mang MH,
emang di Malaysia memperbolehkan, 'suami melarang istrinya bertemu keluarga istrinya'?

mh wrote:

kulantaran terus diposting, uing jadi panasaran, milu noong manohara.
saha manohara teh?
dina sababaraha koran malaya, aya sababaraha artikel nu pakait:

ARKIB : 28/04/2009
Keluarga Manohara cadang saman Istana Kelantan

KOTA BHARU 27 April - Keluarga Manohara Odelia Pinot, 17, model
terkenal Indonesia yang berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan,
Tengku Muhammad Fakhry Tuanku Ismail Petra bercadang mengambil
tindakan undang-undang terhadap Istana Kelantan jika masih tidak dapat
bertemu dengan gadis tersebut.

Sebagai langkah awal, kakak model berkenaan, Dewi Sariasi Pinot, 20,
akan ke Kuala Lumpur bersama peguamnya dalam masa terdekat bagi
berbincang dengan peguam tempatan berhubung tindakannya untuk menyaman
keluarga diraja itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Dewi berkata, tindakan itu terpaksa
diambil kerana keluarganya tidak dibenarkan bertemu dengan Manohara
sejak Oktober lalu.

''Saya akan ambil tindakan undang-undang jika masih tidak membenarkan
keluarga saya berjumpa dengannya,'' katanya hari ini.

Lebih menyedihkan dakwanya, ibunya, Daisy Farajina yang menghidapi
penyakit kanser rahim sangat merindui Manohara dan berharap Istana
Kelantan dapat membenarkan mereka bertemu.

''Saya dan ibu hanya mahu bertemu Manohara. Sebagai keluarga, kami
rasa sakit hati apabila tidak dapat berhubung, dibuang dan tidak
dilayan sebagai saudara,'' ujarnya.

Menurut Dewi, apa yang cuba dilakukannya bukan sesuatu yang melanggar
undang-undang sebaliknya menuntut hak mereka yang dinafikan.

''Keluarga kami bersedia mengadakan perbincangan secara baik bersama
pihak Istana Kelantan untuk menyelesaikan perkara ini yang dilihat
semakin berpanjangan tanpa penyelesaian,'' jelasnya.

Sementara itu, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry
enggan memberi komen ketika diajukan isu itu pada majlis perasmian
Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong, Machang hari
ini.

''Saya sibuk, saya sibuk,'' katanya sambil menarik pemegang pintu
kenderaan dan menutupnya.

Dalam kenderaan yang sama, kelihatan isterinya, Cik Puan Temenggong,
Manohara Odelia Pinot yang berpakaian kurung moden merah sempat
melemparkan senyuman.

Tengku Muhammad Fakhry dan isteri berangkat mengiringi Sultan
Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku
Abdul Hamid ke majlis tersebut. Hadir sama Timbalan Menteri Besar,
Datuk Ahmad Yakob.

Baru-baru ini, beberapa buah akhbar memetik laporan media Indonesia
mengenai Manohara yang dikatakan didera oleh suaminya, seorang kerabat
diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Kisah Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas Daisy
Farajina mendakwa anaknya itu 'diculik' oleh Tengku Muhammad Fakhry
dan dilarikan dengan sebuah jet di Arab Saudi pada 26 Februari lalu.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

katerangan gambar:
TUANKU Ismail Petra bersama Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku
Muhammad Fakhry Petra serta isteri, Manohara Odelia Pinot pada majlis
Perasmian Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong,
Machang, semalam.






--

Kirim email ke