Help Palestine [hidayahnet] Riadhus Shalihin : Kuliah 1 - Ikhlas

2010-07-01 Terurut Topik Abu Muaz
RIADHUS SHALIHIN
 
Kuliah 1
Ikhlas
 
 
 
(Bab 1 : Ikhlas, Hadits RS1-RS12)
 
Imam Nawawi memulakan kitab Riadhus Shalihin ini dengan bab Ikhlas, satu topik 
penting yang menjadi asas kepada penerimaan amal seseorang. Tanpa keikhlasan, 
amalan-amalan yang dibentangkan di dalam bab-bab yang seterusnya tidak bernilai.
 
Bab ini, sebagaimana sebahagian bab-bab lain, dimulakan dengan beberapa ayat 
Al-Quran. Ayat Al-Quran yang pertama yang diketengahkan ialah:
 
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan 
(mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan 
supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah 
agama yang lurus.” (Al-Bayyinah, 98 : 5)
 
Ayat-ayat lain yang dimasukkan oleh Imam Nawawi dalam bab ini ialah Al-Hajj, 
22:37 dan Ali Imran, 3:29.
 
Beliau kemudiannya mengemukakan hadits yang pertama dalam bab yang pertama ini 
iaitu:
 
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab r.a katanya : Aku 
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
 
“Hanyasanya amalan-amalan itu adalah dengan niat dan hanyasanya bagi setiap 
manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kepada 
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan 
sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia perolehi atau kerana seorang 
perempuan yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia 
berhijrah kepadanya.” (RS1; Bukhari, Muslim)
 
Hadits pembukaan kitab Riadhus Shalihin ini juga merupakan hadits pertama 
kepada kitab Arbain Nawawi yang masyhur itu,  begitu juga kitabnya Al-Azkaar.
 
Samada sesuatu amalan bakal mendapat ganjaran dari Allah bergantung kepada niat 
seseorang. Sekiranya ia beramal ikhlas semata-mata untuk mendapat keredaan 
Allah dan pahala dariNya, tentulah itu yang akan diperolehinya. Sebaliknya 
kalau ia beramal untuk mendapat pujian manusia, kemegahan diri atau untuk 
maksud rendahan yang lain, keredaan Allah dan ganjaranNya tidak mungkin dicapai 
dengan amalan tersebut.
 
Apa yang bernilai di sisi Allah swt ialah amal soleh dan keikhlasan dalam 
beramal.
 
Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
Sesungguhnya Allah Taala tidak melihat kepada jasad atau rupa kamu, tetapi Dia 
melihat kepada hati-hati dan amalan kamu. (RS7; Muslim)
 
Kita dapat lihat kemurahan Allah swt dalam mengganjari para hambaNya dalam 
hadits:
Dari Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib, r.a. dari Rasulullah s.a.w. dalam 
apa yang diriwayatkan dari Tuhannya Tabaraka wa Taala (Hadis Qudsi), bersabda:
 
Sesungguhnya Allah mencatat hasanah (kebaikan) dan sayyiah (kejahatan), 
kemudian menjelaskan keduanya.
 
Sesiapa  yang bercadang untuk mengerjakan kebaikan tetapi tidak jadi 
melakukannya,   Allah Tabaraka wa Taala mencatat untuknya satu hasanah yang 
sempurna di sisiNya. Sesiapa yang bercadang untuk  mengerjakan kebaikan 
kemudian  melakukannya, Allah mencatat sepuluh hingga tujuh ratus hasanah malah 
lebih dari itu.
 
Seterusnya, sesiapa bercadang untuk mengerjakan kejahatan tetapi tidak jadi 
melakukannya Allah mencatat untuknya satu hasanah yang sempurna di sisiNya dan 
sesiapa yang mahu mengerjakan kejahatan kemudian melakukannya, Allah mencatat 
satu sayyiah sahaja. (RS11; Bukhari, Muslim)
 
Seseorang beroleh satu hasanah dengan niat sahaja, samada berniat melakukan 
kebaikan atau kejahatan tetapi tidak dapat melakukannya di atas sebab-sebab 
yang sesuai. Sekiranya ia dapat melakukan amal kebaikan yang diniatkannya itu, 
ia mendapat ganjaran hasanah yang berganda-ganda.
 
Amalan soleh yang dilakukan dengan ikhlas juga dapat menjadi sarana untuk 
memperkuatkan doa. Dalam hadits terakhir dalam bab ini, RS12, Rasulullah saw 
menceritakan bagaimana tiga orang pemuda terperangkap di dalam sebuah gua 
berdoa dan bertawassul dengan amalan yang mereka pernah lakukan. Hasilnya 
mereka diselamatkan dari gua tersebut.   



