Anwar dakwa Najib terbabit skandal komisyen jual senjata
KOTA SARANG SEMUT, 14 April (Hrkh) Penasihat Parti KeADILan Rakyat
(KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membuat cabaran terbuka kepada
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak supaya membawa beliau ke
mahkamah sekiranya dakwaan pembabitan Najib yang juga Menteri Pertahanan dalam
skandal komisyen pembelian senjata bernilai RM920 juta tidak benar dan berunsur
fitnah.
Berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri Dewan Fadzil Noor, Kompleks
PAS Kedah, Batu 9, dekat sini, malam tadi, Anwar yang juga mantan Timbalan
Perdana Menteri menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang tidak mempunyai maruah
kerana hanya bersikap mendiamkan diri walaupun dakwaan pembabitannya berhubung
skandal itu telah diketahui dunia antarabangsa.
Saya telah membuat kenyataan berhubung isu ini di Bloomberg, BBC, Aljazeera
dan CNN. Wawancara saya dengan Aljazeera English telah ditonton oleh lebih 60
juta orang di seluruh dunia, tetapi Najib tidak mempunyai harga diri untuk
menafikannya, tegas beliau.
Menurut Anwar, Najib dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat
milik Abdul Razak Baginda, sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam
daripada Perancis dengan komisyen berjumlah RM520 juta.
Abdul Razak Baginda yang diketahui umum sebagai ketua kumpulan pemikir Najib
sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah tinggi kerana didakwa bersubahat dalam
kes pembunuhan model berbangsa Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Orang kampung nak dapat RM50 sehari pun susah, tapi pemimpin dapat RM520 juta
dengan jalan mudah. Itu pun rakyat tak buat apa-apa, katanya kesal.
Anwar turut mendedahkan pembabitan Najib dalam pelantikan syarikat bekas
Menteri Penerangan, Dato Seri Adib Adam sebagai broker pembelian jet pejuang
Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta.
Adakah kita boleh jamin keselamatan negara dengan pembelian senjata yang
membabitkan amalan rasuah? soal beliau.
Mantan Perdana Menteri itu juga di akhir ceramahnya menyeru rakyat supaya
bangkit melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya, jika pemimpin yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan terus
berkuasa, kesalahan perlu diletakkan kepada rakyat kerana enggan melakukan
perubahan. - mks.
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check outnew cars at Yahoo! Autos.
[Non-text portions of this message have been removed]
Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/