Teringat when 2 years ago I went to Dubai, memang buses di situ, 
several seats di bahagian hadapan dikhususkan khas utk penumpang 
perempuan and/or kanak-kanak.

zifri

--- In [EMAIL PROTECTED], Amir Hamzah wrote:
>
> Cek turut setuju dan menyokong cadangan ini. La ni, cek sendiri 
pernah nampak beberapa perkara kurang senonoh berlaku. Malangnya, 
perkara sebegini selalu berlaku dengan begitu cepatnya hingga tiada 
siapa dapat menghalang.
> 
> Tapi cek harap agar pengasingan ini turut dipanjangkan ke 
perkhidmatan bas bandar dan komuter juga. Selalu berlaku, pihak 
wanita ditolak saja oleh lelaki yang ingin naik dulu. Hmm...bila lah 
orang Malaysia ni nak belajaq beratur?
> 
> http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?
name=News&file=article&sid=341
> 
> 
> Asingkan penumpang lelaki, perempuan dalam LRT
>  Posted on Monday, April 09 @ 12:34:32 CDT by reformis
>  "Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka 
minta saya sampaikan pada Yang Berhormat."
> 
> KUALA LUMPUR:  Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan 
supaya penumpang lelaki dan wanita yang menggunakan sistem Transit 
Aliran Ringan (LRT) diasingkan di dalam gerabak tren berbeza bagi 
mengelakkan masalah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan penumpang.
> Cadangan itu yang dibuat Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan 
disokong penuh Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dikemukakan semasa 
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Douglas Uggah Embas menggulung 
perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku 
Mizan Zainal Abidin sempena perasmian sidang Parlimen, bagi 
kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
> Mohamad berkata masalah gesel-menggesel antara lelaki dan 
perempuan sering kali berlaku khususnya pada waktu puncak, apabila 
penumpang bersesak-sesak di dalam gerabak, menimbulkan rasa tidak 
selesa di kalangan penumpang itu sendiri.
> 
> 
> "Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka 
minta saya sampaikan pada Yang Berhormat," katanya. Chong yang 
meminta penjelasan daripada Douglas turut menyokong saranan Mohamad 
kerana perkara itu juga merupakan satu bentuk gangguan seksual dan 
membabitkan maruah khususnya kaum wanita.
> Douglas berkata perkara itu akan disampaikan pihaknya kepada 
syarikat pengendali LRT, Rapid KL Sdn Bhd untuk tindakan lanjut.
> "Tetapi saya rasa mungkin ada masalah teknikal yang akan dihadapi 
kelak. Kita memang sedar apabila waktu puncak memang tren sesak 
tetapi untuk atasi sebahagian daripada masalah ini kita akan 
berbincang dengan syarikat pengendali pengangkutan itu," katanya.
>  
>        
> ---------------------------------
> To help you stay safe and secure online, we've developed the all 
new Yahoo! Security Centre.
>


Kirim email ke