Pakdo mari sekali ni, pakdo nak bercakap berkenaan sihat dan sakit.

Minggu lepas pakdo pergi ke hospital. Bukan pakdo masuk hospital tapi
pakdo pergi tengok waris warah pakdo yang sakit.

Pakdo bila masuk ke hospital  sekali sekala perasaan dan jiwa pakdo boleh
berubah serta merta. Pakdo lalu dari sebuah katil ke sebuah katil. Pakdo
tengok bermacam-macam penyakit yang ditnggung oleh waris warah dan
saing-saing pakdo.

Mereka menderita kesakitan dan pakdo pun berfikir. Syukur kerana pakdo
masih sihat walaupun  pakdo ada juga penyakit sedikit sebanyak.

Bagi pakdo kalu sekali sekala jengok ke hospital tu elok sangat bagi
menyedarkan diri yang adakalanya merasa besar dan perkasa.  Kalu masa
sakit, entah kemana perginya keperkasaan kita.

Mulalah kita memanggil emak dan ketika itu barulah kita ingatkan Tuhan.
Semasa segar tak ingat ,yang ingatkan nak cari wang yang banyak dan nak
cari kekayaan yang banyak, kalu boleh kaya dengan cepat lagi baik.

Ketika sakit, sesedap mana sekalipun makanan dirasakan tawar dan hambar,
semerdu manapun lagu dirasakan bosan, yang paling berjasa hanyalah makdo,
mokngah, tok nek, mak su yang setia menunggu.

Pakdo gi dulu.


Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke