Cadangan itu memang sesuai untuk difikirkan walaupun perlakasanaannya di 
peringkat Kementerian saya kira tidak mungkin berjaya. Sekarang ini pun semua 
pelajar perempuan sekolah agama memang wajib pakai tudung labuh, untuk 
melaksanakan di semua sekolah tentu akan mendapat pandangan yang berbeza2. 
   
  Tapi yang pakai baju kurung bukan orang Islam sahaja. Bagaimana dengan bukan 
Islam yang pakai baju kurung. Jikalau anak melayu sahaja yang pakai tudung 
labuh tapi yang pelajar perempuan bukan Islam masih lagi pakai pakaian yang 
sama, tujuan asalnya tidak tercapai dan tidak dapat dimanfaatkan. Biarlah 
cadangan itu secara menyeluruh perlaksanaannya. Maka manfaatnya juga dapat 
dirasakan bersama-sama - Islam dan bukan Islam. Salam. 
   
  Dr Azwan
  www.drazwan.blogspot.com

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            Salam...
   
    Kedengaran juga banyak cadangan supaya baju seragam sekolah pelajar 
perempuan ditukar... rasanya langsung tidak praktikal... Bagi pelajar perempuan 
Islam kerajaan perlu mewajibkan mereka bertudung labuh menutup bahagian dada 
bukan tudung kecik tiga segi..... Bukanlah ianya lebih baik disamping memenuhi 
tuntutan agama... Pelik juga masih ada orang melayu Islam yang masih nak 
meminggirkan hukum Allah ni. Guna logik akal untuk menyelesaikan masalah yang 
kadang-kadang di luar batas pengetahuan manusia.. Allahuakbar. Dialah yang 
mencipta nafsu manusia dan Dialah yang mencipta anak adam ini.. Dia dah buat 
hukum agar wanita menutup aurat untuk mengelakkan segala gangguan2 ini.. Kenapa 
kita masih nak lawan Allah dan berdolak dalih lagi???

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        rasanya lah kan menukar baju seragam sekolah pelajar perempuan sahaja 
adalah tidak adil.sepatutnya pelajar lelaki pun kena tikar sekali baju sekolah 
mereka.apa yang saya katakan tidak adil adalah kerana sudahlah pelajar 
perempuan tak buat pape tapi stil menjadi mangsa seks,tetapi lelaki pun lagi 
teruk.,diorang lah yang melakukan jenayah seks iti.tak adillah hanya menyuuh 
pelaja perempuan sahaja yang tukar baju seragam.kesian pelajar perempuan.
   
  kalau mereka kena pakai baju yang berwarna gelap,lagi kesian.sebagaimana yang 
kita tahu,pakaian warna gelap menyerap haba matahari lebih daripada pakaian 
warna putih.sudahlah mereka kena memakai tudung,ditambah pula pakaian 
gelap,mestilah mereka tidak selesa.lelaki hanya menyuruh sahaja.cubalah pakai 
tudung dan pakai baju warna gela di bawah matahari.pasti mereka akan tahu pe 
yang pelajar perempuan alami.dengan pakai stokin lagi,arm sock lagi.
   
   
  

"Topeng Perak"@yahoo.com wrote:
      
'Tukar baju elak gangguan seks'
Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 09:26:11 MYT oleh SongkokPutih 
 Oleh sripetaling

"Ketika penulis melayari malaysiakini mata penulis terterjah kepada satu berita 
yang disiarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk 'Tukar baju elak gangguan seks'. 
Menurut berita itu , cadangan ini alah dibangkitkan oleh Persatuan Kebangsaan 
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), syabas diucapkan kepada pertubuhan ini kerana 
peka terhadap masalah sosial di Malaysia ini (Namun sebab apa Malaysiakini 
bangkitkan isu ini belumlah penulis dapat agak, penulis berharap jangan pula 
Malaysiakini mensensasikan berita ini untuk memulakan kempen untuk mencetuskan 
bantahan terhadap cadangan ini di atas dasar kebebasan peribadi secara mutlak!).




Dewan Muslimat PAS serta NGO-NGO yang lain diharap segera memberi sokongan 
tidak berbelah bahagi terhadap cadangan ini di samping meminta satu etika kod 
pemakaian Islam di kuatkuasakan ke atas kakitangan kerajaan yang beragama ISLAM 
dan berpakaian sopan kepada non-Muslim(termasuk ke atas keluarga pemimpin 
kerajaan yang beragama Islam-BN dan PR !).Artis-artis dan atlet-atlet juga 
hendaklah tidak terlepas daripada kod ini ( Pereka fesyen pula hendaklah 
terlibat sama untuk memberikan alternatif kepada golongan ini berdasarkan kod 
etika yang telah digariskan oleh Islam). Mufti-mufti pula hendaklah 
mengeluarkan satu sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan ini. Peringkat 
permulaan mungkin boleh dimulakan ke atas agensi kerajaan dan kemudiannya 
dilaksanakan ke atas peringkat-peringkat yangseterusnya.

Kita ikuti laporan penuh berita tersebut yang dipetik dari laman web 
Malaysiakini.com :


        Tukar baju elak gangguan seks    May 21, 08 5:39pm      Kementerian 
Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani 
jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam 
kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh 
menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak 
jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. 

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan 
menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah 
Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka 
melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh 
pelajar perempuan di sekolah kerajaan. 

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri 
mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. 

"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan 
sebagainya." 

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam 
sekolah untuk pelajar perempuan.

Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM 
mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung 
yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. 

"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani 
isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi 
memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal 
ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka 
mangsa cabul. 

"Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka 
diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan 
perhatian oleh semua pihak. 

"Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini 
tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar. 

"Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," 
tambahnya. 

"Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita 
daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini."
    
Mencegah lebih baik dari merawat!

Fikir-fikirkan...
-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa 
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu 
tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab 
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu 
telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ). 


  



  

                           

       

Kirim email ke