Jenayah seksual seperti yang kita semua tahu makin 
bertambah dari hari kehari. Maka usaha untuk membendungnya wajib dilakukan 
dengan bersungguh-sungguh berdasarkan  pegangan agama terutama dikalangan 
kita yang beragama Islam. Berpakaian menutup aurat adalah sesuatu yang 
diwajibkan dalam Islam. Pakaian yang tidak menutup seluruh anggota seseorang 
perempuan termasuk rambut memang diharamkan. Pakian yang ketat hingga 
menampakkan bentuk tubuh juga diharamkan. Pakaian nipis juga boleh menampakkan 
bentuk tubuh maka jelas ianya tidak menepati dengan tuntutan Islam. Semua yang 
diharamkan itu tentulah ada muslihatnya tertutama untuk mengurangkan ransangan 
seksual lelaki yang memandang. Jika sekadar pandang tapi nafsunya tidak ganas 
tidaklah membimbangkan tapi mungkin ada lelaki yang sanggup bertindak ganas 
demi memuaskan nafsunya secara haram bahkan ada yang sanggup membunuh. 
Kemungkinan juga ianya (penzinaan) berlaku atas kerelaan
 kedua belah pihak namun di sisi Islam ianya tetap haram.

   Soal siapa yang berkuasa samada Menteri Pelajaran atau pihak lain 
juga punyai tanggung jawab tidak penting kerana Islam itu adalah agama anutan 
dan ikutan kita. Apakah susah sangat nak dibuat peraturan baru tentang pakaian 
seragam?? Mungkin dimulakan dengan pelajar perempuan yang berumur 13 atau 14 
tahun keatas lebih dulu.  Ia bukannya perlu ditukar setiap bulan dengan 
yang baru!! Inilah masalahnya apabila sistem pengurusan negara mengenepikan 
peranan para ulamak. Sekop pentadbiran agama oleh jabatan-jabatan yang urus dan 
berkuasa dalam hal ehwal agama sangat terhad. Para ulamak yang menganggotai 
Majlis Fatwa seharusnya diberi peranan lebih bermakna dalam penggubalan 
undang-undang di negara kita. Menteri dan orang politik tidak seharusnya bebas 
menentukan sesuatu peraturan jika ianya ada kepentingan agama Islam. 

    Yang menjadi masalah ialah aspek agama tidak diberi 
keutamaan oleh sesuatu kementerian yang dilanda sesuatu isu. Yang menjadi isu 
paling hangat sekarang harga minyak yang dinaikan sehingga 40%, suatu kadar 
yang amat tidak logik hinggakan pelbagi pihak mulai runsing kerana beban yang 
ditanggung rakyat pastinya akan mengundang lebih banyak jenayah sosial termasuk 
jenayah rogol atau pun penzinaan kerana ramai yang tidak mampu untuk berkahwin 
secara sah apabila kos sara hidup terlalu tinggi. Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal 

--- On Sat, 5/31/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Baju Kurung Putih dan Jenayah 
Seksual
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Saturday, May 31, 2008, 12:49 PM










    
            Diharap Dr Azwan dapat memendekkan article Dr. tidak semua ada 
broadband yang laju download nyer dan juga tak semua orang ada masa untuk 
membaca tulisan yang panjang lebar.     cukup kalau Dr memberi point to 
point  basis.     Iman

[EMAIL PROTECTED], UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:      
Artikel ini ditulis Oleh Dr Azwan untuk www.drazwan. blogspot. com

Assalamualaikum,

  Pemakaian baju kurung putih jarang
 telah menimbulkan satu polemik baru di kalangan umum. Isu yang ditimbulkan 
oleh PKPIM ini sebagai wadah persatuan pelajar Islam di Malaysia saya kira 
memang agak relevan terutama ketika negara menghadapi masalah keruntuhan akhlak 
di kalangan remaja, dengan kisah video-video klip di kalangan pelajar melayu 
perempuan dan lelaki dan kes-kes rogol yang berleluasa tidak kira umur mangsa.
  Saudara abahfateh di dalam blognya berkenaan isu ini menyatakan bahawa 
perkembangan fizikal tubuh remaja perempuan berlaku pada umur persekolahan ini. 
Mereka yang melihat
 suasana ini dan tidak dapat mengawal pandangan dan iman, boleh mengundang 
kepada jenayah seksual.

  Menurut abahfateh, ada pelajar perempuan yang memakai tudung di sekolah akan 
menanggalkan tudung mereka apabila keluar dari sekolah. Ini akhirnya 
menampakkan pakaian dalam (coli) melalui baju kurung jarang yang dipakainya. 
Apatah lagi kalau warna pakaian dalam itu adalah bewarna garang seperti merah, 
hitam atau biru.

  Saya tahu bahawa terdapat pihak sekolah yang mewajibkan memakai singlet 
kepada semua pelajar perempuan untuk mengatasi masalah ini. Denda akan 
dikenakan kepada sesiapa yang tidak memakainya. Syabas kepada mereka. Tetapi 
adakah semua sekolah melaksanakannya? Saya kira tidak.

  PKPIM boleh mencadangkan kepada Kementerian untuk mewajibkan pemakaian 
singlet berlengan sebagai pakaian wajib bersama baju kurung putih sekiranya
 cadangannya untuk menukar warna uniform tidak berjaya. Malah PKPIM boleh 
membawa isu ini ke NUTP untuk diketengahkan sekiranya perlu. Saya kira memakai 
singlet berlengan tidak membebankan ibu bapa yang mempunyai ramai anak 
bersekolah berbanding menukar warna uniform seperti yang dicadangkan yang boleh 
melibatkan kos.

  Berbalik kepada persoalan mangsa dan pemangsa. Kebanyakan pendapat yang tidak 
bersetuju dengan cadangan ini terdiri dari bukan melayu dan non-muslim. Kalau 
dipetik kenyataan di Utusan Malaysia yang menentang isu ini, selain daripada 
Menteri Pelajaran, Dato' Hishamuddin sendiri, rata-rata yang lainnya adalah 
bukan melayu dan bukan Islam yang terdiri daripada NGO. Kebanyakan NGO melayu 
dan Islam saya rasa bersetuju dengan pendapat ini cuma dari segi perlaksanaan 
sahaja mungkin ada yang berbeza pendapat. Saya masih belum mendengar pendapat 
NUTP lagi.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa, mangsa rogol boleh
 terdiri daripada budak berumur 10 tahun dan ada juga nenek yang menjadi mangsa 
rogol. Bermakna semua orang boleh menjadi mangsa rogol, bukan budak belasan 
tahun sahaja. Jadi mereka tidak boleh disalahkan di atas tindak tanduk orang 
lain. Saya ingin memberi respon.

  Mengikut hukum statistik, kebanyakan data yang dicatatkan ia akan menurut 
bentuk loceng (bell-shape) . Sama ada ia "skewed" ke kanan atau ke kiri itu 
persoalan lain. Tetapi maksimumnya akan berkumpul di tengah.

Contohnya, kebanyakan bayi lelaki berumur 1 tahun mempunyai berat purata di 
dalam lingkungan 10 kg. Maknanya 100 orang bayi lelaki yang ditimbang pada umur 
1 tahun, kemungkinan 80% mempunyai berat dari 9kg -11kg. Sekiranya baki 5 orang 
bayi mempunyai berat 13 kg dan 7 kg, bermakna mereka terkeluar daripada catatan 
normal berat bayi. Jadi adakah ini wajar diambil kira?. Mereka mungkin 
mempunyai masalah kesihatan atau kurang nutrien. Oleh itu
 lihatlah yang ketara (Please see the obvious!!).

  Apa yang ingin saya sampaikan ialah, lihat umur mereka yang ramai menjadi 
mangsa rogol. Mereka adalah di kalangan umur remaja sekolah sehingga ke 
universiti. Menjadikan budak umur 10 tahun atau nenek 60 tahun yang dirogol 
patut dikurangkan sebagai asas polemik ini kerana ia mungkin kes-kes terpencil 
tetapi diperbesarkan di dalam akhbar. (Ini juga mencerminkan nilai masyarakat 
yang semakin bobrok).

Jadi adakah dengan mengawal pakaian anak-anak perempuan kita ini jenayah rogol 
boleh berkurang? Pendapat yang ingin dibawa ialah bukan pakaian yang patut 
dijaga, semua orang berhak memakai pakaian apa yang mereka ingin pakai. Itu 
adalah kebebasan individu. Yang terpaling penting ialah moral individu "bakal" 
perogol itu yang patut dipersoalkan. "Bakal" perogol ini yang patut diajar dan 
dididik untuk menghormati mangsa yang "akan" dirogolnya itu. Sekiranya mereka 
boleh diajar dan
 didik dengan sebaik-baiknya maka kejadian rogol ini akan dielakkan. Benarkah?

  Satu persoalan di sini, bagaimana kita ingin mengenal pasti status "bakal" 
perogol ini dan sekaligus mengawal dan mendidik mereka?. Mereka ini boleh jadi 
abang, adik, bapa, bapa saudara, kawan baik, kawan2 yang tak pernah jumpa, 
Ustaz, Doktor, Peguam, Ahli Perniagaan.. . siapa yang akan mengenalpasti bakal 
perogol ini? Mereka boleh jadi sesiapa sahaja. Ini kerana mereka manusia biasa 
yang adakalanya tinggi imannya pada satu ketika dan adakalanya lemah imannya.

Persoalan seterusnya adakah adil sekiranya hanya di satu pihak sahaja yang 
mengawal mata dan nafsu dan di satu pihak lagi bebas dengan membuka apa sahaja 
yang boleh dibuka. Bagaimana dengan sifat malu yang bukan sahaja sepatutnya 
dididik sejak kecil tidak kira latarbelakang agama dan juga adat ketimuran. 
Kenapa ia tidak diambil kira. 

  Isu yang dibawa PKPIM pada pendapat saya adalah matang dan releven. Bukan 
PKPIM sahaja yang pernah mengenengahkan isu ini. Malah sebelum ini isu pakaian 
yang terdedah telah banyak kali dibawa dan dibincang.

Sekiranya masalah ini dilihat sebagai isu politik makanya, ia tidak akan 
berjaya diselesaikan kerana ia melibatkan kejatuhan populariti sesuatu individu 
terutama menteri. Sekiranya ia adalah isu untuk menjaga kebajikan pelajar kita, 
isu agama, isu adat dan budaya maka InsyaAllah ia boleh dibawa berunding.

Saya kira jika kita wajibkan setiap pelajar yang berbaju kurung memakai singlet 
berlengan sebagai pakaian dalam, maka ia adalah satu penyelesaian yang baik 
sekurang-sekurang untuk jangka pendek. Bagi jangka panjang, pemakaian baju 
kurung bewarna boleh dilaksanakan secara berperingkat- peringkat dengan 
dimulakan oleh kemasukan baru pelajar di tingkatan 1 (yang kebanyakannya 
membeli baju baru). 
  Saya
 harap pendekatan yang lebih berhikmah juga dapat diketengahkan demi 
menyelesaikan maslah ini.

Salam.

Artikel ini ditulis Oleh Dr Azwan untuk www.drazwan. blogspot. com.  
 
       Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist.  Muat turunnya 
sekarang.
      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke