Assalamualaikum WBKT

Sekadar ingin mencelah....................

Berdakwah ini bukan sekadar di antara orang ISlam dan Islam sahaja, lebih afdal 
jika dapat dipanjangkan kepada orang bukan Islam. Umno telah diberi peluang 
lebih daripada 50tahun untuk berdakwah kepada rakan barisan nasionalnya (MCA, 
GERAKAN dan MIC)tapi malang tidak banyak yang dicapai. Jadi biarlah PAS dengan 
meletakkan Quran dan Hadis sebagai panduan berdakwah dengan rakan PR -(DAP dan 
PKR) mudah-mudahan ianya berjaya. Kalau pun tidak berjaya mengislamkan mereka 
tetapi kalau dapat menyedarkan mereka tentang konsep islam itu sendiri rasanya 
sudah cukup baik. Dengan cuma berusia beberapa tahun hubungan PR, rasanya 
ALHAMDULILLAH telah nampak penerimaan rakan PR yang bukan ISlam. 
Sekurang-kurang Guan Eng tahu tentang sejarah keagungan Islam jika dibandingkan 
deng Soi Lek yang telah lam dalam barisan tetapi masih buta dan dangkal tentang 
sejarah Islam.

Wallahu'alam



To: hidayahnet@yahoogroups.com
From:
Date: Wed, 28 Jul 2010 17:21:51 -0700
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? 
bersangka baik










    Mengapa selepas dikecam bahkan PAS diganggu gugat UMNO nak berbuat baik 
pula dengan PAS ?? PAS terlalu baik tidak sesuai untuk jadi sekutu UMNO. DAP 
jelas kita tau mereka bukan parti Islam tapi UMNO yang mengaku parti orang 
Islam apakah menunjukkan perangai macam orang Islam ? Mereka telah diberi 
sedikit kuasa oleh Allah mentadbir negara tapi beberapa pemimpin bahkan 
ahli/penyokong PAS/DAP/PKR sanggup disiksa dan didera dengan pelbagai cara  
bahkan beberapa pemimpin dan ahli/penyokong PAS pernah mereka  bunuh dengan 
kejam !! Terlalu baiknya PAS tidak ada sebarang tindakan bersenjata atau bunuh 
balas dilakukan keatas pemimpin UMNO. Saya percaya Allah akan beri giliran pula 
untuk UMNO berada di bawah. Kini mereka telah mulai rasa lemah dan mencari 
tempat untuk berpaut dengan alasan demi kepentingan Islam !! Mengapa selama ini 
mereka tidak bertindak sebagaimana orang yang benar-benar beriman ?? Mereka 
kata Malaysia sebuah negara yang amal demokrasi sebenarnya mereka amal kuku 
besi !! Mereka kata kita buat pilihanraya biar rakyat pilih kerajaan tapi bila 
rakyat pilih PAS/PKR/DAP untuk memerintah beberapa negeri mereka cukup benci 
kepada kerajaan yang ditadbir parti-parti berkenaan.Mereka nafikan hak 
negeri-negeri berkenaan bermakna menafikan Perlembagaan !! Mereka ajak rakyat 
agar hormati undang-undang dan Perlembagaan tapi mereka sendiri cabul 
Perlembagaan !!

   Dalam PRU 12 mereka masih menang di negeri negeri lain selain Kelantan, 
Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak rata-ratanya dengan cara menyogok 
rakyat yang tidak mempunyai maklumat tentang perangai para pemimpin UMNO. 
PAS/DAP menerima kekalahan dalam 12 pilihanraya dan gagal menguasai kerajaan 
Pusat tapi menerimanya dengan hati terbuka walau pun UMNO/BN menang dengan cara 
yang tidak menghormati prinsip demokrasi dalam banyak perkara !! Cukuplah !! 
Dah 12 kali pilihanraya mereka masih diberi peluang menguasai kerajaan Pusat 
dan sebahagian besar negeri. Semua kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat 
menjadi mangsa dalam berbagai urusan dan isu kerana mereka berkuasa di Pusat. 
Mereka telah berjaya jatuhkan kerajaan Pakatan di Perak dan mereka terus 
merancang untuk menjatuhkan lain-lain negeri terutama Selangor. Tindak tanduk 
mereka menekan kerajaan PAS Kelantan seolah-olah Kelantan ini bukan diperintah 
oleh orang Islam. Bagaimana mereka tergamak menekan seorang Menteri Besar 
bahkan seorang Ulamak yang meletakkan Islam sebagai dasar dalam pentadbrian nya 
?? UMNO tidak bersyukur dengan kuasa yang diberikan Allah kepada mereka selama 
ini !! Wang negara lesap ratusan bilion angkara pelbagai penyelewengan UMNO/BN 
tiba-tiba mereka perjuangkan isu pasir di Selangor seolah-olah nilai pasir itu 
berbilion ringgit.

    UMNO sekarang cukup hebat melakukan propaganda setelah melantik firma 
Yahudi sebagai penasihat !! Maka akhirnya bagi menghalalkan segala kejahatan 
mereka maka mereka pun peralatkan ulamak muda !! Kalau mereka ikhlas ingin 
kembali kepada perjuangan dan dasar Islam saya yakin ada ulamak dari kalangan 
mereka yang mampu untuk menasihati mereka. Jika tidak ada, PAS terutamanya Tuan 
Guru Nik Abdul Aziz selaku Murshidul Am PAS telah berkali-kali membuat tawaran 
untuk berbincang dengan UMNO atas apa juga isu !! Tapi degilnya pemimpin UMNO 
sehingga ada yang datang ke negeri Kelantan pun masih tunjuk besar kepala. 
Mereka bukan saja jahil tapi biadap kepada ketua sebuah kerajaan negeri bahkan 
jelas mereka tidak tahu menghormati orang yang lebih tua !! Jika pemimpin 
seperti ini terus diberi kuasa orang Melayu/Islam mungkin akan menjadi porak 
poranda !! Wallahua'lam.


--- On Sun, 7/18/10, nas...@yahoo.com <nas...@yahoo.com> wrote:


From: nas...@yahoo.com <nas...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? 
bersangka baik
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, July 18, 2010, 8:47 PM









Bagi aku,, elok le ulamak muda ni join UMNO,, mudah mudahan org dlm UMNO boleh 
berubah jika nak dibanding dengan PKR yang berkwn rapat dgn DAP yang terang2 
ucapannya menolak islam, dan mereka telah menutup pintu2 hati mereka terhadap 
kebenaran islam

DAP akan rasa tercabar jika ada cadangan UMNO dan PAS berbaik baik dan 
sesungguhnya sifat2 orang kafir ini tuhan telah terangkan melalui firmannya di 
dalam kitab suci al-quran..

Para muslimin dan muslimat diharap berhati hati berkawan dgn org2 kafir dan 
selalu lah membaca tafsir al quran untuk mengelak tipu daya mereka.
--- On Tue, 13/7/10, zam...@yahoo. com <zam...@yahoo. com> wrote:


From: zam...@yahoo. com <zam...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? 
bersangka baik
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Tuesday, 13 July, 2010, 19:45





assalammualaikum,

bersama-samalah kita berdoa semoga golongan ini(ulama muda) dapat berdakwah 
kepada para pemimpin di dalam UMNO tu. Kita faham perasaan saudara kholid, ikut 
logik akal mmg mcm tu tapi kalau ikut logik akal, itulah cara terbaik, nak 
dakwah org kena la berdamping, bukan bermaksud ikut serta berbuat maksiat, 
kalau x dekat mcm mana nak berdakwah.

nak kongsi 2 cerita (tak brapa lengkap mungkin rakan2 lain boleh tambah mana 
yang kurang)

kisah pertama

tersebutlah kisah seorang anak muda yang telah mendapat restu ibunya untuk 
menuntut ilmu kepada guru yang lebih alim. Didalam perjalanannya rombongan 
mereka telah di tahan oleh perompak, hartabenda di rampas dan rombongan itu di 
tangkap.

