Salam...bagi sy isu yang diutarakan oleh PKPIM adalah baik dan lebih matang. 
Masalah inilah sepatutnya dibahaskan oleh kerajaan lebih dulu 
lagi..mamandangkan peningkatan jenayah dikalangan pelajar sekolah serta ganguan 
seksual akibat percampuran lelaki perempuan tanpa sebarang sempadan...Cadangan 
penukaran pakaian adalah jalan terbaik dan pencegahan dari berlakunya perkara2 
yang tidak diingini..sememang perkara ini telah digariskan oleh islam...dalam 
al-quran ada menyebut cara pemakaian bagi wanita...dan bayak hadist nabi yang 
menceritakan tetang pemakaian baju jarang...dan nabi melarang perkara 
tersebut...dan kita sebagai negara islam yang mengangap islam sebagai cara 
hidup seharusnya mengikut cara-cara yang telah digariskan oleh Allah...
Kalu diikutkan kepada masalah...berapa banayk masalah yang memang timbul...tapi 
adakah kita akan menyelesaikan mengikut apa yang telah lama digariskan oleh 
islam..atau oleh akal kita yang cetek ini...masalah pemaian pelajar perempuan 
adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah...manakala pemakaian isteri 
menteri adalah tanggungjawab menteri itu sendiri..bukannya masalah kita...siapa 
suruh pilih menteri yang tak ikut cara islam...itulah padanya...bagi sy isu 
yang diutarakan oleh PKPIM adala 100% betul dan Syabas diucapkan dan Menteri 
Pelajaran Dato Hishamudin tidak seharusnya memandang rendah dan remeh perkara 
ini....atau mungkinkah kerana anak2 dan isteri2 mereka pakai pakaian yang tidak 
sepatutnya atau tidak menutup aurat..dan ini memberikan tekanan mereka 
sendiri...Tepuklah dada tanya iman...
Wassalam


----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, May 26, 2008 11:02:08 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] 'Tukar baju elak gangguan seks'


Bukannya tidak baik teguran PKPIM itu. Cumanya kepimpinan PKPIM harus lebih 
matang
dalam memilih isu. Kalau nak sebut masalah, banyak, berjuta. Bukan setakat baju 
sekolah tu, tapi 
juga baju singkat nampak pusat, isteri PM dan menteri sendiri tak tutup aurat, 
orang dewasa hisap rokok sedangkan dia inginkan anaknya bebas rokok dan dadah, 
dll. Kalau nak sebut semua seumur hidup pun 
tak habis. Tumpukanlah kpd punca sesuatu masalah itu atau kpd masalah pokoknya 
dan perjuangkan yg itu. Insya Allah masalah2 ranting yg berjuta itu akan 
selesai.


2008/5/23 Perak" <"Topeng>:


'Tukar baju elak gangguan seks'
Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 09:26:11 MYT oleh SongkokPutih 
 Oleh sripetaling

"Ketika penulis melayari malaysiakini mata penulis terterjah kepada satu berita 
yang disiarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk 'Tukar baju elak gangguan seks'. 
Menurut berita itu , cadangan ini alah dibangkitkan oleh Persatuan Kebangsaan 
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), syabas diucapkan kepada pertubuhan ini kerana 
peka terhadap masalah sosial di Malaysia ini (Namun sebab apa Malaysiakini 
bangkitkan isu ini belumlah penulis dapat agak, penulis berharap jangan pula 
Malaysiakini mensensasikan berita ini untuk memulakan kempen untuk mencetuskan 
bantahan terhadap cadangan ini di atas dasar kebebasan peribadi secara mutlak!).




Dewan Muslimat PAS serta NGO-NGO yang lain diharap segera memberi sokongan 
tidak berbelah bahagi terhadap cadangan ini di samping meminta satu etika kod 
pemakaian Islam di kuatkuasakan ke atas kakitangan kerajaan yang beragama ISLAM 
dan berpakaian sopan kepada non-Muslim(termasuk ke atas keluarga pemimpin 
kerajaan yang beragama Islam-BN dan PR !).Artis-artis dan atlet-atlet juga 
hendaklah tidak terlepas daripada kod ini ( Pereka fesyen pula hendaklah 
terlibat sama untuk memberikan alternatif kepada golongan ini berdasarkan kod 
etika yang telah digariskan oleh Islam). Mufti-mufti pula hendaklah 
mengeluarkan satu sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan ini. Peringkat 
permulaan mungkin boleh dimulakan ke atas agensi kerajaan dan kemudiannya 
dilaksanakan ke atas peringkat-peringkat yangseterusnya.

Kita ikuti laporan penuh berita tersebut yang dipetik dari laman web 
Malaysiakini. com :



Tukar baju elak gangguan seks 
May 21, 08 5:39pm 
Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan 
bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum 
perkahwinan dalam kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh 
menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak 
jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. 

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan 
menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah 
Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka 
melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh 
pelajar perempuan di sekolah kerajaan. 

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri 
mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. 

"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan 
sebagainya." 

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam 
sekolah untuk pelajar perempuan.

Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM 
mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung 
yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. 

"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani 
isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi 
memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal 
ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka 
mangsa cabul. 

"Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka 
diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan 
perhatian oleh semua pihak. 

"Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini 
tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar. 

"Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," 
tambahnya. 

"Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita 
daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini." 
 Mencegah lebih baik dari merawat!

Fikir-fikirkan. ..
-- 
Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakya t.blogspot. com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa 
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu 
tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab 
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu 
telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ). 


-- 
AHMAD MUSLIM ALI
IDRIS/BATCH74  


      

Kirim email ke