Puan Alhana memang ada point, cek setuju.

Selain dari gerabak khas, mungkin depa boleh tiru cam Jepun ka Taiwan - cek tak 
ingat - di mana kaum wanita disediakan satu gerabak khas, dan yang lain boleh 
share. Terpulang pada wanita untuk memilih gerabak mana mereka mahu. Tapi kalau 
ikut lapuran luar negara, ramai wanita akan memilih gerabak khas itu. 

Mungkin satu lagi pendekatan yang boleh dilakukan oleh pemerintah adalah untuk 
mempertingkatkan pembelajaran Agama dan mata pelajaran Moral. Di dalam gerabak, 
bubuh ayat Al-Quran yang simple. InsyAllah, sedikit sebanyak, ada perubahan 
nanti. Kita manusia ini bukan apa, harus selalu diperingatkan kerana ramai - 
termasuk cek - alpa dan lupa. Astaghfirullah.



From:Alhana Ismail 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Asingkan penumpang lelaki, perempuan 
dalam LRT

Saya setuju tang bab pengasingan tu time saya jln sorang-sorang. Tapi, bila 
naik LRT ngan anak-anak n husband (g jln-jln, malas nak bwk keta)...amat rumit 
la kalau kena berasingan.. So, alternatifnya, kena reserve satu gerabak yg khas 
utk mereka yg berkeluarga. ..btol tak??

[EMAIL PROTECTED], UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:  
    Cek turut setuju dan menyokong cadangan ini. La ni, cek sendiri pernah 
nampak beberapa perkara kurang senonoh berlaku. Malangnya, perkara sebegini 
selalu berlaku dengan begitu cepatnya hingga tiada siapa dapat menghalang.

Tapi cek harap agar pengasingan ini turut dipanjangkan ke perkhidmatan bas 
bandar dan komuter juga. Selalu berlaku, pihak wanita ditolak saja oleh lelaki 
yang ingin naik dulu. Hmm...bila lah orang Malaysia ni nak belajaq beratur?

http://www.detikdai ly.net/m3/ modules.php? name=News&file=article&sid=341


Asingkan penumpang lelaki, perempuan dalam LRT
Posted on Monday, April 09 @ 12:34:32 CDT by reformis
    "Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka minta saya 
sampaikan pada Yang Berhormat."

KUALA LUMPUR:  Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya penumpang 
lelaki dan wanita yang menggunakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) 
diasingkan di dalam gerabak tren berbeza bagi mengelakkan masalah yang boleh 
menyebabkan ketidakselesaan penumpang.
  Cadangan itu yang dibuat Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan disokong 
penuh Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dikemukakan semasa Timbalan Menteri 
Pengangkutan Datuk Douglas Uggah Embas menggulung perbahasan usul menjunjung 
kasih Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena perasmian 
sidang Parlimen, bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  Mohamad berkata masalah gesel-menggesel antara lelaki dan perempuan sering 
kali berlaku khususnya pada waktu puncak, apabila  penumpang bersesak-sesak di 
dalam gerabak, menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penumpang itu sendiri.


"Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka minta saya 
sampaikan pada Yang Berhormat," katanya.   Chong yang meminta penjelasan 
daripada Douglas turut menyokong saranan Mohamad kerana perkara itu juga 
merupakan satu bentuk gangguan seksual dan membabitkan maruah khususnya kaum 
wanita.
  Douglas berkata perkara itu akan disampaikan pihaknya kepada syarikat 
pengendali LRT, Rapid KL Sdn Bhd untuk tindakan lanjut.
  "Tetapi saya rasa mungkin ada masalah teknikal yang akan dihadapi kelak. Kita 
memang sedar apabila waktu puncak memang tren sesak tetapi untuk atasi 
sebahagian daripada masalah ini kita akan berbincang dengan syarikat pengendali 
pengangkutan itu," katanya.


       
---------------------------------
 Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.

Kirim email ke