Salam,

Ini lah perangai orang2 seperti anda. Berhujah tanpa fakta dan hanya 
membuat andaian sendiri.
Membenarkan apa sahaja yg berlaku dalam jemaah anda dan menutup setiap 
kelemahan dengan hujah2 yang sinis, walaupun sebenarnya
terdapat begitu banyak kepincangan dalam jemaah anda sendiri..

Begitu juga dgn pemimpin anda, yg membenarkan apa sahaja yg dikatakan oleh 
pemimpin2 DAP, walaupun menyalahi dan meggugat agama Islam sendiri.
Malah akan keluarlah pelbagai fatwa baru bagi membenarkannya.....

Apakah anda tidak melihat bahawa di Kelantan sendiri, tokong buddha yang 
terbesar didirikan dan dirasmikan oleh pemimpin jemaah anda sendiri?
Mengapa tidak dihapuskan segala bentuk lesen arak dan judi di Kelantan, 
walaupun setelah sekian lama menerajui pemerintahan?
Malah diperbaharui dan ditambah.

Malah di Selangor, pemimpin PAS yg mengambil tindakan menghalang penjualan 
arak di 7 eleven dikenakan tindakan, DAP yg membantah terlepas,
kerana apa?

Kerana takut hilang sokongan dari DAP dan kaum lain, menampakan PAS 
menjadi kuda tunggangan pada DAP.

Demi "political milage" akan membenarkan apa sahaja kebobrokan dalam PAS 
dipertahankan dan ditutup dgn hujah dan fatwa baru yang mengelirukan.

Jadi di mana kedudukan perjuangan pemimpin anda?
Adakah kerana Islam atau sekadar menjaga kedudukan dan periuk nasi 
sendiri?

Kita tak nafikan di dalam UMNO sendiri, terdapat kepincangan.. Tapi apakah 
kita tidak boleh bersatu dan memperbetulkan keadaan dan kepincangan..
Ini sampai nak berbincang pun susah dgn meletakan pelbagai syarat.. 

Saudara menyatakan "Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit". 
Jadi bukankah kerbau2 yg membawa lumpur dalam jemaah anda juga
memalitkan lumpur pada semua?

Saudara mengatakan saya ketinggalan kerana sudah lama tidak mendengar 
ceramah.. Apakah bentuk ceramah yg saudara maksudkan?
Kalau sekadar ceramah memaki hamun sesama Islam, fitnah dan sebagainya, 
dengan kata2 yg kesat, maaf saya tidak berminat sama sekali..

Tapi kalau kuliah yg berbentuk keagamaan, Alhamdulillah di tepat saya 
tinggal kami sentiasa bersama2 tanpa mengira pegangan politik..

Saya harap kita sama2 lah bermuhasabah diri. Jgn hanya nampak kelemahan 
sesuatu pihak, seolah-olah tiada langsung kebaikan, tapi di pihak anda
apa sahaja dibenarkan.. Sampai bila pun tak akan boleh bersatu kalau 
sentiasa mempunyai sikap negetif terhadap orang lain..

Sekian Wassalam...




From:   para_jump101.airbo...@mailin14.retarus.de
To:     Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date:   08/03/2010 07:25 AM
Subject:        Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan 
tertipu tiket Judi
Sent by:        hidayahnet@yahoogroups.com



 


Sal am, 

Majority orang Melayu dan beragama Islam yang kerap berjudi terdiri dari 
kalangan ahli-ahli UMNO. Itu sebabnya Zulkifly Mohd Saman menyatakan 
sedemikian. Peribahasa Melayu ada menyebut " Seekor kerbau membawa lumpur, 
habis semuanya terpalit" Maka jangan Zaidi berasa gusar sangat dengan 
kenyatan sedemikian.

Jika benar dakwaan.Zaidi yang terdapat beberapa ahli PAS yang turut 
terlibat dengan pembelian nombor ekor, sebaiknya Zaidi kenal pasti mereka 
dan hulurkan borang keahlian UMNO kepada mereka yang terlibat. Beritahu 
kepada mereka bahawa mereka pun tiada bezanya dengan perangai ahli-ahli 
UMNO, maka sebaiknya mereka menjadi ahli UMNO. Jika rezeki mereka baik, 
mana tahu walau pun tidak menang dalam pertaruhan nombor ekor, mereka akan 
dianugerahkan dengan projek-projek yang mungkin bernilai lebih dari hadiah 
kemenangan hasil dari membeli nombor ekor atau apa sahaja anugerah bantuan 
yang boleh mendatangkan hasil lumayan dengan cara mudah dan melimpah ruah.



Demikian juga kepada rakan-rakan sekerja anda yang ahli PAS menyimpan 
gambar-gambar lucah dalam telefon bimbit mereka. Hulurkan juga borang 
keahlian UMNO kepada mereka. Biarlah keahlian PAS berkurangan daripada 
terikut-ikut dengan acuan budaya UMNO. 

Itu sebab pada awalnya, Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek mengumumkan 
pemberian kelulusan lesen judi bola kepada syarikat Ascort Sport milik 
Vincent Tan. Tetapi oleh kerana desakan dan bantahan dari majoriti lapisan 
rakyat menerusi parti-parti pembangkang, pelbagai pertubuhan NGO dan GRO, 
maka akhirnya PM menarik balek dan membatalkan pemberian lesen berkenaan.

Sekarang ini apabila menamatkan ceramah, jarang sekali penceramah akan 
mengungkapkan  ......Quote, yang baik itu datang dari Allah swt, yang tak 
baik adalah kelemahan saya sendiri..." Unquote

Tetapi ayat itu telah digantikan dengan ayat seperti berikiut

Quote :
....., yang baik itu datang dari Allah swt, yang buruk itu datangnya dari 
UMNO dan Barisan Nasional...."

Unquote

Ini membuktikan anda telah ketinggalan kerana sudah lama tidak mendengar 
atau menghadiri ceramah.....

Ahli-ahli PAS walau di mana-mana cawangan pun mereka, mereka dikehendaki 
menghadiri usrah, program-program tarbiyah, muqqayam, kulaih mingguan dan 
lain-lain program bagi mengingatkan mereka agar sentiasa berbegang kepada 
ajaran Islam yang sebenar-benarnya, agar mreka menjauhkan dari segala 
bentuk maksiat dan sentiasa melaksanakan tuntutan ibadah. Maka bagi 
ahli-ahli PAS yang seperti didakwa oleh anda itu, sebaiknya anda sarankan 
dan pujuk mereka agar menyertai UMNO. Sampaikan mesej ini kepada mereka 
yang terlibat.


Sekian dan wassalam


para_jump101 

 
 

--- On Wed, 7/14/10, zaidi.mohd-shar...@yahoo.com 
<zaidi.mohd-shar...@yahoo.com> wrote:

From: zaidi.mohd-shar...@yahoo.com <zaidi.mohd-shar...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan 
tertipu tiket Judi
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, July 14, 2010, 6:56 PM

 
Salam, 

Apakah kerana seorang dua yg hadir dalam hidup saudara Zulkifli Mohd. 
Saman yg berjudi maka dichop semua orang UMNO suka berjudi? 
Bagaimana pula dengan pengalaman saya yang mempunyai rakan-rakan ahli PAS 
yang selalu membeli nombor ekor? 
Malah pernah saya menyuruh seorang ustaz yang juga imam di tempat saya, 
untuk pergi ke sebuah kedai di taman perumahan di tempat saya secara 
sembunyi-sembunyi pada hari Sabtu, untuk melihat sendiri siapa yang selalu 
masuk ke bilik belakang premis itu? 
Beliau sendiri terkejut dan tak menyangka terdapat antara jemaah beliau 
sendiri yang berbuat demikian. Apakah kita boleh katakan orang-orang PAS 
memang suka berjudi? 

Malah terdapat juga rakan-rakan PAS di tempat saya bertugas, bercakap 
berdegar-degar, membangun bersama Islam, tetapi handphone di penuhi dengan 
video lucah. 

Apakah kita boleh terus chop orang-orang PAS suka pada perkara-perkara 
lucah dan kerosakan moral? 

Saya tidak pernah chop orang-orang PAS sebegitu sebab kita sedar ianya 
pilihan individu itu sendiri. 

Tidak kah saudara sedar, yang segala perbuatan tak baik itu, adalah 
pilihan individu itu sendiri, bukan pendirian jemaah atau parti. 
Malah kebanyakan penceramah akan mengakhiri ceramahnya dengan kata-kata " 
Yang baik itu dari Allah, yang tak baik itu adalah dari kelemahan saya 
sendiri". 
Kenapa tak sebut kelemahan jemaah atau partinya. 

Ingatlah, nak berparti atau berbeza pendapat itu baik, kalau ianya membawa 
kebaikan. Tapi bukan dengan cara bercakap semberono dan menghina orang 
lain. 

Ingatlah salah satu ayat Al-hujuraat, kalau tak silap saya ayat 12. 

 "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, 
sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu 
mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing 
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging 
saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan 
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya 
Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". 

Na'uzubillah. 





From:        Zulkifli.Mohd. sa...@mailin01. retarus.de 
To:        Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> 
Date:        07/15/2010 01:11 AM 
Subject:        Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan 
tertipu tiket Judi 
Sent by:        hidayah...@yahoogro ups.com 



 
Ini bukti bahawa org umno suka kepada judi dan sbb itu lah mereka sokong 
judi...
Pernah berlaku kepada saya yg mana ade kawan yg menang judi puluhan Ribu 
dan menaburkan wang tersebut dihadapan saya dgn tidak ade org lain seorg 
pun.Namun Allah takdirkan saya rasa amat terhina dgn wang tersebut malah 
nak sentuh pun rasa tak mahu.wallahualam. .. 

From: "su...@yahoo. com" <su...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Wed, July 7, 2010 5:19:38 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu 
tiket Judi

  
Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN ? Linangan air mata seorang lelaki 
warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk 
pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya 
mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian 
ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa 
memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000. 

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada 
pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam. 

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah 
bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga 
Indonesia berusia lingkungan 40-an. 

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket 
pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan 
berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam 
keratan akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam. 

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia 
tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia. 

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 
daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut 
hadiah. 

?Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana 
yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan 
kepada isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara 
ini," katanya. 

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya 
sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan 
seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000. 

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat 
malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli 
yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian. 

?Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga 
lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah 
seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak 
RM3,000. 

?Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar 
premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," 
katanya. 

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, 
isterinya hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah 
palsu dan telah diubahsuai. 

"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja," 
katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang 
menasihatkan orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak 
tertipu dengan pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan 
tiket pertaruhan, didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit. 

"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah 
menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini. 

"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 
untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak 
RM130,000," katanya. 

Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket 
berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau 
perempuan yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa. 

http://www.sinarhar ian.com.my/ mns/content/ story7916094. asp 




Kirim email ke