Kelmarin dan kelmarin dulu pakdo sempat pergi ke Kota Bharu dan Tumpat ( Pakdo ni orang Tumpat) apa yang pakdo lihat banyak perkara dan apa yang pakdo fikirkan dan rasakan banyak perkara. Adakalanya pakdo seakan nak tersenyum sendirian.
Beginilah kehidupan, beginilah hidup. Pakdo suka akan kehidupan kerana dengannya pakdo dapat merasakan semua itu. Pakdo tersenyum sendirian, itu bukan pakdo seperti setengah orang yang hilang kenikmatan . Pelbagai sungguh , pakdo lihat, ada insan yang baru kahwin, ada yang baru bercinta, ada yang baru nak masuk sekolah, ada yang dah habis sekolah (habis sekolah pun bukan bermakna habis masa menuntut ilmu, ilmu di sekolah hanya peringkat asas saja, tak cukup dijadikan sumber amalan hidup sepenuhnya) ada yang baru mendapat kerja, ada yang menunggu saat untuk bersara, ada yang terbaring sakit , ada yang ketawa terbahak-bahak dan ada yang menemui ajalnya hari ini ada esok lusa. Ramai sungguh ibu bapa yang mendapatkan peralatan untuk persekolahan anak-anak mereka. Dan sudah tentu hampir semua ibu bapa inginkan anak mereka berjaya. Sebut soal berjaya ni orang sekarang berfikir berjaya dalam peperiksaan. itu hanya satu cabang kejayaan, banyak kejayaan lagi selain itu. Dan kejayaan yang paling besar adalah kejayaan di hari akhirat. pun begitu berjaya dalam peperiksaan adalah sebagai salah satu tiket untuk berjayaan dalam kerjaya. Berjaya dalam kerjaya, belum tentu berjaya dalam hidup. Saing-saing pakdo beli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak . Lebih daripada itu ada juga yang beli motorsikal baru untuk anak-anak pergi belajar. Sedangkan si ayah hanya pakai kenderaan buruk. -- Hrmat selalu daripada Pakdo
