tambah gerabak dalam LRT. Biler banyak gerabak, kurang sesaknya. Tak perlu 
risau laki pompuan berhimpit. Boleh selesaikan masalah bersesak2 masa rush hour.

Kedua, boleh jalankan program kuruskan badan untuk pengguna LRT, biler badan 
kurus, tak sesak sgt (tapi saya rasa idea ni tak boleh pakai :D )


Ramizan

----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 13, 2007 7:38:32 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Asingkan penumpang lelaki, perempuan 
dalam LRT

Saya setuju tang bab pengasingan tu time saya jln sorang-sorang. Tapi, bila 
naik LRT ngan anak-anak n husband (g jln-jln, malas nak bwk keta)...amat rumit 
la kalau kena berasingan.. So, alternatifnya, kena reserve satu gerabak yg khas 
utk mereka yg berkeluarga. ..btol tak??

[EMAIL PROTECTED], UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote: 
Cek turut setuju dan menyokong cadangan ini. La ni, cek sendiri pernah nampak 
beberapa perkara kurang senonoh berlaku. Malangnya, perkara sebegini selalu 
berlaku dengan begitu cepatnya hingga tiada siapa dapat menghalang.

Tapi cek harap agar pengasingan ini turut dipanjangkan ke perkhidmatan bas 
bandar dan komuter juga. Selalu berlaku, pihak wanita ditolak saja oleh lelaki 
yang ingin naik dulu. Hmm...bila lah orang Malaysia ni nak belajaq beratur?

http://www.detikdai ly.net/m3/ modules.php? name=News&file=article&sid=341


Asingkan penumpang lelaki, perempuan dalam LRT
Posted on Monday, April 09 @ 12:34:32 CDT by reformis
 
"Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka minta saya 
sampaikan pada Yang Berhormat."

KUALA LUMPUR:  Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya penumpang 
lelaki dan wanita yang menggunakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) 
diasingkan di dalam gerabak tren berbeza bagi mengelakkan masalah yang boleh 
menyebabkan ketidakselesaan penumpang.
Cadangan itu yang dibuat Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan disokong penuh 
Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dikemukakan semasa Timbalan Menteri Pengangkutan 
Datuk Douglas Uggah Embas menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah 
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena perasmian sidang 
Parlimen, bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohamad berkata masalah gesel-menggesel antara lelaki dan perempuan sering kali 
berlaku khususnya pada waktu puncak, apabila penumpang bersesak-sesak di dalam 
gerabak, menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penumpang itu sendiri.


"Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka minta saya 
sampaikan pada Yang Berhormat," katanya. 
Chong yang meminta penjelasan daripada Douglas turut menyokong saranan Mohamad 
kerana perkara itu juga merupakan satu bentuk gangguan seksual dan membabitkan 
maruah khususnya kaum wanita.
Douglas berkata perkara itu akan disampaikan pihaknya kepada syarikat 
pengendali LRT, Rapid KL Sdn Bhd untuk tindakan lanjut.
"Tetapi saya rasa mungkin ada masalah teknikal yang akan dihadapi kelak. Kita 
memang sedar apabila waktu puncak memang tren sesak tetapi untuk atasi 
sebahagian daripada masalah ini kita akan berbincang dengan syarikat pengendali 
pengangkutan itu," katanya.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre. 




Don't get soaked. Take a quick peak at the forecast 
with theYahoo! Search weather shortcut.



      Don't be flakey.  Get Yahoo! Mail for Mobile and always stay connected to 
friends.    http://mobile.yahoo.com/mail

Kirim email ke