Tak mau masuk campur sebenarnya, sebab tak berpihak pada mana-mana...cuma
tertarik dengan kenyataan DAP tak islam pun mendengar kata PAS....cuma nak
bertanya,.bila pulak DAP mendengar kata PAS mengenai ISLAM..cuba tunjuk
satu..cuba baca statement Karpal dari dulu sehingga beberapa hari
lepas...Allahuakbar..doalah agar Allah buka hati kita semua..amiin..

Saudara pun kata sunat adalah perkara kecil, yang lebih besar adalah mereka
yang mensyirikkan Allah..benci-benci saudara pun saudara perlu tanya, siapa
yang syirikkan Allah..tanya betul-betul...jangan ikut emosi dan buta tuli
menyokong sesuatu..kenyataan saudara itu akan ditanya semula di padang
mashyar nanti..

Saudara denganr khabar pasal ayat hudud diharamkan sewaktu kabar..itu baru
dengar kabar..walllahualam tak tau betul salah, tapi Karpal jelas menentang
hudud..

Pasal sakit hati umno dengan orang PAS berbaik dengan DAP itu saya tak
tahulah..cuma yang saya tahu, dulu orang PAS kata kerjasama UMNO dan MCA
adalah salah sebab kita tak dibenarkan bertahalluf dengan orang
kafir..sekarang ni entahlah..politik boleh merubah prinsip manusia..

Saya tidak menyokong UMNO, tetapi kita kena bersikap adil di dalam
menilai..Salah tetap salah, benar tetap benar..janganlah kefanatikkan kita
menyebabkan kita rasa orang lain semua salah, kita sahaja yang betul..semua
orang ada salahnya..tak kira UMNO, PAS atau neutral...tugas kita ialah
saling nasihat menasihati..bukan mengecam, bukan melabel, dan bukan
menghukum..wallahualam..

2010/7/28 <>

>
>
>        Sakit hati sungguh orang UMNO bila PAS berbaik dengan DAP !!
> Sedangkan UMNO dok kawan dengan MCA dan MIC dah lebih 50 tahun PAS tak gadoh
> pun. Apa yang PAS dok gadoh ialah kerana UMNO mempersendakan Islam !! Mereka
> perkecilkan perkara-perkara pokok dan perbesarkan perkara kecil. Itulah cara
> UMNO bahkan ustaz UMNO pun begitu juga. Ketika wacana bertajuk Bolehkah
> Melayu Bersatu ? di Kota Bharu tempoh hari ustaz wakil UMNO pun pertikai PAS
> dok kawan dengan DAP yang tak "sunat"!! Perkara bersunat itu terlalu besar
> bagi mereka sedangkan banyak perkara lain yang lebih perlu diutamakan
> seperti soal aqidah soal mensyirikkan Allah yang lebih besar tapi mereka
> anggap remeh.
>
>      Mungkin antara susah benar bukan Islam nak masuk Islam atau nak dengar
> pasal Islam sebab sebut mau masuk Islam orang UMNO kata "mesti mau kena
> potong !!". Mereka nilai Islam sekadar sunat tak sunat !! Kalau dah bersunat
> pun dan mengaku Islam kerana berketurunan Melayu nak jadi apa kalau
> hukum-hukum Islam dipermainkan !! Adakan musabaqah tiap tahun (dan yang
> sedang berlangsung sekarang dah yang ? ke 53) tapi tak jumpa kah mereka ayat
> ayat yang memerintah hukum-hukum Islam dilaksanakan dan kafir jika
> mengingkarinya !! Dengar kabar ayat mengenai hudud "diharamkan" dibaca
> dalam musabaqah ??
>
>     DAP tak Islam tak menjadi masalah kerana mereka sedia mendengar apa
> yang PAS dok cakap pasal Islam !! Nak harap UMNO dah lebih 50 tahun berkuasa
> pun MCA dan MIC masih terus menerus menjauhi Islam !! Umur umat Nabi
> Muhammad SAW tak panjang jadi kalau Sdr Mohd Fadli nak berubah berubahlah
> cepat !! Apakah UMNO saja boleh buat Islam setelah 50 tahun memerintah
> ternyata mereka gagal ?? Jangan sia siakan akal dan iman yang dikurnaikan
> Allah !! Gunalah hak yang diberi bagi memilih pemimpin yang jelas meletakkan
> Islam sebagai dasar. Berkawan dengan DAP atau lain-lain parti bukan Islam
> hanyalah strategi perjuangan !! Wallahua'lam.
>
> --- On *Mon, 7/19/10, Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com <Mohd.Fadli Bin
> os...@yahoo.com>* wrote:
>
>
> From: Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com <Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com>
>
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
> bersangka baik
> To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
> Date: Monday, July 19, 2010, 2:47 AM
>
>
>
>   Alhamdulillah, kurang-kurang ulamak muda ada usaha nak memperbetulkan
> UMNO,tak macam orang seperti saudara kholid dan fanatik PAS yang lain, yang
> hanya tau  membenci UMNO saja,bukan nak membantu,bersatu pun jauh sekali .
> Tu la kalau masalahnya kalau anda rasa diri anda dan puak-puak anda sahaja
> yang betul,bersih, suci. Mungkin Ulama-ulama muda tu tak nak masuk PAS sebab
> PAS pun dah lari matlamat perjuangannya atau mereka memikirkan mudarat yang
> lebih besar jika memilih PAS yang bersekutu dengan DAP.Lagi satu,kalau nak
> haramkan  judi janganlah lupa pasal arak, arak pun haram juga.Jangan la
> pasal kat kelantan,Selangor ada  arak, anda senyapkan je. Jangan lah buat
> hukum memilih-milih. Nak buat  Amal makruf nahi mungkar buatlah  kerana
> ALLAH S.W.T bukan kerana politik!!!.
> --- On *Tue, 13/7/10, zam...@yahoo. com <zam...@yahoo. com>* wrote:
>
>
> From: zam...@yahoo. com <zam...@yahoo. com>
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
> bersangka baik
> To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>
> Date: Tuesday, 13 July, 2010, 7:45 PM
>
>
>  assalammualaikum,
>
> bersama-samalah kita berdoa semoga golongan ini(ulama muda) dapat berdakwah
> kepada para pemimpin di dalam UMNO tu. Kita faham perasaan saudara kholid,
> ikut logik akal mmg mcm tu tapi kalau ikut logik akal, itulah cara terbaik,
> nak dakwah org kena la berdamping, bukan bermaksud ikut serta berbuat
> maksiat, kalau x dekat mcm mana nak berdakwah.
>
> nak kongsi 2 cerita (tak brapa lengkap mungkin rakan2 lain boleh tambah
> mana yang kurang)
>
> kisah pertama
>
> tersebutlah kisah seorang anak muda yang telah mendapat restu ibunya untuk
> menuntut ilmu kepada guru yang lebih alim. Didalam perjalanannya rombongan
> mereka telah di tahan oleh perompak, hartabenda di rampas dan rombongan itu
> di tangkap.
>
> tatkala di tanya oleh ketua perompak akan wang kepada org muda ini,  maka
> anak muda ini menunjukkan duitnya yang disurukkan di dalam lengan bajunya.
> Ditanya oleh ketua perompak mengapa ia menunjukkan wang tersebut sedangkan
> sekiranya turus disorokkan ia takkan diketahui mereka, maka jawab anak muda
> ini ibunya berpesan bahawa di dalam perjalanan menuntut ilmu tidak boleh
> dimulakan dengan perbuatan bohong walau dengan apa sebab kerana tiada
> keberkatan Allah swt. Akhirnya ketua perompak ini insaf dan meninggalkan
> perbuatan merompak, memulangkan wang dan melepaskan tahanan rombongan
> tersebut,
>
> Anak muda ini akhirnya menjadi seorang imam yang sangat di segani di dunia.
> Siapa nama beliau?
>
> moral : berdamping dengan perompak pun dapat insafkan perompak, semoga
> allah memberi hidayah
>
> cerita kedua
>
> Di suatu petang ketika seorang wali allah balik kerumahnya apabila hujan
> hampir turun kelihatan seorang pemuda tergesa-gesa mengambil pakaian yang
> tersidai di ampaian rumahnya, dia pun berlari2 untuk mengangkat pakaian yang
> masih tersidai khuatir basah terkena hujan. apabila pakaian semua telah
> diangkat, dilihatnya pemuda tersebut lari kedalam hutan yang berhampiran
> lantas masuk kedalam gua. Dia pun menuruti pemuda tersebut bersama-sama
> pakaian yang telah diangkat tadi.
>
> Di dalam gua pemuda tersebut menunggunya untuk membahagi2-bagikan pakaian
> yang telah dicuri itu, apabila selesai di bahagikan, waliallah ini
> memberikan bahagiannya kepada pemuda tersebut lantas memaklumkan pakaian
> yang dicuri tersebut adalah pakaiannya, dan dia menyedekahkan semuanya
> kepada pemuda itu agar tidak mendapat dosa akibat mencuri, serta
> memaafkannya.
>
> Perbuatan wali allah ini menginsafkan pemuda tersebut dan bertaubat dari
> perbuatannya.
>
> moral: lu pk la sendiri..  sedangkan nabi saw membawa makanan, menghaluskan
> makanan dengan mulutnya dan menyuapkan kedalam mulut perempuan tua yahudi
> yang sentiasa mencemuh islam kepada setiap org yang lalu didepannya di dalam
> pasar. takkan kita sikit pun x leh nak berdoa agar sedara kita yang
> terpesong tu jadi betul lurus, sebaliknya berdoakan semoga Allah
> menjahanamkan mereka?? ntah la mcm mana nasib kita di akhirat kelak.
> wallahua'lam
>
> assalammualaikum wbt
>
>
>  ------------------------------
> *From:* "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
> *To:* Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
> *Sent:* Fri, July 9, 2010 2:47:07 PM
> *Subject:* Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
> bersangka baik
>
>
>
>  Konsep bersangka baik itu betul tapi kalau sekiranya mereka (ulamak muda)
> sekadar pergi bertemu atau bermuzakarah dengan pemimpin UMNO. Jika berdaftar
> sebagai ahli UMNO bermakna mereka turut berjuang selaras dengan perjuangan
> UMNO apa bolehkah kita bersangka baik? Kalau ada persataun pencuri dan
> perompak Malaysia dan ada orang daftar sebagai ahli persatuan itu apa
> tafsiran yang dapat dibuat ?? Wallahua'lam.
>
>  ------------------------------
> *From:* "zam...@yahoo. com" <zam...@yahoo. com>
> *To:* Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
> *Sent:* Wed, July 7, 2010 12:09:32 PM
> *Subject:* Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
> bersangka baik
>
>
>  Assalammualaikum wbt
>
> nak kongsi pandangan yang mungkin cetek, kalau salah harap di maafkan
>
> sesungguhnya agama allah (islam) itu sempurna selepas 22 tahun nabi s.a.w
> berdakwah. secara hikmah dan perlahan2.
>
> terlebih dahulu saya berdoa agar jangan dianggap saya memberi pandangan
> atas sifat politik, hanyalah mencari keredhaan Allah SWT kerana setiap tutur
> kata, tulisan, perbuatan semuanya akan di catat di dalam kitab amalan yang
> moga2 diberi pada tangan kita nanti.
>
> apa yang saya nak utarakan disini ialah harapan agar kita sentiasa
> beranggapan baik kerana ia sebahagian dari doa yang terlintas di hati kita.
> Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan menerima taubat hamba2nya dan
> tidak mustahil dengan berkat doa anda semua Negara Malaysia ini akan
> mengamalkan perintah Allah dalam semua aspek.
>
> Yang layak menghukum hanyalah Allah SWT, janganlah kita hendak mendahului
> kuasaNya.
>
> yang baik dari allah, yang lemah dari saya.
>
>  ------------------------------
> *From:* "zulki...@yahoo. com" <zulki...@yahoo. com>
> *To:* Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
> *Sent:* Sat, July 3, 2010 1:51:59 PM
> *Subject:* Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
>
>
>
> *Assalamualaikumwbt.
> Bissmillahirrahmani rahim
> “Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah
> dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama).
> Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”* [Faathir 35: 28].
> Klulah mereka tergulong seperti apa yg allah firman dalam ayat diatas
> mudah2an mereka terus berjuang menegakkan syiar islam dibumi malaysia.Tetapi
> klu sekadar untuk omokan atau propaganda umno demi menarik pengundi atau
> tujuan selain dari menuju keredhoan allah.Kita hanya sekadar tgk kemunkinan
> mereka juga akan menjadi Ulama2 tersohor sebelom ini yg telah masuk
> UMNO.Wallahualam.
> .
>
>  ------------------------------
> *From:* "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
> *To:* Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
> *Sent:* Mon, June 28, 2010 6:14:37 AM
> *Subject:* Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
>
>
>   Askm.
>
>       Menyedari orang Melayu/Islam semakin terhakis kepercayaan terhadap
> kepimpinan UMNO maka baru-baru ini dijaja keseluruh negara 40 ulamak muda
> mohon menyertai UMNO. Kabarnya mereka yang dikatakan ulamak ini
> sebahagiannya hanya secara kebetulan berada disana (ketika penyerahan
> borang) bukan berhasrat menyertai UMNO. Ulamak sepatutnya mendakwahi para
> pemimpin UMNO agar kembali kepada Islam. Apakah "menghalalkan" judi itu
> termasuk dalam perjuangan Islam ?? Jika ini pun tidak dapat dibezakan
> layakkah mereka digelar ?ulamak muda. Budak-budak pun tahu judi adalah haram
> dalam Islam. Bukankah lebih baik mereka yang digelar "ulamak muda" ini lebih
> layak digelar sebagai "ulamak bayi" ??
>
>    Perintah berdakwah kepada pemerintah yang zalim adalah ditafsir oleh
> ulamak (ulamak besarlah bukan yang mohon sertai UMNO) sebagai tingkat dakwah
> yang paling mulia. Ada ulamak yang meletakkan hukumnya sebagai fardhu
> kifayah dan ada mengatakan ianya fardhu ain. Ini bererti jika ianya fardhu
> kifayah berdosalah semua orang jika tiada seorang pun melakukannya.
> Sepatutnya mereka (ulamak muda ini) perbetulkan dulu UMNO. Inilah
> tanggungjawab berdakwah. Maka sertailah mereka jika mereka benar-benar telah
> beriman dengan Allah dan Rasul Nya. Jika dilihat apa yang berlaku seolah
> apabila mereka menyertai UMNO bererti UMNO berada di andasan yang betul pada
> hal jelas mereka zalim terhadap rakyat dan mengkhianati Islam. Jika ulamak
> yang sedia ada diketepikan dan berbangga dengan ulamak muda maka hasrat
> mereka sebenarnya hanyalah ingin menarik sokongan golongan muda kedalam
> UMNO. Mereka dapat menghidu bahawa ramai golongan muda sudah tidak yakin
> dengan perjuangan UMNO terutama dalam memertabakan Islam.
>
>    Tafsiran zalim pula bukan sekadar tangkap dan kurung rakyat bawah ISA
> sahaja tapi ianya termasuklah meletakkan sistem perundangan yang lain dari
> Islam mengatasi ketetapan Allah dalam kitab Nya al Quran dan Sunnah Nabi
> Muhammad SAW. Perbuatan mereka bukan saja menzalimi diri mereka tapi juga
> menzalimi ramai penyokong mereka yang masih jahil tentang apakah ertinya
> mereka beriman kepada Allah dan Rasul Nya. Mungkin jika ditanya mereka pun,
> mereka tetap akan kata mereka beriman yang Nabi Muhammad itu Rasulullah dan
> al Quran itu kitab Allah. Bila sambut hari lahir Nabi Muhammad merekalah
> yang paling sibuk menyambutnya tapi hakikatnya mereka hanya menunjukkan
> sikap hipokrit mereka sahaja. Wallahua'lam.
>
> ibnuAli
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>  
>

Kirim email ke