Nak cerita sikit tentang kursus bina laman web e-dagang sepertimana yang saya bercadang untuk hadir dan telahpun mendaftar untuk hadir. Setelah pendaftaran dibuat hari demi hari menunggu waktu tibanya. Rancang awal lagi nak bercuti, maka bercutilah empat hari hanya semata-mata nak ikuti kursus bina laman web e-dagang sepertimana yang diiklan dengan spanduk yang agak besar.
Hari ini sampailah masanya untuk berkursus dan menambah sedikit sebanyak sebahagian cabang ICT ini. Pagi-pagi lagi bertolak dari rumah. Sampai di KB saya tersilap faham sikit ingatkan di Perbadanan tingkat 7 tapi rupanya saya tersilap tempat. Hampir setengah jam selepas bertanya akhirnya saya sampai ke tempat kursus. Beberapa orang telah sampai dan menunggu untuk mengikuti kursus. Ada yang bos hantar, ada yang ambil cuti beberapa hari untuk ikuti kursus. Adalah lebih sepuluh orang yang menunggu seakan menunggu untuk temuduga di luar bilik komputer di tempat kursus. Sebentar kemudian salah seorang peserta terima sms dari mana pun tak pasti, ketika itu tiada seorangpun urusetia di situ. Sms itu dibaca mengatakan kursus tak jadi diadakan. Kami yang menunggu seakan tidak percaya, masakan tidak jadi tanpa diberitahu atau silap kami tak bertanya jadi ke tidak kursus. Sebentar kemudian pihak urusetia datang, dan memaklum kursus hari ini tak jadi diadakan . Rasanya ingin ketawa sinis . Katanya kursus akan diadakan pada bulan januari dan peserta telah dihubungi melelalui telefon. Bakal peserta kata tidak terima pun telefon tentang pembatalan tersebut. Pihak urusetia kata dah suruh anak buah telefon mungkin tak angkat atau tak diterima kerana talian bertindih. Dengan pembatalan itu bererti sebahagian bakal peserta yang hadir sebahagiannya kena batalkan cuti dan kembali bekerja dengan syarikat masing-masing. Ada syarikat Mlm yang hantar tiga empat orang untuk berkursus dan dihantar oleh bosnya sendiri. Untuk kursus Januari ni saya bercadang untuk TIDAK hadir lagi kerana saya akan gunakan masa yang saya peruntukan untuk kursus itu untuk belajar sendiri di rumah tentang selok belok e-dagang dan sebagainya.
