Ayahngah mari nih. Ayahngah nak bercakap sikit. Kalau Tun Mahadhir ada wawasan, Pak Lah juga boleh mencipta Wawasan 2057 iaitu 37 tahun selepas Wawasan 2020. Syabas kepada PM kita yang berwawasan dan berpandangan jauh.
Saya sebagai pemerhati kampung, beberapa perkara kita kena jaga sebelum kita melangkah jauh. Yang dikendong jangan berciciran, yang dikejar biar dapat. Isu bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa Malaysia sekarang ni, dimana tempatnya. Perlembagaan telah meletakkan bahasa Melayu di tempat teratas, iaitu bahasa rasmi persekutuan. Kita hendaklah menjulang bahasa teras Malaysia ditempat yang sepatutnya. Perkembangan bahasa Malaysia mestilah dijaga dan dipantau. "Yang kurip itu kundi, yang merah itu saga. Yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa Malaysia". Agama Islam juga agama persekutuan. Walau pun agama lain bebas diamalkan di negara ini, kita hendaklah menjadikan undang-undang Islam teras kepada perundangan negara. Peruntukan undang-undang yang sedia ada telah menjaga agama Islam dengan baiknya, contohnya, semua perkara yang membabitkan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh Mahkamah Syariah. Kes Linda Joy telah diselesaikan dengan baiknya. Masalah ekonomi juga kena jayakan. Kenaikan gaji kakitangan kerajaan baru-baru ini membuka jalan penyelesaian. Biar orang nampak kakitangan kerajaan adalah ditempat yang mulia dengan berbagai kemudahan. Bagaimana dengan perkara-perkara lain ? Ayahngah cakap semula lah Salam sejahtera. > Molek sungguh impian PM ingin melihat Malaysia di puncak dunia dalam semua > bidang menjelang 100 tahun merdeka 2007 akan datang. > > Pakdo bersetuju sungguh kerana pakdo juga berfikiran seperti tu. > Cuma pakdo nak tambah sedikit sebanyak impian itu untuk jadi lebih > cemerlang, gemilangh dan terbilang. > > Pertamanya pakdo nak lihat ketika itu, bahasa Melayu yang kini dikenali > sebagai Bahasa Malaysia akan tetap utuh dan akan tetap digunakan secara > menyeluruh. Pakdo rasa tak boleh berbangga lagi kiranya masa itu > orang-orang melayu tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa > utama mereka. > > Tentang sukan pakdo nak tambah, biar Malaysia jadi juara dunia walaupun > rakyat kita bersaiz agak kecil berbanding dengan negara luar (barat). > > Ketika itu pakdo juga nak lihat dalam penulisan seperti karya sastera akan > terus mendapat tempat yang baik , malah karya dari penulis Malaysia dibaca > secara menyeluruh oleh penduduk dunia yang lain baik dalam bentuk asal > atau terjemahan. Pakdo nak lihat Sistem perterjemahan yang baik berjaya > dihasilkan oleh rakyat malaysia supaya ianya mudah dibaca oleh semua > bangsa. Pakdo lihat ada usaha ke arah itu contohnya laman citcat.com dah > ada. > > Dalam bidang Teknologi angkasa lepas, pakdo harap negara ini akan begitu > maju dan dapat menguasainya begitu juga dengan bidang ICT Malaysia dapat > menguasai sebagai pendahulu . Mulai sekarang lagi sepetutnya ada > badan-badan yang merancang dan memikirkannya. Kita patut ada pengkalan > pelancaran roket sendiri. > > Pakdo juga sering terfikir, suatu masa nanti, sumber tenaga seperti minyak > akan kehabisan atau semakin berkurangan dan altenatif perlu dicari oleh > rakyat negara ini dan ianya biarlah ianya akan tidak mudah habis dan tidak > memerlukan kos yang