Taisir
al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah
al-Risaalah, 2001. ms 142-
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14666
---------------------------------
Bring words and photos together (easily) with
PhotoMail - it's free and works with your Yahoo! Mail.
[Non-text portions of this message have been removed]
Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com
E-mel web base percuma untuk warga Tumpat
http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/