tatkala di tanya oleh ketua perompak akan wang kepada org muda ini,  maka anak 
muda ini menunjukkan duitnya yang disurukkan di dalam lengan bajunya. Ditanya 
oleh ketua perompak mengapa ia menunjukkan wang tersebut sedangkan sekiranya 
turus disorokkan ia takkan diketahui mereka, maka jawab anak muda ini ibunya 
berpesan bahawa di dalam perjalanan menuntut ilmu tidak boleh dimulakan dengan 
perbuatan bohong walau dengan apa sebab kerana tiada keberkatan Allah swt. 
Akhirnya ketua perompak ini insaf dan meninggalkan perbuatan merompak, 
memulangkan wang dan melepaskan tahanan rombongan tersebut,

Anak muda ini akhirnya menjadi seorang imam yang sangat di segani di dunia. 
Siapa nama beliau?

moral : berdamping dengan perompak pun dapat insafkan perompak, semoga allah 
memberi hidayah

cerita kedua

Di suatu petang ketika seorang wali allah balik kerumahnya apabila hujan hampir 
turun kelihatan seorang pemuda tergesa-gesa mengambil pakaian yang tersidai di 
ampaian rumahnya, dia pun berlari2 untuk mengangkat pakaian yang masih tersidai 
khuatir basah terkena hujan. apabila pakaian semua telah diangkat, dilihatnya 
pemuda tersebut lari kedalam hutan yang berhampiran lantas masuk kedalam gua. 
Dia pun menuruti pemuda tersebut bersama-sama pakaian yang telah diangkat tadi.

Di dalam gua pemuda tersebut menunggunya untuk membahagi2-bagikan pakaian yang 
telah dicuri itu, apabila selesai di bahagikan, waliallah ini memberikan 
bahagiannya kepada pemuda tersebut lantas memaklumkan pakaian yang dicuri 
tersebut adalah pakaiannya, dan dia menyedekahkan semuanya kepada pemuda itu 
agar tidak mendapat dosa akibat mencuri, serta memaafkannya.

Perbuatan wali allah ini menginsafkan pemuda tersebut dan bertaubat dari 
perbuatannya.

moral: lu pk la sendiri..  sedangkan nabi saw membawa makanan, menghaluskan 
makanan dengan mulutnya dan menyuapkan kedalam mulut perempuan tua yahudi yang 
sentiasa mencemuh islam kepada setiap org yang lalu didepannya di dalam pasar. 
takkan kita sikit pun x leh nak berdoa agar sedara kita yang terpesong tu jadi 
betul lurus, sebaliknya berdoakan semoga Allah menjahanamkan mereka?? ntah la 
mcm mana nasib kita di akhirat kelak. wallahua'lam

assalammualaikum wbt







From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Fri, July 9, 2010 2:47:07 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? 
bersangka baik





Konsep bersangka baik itu betul tapi kalau sekiranya mereka (ulamak muda) 
sekadar pergi bertemu atau bermuzakarah dengan pemimpin UMNO. Jika berdaftar 
sebagai ahli UMNO bermakna mereka turut berjuang selaras dengan perjuangan UMNO 
apa bolehkah kita bersangka baik? Kalau ada persataun pencuri dan perompak 
Malaysia dan ada orang daftar sebagai ahli persatuan itu apa tafsiran yang 
dapat dibuat ?? Wallahua'lam.




From: "zam...@yahoo. com" <zam...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Wed, July 7, 2010 12:09:32 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? bersangka 
baik





Assalammualaikum wbt

nak kongsi pandangan yang mungkin cetek, kalau salah harap di maafkan

sesungguhnya agama allah (islam) itu sempurna selepas 22 tahun nabi s.a.w 
berdakwah. secara hikmah dan perlahan2.

terlebih dahulu saya berdoa agar jangan dianggap saya memberi pandangan atas 
sifat politik, hanyalah mencari keredhaan Allah SWT kerana setiap tutur kata, 
tulisan, perbuatan semuanya akan di catat di dalam kitab amalan yang moga2 
diberi pada tangan kita nanti.

apa yang saya nak utarakan disini ialah harapan agar kita sentiasa beranggapan 
baik kerana ia sebahagian dari doa yang terlintas di hati kita. Sesungguhnya 
Allah itu maha pengampun dan menerima taubat hamba2nya dan tidak mustahil 
dengan berkat doa anda semua Negara Malaysia ini akan mengamalkan perintah 
Allah dalam semua aspek.

Yang layak menghukum hanyalah Allah SWT, janganlah kita hendak mendahului 
kuasaNya.

yang baik dari allah, yang lemah dari saya.





From: "zulki...@yahoo. com" <zulki...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Sat, July 3, 2010 1:51:59 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??




Assalamualaikumwbt.
Bissmillahirrahmani rahim
“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari 
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya 
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28].
Klulah mereka tergulong seperti apa yg allah firman dalam ayat diatas mudah2an 
mereka terus berjuang menegakkan syiar islam dibumi malaysia.Tetapi klu sekadar 
untuk omokan atau propaganda umno demi menarik pengundi atau tujuan selain dari 
menuju keredhoan allah.Kita hanya sekadar tgk kemunkinan mereka juga akan 
menjadi Ulama2 tersohor sebelom ini yg telah masuk UMNO.Wallahualam.
.




From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Mon, June 28, 2010 6:14:37 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??







Askm.

      Menyedari orang Melayu/Islam semakin terhakis kepercayaan terhadap 
kepimpinan UMNO maka baru-baru ini dijaja keseluruh negara 40 ulamak muda mohon 
menyertai UMNO. Kabarnya mereka yang dikatakan ulamak ini sebahagiannya hanya 
secara kebetulan berada disana (ketika penyerahan borang) bukan berhasrat 
menyertai UMNO. Ulamak sepatutnya mendakwahi para pemimpin UMNO agar kembali 
kepada Islam. Apakah "menghalalkan" judi itu termasuk dalam perjuangan Islam ?? 
Jika ini pun tidak dapat dibezakan layakkah mereka digelar ?ulamak muda. 
Budak-budak pun tahu judi adalah haram dalam Islam. Bukankah lebih baik mereka 
yang digelar "ulamak muda" ini lebih layak digelar sebagai "ulamak bayi" ??

   Perintah berdakwah kepada pemerintah yang zalim adalah ditafsir oleh ulamak 
(ulamak besarlah bukan yang mohon sertai UMNO) sebagai tingkat dakwah yang 
paling mulia. Ada ulamak yang meletakkan hukumnya sebagai fardhu kifayah dan 
ada mengatakan ianya fardhu ain. Ini bererti jika ianya fardhu kifayah 
berdosalah semua orang jika tiada seorang pun melakukannya. Sepatutnya mereka 
(ulamak muda ini) perbetulkan dulu UMNO. Inilah tanggungjawab berdakwah. Maka 
sertailah mereka jika mereka benar-benar telah beriman dengan Allah dan Rasul 
Nya. Jika dilihat apa yang berlaku seolah apabila mereka menyertai UMNO bererti 
UMNO berada di andasan yang betul pada hal jelas mereka zalim terhadap rakyat 
dan mengkhianati Islam. Jika ulamak yang sedia ada diketepikan dan berbangga 
dengan ulamak muda maka hasrat mereka sebenarnya hanyalah ingin menarik 
sokongan golongan muda kedalam UMNO. Mereka dapat menghidu bahawa ramai 
golongan muda sudah tidak yakin dengan perjuangan UMNO terutama dalam 
memertabakan Islam.

   Tafsiran zalim pula bukan sekadar tangkap dan kurung rakyat bawah ISA sahaja 
tapi ianya termasuklah meletakkan sistem perundangan yang lain dari Islam 
mengatasi ketetapan Allah dalam kitab Nya al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad 
SAW. Perbuatan mereka bukan saja menzalimi diri mereka tapi juga menzalimi 
ramai penyokong mereka yang masih jahil tentang apakah ertinya mereka beriman 
kepada Allah dan Rasul Nya. Mungkin jika ditanya mereka pun, mereka tetap akan 
kata mereka beriman yang Nabi Muhammad itu Rasulullah dan al Quran itu kitab 
Allah. Bila sambut hari lahir Nabi Muhammad merekalah yang paling sibuk 
menyambutnya tapi hakikatnya mereka hanya menunjukkan sikap hipokrit mereka 
sahaja. Wallahua'lam.

ibnuAli



















                                          

Kirim email ke