Antara yang dikeluarkan daripada matlamat ICT saya di tahun 2008 ialah.

1.  ICT sekadar hobi dan pengisi masa lapang atau sekadar jadi pemerhati. -
Dikeluarkan daripada matlamat ICT saya tahun 2008 kerana ianya satu
langkah undur ke belakang setelah agak jauh bersama ICT walaupun di
peringkat kampungan. Ini bermakna saya akan tetap bersama ICT.

2.  Sebagai pejuang ICT -

Matlamat sebagai pejuang ICT juga digugurkan kerana ini tugas berat yang
belum selayaknya untuk saya. Tambah pula ia akan menggangu penumpuan
kepada matlamat yang bakal  dipilih nanti.
Selepas membuang bahagian ini bererti saya tidak lagi ingin merancang
perjumpaan ICT, tidak memegang apa-apa jawatan utama (Setiausaha,
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari dan Penolong setiausaha)  dalam
persatuan ICT termasuk Perintis dan persatuan ICT yang lain termasuk kalau
ada yang baru ditubuhkan di Kelantan.

Bagaimanapun masih sanggup hadiri perjumpaan ICT, menghadiri kursus ICT,
sebagai Ajk biasa persatuan ICT.

3.  Perkara 1,perkara 3, perkara 4, sebahagian daripada perkara 5 yang
diperincikan oleh sdr. Faizul di bawah,.

Ini kerana sebahagian daripadanya memerlukan kemahiran yang tinggi dan
sebahagiannya memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dilaksanakan
secara persendirian.


yang tinggal lagi dan belum dikeluarkan.


perkara 2, sebahagian perkara 5,perkara 6 dan perkara 7.


2 daripadanya akan disesuaikan atau digabungkan dan akan dijadikan
matlamat ICT untuk tahun 2008 semoga mudah memberikan penumpuan terhadap
perkara tersebut nanti.


Sedikit catatan tentang egroup.

Saya bahagikan kepada beberapa kumpulan egroup yang didirikan.

1.   1 - 20 orang ahli -  Diabaikan daripada sebarang pengendalian dan
membiarkan egroup itu sendiri menambah bilangan ahli hingga mencapai 21
orang yang menyertainya.

2.   21 - 50 orang ahli - Sedikit pengendalian, termasuk memban e-mel
pengirim skim cepat kaya. Menutup ruang kalender, kemasukan ahli baru
tidak dimoderatorkan.

3.   51 - 100 ahli - Sedikit pengendalian , meletakkan banner , meletakkan
pautan , mengubah antara muka egroup dan paling penting menutup ruangan
kalendar serta memban e-mel ahli mengirimkan skim cepat kaya.

4.   101- 500 ahli - Memberikan sedikit penumpuan, termasuk mengirimkan
posting yang berkaitan, membenarkan siapa sahaja yang nak masuk, memban
e-mel pengirim iklan skim cepat kaya dan e-mel yang berkaitan.(kecuali
e-group pesisir dan it-kelantan dan makmal-sains  diberi penumpuan yang
lebih)

5.  501 - 4400  Egroup ini dikendalikan dengan kerap, sebahagiannya
memoderator ahli yang nak masuk, memban e-mel pengirim iklan skim cepat
kaya dan e-mel iklan yang tidak berkaitan. Kelantan-kita egroup berada di
kumpulan ini.






-- 
Ediramle Ismail



On Mon, December 31, 2007 10:51 am, imaginasi wrote:
Abg Edi,
Saya ingin suarakan pendapat saya mengenai peranan/matlamat yang boleh
kita
tetapkan untuk kita dalam letusan era teknologi maklumat nih.

Matlamat/peranan/peluang yang boleh kita lakukan:

1. Melibatkan diri dalam pembangunan perisian & perkakasan.
        - ini memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.

2. Melibatkan diri dalam penyediaan perkhidmatan teknolgi maklumat.
        - seperti konsultan IT, perkhidmatan jual-beli peralatan/perisian,
khidmat portal maklumat.
        - ini rasanya macam ejoe / wazam lakukan ler kot.

3. Melibatkan diri dalam rekabentuk penggunaan teknologi maklumat secara
optimal dalam organisasi.
        - ini biasanya dilakukan oleh jabatan IT ler. Kita cuba selesaikan
masalah menggunakan IT.

4. Melibatkan diri dalam rekabentuk data & analisa sistem seperti
pangkalan
data, sistem maklumat pekerja.
        - saya cuba nak bangunkan sistem dan pangkalan data sistem
pengurusan peralatan untuk
          memudahkan saya mengawal penggunaan peralatan/mesin dikilang
saya
nih.

5. Melibatkan diri dalam pendidikan teknologi maklumat melalui ceramah,
tutoran/kuliah atau penyelidikan.

6. Melibatkan diri dalam pembinaan laman web, portal yang memanfaatkan
pengguna lain.
        - ini macam Abg Edi buat ler.

7. Melibatkan diri dalam menyebarkan teknologi maklumat untuk masyarakat
umum melalui penulisan, ceramah, perkhidmatan sosial dan sebagainya.
        - saya rasa ini peranan yang Abg Edi tengah lakukan. Kewujudan
pusat
sumber maklumat
          membantu meningkatkan kesedaran IT masyarakat setempat. Yang
penting, pengetahuan TAHU-GUNA
          teknologi maklumat untuk memudahkan kehidupan kita. Kita tak
mahu
masyarakat tahu guna
          komputer untuk bermain game, chatting atau terlibat dalam skim
internet yan tak beretika, tetapi
          menggunakan teknologi maklumat untuk meningkatkan kehidupan
kita.
Contohnya, menggunakan
          laman web untuk memasarkan produk kita, dll.

Jadi pendapat saya, matlamat no.7 yang saya nyatakan lebih tepat untuk
usaha-usaha yang Abg Edi lakukan.

Wassalam.
Faizul Haslizi Hj Ramli.
[EMAIL PROTECTED]
http://multiply.imaginasi.com


On 31/12/2007, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>   Disebabkan beberapa perkembangan yang berlaku sejak akhiran kini,
> terasa
> seperti setting matlamat dalam ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
> saya seakan lari sedikit matlamatnya dan ini menyebabkan agak sukar
> untuk
> meneruskan perjuangan ICT yang dirangka sebelum ini.
>
> Jadi kali ni sempena menyambut tahun baru 2008 , saya nak tanya soalan
> yang agak sukar sikit untuk dijawab rakan-rakan semua iaitu bertujuan
> untuk setting semula matlamat dalam bidang ICT yang tentunya berbeza
> antara seorang dengan seorang rakan ICT yang lain.
>
> Soalannya.
> Apakah antara matlamat sebenar bidang ICT yang kita diceburi kini?
>
>
> Saya jadi terkeliru sikit, tentang matlamat ni. Apakah saya perlu jadi
> sukarelawan ICT , jadi pejuang, jadi usahawan ICT , jadi pemerhati, jadi
> pengeluar, atau ict hanya sebagai hobi semata-masa untuk mengisi masa
> lapang. Saya hanya harus memilih hanya satu sahaja atau selebihnya dua
> sahaja supaya dapat menumpukan sepenuhnya untuk matlamat tersebut.
>
> Dimaklumkan pertanyaan ini adalah serius, bukan sekadar mainan.
>
> Sekian dan  berbanyak terima kasih atau bantuan idea yang diberikan.
> Saya perlukan sebanyak mungkin respon terhadap pertanyaan ini . Jawapan
> dalam dua tiga ayat pun memadai.
> Sumbangan idea itu sangat penting untuk saya saring dan pilih mana-mana
> yang terbaik untuk dijadikan matlamat saya dalam ICT.
>
>
> Untuk makluman , saya adalah moderator kepada  kumpulan egroups ini dan
> hampir empat ratus egroups lain.
>
> Ediramle Ismail
>
>
>
>





Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke