Salam,

 

Satu jawapan yang bernas daripada Kholid Ali, saya pernah isi borang UMNO pasal 
nak jaga hati bapa mertua yang juga bekas ketua cawangan UMNO ….. saya sehingga 
sekarang bergaul rapat dengan orang UMNO dah tahu sangat resam hidup mereka. 
Hanya 2 golongan yang sokong UMNO:-

 

1.       Mereka yang tak berapa bijak (dari segi ilmu agama terutamanya)

2.       Mereka yang hendak sedikit keuntungan dunia melalui projek, jawatan dsb

 

Sekian, moral of the story … tak payah lah nak buang masa berdialog dgn 
penyokong tegar UMNO/BN …… dulu, kini dan selamanya!

 

 

From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On Behalf 
Of Kholid Ali
Sent: Friday, July 23, 2010 12:57 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu 
tiket Judi

 

  

    Sapa juga orang Islam yang terlibat dengan judi atau apa juga maksiat (yang 
telah ditetapkan oleh Islam sebagai dosa besar) maka dia tetap berdosa besar. 
Bukan saja yang berjudi tapi yang jadi tauke judi, yang keluarkan lesen judi, 
yang benarkan premis untuk aktiviti judi semua mereka tetap berdosa besar sama 
seperti riba, arak dan lain-lain yang ditetapkan sebagai dosa besar. Halal dan 
haram ditetapkan keatas orang Islam tanpa kecuali sama ada dia orang PAS ka 
orang UMNO ka orang PKR ka atau apa juga parti mereka selagi mereka mengaku 
beragama Islam maka hukum nya sama saja tetap berdosa besar jika terbabit tak 
kira diperingkat mana pun. Yang menjadi persoalan mengapa lesen judi diluluskan 
dan apabila diluluskan lesen maka aktiviti judi seolah dihalalkan dan kuasa ini 
dimiliki oleh UMNO sebagai parti yang menunjangi BN yang memerintah negara. 
Orang PAS sepatutnya tidak terlibat dengan dosa-dosa besar sekiranya dia 
memahami perjuangan PAS tapi sepertimana yang kita selalu dengar akibat 
kelalaian ada juga kisah di mana mereka yang sudah hampir sejengkal memasuki 
syurga pun ada yang akhirnya masuk neraka !! Bukankah ada tentera Islam yang 
mati di mendan perang tapi Nabi SAW dapati si mati itu masuk neraka kerana 
matinya kerana membunuh diri !!

  Jika tiada peruntukan lesen untuk "halalkan" aktiviti judi maka sebarang 
aktiviti judi adalah haram. Ianya wajib diharamkan bukan saja kerana Islam 
mengharamkan nya tapi kerana ianya merupakan satu penyakit dan boleh 
mengakibatkan pelbagai gejala sosial. Jika wujud sindiket judi maka ia mesti 
dihapuskan. Ianya memang sukar dihapuskan tetapi jangan dibiarkan ianya 
berleluasa.Yang menjadi pertikaian ialah mengapa peruntukan hukum /syariat 
keatas pelaku maksiat berdasarkan Islam diketepikan bahkan dipermainkan ?? 
Mereka yang melakukan dosa sama ada berjudi, minum arak dan pelbagai lagi dosa 
walau sebesar mana pun masih boleh mengharapkan keampunan daripada Allah jika 
mereka benar benar bertaubat. Tapi jika syariat tentang hukuman keatas mereka 
yang melakukan maksiat dipertikai atau dipermainkan bahkan diketepikan dan ada 
pula peruntukan lesen untuk aktiviti maksiat secara terbuka maka dikhuatiri 
ianya antara punca kekufuran. Syirik dan kafir tidak ada taubat baginya 
melainkan mengucap syahadah semula. Bagaimana kalau tak sempat ?? Wallahua'lam.

