Pakdo sangat suka kalu saing-saing pakdo hantar tulisan seperti ini. Pakdo
suka baca untuk beri perangsaag kepada pakdo dan saing-saing pakdo yang
lain.

Kekuatan peribadi yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh tersebut adalah sangat
hebat. Dengan pertolongan Allah usaha itu tidak sia-sia.
Duit tidak jatuh terus dari langit, walaupun di langit banyak sekali duit
yang bertebaran.

Pakdo



On 12/24/07, Kamarul Anuar Kasim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>    SEMANGAT kental yang ada pada pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, wajar
> dicontohi generasi muda, khususnya yang menyimpan cita-cita meneroka bidang
> perniagaan.
>
> Datuk Yusuf Taiyoob, 47 pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di
> Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam
> perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan
> minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum
> walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal.
>
> Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat
> menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan
> menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam
> keadaan separuh sedar.
>
> "Orang tua saya fikir saya akan mati apabila lihat banyak darah keluar,
> nasib baik cepat mendapat rawatan.
>
> "Doktor kata, kalau saya ini orang tua, saya sudah pergi dulu (meninggal
> dunia)," katanya mengimbau jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan dalam satu
> pertemuan di pejabatnya di Plaza MWE, Georgetown, Pulau Pinang.
>
> Yusuf yang sebak menceritakan pengalamannya berkata, kejadian itu masih
> berbekas di hatinya kerana mengingatkan tiada sesiapa yang dapat membantunya
> kecuali diri sendiri dan keluarga rapat.
>
> Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum mencapai tahap sekarang.
>
> Katanya, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa
> dilihat terlebih dulu.
>
> "Saya bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi minyak wangi yang
> saya adun sendiri. Bukan saja syarikat berpengaruh itu tidak mahu menjual,
> minyak itu dibaling begitu saja," katanya.
>
> Namun, cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya,
> malah selepas peristiwa muntah darah serius sehingga tubuh badan kurus
> akibat perniagaan merudum, beliau terus mencari peluang untuk membuka
> perniagaan baru di lokasi lain.
>
> "Saya bernasib baik mendapat sokongan ibu bapa dan datuk yang sebelum ini
> biasa terbabit dalam perniagaan. Pada masa itu, saya juga masih muda, ada
> peluang, untuk tukar haluan.
>
> "Selepas keluar hospital dan berehat seketika, saya bertekad memulakan
> perniagaan lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecilan,"
> katanya.
>
> Ketabahannya itu membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang maju
> sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan pembekal kurma dan makanan untuk
> pasaran tempatan serta negara jiran termasuk Singapura, Indonesia dan
> Thailand.
>
> Kini, anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai lebih 1,000
> pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50
> kakitangan di pejabatnya.
>
> Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang
> dan Kuala Lumpur.
>
> Beliau yang enggan memberitahu nilai jualan syarikatnya, berkata kini
> syarikatnya membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami,
> Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara pada harga antara RM3 hingga RM120
> sekilogram.
>
> Kurma itu diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasuk Tunisia,
> Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
>
> "Saya pilih buah berkualiti tinggi berbanding yang ada di pasaran.
> Pelanggan kami mengetahui kualiti buah ini dan sanggup berbelanja lebih
> untuk mendapatkannya," katanya.
>
> Syarikatnya juga mengimport pelbagai makanan kering seperti rempah ratus
> untuk masakan dan bahan membuat kuih-muih dari pelbagai negara termasuk
> Amerika Syarikat.
>
> Dengan tempahan yang semakin memberangsangkan di beberapa negara Asia
> Tenggara, memaksa syarikat yang kian berkembang untuk memiliki kilang
> sendiri bagi menempatkan stok dan membungkus produk dengan jenama sendiri,
> Yu Ta.
>
> Kilang yang dibina di kawasan seluas hampir lima hektar di Bukit Minyak,
> Seberang Prai Tengah, bakal siap sepenuhnya menjelang Mac depan dengan kos
> RM20 juta.
>
> "Harapan saya jenama Yu Ta menjadi sinonim di kalangan masyarakat negara
> ini dan luar negara pada masa depan.
>
> "Saya juga berharap perniagaan saya ini berkembang maju bagi membolehkan
> saya membantu masyarakat yang memerlukan," katanya.
>
> Bapa kepada tiga anak yang berusia satu hingga tujuh tahun, berkata rezeki
> yang diperoleh itu sentiasa dikongsi bersama golongan kurang bernasib baik
> pada sepanjang masa.
>
> "Saya tidak pernah hadkan sumbangan saya, namun saya tidak suka memberi
> kepada sebarangan orang yang meminta.
>
> "Saya akan pastikan mereka yang menerima golongan yang layak, kerana duit
> yang diperoleh bukan jatuh terus dari langit," katanya.
>
> Kesibukannya yang bertugas dari pagi hingga malam, termasuk hari cuti
> tidak menghalang daripada menjalankan kerja kemasyarakatan.
>
> Bagaimanapun, beliau tidak berminat dengan jawatan walaupun sering
> ditawarkan pelbagai jawatan seperti ahli lembaga pengarah pertubuhan di
> Pulau Pinang.
>
> "Biarlah saya tumpukan kepada perniagaan dan hasilnya saya kongsi kepada
> golongan yang memerlukan," katanya.
>
> Yusuf juga jarang bersukan termasuk golf yang digemari ahli korporat lain.
>
> "Saya habiskan masa di rumah dengan keluarga jika tiada urusan di luar,"
> katanya sambil menambah kejayaan yang diperoleh dapat membantu golongan
> kurang bernasib baik.
>
> "Itu sudah menjadi kewajipan kita dan saya sendiri tidak pernah bermimpi
> untuk mencapai hingga tahap ini," katanya yang menerima pelbagai anugerah
> termasuk yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau
> Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 2002 dan baru-baru ini.
>
> Pelaburan RM20 juta bina kilang canggih
>
> PENGELUAR dan pembekal kurma serta makanan import, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd,
> menjangkakan pertumbuhan jualan sehingga 40 peratus daripada kira-kira RM60
> juta setahun sekarang apabila kilang barunya di Bukit Minyak, Seberang Prai
> Tengah, siap Mac tahun depan.
>
> Pengerusinya, Datuk Yusuf Taiyoob, 47, berkata kilang baru serba canggih
> di tapak seluas lima hektar membabitkan pelaburan RM20 juta itu membolehkan
> syarikat menghasilkan keluaran yang lebih tinggi pada bila-bila masa
> menggunakan teknologi moden.
>
> Secara tidak langsung, katanya, ia juga dapat mengurangkan kos operasi
> syarikat yang selama ini terpaksa menyewa gudang bagi menempatkan stok dan
> bekalan dalam kuantiti besar.
>
> "Kilang ini mampu menempatkan 700 kontena stok makanan sejuk dan kering
> pada satu masa, yang diimport dan diproses semula dengan jenama Yu Ta
> singkatan nama Yusuf Taiyoob.
>
> "Ia menjadikan kilang ini sebagai pusat pengeluaran dan pembekalan bahan
> makanan basah dan kering terbesar di utara Semenanjung sebelum diedarkan ke
> pasaran tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan
> Singapura," katanya.
>
> Yusuf berkata, apabila siap kelak, kilang itu mampu menyediakan peluang
> pekerjaan kepada lebih 50 penduduk setempat.
>
> "Bagi keperluan jangka panjang, syarikat juga membeli sebuah bangunan
> warisan dua setengah tingkat di Lebuh Bishop, Georgetown untuk pelaburan
> masa depan," katanya.
>
> Mengenai persiapan syarikat memenuhi permintaan bekalan kurma dan produk
> makanan lain pada Ramadan dan Aidilfitri ini, Yusuf berkata, sebanyak 3,000
> tan metrik pelbagai jenis kurma diimport untuk pasaran negara ini.
>
> Ia tidak termasuk produk makanan lain seperti bahan untuk membuat kuih,
> masakan seperti rempah-ratus dan kacang serta makanan kering yang diimport
> dan diedar secara borong kepada lebih 1,000 pengedar di seluruh negara.
>
> Pihaknya mensasarkan jualan sebanyak RM20 juta bagi musim perayaan ini
> iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding musim sebelum ini.
>
> "Jualan setiap tahun memberangsangkan kerana pelanggan kami mengetahui
> kualiti produk kami yang bermutu dan dijual pada harga berpatutan," katanya.
>
> INFO
>
> Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua
> tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn
> Bhd (1988).
>
> Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma.
>
> Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum
> dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia,
> Thailand, Singapura dan Brunei.
>
> ------------------------------
> Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! 
> Search.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51734/*http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping>
>
> 
>



-- 
Hrmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke