Respon dari TPM...

Putrajaya, 5 Disember - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib 
Tun Razak berkata, tafsiran terhadap cara `berpakaian secara 
keterlaluan' boleh menimbulkan keadaan yang tidak disenangi oleh 
kumpulan tertentu.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang menguatkuasakan undang-
undang kecil tersebut tidak menggunakan peruntukan itu sebagai alasan 
untuk bertindak sewenang-wenangnya terhadap mana-mana pihak sehingga 
boleh menekan kebebasan individu.

``Ini yang cuba kita elakkan, walaupun kita faham dengan apa yang 
dimaksudkan berpakaian secara sopan.

``Kadangkala pihak yang menguatkuasakannya terlalu ghairah untuk 
ambil tindakan ikut tafsiran masing-masing," katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung tindakan Majlis Perbandaran Kota 
Bharu (MPKB) untuk mendenda pekerja wanita di restoran dan pasar raya 
berpakaian menjolok mata.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu 
tidak akan bertolak ansur lagi dengan para pekerja restoran dan pasar 
raya yang berpakaian menjolok mata dan jika sabit kesalahan boleh 
didenda sehingga RM500.


Kirim email ke