mh dek miwarang ah. pangnyundakeun atuh. bisi salah rasa, heuheu... enya da
nu kabaca ku kuring aya rasa sinis dina eta tulisan :)) maké aya 'réog
(topéng singa bermuka buruk)' sagala xixi

On Nov 29, 2007 6:10 PM, mh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> ngarah rada imbang noongna, henteu ngan ukur sausap saulas, aya hadena
> nitenan bewara ti lembur tatangga. nyanggakeun. (mh)
> =====
> Duta Besar suraikan 1,000 aktivis, demonstrasi anti-Malaysia
>
> JAKARTA 29 Nov — Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin
> Mohamed Zain memerlukan hanya tiga minit untuk menyuraikan demonstrasi
> anti-Malaysia, yang sebelum itu berkobar-kobar dan kononnya akan
> berlangsung satu tindakan nekat di hadapan kedutaan di sini pagi ini.
>
> Lebih 1,000 pendemonstrasi anti-Malaysia daripada kalangan aktivis
> kebudayaan Reog Ponorogo, yang diapi-apikan semangat anti-Malaysia
> oleh pelbagai laporan media massa yang menuduh Malaysia telah
> mengambil dan mengakui berhak terhadap kesenian itu, akhirnya
> menyuraikan diri selepas mendengar penjelasan itu.
>
> "Saya jelaskan di sini bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengakui
> tarian Reog itu berasal dari Malaysia walaupun tarian itu ada di Johor
> dan Selangor, katanya dengan menggunakan alat pembesar suara.
>
> Kira-kira 150 tahun lalu, rakyat dari Indonesia yang berhijrah ke
> Malaysia membawa kebudayaannya dan ia dipraktikkan oleh anak cucu
> mereka di sana sehingga hari ini, katanya dari atas pentas yang berupa
> sebuah kenderaan yang digunakan oleh pemimpin demonstrasi itu.
>
> Setelah penjelasan yang menggunakan hanya kira-kira 50 patah perkataan
> sahaja itu, Zainal Abidin terus turun dari pentas itu dan kembali
> meneruskan tugas di pejabatnya, meninggalkan para pendemonstrasi itu
> terdiam seperti terpukau.
>
> Akhirnya, sedikit demi sedikit mereka bergegas meninggalkan Jalan
> Rasuna Said yang sesak di hadapan kedutaan dan tiada satu pun lagi
> antara puluhan topeng singa Reog itu yang galak menari-nari dengan
> garang seperti kira-kira sejam sebelumnya.
>
> Beberapa hari sebelum ini, heboh disebarkan khabar bahawa lebih 3,000
> Reog (topeng singa berupa buruk) akan berdemonstrasi anti-Malaysia
> sehinggakan hampir semua stesen televisyen Indonesia membawa van
> siaran luar mereka bagi menyiarkannya secara langsung peristiwa itu.
>
> Namun, tidak satu pun media massa dalam talian dan televisyen yang
> meliputi demonstrasi itu melaporkan aspek kecekapan diplomasi Zainal
> Abidin yang tampil dengan tenang menamatkan demonstrasi itu tanpa
> sebarang insiden buruk.
>
> Kerana menjangkakan demonstrasi itu akan melibatkan tindakan keras dan
> kasar, ratusan polis Indonesia telah dikerah berkawal dan pagar dawai
> tajam anti-perusuh telah dipasang di hadapan pintu masuk ke kedutaan.
>
> Sebelum keluar bertemu pendemonstrasi itu, Zainal Abidin bersetuju
> menerima beberapa orang wakil mereka di pejabat beliau.
>
> Bercakap kepada Bernama selepas itu, Zainal Abidin berkata terlalu
> banyak tuduhan jahat dilemparkan terhadap Malaysia sejak kebelakangan
> ini dengan banyaknya laporan media dan perbincangan di laman web
> tempatan kononnya Malaysia telah mencuri pelbagai seni dan budaya
> Indonesia dan mengakui berhak ke atasnya.
>
> "Entah dari mana timbulnya tuduhan kononnya Malaysia juga telah
> mempaten semua bentuk seni dan budaya itu termasuk batik dan lagu,
> katanya yang menjelaskan bahawa semua tuduhan itu tidak benar.
>
> Duta Besar itu sendiri telah berkali-kali mengulangi penjelasan
> tersebut kepada media massa tetapi tuduhan demi tuduhan terus berlaku
> sehingga beliau berpendapat, ada elemen jahat yang ingin merenggangkan
> hubungan akrab Malaysia dengan Indonesia dengan mengeksploitasikan
> seni dan budaya.
>
> Eksploitasi seni dan budaya dilakukan oleh elemen jahat ini kerana ia
> merupakan isu warisan yang dibanggakan oleh rakyat Indonesia dan
> sangat sensitif di jiwa mereka serta dapat pula dengan mudah digunakan
> untuk membakar sentimen anti-Malaysia, jelasnya.- Bernama.
>
>
> http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
> =====
> On 11/29/07, jm_hndsm <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>


-- 
d-:
~karék cénah~

Kirim email ke