--- On Wed, 7/14/10, zaidi.mohd-shar...@yahoo.com 
<zaidi.mohd-shar...@yahoo.com> wrote:


From: zaidi.mohd-shar...@yahoo.com <zaidi.mohd-shar...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu 
tiket Judi
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, July 14, 2010, 9:56 PM

  

Salam, 

Apakah kerana seorang dua yg hadir dalam hidup saudara Zulkifli Mohd. Saman yg 
berjudi maka dichop semua orang UMNO suka berjudi? 
Bagaimana pula dengan pengalaman saya yang mempunyai rakan-rakan ahli PAS yang 
selalu membeli nombor ekor? 
Malah pernah saya menyuruh seorang ustaz yang juga imam di tempat saya, untuk 
pergi ke sebuah kedai di taman perumahan di tempat saya secara 
sembunyi-sembunyi pada hari Sabtu, untuk melihat sendiri siapa yang selalu 
masuk ke bilik belakang premis itu? 
Beliau sendiri terkejut dan tak menyangka terdapat antara jemaah beliau sendiri 
yang berbuat demikian. Apakah kita boleh katakan orang-orang PAS memang suka 
berjudi? 

Malah terdapat juga rakan-rakan PAS di tempat saya bertugas, bercakap 
berdegar-degar, membangun bersama Islam, tetapi handphone di penuhi dengan 
video lucah. 

Apakah kita boleh terus chop orang-orang PAS suka pada perkara-perkara lucah 
dan kerosakan moral? 

Saya tidak pernah chop orang-orang PAS sebegitu sebab kita sedar ianya pilihan 
individu itu sendiri. 

Tidak kah saudara sedar, yang segala perbuatan tak baik itu, adalah pilihan 
individu itu sendiri, bukan pendirian jemaah atau parti. 
Malah kebanyakan penceramah akan mengakhiri ceramahnya dengan kata-kata " Yang 
baik itu dari Allah, yang tak baik itu adalah dari kelemahan saya sendiri". 
Kenapa tak sebut kelemahan jemaah atau partinya. 

Ingatlah, nak berparti atau berbeza pendapat itu baik, kalau ianya membawa 
kebaikan. Tapi bukan dengan cara bercakap semberono dan menghina orang lain. 

Ingatlah salah satu ayat Al-hujuraat, kalau tak silap saya ayat 12. 

 "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, 
sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu 
mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing 
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging 
saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan 
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya 
Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". 

Na'uzubillah. 





From:        Zulkifli.Mohd. sa...@mailin01. retarus.de 
To:        Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> 
Date:        07/15/2010 01:11 AM 
Subject:        Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan 
tertipu tiket Judi 
Sent by:        hidayah...@yahoogro ups.com 

________________________________




  

Ini bukti bahawa org umno suka kepada judi dan sbb itu lah mereka sokong judi...
Pernah berlaku kepada saya yg mana ade kawan yg menang judi puluhan Ribu dan 
menaburkan wang tersebut dihadapan saya dgn tidak ade org lain seorg pun.Namun 
Allah takdirkan saya rasa amat terhina dgn wang tersebut malah nak sentuh pun 
rasa tak mahu.wallahualam. .. 

 

________________________________

From: "su...@yahoo. com" <su...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Wed, July 7, 2010 5:19:38 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu tiket 
Judi

  

Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan air mata seorang lelaki 
warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk 
pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya mengaburi 
mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian ini untuk 
membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa memenangi wang 
pertaruhan bernilai RM96,000. 

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada 
pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam. 

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah bandar 
untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga Indonesia 
berusia lingkungan 40-an. 

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket pertaruhan 
nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan berjaya memenangi 
hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan akhbar yang 
ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam. 

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia 
tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia. 

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 daripada 
isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut hadiah. 

“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana yang 
mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri 
saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini," katanya. 

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya 
sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan seperti 
terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000. 

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat malu 
dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli yang 
bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian. 

“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga 
lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah 
seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak RM3,000. 

“Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar premis 
perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya. 

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya 
hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan telah 
diubahsuai. 

"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan 
orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan pujuk 
rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan, didakwa 
telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit. 

"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah menjadi 
mangsa penipuan sindiket seumpama ini. 

"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 untuk 
ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak 
RM130,000," katanya. 

Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket 
berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan 
yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa. 

http://www.sinarhar ian.com.my/ mns/content/ story7916094. asp 
<http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7916094.asp>  

 



Kirim email ke