besar. Kalu boleh gunakan kuasa-kuasa yang ada di > sekeliling seperti air, ombak, angin dan sebagainya. Kalu guna minyak > kelapa sawit tu bukan tak boleh tapi kos nak hasilkan minyak kelapa sawit > tentunya besar, lagi pula sekarang pun adakalanya minyak meningkat harga > itupun baru digunakan untuk masak memasak goreng mengoreng sahaja. > > Kita mesti memperkayakan modal insan, kerana dengannya impian yang > dihasratkan itu bakal tercapai. Kalu tidak ada modal insan sudah tentu apa > yang dihasratkan itu hanya tinggal hasrat semata. > > Satu perkara pakdo harap agama islam akan tetap diunggulkan oleh > saing-saing pakdo semua agar umat Islam akan sentiasa menjadi umat nombor > satu. > > Ini tugas semua kita sebagai warga Malaysia. Pakdo berperanan dengan cara- > pakdo dan saing-saing pakdo berperanan dengan cara saing-saing pakdo, > hasil daripada peranan yang masing-masing dimainkan InsyaAllah semua > impian bakal terlaksana. > > Ikhlas daripada Pakdo > > > > > > > > > >> Dipetik sepenuhnya daripada ahkbar Berita Harian 15 Jun 2007 >> >> Impian 2057 PM >> Oleh Azman Zakaria dan Magendran Rajagopal >> >> >> Mahu Malaysia di puncak dunia dalam semua bidang >> >> >> KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi menegaskan, >> beliau mengimpikan apabila negara merayakan 100 tahun kemerdekaannya >> pada >> 2057, rakyat dan bangsa Malaysia akan mencapai kejayaan yang tidak >> pernah >> difikirkan. >> >> Impian Perdana Menteri 50 tahun nanti ialah Malaysia melahirkan >> pemenang >> hadiah Nobel, syarikat yang benar-benar global, dihormati dan memasarkan >> jenama terkenal, mempunyai penyair dan artis diiktiraf dunia, memiliki >> paten saintifik terbesar di dunia, ahli sukan terkemuka, malah skuad >> bola >> sepak terbaik di Asia. >> >> Pelajar dan profesor negara ini pula akan menguasai universiti terkemuka >> dunia, manakala universiti tempatan akan menjadi pusat kecemerlangan >> untuk >> cendekiawan antarabangsa. >> >> Kita akan menjadi perintis tenaga alternatif, lahir daripada kelebihan >> kita dalam biofuel. Bandar raya kita paling ceria dengan gabungan >> kemudahan kosmopolitan yang bertunjangkan masyarakat adil dan bertolak >> ansur. >> >> Kemunculan kuasa-kuasa ekonomi serantau tidak menjadikan kita lalai, >> sebaliknya mendorong kita mencari kelebihan untuk bersaing dan menerajui >> banyak industri strategik. Kita menjadi hab logistik sebenar, pusat >> kewangan Islam terkemuka dan tempat rujukan global bagi bioteknologi dan >> pertanian moden. >> >> Inilah Malaysia yang saya impikan pada 2057. Inilah apa yang saya >> maksudkan terbilang. Seratus tahun merdeka, seratus tahun kemajuan, >> katanya menyampaikan ucaptama Menoleh Ke belakang, Bergerak Ke Depan: 50 >> Tahun Perniagaan di Malaysia pada jamuan Kelab Perniagaan Kuala Lumpur >> di >> sini. >> >> Abdullah pertama kali mengumumkan Misi 2057 selepas mempengerusikan >> mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) 12 Mac lalu, sebagai >> kesinambungan Wawasan 2020 bagi memastikan rakyat terus membangun >> mengikut >> acuan sendiri selepas Malaysia menjadi negara maju. >> >> Misi itu memberi penekanan terhadap modal insan, pembangunan jiwa bangsa >> dan perpaduan kaum >> >> >> >> > > > Hormat selalu daripada Pakdo > Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
