slm wbt,

yg dalam DAP terang-terang tak nak negara islam tu cuma Karpal Singh je skrg.
please update, okeh.
Orang muda dlm DAP pun dah boleh faham konsep islam sebab berkawan dgn PAS.

Apa kata 'so-called' ulama muda UMNO pegi terangkan pada MCA terutama sooi lek
tu pasal islam, supaya MCA, MIC. sebab sooi lek kata, kita akan mundur sebab
islam. yg dia nmpak ialah MUSLIM UMNO yg tak beramal dgn ISLAM, so dia dh salah
faham tu.

Wallahua'lam.

-anak-anak kamu

 

________________________________
From: "a...@yahoo.com" <a...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 11, 2010 14:10:41
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
bersangka baik

 
Assalamualaikum WBKT
Sekadar ingin mencelah....................
Berdakwah ini bukan sekadar di antara orang ISlam dan Islam sahaja, lebih afdal
jika dapat dipanjangkan kepada orang bukan Islam. Umno telah diberi peluang
lebih daripada 50tahun untuk berdakwah kepada rakan barisan nasionalnya (MCA,
GERAKAN dan MIC)tapi malang tidak banyak yang dicapai. Jadi biarlah PAS
dengan meletakkan Quran dan Hadis sebagai panduan berdakwah dengan rakan PR
-(DAP dan PKR) mudah-mudahan ianya berjaya. Kalau pun tidak berjaya mengislamkan
mereka tetapi kalau dapat menyedarkan mereka tentang konsep islam itu
sendiri rasanya sudah cukup baik. Dengan cuma berusia beberapa tahun hubungan
PR, rasanya ALHAMDULILLAH telah nampak penerimaan rakan PR yang bukan ISlam.
Sekurang-kurang Guan Eng tahu tentang sejarah keagungan Islam jika dibandingkan
deng Soi Lek yang telah lam dalam barisan tetapi masih buta dan dangkal tentang
sejarah Islam.
Wallahu'alam
 

________________________________
To: hidayahnet@yahoogroups.com
From:
Date: Wed, 28 Jul 2010 17:21:51 -0700
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
bersangka baik

 
    Mengapa selepas dikecam bahkan PAS diganggu gugat UMNO nak berbuat baik pula
dengan PAS ?? PAS terlalu baik tidak sesuai untuk jadi sekutu UMNO. DAP jelas
kita tau mereka bukan parti Islam tapi UMNO yang mengaku parti orang Islam
apakah menunjukkan perangai macam orang Islam ? Mereka telah diberi sedikit
kuasa oleh Allah mentadbir negara tapi beberapa pemimpin bahkan ahli/penyokong
PAS/DAP/PKR sanggup disiksa dan didera dengan pelbagai cara  bahkan beberapa
pemimpin dan ahli/penyokong PAS pernah mereka  bunuh dengan kejam !! Terlalu
baiknya PAS tidak ada sebarang tindakan bersenjata atau bunuh balas dilakukan
keatas pemimpin UMNO. Saya percaya Allah akan beri giliran pula untuk UMNO
berada di bawah. Kini mereka telah mulai rasa lemah dan mencari tempat untuk
berpaut dengan alasan demi kepentingan Islam !! Mengapa selama ini mereka tidak
bertindak sebagaimana orang yang benar-benar beriman ?? Mereka kata Malaysia
sebuah negara yang amal demokrasi sebenarnya mereka amal kuku besi !! Mereka
kata kita buat pilihanraya biar rakyat pilih kerajaan tapi bila rakyat pilih
PAS/PKR/DAP untuk memerintah beberapa negeri mereka cukup benci kepada kerajaan
yang ditadbir parti-parti berkenaan.Mereka nafikan hak negeri-negeri berkenaan
bermakna menafikan Perlembagaan !! Mereka ajak rakyat agar hormati undang-undang
dan Perlembagaan tapi mereka sendiri cabul Perlembagaan !!

   Dalam PRU 12 mereka masih menang di negeri negeri lain selain Kelantan,
Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak rata-ratanya dengan cara menyogok rakyat
yang tidak mempunyai maklumat tentang perangai para pemimpin UMNO. PAS/DAP
menerima kekalahan dalam 12 pilihanraya dan gagal menguasai kerajaan Pusat tapi
menerimanya dengan hati terbuka walau pun UMNO/BN menang dengan cara yang tidak
menghormati prinsip demokrasi dalam banyak perkara !! Cukuplah !! Dah 12 kali
pilihanraya mereka masih diberi peluang menguasai kerajaan Pusat dan sebahagian
besar negeri. Semua kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat menjadi mangsa
dalam berbagai urusan dan isu kerana mereka berkuasa di Pusat. Mereka telah
berjaya jatuhkan kerajaan Pakatan di Perak dan mereka terus merancang untuk
menjatuhkan lain-lain negeri terutama Selangor. Tindak tanduk mereka menekan
kerajaan PAS Kelantan seolah-olah Kelantan ini bukan diperintah oleh orang
Islam. Bagaimana mereka tergamak menekan seorang Menteri Besar bahkan seorang
Ulamak yang meletakkan Islam sebagai dasar dalam pentadbrian nya ?? UMNO tidak
bersyukur dengan kuasa yang diberikan Allah kepada mereka selama ini !! Wang
negara lesap ratusan bilion angkara pelbagai penyelewengan UMNO/BN tiba-tiba
mereka perjuangkan isu pasir di Selangor seolah-olah nilai pasir itu berbilion
ringgit.


    UMNO sekarang cukup hebat melakukan propaganda setelah melantik firma Yahudi
sebagai penasihat !! Maka akhirnya bagi menghalalkan segala kejahatan mereka
maka mereka pun peralatkan ulamak muda !! Kalau mereka ikhlas ingin kembali
kepada perjuangan dan dasar Islam saya yakin ada ulamak dari kalangan mereka
yang mampu untuk menasihati mereka. Jika tidak ada, PAS terutamanya Tuan Guru
Nik Abdul Aziz selaku Murshidul Am PAS telah berkali-kali membuat tawaran untuk
berbincang dengan UMNO atas apa juga isu !! Tapi degilnya pemimpin UMNO sehingga
ada yang datang ke negeri Kelantan pun masih tunjuk besar kepala. Mereka bukan
saja jahil tapi biadap kepada ketua sebuah kerajaan negeri bahkan jelas mereka
tidak tahu menghormati orang yang lebih tua !! Jika pemimpin seperti ini terus
diberi kuasa orang Melayu/Islam mungkin akan menjadi porak poranda !!
Wallahua'lam.


--- On Sun, 7/18/10, nas...@yahoo. com <nas...@yahoo. com> wrote:


>From: nas...@yahoo. com <nas...@yahoo. com>
>Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
>bersangka baik
>To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>Date: Sunday, July 18, 2010, 8:47 PM
>
>
> 
>Bagi aku,, elok le ulamak muda ni join UMNO,, mudah mudahan org dlm UMNO boleh
>berubah jika nak dibanding dengan PKR yang berkwn rapat dgn DAP yang terang2
>ucapannya menolak islam, dan mereka telah menutup pintu2 hati mereka terhadap
>kebenaran islam
>
>DAP akan rasa tercabar jika ada cadangan UMNO dan PAS berbaik baik dan
>sesungguhnya sifat2 orang kafir ini tuhan telah terangkan melalui firmannya di
>dalam kitab suci al-quran..
>
>
>Para muslimin dan muslimat diharap berhati hati berkawan dgn org2 kafir dan
>selalu lah membaca tafsir al quran untuk mengelak tipu daya mereka.
>--- On Tue, 13/7/10, zam...@yahoo. com <zam...@yahoo. com> wrote:
>
>
>>From: zam...@yahoo. com <zam...@yahoo. com>
>>Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
>>bersangka baik
>>To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>>Date: Tuesday, 13 July, 2010, 19:45
>>
>>
>> 
>>assalammualaikum,
>>
>>bersama-samalah kita berdoa semoga golongan ini(ulama muda) dapat berdakwah
>>kepada para pemimpin di dalam UMNO tu. Kita faham perasaan saudara kholid, 
>>ikut
>>logik akal mmg mcm tu tapi kalau ikut logik akal, itulah cara terbaik, nak
>>dakwah org kena la berdamping, bukan bermaksud ikut serta berbuat maksiat, 
>>kalau
>>x dekat mcm mana nak berdakwah.
>>
>>nak kongsi 2 cerita (tak brapa lengkap mungkin rakan2 lain boleh tambah mana
>>yang kurang)
>>
>>kisah pertama
>>
>>tersebutlah kisah seorang anak muda yang telah mendapat restu ibunya untuk
>>menuntut ilmu kepada guru yang lebih alim. Didalam perjalanannya rombongan
>>mereka telah di tahan oleh perompak, hartabenda di rampas dan rombongan itu di
>>tangkap.
>>
>>tatkala di tanya oleh ketua perompak akan wang kepada org muda ini,  maka anak
>>muda ini menunjukkan duitnya yang disurukkan di dalam lengan bajunya. Ditanya
>>oleh ketua perompak mengapa ia menunjukkan wang tersebut sedangkan sekiranya
>>turus disorokkan ia takkan diketahui mereka, maka jawab anak muda ini ibunya
>>berpesan bahawa di dalam perjalanan menuntut ilmu tidak boleh dimulakan dengan
>>perbuatan bohong walau dengan apa sebab kerana tiada keberkatan Allah swt.
>>Akhirnya ketua perompak ini insaf dan meninggalkan perbuatan merompak,
>>memulangkan wang dan melepaskan tahanan rombongan tersebut,
>>
>>
>>Anak muda ini akhirnya menjadi seorang imam yang sangat di segani di dunia.
>>Siapa nama beliau?
>>
>>
>>moral : berdamping dengan perompak pun dapat insafkan perompak, semoga allah
>>memberi hidayah
>>
>>cerita kedua
>>
>>Di suatu petang ketika seorang wali allah balik kerumahnya apabila hujan 
>>hampir
>>turun kelihatan seorang pemuda tergesa-gesa mengambil pakaian yang tersidai di
>>ampaian rumahnya, dia pun berlari2 untuk mengangkat pakaian yang masih 
>>tersidai
>>khuatir basah terkena hujan. apabila pakaian semua telah diangkat, dilihatnya
>>pemuda tersebut lari kedalam hutan yang berhampiran lantas masuk kedalam gua.
>>Dia pun menuruti pemuda tersebut bersama-sama pakaian yang telah diangkat 
>>tadi.
>>
>>Di dalam gua pemuda tersebut menunggunya untuk membahagi2-bagikan pakaian yang
>>telah dicuri itu, apabila selesai di bahagikan, waliallah ini memberikan
>>bahagiannya kepada pemuda tersebut lantas memaklumkan pakaian yang dicuri
>>tersebut adalah pakaiannya, dan dia menyedekahkan semuanya kepada pemuda itu
>>agar tidak mendapat dosa akibat mencuri, serta memaafkannya.
>>
>>
>>Perbuatan wali allah ini menginsafkan pemuda tersebut dan bertaubat dari
>>perbuatannya.
>>
>>moral: lu pk la sendiri..  sedangkan nabi saw membawa makanan, menghaluskan
>>makanan dengan mulutnya dan menyuapkan kedalam mulut perempuan tua yahudi yang
>>sentiasa mencemuh islam kepada setiap org yang lalu didepannya di dalam pasar.
>>takkan kita sikit pun x leh nak berdoa agar sedara kita yang terpesong tu jadi
>>betul lurus, sebaliknya berdoakan semoga Allah menjahanamkan mereka?? ntah la
>>mcm mana nasib kita di akhirat kelak. wallahua'lam
>>
>>assalammualaikum wbt
>>
>>
>>
>>
>>
>>
________________________________
From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
>>To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
>>Sent: Fri, July 9, 2010 2:47:07 PM
>>Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
>>bersangka baik
>>
>>
>>
>>
>>Konsep bersangka baik itu betul tapi kalau sekiranya mereka (ulamak muda)
>>sekadar pergi bertemu atau bermuzakarah dengan pemimpin UMNO. Jika berdaftar
>>sebagai ahli UMNO bermakna mereka turut berjuang selaras dengan perjuangan 
>>UMNO
>>apa bolehkah kita bersangka baik? Kalau ada persataun pencuri dan perompak
>>Malaysia dan ada orang daftar sebagai ahli persatuan itu apa tafsiran yang 
>>dapat
>>dibuat ?? Wallahua'lam.
>>
>>
>>
________________________________
From: "zam...@yahoo. com" <zam...@yahoo. com>
>>To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
>>Sent: Wed, July 7, 2010 12:09:32 PM
>>Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? bersangka
>>baik
>>
>> 
>>Assalammualaikum wbt
>>
>>nak kongsi pandangan yang mungkin cetek, kalau salah harap di maafkan
>>
>>sesungguhnya agama allah (islam) itu sempurna selepas 22 tahun nabi s.a.w
>>berdakwah. secara hikmah dan perlahan2.
>>
>>terlebih dahulu saya berdoa agar jangan dianggap saya memberi pandangan atas
>>sifat politik, hanyalah mencari keredhaan Allah SWT kerana setiap tutur kata,
>>tulisan, perbuatan semuanya akan di catat di dalam kitab amalan yang moga2
>>diberi pada tangan kita nanti.
>>
>>apa yang saya nak utarakan disini ialah harapan agar kita sentiasa beranggapan
>>baik kerana ia sebahagian dari doa yang terlintas di hati kita. Sesungguhnya
>>Allah itu maha pengampun dan menerima taubat hamba2nya dan tidak mustahil 
>>dengan
>>berkat doa anda semua Negara Malaysia ini akan mengamalkan perintah Allah 
>>dalam
>>semua aspek.
>>
>>Yang layak menghukum hanyalah Allah SWT, janganlah kita hendak mendahului
>>kuasaNya.
>>
>>yang baik dari allah, yang lemah dari saya.
>>
>>
>>
>>
________________________________
From: "zulki...@yahoo. com" <zulki...@yahoo. com>
>>To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
>>Sent: Sat, July 3, 2010 1:51:59 PM
>>Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
>>
>>
>>
>>
>>Assalamualaikumwbt.
>>Bissmillahirrahmani rahim
>>“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
>>kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). 
>>Sesungguhnya
>>Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28].
>>
>>Klulah mereka tergulong seperti apa yg allah firman dalam ayat diatas mudah2an
>>mereka terus berjuang menegakkan syiar islam dibumi malaysia.Tetapi klu 
>>sekadar
>>untuk omokan atau propaganda umno demi menarik pengundi atau tujuan selain 
>>dari
>>menuju keredhoan allah.Kita hanya sekadar tgk kemunkinan mereka juga akan
>>menjadi Ulama2 tersohor sebelom ini yg telah masuk UMNO.Wallahualam. 
>>
>>.
>>
>>
>>
________________________________
From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
>>To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
>>Sent: Mon, June 28, 2010 6:14:37 AM
>>Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
>>
>> 
>>Askm.
>>    
>>      Menyedari orang Melayu/Islam semakin terhakis kepercayaan terhadap
>>kepimpinan UMNO maka baru-baru ini dijaja keseluruh negara 40 ulamak muda 
>>mohon
>>menyertai UMNO. Kabarnya mereka yang dikatakan ulamak ini sebahagiannya hanya
>>secara kebetulan berada disana (ketika penyerahan borang) bukan berhasrat
>>menyertai UMNO. Ulamak sepatutnya mendakwahi para pemimpin UMNO agar kembali
>>kepada Islam. Apakah "menghalalkan" judi itu termasuk dalam perjuangan Islam 
>>??
>>Jika ini pun tidak dapat dibezakan layakkah mereka digelar ?ulamak muda.
>>Budak-budak pun tahu judi adalah haram dalam Islam. Bukankah lebih baik mereka
>>yang digelar "ulamak muda" ini lebih layak digelar sebagai "ulamak bayi" ??
>>
>>   Perintah berdakwah kepada pemerintah yang zalim adalah ditafsir oleh ulamak
>>(ulamak besarlah bukan yang mohon sertai UMNO) sebagai tingkat dakwah yang
>>paling mulia. Ada ulamak yang meletakkan hukumnya sebagai fardhu kifayah dan 
>>ada
>>mengatakan ianya fardhu ain. Ini bererti jika ianya fardhu kifayah berdosalah
>>semua orang jika tiada seorang pun melakukannya. Sepatutnya mereka (ulamak 
>>muda
>>ini) perbetulkan dulu UMNO. Inilah tanggungjawab berdakwah. Maka sertailah
>>mereka jika mereka benar-benar telah beriman dengan Allah dan Rasul Nya. Jika
>>dilihat apa yang berlaku seolah apabila mereka menyertai UMNO bererti UMNO
>>berada di andasan yang betul pada hal jelas mereka zalim terhadap rakyat dan
>>mengkhianati Islam. Jika ulamak yang sedia ada diketepikan dan berbangga 
>>dengan
>>ulamak muda maka hasrat mereka sebenarnya hanyalah ingin menarik sokongan
>>golongan muda kedalam UMNO. Mereka dapat menghidu bahawa ramai golongan muda
>>sudah tidak yakin dengan perjuangan UMNO terutama dalam memertabakan Islam.
>>
>>   Tafsiran zalim pula bukan sekadar tangkap dan kurung rakyat bawah ISA 
>>sahaja
>>tapi ianya termasuklah meletakkan sistem perundangan yang lain dari Islam
>>mengatasi ketetapan Allah dalam kitab Nya al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad 
>>SAW.
>>Perbuatan mereka bukan saja menzalimi diri mereka tapi juga menzalimi ramai
>>penyokong mereka yang masih jahil tentang apakah ertinya mereka beriman kepada
>>Allah dan Rasul Nya. Mungkin jika ditanya mereka pun, mereka tetap akan kata
>>mereka beriman yang Nabi Muhammad itu Rasulullah dan al Quran itu kitab Allah.
>>Bila sambut hari lahir Nabi Muhammad merekalah yang paling sibuk menyambutnya
>>tapi hakikatnya mereka hanya menunjukkan sikap hipokrit mereka sahaja.
>>Wallahua'lam.
>>
>>ibnuAli
>>
>>  
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>
>



Kirim email ke