Molek sungguh impian PM ingin melihat Malaysia di puncak dunia dalam semua bidang menjelang 100 tahun merdeka 2007 akan datang.
Pakdo bersetuju sungguh kerana pakdo juga berfikiran seperti tu. Cuma pakdo nak tambah sedikit sebanyak impian itu untuk jadi lebih cemerlang, gemilangh dan terbilang. Pertamanya pakdo nak lihat ketika itu, bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Bahasa Malaysia akan tetap utuh dan akan tetap digunakan secara menyeluruh. Pakdo rasa tak boleh berbangga lagi kiranya masa itu orang-orang melayu tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama mereka. Tentang sukan pakdo nak tambah, biar Malaysia jadi juara dunia walaupun rakyat kita bersaiz agak kecil berbanding dengan negara luar (barat). Ketika itu pakdo juga nak lihat dalam penulisan seperti karya sastera akan terus mendapat tempat yang baik , malah karya dari penulis Malaysia dibaca secara menyeluruh oleh penduduk dunia yang lain baik dalam bentuk asal atau terjemahan. Pakdo nak lihat Sistem perterjemahan yang baik berjaya dihasilkan oleh rakyat malaysia supaya ianya mudah dibaca oleh semua bangsa. Pakdo lihat ada usaha ke arah itu contohnya laman citcat.com dah ada. Dalam bidang Teknologi angkasa lepas, pakdo harap negara ini akan begitu maju dan dapat menguasainya begitu juga dengan bidang ICT Malaysia dapat menguasai sebagai pendahulu . Mulai sekarang lagi sepetutnya ada badan-badan yang merancang dan memikirkannya. Kita patut ada pengkalan pelancaran roket sendiri. Pakdo juga sering terfikir, suatu masa nanti, sumber tenaga seperti minyak akan kehabisan atau semakin berkurangan dan altenatif perlu dicari oleh rakyat negara ini dan ianya biarlah ianya akan tidak mudah habis dan tidak memerlukan kos yang besar. Kalu boleh gunakan kuasa-kuasa yang ada di sekeliling seperti air, ombak, angin dan sebagainya. Kalu guna minyak kelapa sawit tu bukan tak boleh tapi kos nak hasilkan minyak kelapa sawit tentunya besar, lagi pula sekarang pun adakalanya minyak meningkat harga itupun baru digunakan untuk masak memasak goreng mengoreng sahaja. Kita mesti memperkayakan modal insan, kerana dengannya impian yang dihasratkan itu bakal tercapai. Kalu tidak ada modal insan sudah tentu apa yang dihasratkan itu hanya tinggal hasrat semata. Satu perkara pakdo harap agama islam akan tetap diunggulkan oleh saing-saing pakdo semua agar umat Islam akan sentiasa menjadi umat nombor satu. Ini tugas semua kita sebagai warga Malaysia. Pakdo berperanan dengan cara- pakdo dan saing-saing pakdo berperanan dengan cara saing-saing pakdo, hasil daripada peranan yang masing-masing dimainkan InsyaAllah semua impian bakal terlaksana. Ikhlas daripada Pakdo > Dipetik sepenuhnya daripada ahkbar Berita Harian 15 Jun 2007 > > Impian 2057 PM > Oleh Azman Zakaria dan Magendran Rajagopal > > > Mahu Malaysia di puncak dunia dalam semua bidang > > > KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi menegaskan, > beliau mengimpikan apabila negara merayakan 100 tahun kemerdekaannya pada > 2057, rakyat dan bangsa Malaysia akan mencapai kejayaan yang tidak pernah > difikirkan. > > Impian Perdana Menteri 50 tahun nanti ialah Malaysia melahirkan pemenang > hadiah Nobel, syarikat yang benar-benar global, dihormati dan memasarkan > jenama terkenal, mempunyai penyair dan artis diiktiraf dunia, memiliki > paten saintifik terbesar di dunia, ahli sukan terkemuka, malah skuad bola > sepak terbaik di Asia. > > Pelajar dan profesor negara ini pula akan menguasai universiti terkemuka > dunia, manakala universiti tempatan akan menjadi pusat kecemerlangan untuk > cendekiawan antarabangsa. > > Kita akan menjadi perintis tenaga alternatif, lahir daripada kelebihan > kita dalam biofuel. Bandar raya kita paling ceria dengan gabungan > kemudahan kosmopolitan yang bertunjangkan masyarakat adil dan bertolak > ansur. > > Kemunculan kuasa-kuasa ekonomi serantau tidak menjadikan kita lalai, > sebaliknya mendorong kita mencari kelebihan untuk bersaing dan menerajui > banyak industri strategik. Kita menjadi hab logistik sebenar, pusat > kewangan Islam terkemuka dan tempat rujukan global bagi bioteknologi dan > pertanian moden. > > Inilah Malaysia yang saya impikan pada 2057. Inilah apa yang saya > maksudkan terbilang. Seratus tahun merdeka, seratus tahun kemajuan, > katanya menyampaikan ucaptama Menoleh Ke belakang, Bergerak Ke Depan: 50 > Tahun Perniagaan di Malaysia pada jamuan Kelab Perniagaan Kuala Lumpur di > sini. > > Abdullah pertama kali mengumumkan Misi 2057 selepas mempengerusikan > mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) 12 Mac lalu, sebagai > kesinambungan Wawasan 2020 bagi memastikan rakyat terus membangun mengikut > acuan sendiri selepas Malaysia menjadi negara maju. > > Misi itu memberi penekanan terhadap modal insan, pembangunan jiwa bangsa > dan perpaduan kaum > > > > Hormat selalu daripada Pakdo
