KOTA BHARU: Seramai 85 pekerja wanita Islam di premis perniagaan sekitar bandar 
ini didenda antara RM30 hingga RM100 seorang kerana melakukan kesalahan tidak 
memakai tudung ketika bekerja sejak awal tahun ini. 

Mereka dikesan sering gagal mematuhi peraturan yang mewajibkan pekerja wanita 
Islam memakai tudung seperti disyaratkan dalam lesen perniagaan Majlis 
Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Yang Dipertua MPKB, Ab Aziz Ab Rahman, berkata saman denda itu dikeluarkan 
sejak Januari hingga Mei lalu menerusi operasi Jabatan Pembangunan Islam dan 
Bahagian Penguat kuasa dan Pelesenan MPKB.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memberi kesedaran kepada pekerja wanita Islam 
mengenai wajibnya memakai tudung mengikut Undang-Undang Kecil 27(A) Trade 
Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989 (Pindaan) 2002.

"Mereka yang didenda kebanyakannya berusia antara 20 hingga 30-an yang dikenal 
pasti sering mempermainkan undang-undang dengan memakai tudung secara ala kadar 
atau hanya dipakai ketika MPKB menjalankan operasi.

"Sebaik operasi berakhir mereka, membuka semula tudung dan perbuatan itu jelas 
mempersendakan undang-undang serta hukum syarak yang mewajibkan setiap wanita 
Muslim menutup aurat," katanya di sini, semalam.//BH 28 Jun.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1503



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke