Dipetik sepenuhnya daripada ahkbar Berita Harian 15 Jun 2007

Impian 2057 PM
Oleh Azman Zakaria dan Magendran Rajagopal


Mahu Malaysia di puncak dunia dalam semua bidang


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi menegaskan,
beliau mengimpikan apabila negara merayakan 100 tahun kemerdekaannya pada
2057, rakyat dan bangsa Malaysia akan mencapai kejayaan yang tidak pernah
difikirkan.

 Impian Perdana Menteri 50 tahun nanti ialah Malaysia melahirkan pemenang
hadiah Nobel, syarikat yang benar-benar global, dihormati dan memasarkan
jenama terkenal, mempunyai penyair dan artis diiktiraf dunia, memiliki
paten saintifik terbesar di dunia, ahli sukan terkemuka, malah skuad bola
sepak terbaik di Asia.

Pelajar dan profesor negara ini pula akan menguasai universiti terkemuka
dunia, manakala universiti tempatan akan menjadi pusat kecemerlangan untuk
cendekiawan antarabangsa.

“Kita akan menjadi perintis tenaga alternatif, lahir daripada kelebihan
kita dalam biofuel. Bandar raya kita paling ceria dengan gabungan
kemudahan kosmopolitan yang bertunjangkan masyarakat adil dan bertolak
ansur.

“Kemunculan kuasa-kuasa ekonomi serantau tidak menjadikan kita lalai,
sebaliknya mendorong kita mencari kelebihan untuk bersaing dan menerajui
banyak industri strategik. Kita menjadi hab logistik sebenar, pusat
kewangan Islam terkemuka dan tempat rujukan global bagi bioteknologi dan
pertanian moden.

“Inilah Malaysia yang saya impikan pada 2057. Inilah apa yang saya
maksudkan terbilang. Seratus tahun merdeka, seratus tahun kemajuan,”
katanya menyampaikan ucaptama Menoleh Ke belakang, Bergerak Ke Depan: 50
Tahun Perniagaan di Malaysia pada jamuan Kelab Perniagaan Kuala Lumpur di
sini.

Abdullah pertama kali mengumumkan Misi 2057 selepas mempengerusikan
mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) 12 Mac lalu, sebagai
kesinambungan Wawasan 2020 bagi memastikan rakyat terus membangun mengikut
acuan sendiri selepas Malaysia menjadi negara maju.

Misi itu memberi penekanan terhadap modal insan, pembangunan jiwa bangsa
dan perpaduan kaum





Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke