Salam.semua,
            Sebenarnya nilah pandangan orang2 yang banggang dan bodoh
apabila dah terlalu taksub.
            Orang sebeginile yang sebenar yang menghancurkan
Islam...kononnya kumpulan merekalah
            yang terbaik dgn menidakkan hak orang lain.
            Pemikiran mereka dah difokuskan bahawa apa yang dilakukan
oleh mereka dan ketua2 mereka
            adalah betul..sehingga otak tak dpt membuat penilaian .
            
            Itu dinamakan BODOH SOMBONG..dahlah bodoh, menyombong pulak
tuuu..
            Balik2 difikirkan kesian kita pada bangsa kita.tp nak buat
macamana En Zaidi..bangsa lain
dah mula bersatu sesama mereka tp Melayu tetap berpecah kpd 3 kumpulan
parti. Tak heranlah
esok2 yg jd PM adalah bangsa asing..barulah mereka tau..negara Islam tp
ketua orang kafir.
 
Wassallam
 
            
 
-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of zaidi.mohd-shariff
Sent: Thursday, July 15, 2010 9:57 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan
tertipu tiket Judi
 
  
Salam, 

Apakah kerana seorang dua yg hadir dalam hidup saudara Zulkifli Mohd.
Saman yg berjudi maka dichop semua orang UMNO suka berjudi? 
Bagaimana pula dengan pengalaman saya yang mempunyai rakan-rakan ahli
PAS yang selalu membeli nombor ekor? 
Malah pernah saya menyuruh seorang ustaz yang juga imam di tempat saya,
untuk pergi ke sebuah kedai di taman perumahan di tempat saya secara
sembunyi-sembunyi pada hari Sabtu, untuk melihat sendiri siapa yang
selalu masuk ke bilik belakang premis itu? 
Beliau sendiri terkejut dan tak menyangka terdapat antara jemaah beliau
sendiri yang berbuat demikian. Apakah kita boleh katakan orang-orang PAS
memang suka berjudi? 

Malah terdapat juga rakan-rakan PAS di tempat saya bertugas, bercakap
berdegar-degar, membangun bersama Islam, tetapi handphone di penuhi
dengan video lucah. 

Apakah kita boleh terus chop orang-orang PAS suka pada perkara-perkara
lucah dan kerosakan moral? 

Saya tidak pernah chop orang-orang PAS sebegitu sebab kita sedar ianya
pilihan individu itu sendiri. 

Tidak kah saudara sedar, yang segala perbuatan tak baik itu, adalah
pilihan individu itu sendiri, bukan pendirian jemaah atau parti. 
Malah kebanyakan penceramah akan mengakhiri ceramahnya dengan kata-kata
" Yang baik itu dari Allah, yang tak baik itu adalah dari kelemahan saya
sendiri". 
Kenapa tak sebut kelemahan jemaah atau partinya. 

Ingatlah, nak berparti atau berbeza pendapat itu baik, kalau ianya
membawa kebaikan. Tapi bukan dengan cara bercakap semberono dan menghina
orang lain. 

Ingatlah salah satu ayat Al-hujuraat, kalau tak silap saya ayat 12. 

 "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka,
sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah
kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu
mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu
memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa
jijik kepadanya, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya 
Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". 

Na'uzubillah. 





From:        zulkifli.mohd.sa...@mailin01.retarus.de 
To:        Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com> 
Date:        07/15/2010 01:11 AM 
Subject:        Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO
Cawangan tertipu tiket Judi 
Sent by:        hidayahnet@yahoogroups.com 
  _____  




  
Ini bukti bahawa org umno suka kepada judi dan sbb itu lah mereka sokong
judi...
Pernah berlaku kepada saya yg mana ade kawan yg menang judi puluhan Ribu
dan menaburkan wang tersebut dihadapan saya dgn tidak ade org lain seorg
pun.Namun Allah takdirkan saya rasa amat terhina dgn wang tersebut malah
nak sentuh pun rasa tak mahu.wallahualam... 
 
  _____  

From: "su...@yahoo.com" <su...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wed, July 7, 2010 5:19:38 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu
tiket Judi

  
Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN - Linangan air mata seorang lelaki
warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang
untuk pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat
berjaya mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Cawangan bahagian ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki
berkenaan yang didakwa memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000. 

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada
pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam. 

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah
bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga
Indonesia berusia lingkungan 40-an. 

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket
pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan
berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam
keratan akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam. 

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa
dia tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara
Malaysia. 

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000
daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut
hadiah. 

"Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak
mana yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan)
disedekahkan kepada isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali
semula ke negara ini," katanya. 

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya
sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan
seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000. 

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana
amat malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai
ahli yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.


"Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul
tiga lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar
cerita, salah seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan
sebanyak RM3,000. 

"Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar
premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya,"
katanya. 

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata,
isterinya hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah
palsu dan telah diubahsuai. 

"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja,"
katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang
menasihatkan orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak
tertipu dengan pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan
tiket pertaruhan, didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit. 

"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah
menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini. 

"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000
untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama
sebanyak RM130,000," katanya. 

Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket
berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau
perempuan yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa. 

http://www.sinarhar
<http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7916094.asp>
ian.com.my/mns/content/story7916094.asp 
 

Kirim email ke