ALAHU AKBAR WALILLAHILHAMD
ASSALAMUALAIKUM.

SELAMAT DATANG PARTAI ISLAM

        Jikalau benar telah tumbuhnya sebuah partai bersifat Islami di Indonesia,
maka saya turut bersyukur ke hadrat Allah. Semoga ia akan menjadi wasilah
baru dalam mengembalikan dan mempertahankan aqidah umat Islam yang telah
jauh terpesong, dan bukan sekadar sebuah partai bersifat kebajikan yang
matlamatnya hanya untuk SURVIVAL (kelangsungan hidup) umat Islam untuk
mengisi perut dan amalan ritual semata-mata.
        Walaupun kewujudan partai ini patut dihormati dan didukung, namun dukungan
ini TIDAK TANPA SYARAT. Kerana dukungan MUTLAK kita seharusnya diberi kepada
sesiapa yang mendukung Allah dan RasulNya Muhammad SAW. Oleh itu seluruh
umat Islam WAJIB menjadi PENDUKUNG dan sekaligus PEMERHATI (pengkoreksi)
yang sensitif kepada setiap aktiviti partai bersifat Islami ini. Sebagaimana
seorang anak wajib taat kepada kedua ibubapanya selagi ibubapanya tidak
menyuruh kepada maksiat dan mensyirikkan Allah, demikianlah juga sikap yang
harus kita ambil terhadap sebuah jamaah atau partai yang menjadi dukungan
kita yang bakal mencorakkan masa depan umat Islam yang tidak sedikit
bilangannya.
        Bagi sesiapa yang ingin menjelaskan sikapnya terhadap sebarang partai
bersifat Islami, maka silalah lihat THE HAMAS CHARTER di internet saudara
sebagai panduan. Kerana di mana sahaja wujud partai Islam di dunia ini,
namun asas perjuangannya seharusnya tidak boleh lari daripada slogan yang
asas ini, walaupun ia bisa berbeza approach dan pendekatan sesuai dengan
zuruf dan suasana setempat.
        Dalam artikel 8 CHARTA HAMAS menyebut: ALLAH sebagai matlamat, RASULULLAH
sebagai model, AL-QURAN sebagai konstitusi, JIHAD sebagai jalan dan SYAHID
sebagai the most sublime belief (pegangan yang terunggul).
        Ya, saudara-saudaraku. Seandainya kita berasa pelik dan ganjil dengan
slogan seperti ini atau alergi terhadapnya, ketahuilah bahawa perjuangan
kita hanya sia-sia belaka. Tidak usahlah bersusah-payah lagi kerana usahamu
PASTI tidak diterima Allah. Oleh itu, tanamkanlah slogan ini dalam diri kita
sedalam-dalamnya dan selama-lamanya, dan di masa yang sama, tanamkan juga di
dalam pertubuhan dan partai yang kita dukung itu.
        Tertubuhnya HAMAS Palestiniah yang mendukung slogan dalam artikel 8 ini
ialah kerana PLO Nasionalis yang dianggap abang kepadanya, enggan menerima
slogan tersebut sebagai wadah perjuangan mereka. Oleh itu, jangan sampai
saudara kita di sana melakukan perkara yang sama lalu menubuhkan "HAMAS
kedua" kerana kekecewaan yang serupa.
        Walaupun tindakan keluar jamaah ini tidak digalakkan, namun ia akan menjadi
satu perkara wajib apabila segala usaha yang dilakukan gagal untuk
mengembalikan jamaah tersebut kepada dasar yang diredhai Allah SWT.
Sebagaimana wajib juga hukumnya bermufaraqah (berpisah) seorang anak atau
isteri daripada bapa atau suaminya yang enggan menerima kebenaran setelah
SEGALA USAHA dilakukan untuk membetulkannya.
        Namun seandainya berlaku mufaraqah seumpama ini, jamaah kedua TIDAK HARUS
MEMUSUHI yang awal, bahkan bersifat pengasih terhadapnya dan berterusan
menasihatinya, yakni selagi mereka masih bersaudara dengan kita dalam
ertikata MASIH BERAGAMA ISLAM.
        Dalam artikel 27 CHARTA HAMAS menyebut: SIKAP KITA TERHADAP PLO
"PLO adalah di antara yang paling hampir dengan HAMAS. kerana ia merupakan
seorang ayah, abang, seorang kerabat. PLO telah mengadaptasi idea sebuah
Negara Sekuler. Oleh itu, di sebalik penghargaan kita terhadap PLO dan
kemungkinan berlaku transformasinya di masa hadapan (ke arah Islam), dan di
sebalik kenyataan bahawa kami tidak menafikan peranan nya di dalam konflik
Arab-Israel, namun kami tidak boleh menggantikannya dengan sifat Islamiknya
negara Palestin ini, (we cannot substitute it for the Islamic nature of
Palestine) dengan menerima idea sekular. Kerana sifat semulajadi yang
Islamik bagi negara Palestin adalah sebahagian daripada agama kita, dan
barangsiapa yang mengabaikan agamanya PASTI akan gagal dan tewas.
        "Dan barangsiapa yang meninggalkan agama Nabi Ibrahim, melainkan dia itu
merosakkan dirinya." al-Baqarah-130.
        Apabila PLO itu menerima Islam sebagai panduan hidup, maka kami akan
menjadi tenteranya, seperti minyak yang membakar api dan membakar para
musuh. Dan sehingga itu terjadi, dan kami berdoa kepada Allah bahawa ia akan
berlaku secepat mungkin, sikap HAMAS terhadap PLO hanyalah seperti seorang
anak kepada bapanya.."
        Demikian penegasan sikap yang bermaruah daripada sebuah jamaah yang
bermaruah dengan maruah Islam. Walaupun PLO kerap menjadi penghalang kepada
cita-cita Islam HAMAS, bahkan kerap menangkap dan menyiksa pejuang HAMAS
kerana menerima arahan daripada Israel atas nama perdamaian, tetapi HAMAS
tetap bersabar dengan sikap abang mereka ini. Mereka terus melakukan
kerja-kerja Islam dan akhirnya semakin ramai anggota PLO sendiri kembali
kepada Islam dan menyertai HAMAS setelah menyaksikan sendiri betapa PLO itu
gagal melindungi bangsa sendiri atas wadah sekuler.
        Namun mereka yang beriman di kalangan HAMAS telah siap daripada awal
menyertai HAMAS dan tidak menunggu untuk merasai sendiri akan kesan
kekecewaan baru mahu bertindak. Dan di kalangan PLO itu sendiri ada yang
semakin sedar akan tanggungjawab mereka terhadap agama.
        Walau apapun terjadi, jangan kita memusuhi saudara seIslam kita kerana
itulah permulaan kegagalan kita di tangan kuffar Kristian dan Yahudi.
Hadapilah saudara kita dengan sifat pengasih tetapi bermaruah, dan
insyallah, "Telah datang yang haq, dan hancurlah kebatilan. Sesungguhnya
kebatilan itu PASTI akan hancur."




