Salam...saya pun begitu juga dengan pendapat Pakdo.....setakat ini belum lagi 
jalan2 tgk orang ramai bermain dgn bendera masing2.Suka tgk jer dan kekadang 
rasa nak marah juga kalau kain rentang dan bendera yang digantung melerek atas 
jalan merbahayakan lalulintas.Sepatutnya pandai gantung,pandailah jaga dan 
awasilah jgn sampai merbahayakan org ramai....
  " V " 
  ----- Original Message ----- 
  From: Pakdo 
  To: [EMAIL PROTECTED] ; [email protected] 
  Sent: Saturday, February 23, 2008 5:00 PM
  Subject: [Tumpat] Permainan Hidup


  Lama sudah pakdo tidak menulis catatan pakdo di sini. PaKdo rasa kurang sihat 
sikit, tapi masalah biasa saja yang diterima oleh golongan warga emas seperti 
pakdo ni.

  Pakdo lihat di sekeliling pakdo sekarang ni orang ramai berpesta. Mereka 
berpesta untuk memilih corak kehidupan pada masa akan datang.

  Bolehkah manusia menentukan nasib mereka. Untuk menentu masa depan manusia 
tentunya tidak boleh kerana dibatasi oleh kekurangan dan ketidaksempurnaan. 
Tapi manusia boleh mengalurkan laluannya ke arah masa depan mereka yang 
cemerlang.

  Pakdo adakalanya merasakan pesta itu hanya sebagai  sebuah permainan hidup 
saja. Manusia merangka peraturan kemudian tunduk kepada peraturan  yang kerdil 
dan adakalanya tidak seberapa itu. 

  Tapi adakalanya mungkin di tahap kesedaran lain pakdo merasakan permainan ini 
adalah permainan yang benar-benar dan semua orang yang layak harus bermain 
dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan yang mereka anggap betul 
menang.

  Kebenaran adakalanya sangat sukar untuk dinyatakan dan adakalanya sangat 
sukar untuk difahami. Kalau pakdo berada di sebelah kiri pakdo kata sebelah 
kira yang betul dan kalau pakdo berada di sebelah kanan pakdo kata sebelah 
kanan yang betul. Pasukan manakah yang betul sebenarnya.

  Kebenaran tidak boleh diukur dari suatu sudut sahaja, tetapi kena ukur semua 
sudut kalau ukurannya menepati apa yang diperkatakan itulah yang dikira lebih 
betul. Tapi orang lain mengukurnya dan membacanya dengan bacaan lain lalu 
menjadi tidak sama pula. Kesukaran ini adalah wajar, kerana hampir semua 
manusia yang ada sekarang ni tidak dalam keadaan sempurna. Kebanyakannya hanya 
manusia kerdil seperti pakdo juga. 

  Lantas perlu ambil jalan yang lebih mudah tidak mengukur perkara yang begitu 
subjektif dan ukuran lebih ditumpukan kepada perkara objektif yang boleh nampak 
dengan mata lahir .

  Pakdo gi dulu untuk melihat suasana kehidupan yang sungguh mengkagumkan pakdo 
ini.



  -- 
  H0rmat selalu daripada Pakdo 

   

Kirim email ke