|
ka baraya punten ieu aya carita ti millis tatangga
punten teu disundakeun.
Sedikit informasi bagi yg menggemari acara
Idol
APA ARTI "IDOL " SEBENARNYA? Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahwa tanggapan anda ini SALAH BESAR sama sekali ! Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut : 1. IDOLATRY = Penyembahan berhala 2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin 3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja 4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung. 5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan. Daripada terbitan perkataan - perkataan ini, jelaslah kepada kita bahwa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk menggambarkan sifat terlalu ta'sub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung. Isu pengunaan perkataan ini saya bangkitkan agar sahabat - sahabat muslim harap maklum tentang satu propaganda baru musuh Islam melalui penerbitan rancangan MALAYSIA IDOL yang sedang giat dipromosikan di TV3 dan TV8. Buat pengetahuan sahabat - sahabat muslim sekalian, idea penerbitan rancangan ini bermula dari Amerika Syarikat. Di sana dinamakan AMERICAN IDOL. Modus operandi rancangan ini kemudiannya disebarkan ke beberapa buah negara dengan alasannya untuk mencari bakat - bakat baru dalam dunia seni hiburan dari seluruh dunia. Di Indonesia, pencarian bakat baru untuk rancangan ini telah berjaya menarik penyertaan beratus ribu muda belia. Mereka sanggup mengatur dan berpura - pura ditempat uji bakat semata - mata untuk merebut gelaran INDONESIA IDOL / AFI 1 / AFI 2. Paling menarik, belia - belia ini yang juga beragama Islam lupa segala - galanya, makan minum diabaikan.... apa lagi waktu sholat 5 waktu semuanya sibuk berlatih untuk menghadiri sesi uji bakat. Hal yang sama sebenarnya turut berlaku di negara kita. Secara sedar atau tidak, satu jarum licik propaganda jahat musuh - musuh Islam mulai berjaya menusuk dalam jantung jiwa anak muda muslim yang lemah imannya. Apakah tindakan kita sebagai orang muslim?. Langkah pertama pastinya kita perlu menimbulkan kebencian dengan memboikot rancangan ini. Jelaskan dengan terperinci kepada anak - anak muda kita tentang propaganda jahat musuh Islam ini. Larang mereka daripada menyertai dan ikut uji bakat yang hanya membuang masa, uang dan tenaga. Paling penting, pemerintah harus di desak agar lebih prihatin dengan isu - isu yang sangat sensitif seperti ini. di http://www.kamus.web.id. Dan hasilnya: No English Indonesia 1. idol : pujaan, dewa, berhala 2. idolater : pemuja berhala 3. idolatrous : berkenaan dengan pemujaan berhala 4. idolatry : pemujaan berhala 5. idolize : memuja, sangat mengagumi / mencintai Silakan coba di URL di bawah ini: http://www.kamus.web.id/english.asp?kata=idol&pilih=eng Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
Yahoo! Groups Links
|
- RE: [Urang Sunda] Pendidikan di Jawa Barat (I) Ani Puspita
- RE: [Urang Sunda] Pendidikan di Jawa Barat (I) tantan hermansah
- Tito Suryana