Pendapat Ikhwan :

        Aku yakin kita umat Islam makin terpecah belah dengan berdirinya
partai-partai meski berlabelkan Islam, justru karena itu tampak jelas sudah
perpecahan umat Islam dan ini baru puncak gunung es !! Marilah kita umat
Islam minta ampun kepada Allah SWT yang menghendaki keselamatan atas
hambaNya, sadarilah bahwa partai atau harakah tidak dikehendaki dalam Islam.
        Islam hanya Islam tidak ada golongan/kelompok perjuangan. apa pun alasannya
partai jelas tidak punya tempat disisi Allah SWT. tidakkah kita
tahu/mengerti ayat Al qur'an yang jelas dan tegas melarang kita
berkelompok-kelompok, contohnya sudah ada Rasulullah dan para sahabat apa
mereka berkelompok-kelompok ?
        ?elompok Islam hanya ada satu, yakni Islam itu sendiri. apa kita sudah
tidak mengerti Al qur'an dan hadits, tidak bisa berpikir sehat (lagi)??
astaghfirullah, ampunilah kami ya Allah SWT, kekhilafan kami ini janganlah
berlarut lagi, tariklah kami kembali ke jalanMu.
        ?ahai saudaraku, sadarilah , sadarilah kekhilafan berkelompok itu, bersatu
mari kita bersatu pedomani Al qur'an dan sunnah jangan berpedoman pada
aturan manusia, teori manusia, cara hidup, sitem hidup buatan manusia yang
rendah dan jauh dari cahaya Allah SWT. bersatulah kita umat islam tanpa
berkelompok, kelompok/golongan kita hanya Islam saja, titik.
        ?aka ikutilah sunnah Rasulullah ketika beliau memulai perjuangan Islam
yakni dengan menolak semua cara-cara jahiliyyah dari yang sekecil-kecilnya
hingga yang sebesar-besarnya meski itu PAHIT!! tolaklah meski itu pahit,
cara cara berkelompok itu juga cara jahiliyyah, lihatlah kelompoknya kaum
kafir quraisy dan kelompok yahudi yang bersatu melawan cahaya Islam
semenntra Islam hanya satu, Rasulullah dan para sahabat tidak ada kelompok2
dalam melawan mereka !!

        Bersatu dan bersatu meski itu PAHIT!! bukalah suara kita umat Islam
seindonesia dan sedunia se alam semesta menolak semua sistem jahiliyyah
kembalilah ke sistem Islam secara murni dan konsekeun!!! hilangkan penyakit
berkelompok dan berlindung dibawah bayang-bayang musuh / ideologi buatan
manusia, kenapa takut-takut?! Rasulullah dan para sahabat tidak takut
padahal mereka awalnya sedikit dan lemah. biarkan mati berkalang tanah dari
pada hidup dgn iman lemah!! sadarlah saudaraku: ISLAM ITU SATU!!!

subhanaka wabihamdih subhanaka wabihamdika ashaduallailahailaanta
waastaghfiruka waatubuilaik.



____________________________________________________
Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://groups.or.id/mailman/options/rantau-net
____________________________________________________

Kirim email ke