Help Palestine [hidayahnet] Mutiara RIADHUS SHALIHIN - Mutiara 3 : Sabar

2010-07-14 Terurut Topik Abu Muaz
Mutiara RIADHUS SHALIHIN
 
Mutiara 3
Sabar
 
 
 
(Bab 3 : Sabar, Hadits RS25-RS53)
 
Sifat sabar merupakan sifat mahmudah (terpuji) yang paling banyak disebutkan 
dalam Al-Quran. Imam Nawawi memasukkan enam daripada ayat-ayat tersebut di 
dalam bab ini. Antaranya:
 
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, 
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita 
gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:155)
 
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui 
orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan 
(baik buruknya) hal ehwalmu.” (Muhammad, 47:31)
 
Ayat-ayat lain ialah Ali Imran, 3:200; Az-Zumar, 39:10; Asy-Syuura, 42:43 dan 
Al-Baqarah, 2:153.
 
Terdapat banyak hadits berkenaan dengan sabar yang dikemukakan oleh Imam Nawawi 
dalam bab ini. Antaranya:
 
M6. Dari Abu Said Saad bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a., ada beberapa orang 
dari kaum Anshar meminta-minta kepada Rasulullah s.a.w., lalu baginda 
memberinya, kemudian mereka meminta lagi dan beliau pun memberikannya sehingga 
habis apa yang ada pada baginda. Setelah baginda memberikan semua yang ada di 
tangannya, baginda bersabda kepada mereka:
 
Apa sahaja kebaikan yang ada padaku, aku tidak akan sembunyikan dari kamu. 
Sesiapa yang menjaga kesopanan (dari meminta-minta), Allah akan memelihara 
kesopanannya, dan sesiapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupkannya, dan 
sesiapa yang berlatih sabar, Allah akan menyabarkannya. Tiada seorang pun yang 
mendapat kurniaan yang lebih baik dan lebih luas dari kesabaran. (RS26; 
Bukhari, Muslim)
 
M7. Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
Amat mengkagumkan keadaan seorang mukmin. Sesungguhnya semua keadaan baik 
baginya. Sifat ini tidak mungkin terdapat melainkan pada seorang mukmin. Jika 
ia beroleh kesenangan, ia bersyukur maka kesyukuran itu adalah kebaikan 
baginya. Jika ia ditimpa kesusahan, ia bersabar maka kesabaran itu adalah 
kebaikan baginya. (RS27; Muslim)
 
M8. Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
 
Tidaklah menimpa seorang muslim dari kesusahan, penyakit, kebimbangan, 
kesedihan, kesakitan dan kerisauan malahan duri yang menusuknya, melainkan 
Allah menebus dosa dengan apa yang menimpanya itu.” (RS37, Bukhari, Muslim)
 
Rasulullah s.a.w. dan para nabi yang lain menunjukkan tauladan yang tinggi 
dalam bersabar, untuk kita sama-sama contohi.
 
M9. Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Seakan-akan aku 
masih melihat Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang seorang nabi dari para 
nabi shalawatullah wa salaamuhu alaihim. Beliau tercedera dipukul kaumnya. 
Sambil mengusap darah dari wajahnya beliau mengucapkan: Ya Allah! Ampunkanlah 
kaumku, sesungguhnya mereka tidak tahu. (RS36; Bukhari, Muslim)
 
Hadits ini menunjukkan kesabaran seorang nabi a.s. dalam berhadapan dengan 
tentangan kaumnya dalam berdakwah. Kaumnya itu bukan setakat menolak dakwahnya, 
bukan hanya mencaci, tetapi lebih jauh dari itu, mereka mencederakan nabi 
tersebut. Balasan nabi terhadap penganiayaan itu bukanlah dengan membalas 
dengan balasan yang sebanding, bukan mencerca mereka, bukan juga mendoakan 
keburukan menimpa kaumnya, tetapi berdoa supaya Allah mengampuni mereka. Hadits 
ini mengajar pendakwah supaya bersabar dalam berhadapan dengan reaksi negatif 
dari orang yang mereka dakwahkan. Mungkin hari ini mereka menolak, besok hari 
tidak semestinya terus begitu.
 
Para sahabat dan umat Islam yang lain juga diajar untuk bersabar dalam menunggu 
kejayaan dakwah mereka. Hadits seterusnya mengajarkan:
 
M10. Dari Abu Abdullah Khabbab bin Al-Aratti r.a., katanya: Kami mengadu 
kepada Rasulullah s.a.w. pada masa baginda berbaring di bawah bayangan kaabah 
berbantalkan serbannya. Kami berkata: “Apakah anda tidak memohonkan pertolongan 
untuk kami? Apakah and tidak mendoakan kami? Baginda bersabda:
 
Orang-orang sebelum kamu, ada yang ditanam hidup-hidup, ada yang digergaji 
dari atas kepalanya sehingga terbelah dua, ada yang dikupas kulitnya dengan 
sisir besi yang mengenai daging dan tulangnya. Yang sedemikian itu tidak 
memalingkan ia dari agamanya. Demi Allah! Allah akan menyempurnakan urusan ini, 
sehingga seorang pengembara dari Shan'a ke Hadhramaut tidak takut melainkan 
Allah dan serigala atas biri-birinya. Tetapi kamu semua tergesa-gesa. (RS41; 
Bukhari)
Dalam riwayat lain: Baginda berbaring berbantalkan serbannya, sedang kami 
telah disiksa dengan teruk oleh kaum musyrikin.
 
Rasulullah s.a.w. juga menceritakan dalam satu hadits (RS30) tentang kesabaran 
seorang pemuda dalam mempertahankan keimanannya sehingga sanggup mati dibunuh 
oleh seorang raja. Kesabaran beliau telah dicontohi oleh kaumnya yang beriman 
kemudian sanggup mengorbankan jiwa mereka sendiri dengan terjun ke dalam parit 
berapi. Kisah ini diabadikan oleh Allah s.w.t. di dalam surah Al-Buruuj.
 
Satu lagi aspek kesabaran yang diketengahkan oleh Imam 

Help Palestine [hidayahnet] Mutiara RIADHUS SHALIHIN - Mutiara 5 : Muraqabah (Berwaspada)

2010-07-28 Terurut Topik Abu Muaz
Mutiara RIADHUS SHALIHIN
 
Mutiara 5
Muraqabah (Berwaspada)
 
 
 
(Bab 5 : Muraqabah, Hadits RS60-RS68)
 
Firman Allah s.w.t.:
 
“Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang), dan (melihat pula) 
perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.” (Asy-Syu’ara, 
26:218-219)
 
“Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.” (Al-Hadiid, 57:4)
 
“Sesungguhnya bagi Allah tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di bumi dan 
tidak (pula) di langit.” (Ali Imran, 3:5)
 
“Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.” (Al-Fajr, 89:14)
 
“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh 
hati.”(Al-Mu’min, 40:19)
 
Kita sentiasa berada di dalam pengawasan Allah s.w.t., samada di tengah ramai 
maupun ketika berseorangan. Kita tidak akan terlepas dari pandanganNya. 
Keyakinan ini membuatkan seseorang sentiasa berwaspada dari melakukan sebarang 
dosa walau di mana ia berada.
 
M15. Dari Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a. 
daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:
 
Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susulilah kejahatan 
dengan kebaikan yang akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia 
dengan akhlak yang baik. (RS61; Tarmizi)
 
M16. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Pada suatu hari saya berada di belakang 
Nabi s.a.w. (di atas kenderaan), lalu baginda bersabda:
 
Wahai budak! Sesungguhnya saya mahu mengajar kamu beberapa kalimat: 
Peliharalah Allah (memelihara perintah dan laranganNya), Dia akan memelihara 
kamu. Peliharalah Allah, pasti kamu akan dapati Dia bersamamu. Apabila kamu 
meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta pertolongan, mintalah 
pertolongan itu kepada Allah.
 
Ketahuilah! Sesungguhnya jika umat manusia berhimpun untuk memberikan  manfaat  
kepadamu  dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat itu 
melainkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu. Dan jika 
mereka berhimpun untuk memberikan mudarat kepadamu dengan sesuatu, mereka tidak 
akan dapat memberikan mudarat itu, melainkan dengan apa yang telah ditetapkan 
oleh Allah ke atas kamu. Pena telah diangkat dan lembaran kertas telah kering. 
(RS62; Tarmizi)
 
Dalam riwayat selain Tarmizi disebutkan:
 
Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya di hadapanmu. Kenalilah (ingatilah) 
Allah di waktu kamu senang, Dia akan kenali (ingat) kamu di waktu kamu susah. 
Ketahuilah! Sesuatu yang ditetapkan tidak mengena kamu, tidak akan menimpamu 
dan sesuatu yang ditetapkan menimpa kamu, kamu tidak akan dapat terlepas 
darinya. Ketahuilah! Sesungguhnya pertolongan itu beserta kesabaran dan  
kelapangan beserta kesukaran. Sesungguhnya beserta kesukaran adalah kemudahan.
 
Kadang-kadang kita mengambil mudah sebahagian dosa yang dilakukan, walhal 
generasi pertama umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w. memandangnya serius.
 
M17. Dari Anas r.a., katanya:
 
Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang lebih remeh pada pandangan kamu 
dari sehelai rambut, padahal kami di zaman Rasulullah s.a.w. menganggapnya 
dosa-dosa yang merosakkan. (RS63; Bukhari)
 
Ini berupa teguran sahabat Nabi yang paling akhir meninggal dunia, Anas bin 
Malik, kepada tabien yang bersamanya. Apatah lagi kita.
 
Selain dari meninggalkan perbuatan yang membawa dosa, kita juga diseru untuk 
meninggalkan perbuatan yang sia-sia, yang tidak membawa kemanfaatan di akhirat 
kelak.
 
M18. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah  meninggalkan apa-apa 
yang tidak memberikan kemanfaatan kepadanya.” (RS67; Tarmizi)
 
 
 
http://riadhusshalihin.blogspot.com/



Help Palestine [hidayahnet] Mutiara RIADHUS SHALIHIN - Mutiara 7 : Yakin dan Tawakal

2010-08-06 Terurut Topik Abu Muaz
Mutiara RIADHUS SHALIHIN
 
Mutiara 7
Yakin dan Tawakal
 
 
 
(Bab 7 : Yakin dan Tawakal, Hadits RS74-RS84)
 
 
Firman Allah Taala:
 
“(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada 
orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan 
untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, maka perkataan itu 
menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: Cukuplah Allah menjadi Penolong 
kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Maka mereka kembali dengan nikmat 
dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, 
mereka mengikuti keredaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Ali 
Imran, 3:173-174)
 
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada 
Allah.”  (Ali Imran, 3:159)
 
“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan 
(keperluan)nya.” (Ath-Thalaaq, 65:3)
 
Ayat-ayat lain yang disertakan: Al-Ahzab, 33:22; Al-Furqaan, 25:58; Ibrahim, 
14:11 dan Al-Anfal, 8:2.
 
Seorang yang beriman yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t. yang menguasai dan 
menentukan segala urusan. Ia berusaha kemudian bertawakal kepada Allah dengan 
hasil usahanya itu.
 
Kita lihat bagaimana Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. semasa 
berhijrah, mereka berusaha mengelakkan diri dari kaum musyrikin dengan 
bersembunyi di dalam sebuah gua. Rasulullah menenangkan Abu Bakar bahawa Allah 
yang ketiga di antara mereka apabila mereka hampir dijejaki musuh (RS81). 
Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah di dalam surah At-Taubah, 9:40.
 
Kita juga dapat lihat keyakinan Rasulullah dengan pertolongan Allah dalam 
menundukkan seorang Arab Badwi yang menghunuskan pedang kepada baginda (RS78). 
 
M21.  Dari Ibnu Abbas r.a., katanya:
 
(Lafaz) ‘Hasbunallahu wa ni'mal wakil’(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami 
dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung) pernah diucapkan oleh Ibrahim a.s. ketika 
beliau dilemparkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. 
ketika orang-orang berkata: ‘Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan 
untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka,’ tetapi perkataan itu 
menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: Hasbunallahu wa ni'mal wakil.” 
(RS76; Bukhari)
 
Dalam riwayat Bukhari juga dari Ibnu Abbas r.a. disebutkan: “Ucapan Nabi 
Ibrahim yang terakhir ketika beliau dilemparkan ke dalam api ialah: Hasbiallahu 
wa ni'mal wakil (Cukuplah Allah menjadi Penolongku dan Dia adalah sebaik-baik 
Pelindung).
 
M22. Dari Umar r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenar-benarnya, 
nescaya Dia akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Dia memberikan rezeki 
kepada burung yang keluar pagi berperut kosong dan kembali petang kekenyangan.  
(RS79; Tarmizi)
 
M23. Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
Sesiapa yang mengucapkan ketika keluar dari rumahnya: ‘Bismillahi tawakkaltu 
alallaahi wala haula wala quwwata illa billah (Dengan menyebut nama Allah, aku 
bertawakal kepada Allah dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan 
pertolongan Allah)’,  dikatakan kepadanya: ‘Kamu telah diberi petunjuk, 
dipercukupkan dan dipelihara.’ Syaitan pun menjauhkan diri darinya. (RS83, Abu 
Daud, Tarmizi, An-Nasaei)
 
Dalam riwayat lain, Syaitan berkata kepada syaitan yang lain: “Bagaimana kamu 
dapat mengganggu orang yang mendapat petunjuk, dipercukupkan dan dipelihara?”
 
 
 
http://riadhusshalihin.blogspot.com/



Help Palestine [hidayahnet] Khatam Al-Quran Sebulan Ramadan

2010-08-13 Terurut Topik Abu Muaz
Assalamualaikum wrb,
 
Alhamdulillah Ramadan menjelang lagi. Semoga tahun ini merupakan Ramadan 
terbaik buat kita.
 
Saya yakin ramai di antara kita yang berazam untuk menamatkan satu Al-Quran di 
bulan ini. Saya juga percaya kita membaca Al-Quran bukan setakat untuk 
menghabiskannya tetapi untuk memperhatikan ayat-ayatnya.
 
InsyaAllah saya akan poskan di satu blog baru ayat-ayat pilihan untuk setiap 
juzuk pada setiap hari Ramadan. Saya harap itu dapat membantu untuk kita fokus 
dengan ayat-ayat di dalam juzuk tersebut. Blog tersebut baru dibuka sekejap 
tadi. Urlnya:
 
http://quran30hari. blogspot. com/

Semoga bulan Ramadan, bulan yang diturunkan padanya Al-Quran ini dapat 
mendekatkan kita lagi kepada kitab tersebut, membaca, memahami, beramal dan 
menyampaikannya kepada orang lain.
 
Wassalam
Abu Muaz



Help Palestine [hidayahnet] Mutiara Al-Quran - Juz 3, 3 Ramadan 1431

2010-08-20 Terurut Topik Abu Muaz
33. Tidak ada paksaan
untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang
benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar
kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2 : 256) 34.
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari
kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,
pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari
cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghun ineraka;
mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah, 2 : 257) 35.
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah
melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah
Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2 : 261) 36.
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari
keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun
yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat,maka
kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak
menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat
apa yang kamu perbuat. (Al-Baqarah, 2 : 265) 37. Allah
menganugerahkan hikmah (kefahaman yang mendalam tentang Al-Quran dan
sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang
dianugerahi hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang
banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil
pelajaran (dari firman Allah). (Al-Baqarah, 2 : 269) 38.
Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan
jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang
fakir,maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan
menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah, 2 : 271) 39.
Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi
Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang
dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan
(dijalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah
kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan
apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi
pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan
dianiaya(dirugikan). (Al-Baqarah, 2 : 272) 40. Kepunyaan
Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan
jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu
menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu
tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang
dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Baqarah, 2 : 284) 41.
Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman
kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan
rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): Kami tidak membeza-bezakan
antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasu- rasul-Nya, dan
mereka mengatakan: Kami dengar dan kami taat. (Mereka berdoa):
Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.
(Al-Baqarah, 2 : 285) 42. Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari
kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan)
yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau
bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri
maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong
kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Al-Baqarah, 2 :
286) 43. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia
kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan,
binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (Ali
Imran, 3 : 14) 44. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah 
Islam. (Ali Imran, 3 : 19) 45.
Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan
kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan
dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau
kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan
Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala
sesuatu. (Ali Imran, 3 : 26) 46. Janganlah orang-orang
mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali 

Help Palestine [hidayahnet] Mutiara Al-Quran - Juz 5, 5 Ramadan 1431

2010-08-22 Terurut Topik Abu Muaz
68. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu 
mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang 
kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (An-Nisaa', 4 : 31)



 
69. Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada 
sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang 
laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita 
(pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah 
sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 
(An-Nisaa', 4 : 32)
 
70. Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah 
telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain 
(wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta 
mereka. (An-Nisaa', 4 : 34)
 
71. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan 
jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan 
memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (An-Nisaa', 4 : 40)
 
72. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak 
menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia 
supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang 
sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha 
Melihat. (An-Nisaa', 4 : 58)
 
73. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan 
ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang 
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunahnya), 
jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu 
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisaa', 4 : 59)
 
74. Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah 
beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan 
sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah 
diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka 
(dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (An-Nisaa', 4 : 60)
 
75. Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang 
Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul, nescaya kamu lihat orang-orang 
munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. 
(An-Nisaa', 4 : 61)
 
76. Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka 
menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka 
tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, 
dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (An-Nisaa', 4 : 65)
 
77. Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan 
bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: 
Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang 
soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisaa', 4 : 69)
 
78. Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: 
Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah 
zakat! Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari 
mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada 
Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. (An-Nisaa', 4 : 77)
 
79. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di 
dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (An-Nisaa', 4 : 78)
 
80. Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. 
(An-Nisaa', 4 : 80)
 
81. Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah 
penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). 
Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (An-Nisaa', 4 : 86)
 
82. Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu 
menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), 
sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak 
mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 
(An-Nisaa', 4 : 104)
 
83. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, 
kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun 
lagi Maha Penyayang. (An-Nisaa', 4 : 110)
 
84. Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali 
bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau 
berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa 
yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberi 
kepadanya pahala yang besar. (An-Nisaa', 4 : 114)
 
85. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak 
keadilan, menjadi saksi kerana Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu 
bapa dan kaum kerabatmu. (An-Nisaa', 4 : 

Help Palestine [hidayahnet] Mutiara Al-Quran - Juz 7, 7 Ramadan 1431

2010-08-26 Terurut Topik Abu Muaz
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang 
telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. 
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.  
(Al-Maa-idah, 5 : 87)
 

Katakanlah: Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang 
buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang 
berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.  (Al-Maa-idah, 5 : 100)
 

Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah 
dan mengikuti rasul. Mereka menjawab: Cukuplah untuk kami apa yang kami 
dapati bapa-bapa kami mengerjakannya. (Al-Maa-idah, 5 : 104)
 

Allah berfirman: Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang 
benar kebenaran mereka. Bagi mereka syurga yang dibawahnya mengalir 
sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Allah reda terhadap 
mereka dan merekapun reda terhadap-Nya. Itulah keberuntungan yang paling 
besar.  (Al-Maa-idah, 5 : 119)
 
102.  Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia 
mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui 
(pula) apa yang kamu usahakan. (Al-An’aam, 6 : 3)
 
103.  Mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran dan mereka sendiri 
menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka 
sendiri, sedang mereka tidak menyedari.  (Al-An’aam, 6 : 26)
 
104.   Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda 
gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang 
bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?  (Al-An’aam, 6 : 32)
 
105.  Hanya orang-orang yang mendengar sajalah yang mematuhi (seruan 
Allah), dan orang-orang yang mati (hatinya), akan dibangkitkan oleh Allah, 
kemudian kepada-Nya-lah mereka dikembalikan. (Al-An’aam, 6 : 36)
 
106.  Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi 
khabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan 
perbaikan, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka 
bersedih hati.  (Al-An’aam, 6 : 48)
 
107.  Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang 
mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan 
di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya 
(pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu 
yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh 
Mahfuzh).  (Al-An’aam, 6 : 59)
 
108.  Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikit pun atas orang-orang yang 
bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajipan mereka ialah) 
mengingatkan agar mereka bertakwa.  (Al-An’aam, 6 : 69)
 

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan 
kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka 
itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.  (Al-An’aam, 6 : 82)
 

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim 
(berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul 
dengan tangannya, (sambil berkata): Keluarkanlah nyawamu. Di hari ini kamu 
dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan 
terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu 
menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.  (Al-An’aam, 6 : 93)
 

Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barang 
siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan 
barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratannya kembali 
kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).  (Al-An’aam, 
6 : 104)
 
112.  Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain 
Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa 
pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan 
mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan 
kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. (Al-An’aam, 6 : 108)
 
www.quran30hari.blogspot.com



Help Palestine [hidayahnet] Mutiara Al-Quran - Juz 8, 8 Ramadan 1431

2010-08-26 Terurut Topik Abu Muaz
113. Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan
orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan
(pula) segala sesuatu ke hadapan mereka nescaya mereka tidak (juga)
akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka
tidak mengetahui.   (Al-An’aam, 6 : 111)



114. Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu
syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian
mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang
indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya
mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang
mereka ada-adakan. (Al-An’aam, 6 : 112)



115. Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal
Dialah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) kepadamu dengan
terperinci? (Al-An’aam, 6 : 114)



116. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi
ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak
lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain
hanyalah berdusta (terhadap Allah). (Al-An’aam, 6 : 116)



117. Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya
petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam.
Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah
menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke
langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak
beriman. (Al-An’aam, 6 : 125)



118. Katakanlah: Allah mempunyai hujah yang jelas lagi kuat; maka jika
Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya.
(Al-An’aam, 6 : 149)



119. Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus,
maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang
lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.
Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.
(Al-An’aam, 6 : 153)



120. Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah
untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian
itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang
pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah). (Al-An’aam, 6 :
162163)



121. Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia
meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa
darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-An’aam, 6 : 165)



122. Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya
benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang
lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang
mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan
mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (Al-A’raaf, 7 : 1617)



123. Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti
kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan
pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahawa mereka
mendapat petunjuk. (Al-A’raaf, 7 : 30)



124. Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki)
masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
(Al-A’raaf, 7 : 31)



125. Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang
waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak
dapat (pula) memajukannya. (Al-A’raaf, 7 : 34)



126. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh,
Kami tidak memikulkan kewajipan kepada diri seseorang melainkan sekadar
kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di
dalamnya. (Al-A’raaf, 7 : 42)



127. Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al-Quran)
kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan
Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Al-A’raaf, 7 : 52)



128. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang
lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui
batas. (Al-A’raaf, 7 : 55)

www.quran30hari.blogspot.com




Help Palestine [hidayahnet] Mutiara Al-Quran - Juz 10, 10 Ramadan 1431

2010-08-29 Terurut Topik Abu Muaz
148. Akan tetapi (Allah mempertemukan dua pasukan itu) agar Dia
melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan, iaitu agar orang yang
binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang
hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata (pula). Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfaal, 8 : 42)



149. Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang
kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang
yang sabar. (Al-Anfaal, 8 : 46)



150. (Ingatlah), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada
penyakit di dalam hatinya berkata: Mereka itu (orang-orang mukmin)
ditipu oleh agamanya. (Allah berfirman): Barang siapa yang tawakal
kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. (Al-Anfaal, 8 : 49)



151. Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu
sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan
persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang
selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah
mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya
akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya
(dirugikan). (Al-Anfaal, 8 : 60)



152. Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para
mukmin, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi,
nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah
telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana. (Al-Anfaal, 8 : 6263)



153. Mengapakah kamu takut kepada mereka padahal Allah-lah yang berhak
untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
(At-Taubah, 9 : 13)



154. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja),
sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang
berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia
selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (At-Taubah, 9 : 16)



155. Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang
yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan
solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain
kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk
golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (At-Taubah, 9 : 18)



156. Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,
isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan
Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang fasik. (At-Taubah, 9 : 24)



157. Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak
(pula) kepada hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang
telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan
agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan
Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang
mereka dalam keadaan tunduk. (At-Taubah, 9 : 29)



158. Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka
sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih
putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha
Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah
dari apa yang mereka persekutukan. (At-Taubah, 9 : 31)



159. Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut
(ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain
menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak
menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa)
petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas
segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai. (At-Taubah,
9 : 3233)



160. Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan
kepada kamu: Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah kamu
merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan
kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal
kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di
akhirat hanyalah sedikit. (At-Taubah, 9 : 38)



161. Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa
berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang
demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Kalau yang
kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan
perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi
tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. (At-Taubah, 9 :
4142)



162. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian
mereka (adalah) 

Help Palestine [hidayahnet] Mutiara Al-Quran - Juz 9, 9 Ramadan 1431

2010-08-29 Terurut Topik Abu Muaz
129. Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,
pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan
bumi. (Al-A’raaf, 7 : 96)



130. Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di
muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka
jika melihat tiap-tiap ayat (Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan
jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak
mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka
terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan
ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya.  (Al-A’raaf, 7 :
146)



131. (Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang
(namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di
sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang
mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka
segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan
membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada
mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya,
menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya
(Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raaf, 7 :
157)



132. Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata:
Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau
mengazab mereka dengan azab yang amat keras? Mereka menjawab: Agar
kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan
supaya mereka bertakwa. (Al-A’raaf, 7 : 164)



133. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahawa sesungguhnya
Dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat
orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang
seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksa-Nya, dan
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raaf,
7 : 167)



134. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak
Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa
mereka (seraya berfirman): Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab:
Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi. (Kami lakukan yang
demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya
kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan
Tuhan). (Al-A’raaf, 7 : 172)



135. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai
mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda
kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai. (Al-A’raaf, 7 : 179)



136. Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi
petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan
keadilan. (Al-A’raaf, 7 : 181)



137. Barang siapa yang Allah sesatkan, maka baginya tak ada orang yang
akan memberi petunjuk. Dan Allah membiarkan mereka terombang-ambing
dalam kesesatan. (Al-A’raaf, 7 : 186)



138. Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya?
Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada
sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu
kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi
makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang
kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu
seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya
pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Al-A’raaf, 7 : 187)



139. Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf,
serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. (Al-A’raaf, 7 : 199)



140. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari
syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat
kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan
fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak
henti-hentinya (menyesatkan). (Al-A’raaf, 7 : 200-202)



141. Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan
perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. Dan sebutlah
(nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan
dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah
kamu termasuk orang-orang yang lalai. Sesungguhnya malaikat-malaikat
yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan
mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya lah mereka bersujud.
(Al-A’raaf, 7 : 204-206)



142. Sesungguhnya 

Help Palestine [hidayahnet] Mutiara RIADHUS SHALIHIN - Mutiara 17 : Tegahan Bidaah

2010-08-31 Terurut Topik Abu Muaz
Mutiara RIADHUS SHALIHIN
 
Mutiara 17
Tegahan Bidaah
 
 
 
(Bab 18 : Tegahan Bidaah, Hadits RS169-RS170)
 
 
Allah Taala berfirman:
 
“Tidaklah Kami alpakan sesuatu pun di dalam kitab.”  (Al-An’aam, 6:38)
 
“Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada 
Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya).”  (An-Nisaa’, 4:59)
 
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka 
ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana 
jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.”  (Al-An’aam, 6:153)
 
Ayat-ayat lain : Yunus, 10:32; Ali Imran, 3:31.
 
 
Setiap amalan yang tidak bersandarkan Al-Quran dan sunnah adalah tertolak. 
Amalan-amalan tersebut mungkin berasal daripada agama asal sesuatu masyarakat 
sebelum mereka menerima Islam, bercampur-aduk dengan amalan masyarakat lain 
yang tidak beragama Islam, direka oleh orang-orang tertentu dalam masyarakat 
maupun dicipta sendiri oleh seseorang individu.
 
M46. Dari Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini dengan perkara yang 
tidak ada dasar daripadanya, ia tertolak. (RS169; Bukhari, Muslim)
 
Dalam riwayat Muslim juga:
 
Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak berasal dari urusan (agama) 
kami, ia tertolak.”
 
M47. Dari Jabir r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berkhutbah, 
merah padam mata baginda, lantang suaranya, kelihatan sangat serius seolah-olah 
baginda memberi amaran kepada tentera dengan bersabda: “Bersiap sedialah kamu 
dari musuh yang menyerang pagi dan petang.” Baginda bersabda:
 
Aku diutuskan ketika hari kiamat telah hampir seperti dua jari ini.” Baginda 
merapatkan jari telunjuk dan jari tengah. Kemudian menambah: Kemudian dari 
itu, sesungguhnya sebaik-baik keterangan ialah Kitab Allah (Al-Quran) dan 
sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w. Seburuk-buruk urusan 
(agama) ialah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat. (RS170; Muslim)
 
 
http://riadhusshalihin.blogspot.com/



Help Palestine [hidayahnet] Mutiara RIADHUS SHALIHIN - Mutiara 18 : Menganjur dan Bertolongan untuk Kebaikan

2010-09-02 Terurut Topik Abu Muaz
Mutiara RIADHUS SHALIHIN Mutiara 18Menganjur dan Bertolongan untuk 
Kebaikan  (Bab 19 : Mencontohkan Amal Baik dan Jahat, Hadits RS171-RS172;Bab 20 
: Menganjur Kebaikan atau Kesesatan, Hadits RS173-RS176;Bab 21 : Bertolongan 
untuk Kebajikan dan Takwa, Hadits RS177-RS180;Bab 22 : Nasihat, Hadits 
RS181-RS183)  Allah Taala berfirman: Dan
orang-orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami
isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),
dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.' (Al-Furqaan,
25:74) Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi 
petunjuk dengan perintah Kami.  (Al-Anbiyaa', 21:73) Serulah (manusia) kepada 
jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.  (An-Nahl, 16:125) Dan 
tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa.  (Al-Maa-idah, 
5:2) Demi
masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya
menetapi kesabaran. (Al-'Ashr, 103:1-3) Ayat-ayat lain : Al-Hajj, 22:76; Ali 
Imran, 3:104; Al-Hujuraat, 49:10; Al-A'raaf, 7:62; Al-A'raaf, 7:68.  Orang-orang
yang soleh tidak mengasingkan diri dari masyarakat. Mereka memberi
manfaat dan mengambil manfaat dari masyarakat, manfaat yang boleh
membantu kehidupan di akhirat kelak. Mereka mencontohi orang-orang
soleh yang lain, dan mereka menjadi contoh tauladan kepada orang lain.
Mereka juga bantu membantu untuk mentaati Allah, saling nasihat
menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. M48. Dari Abu Amr Jarir bin Abdullah 
r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa
memulakan contoh yang baik dalam Islam, ia beroleh pahalanya dan pahala
orang yang mengikut tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan
sesiapa yang memulakan contoh yang buruk dalam Islam, ia beroleh
dosanya dan dosa orang yang mengikut tanpa mengurangi dosa mereka
sedikit pun. (RS171; Muslim) M49. Dari Abul Abbas Sahl bin Saad As-Saidi r.a. 
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi
Allah! Jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang dengan sebab
usahamu, itu lebih baik dari kamu beroleh binatang ternak yang
merah-merah. (RS175; Bukhari, Muslim) M50. Dari Abu Abdul Rahman Zaid bin 
Khalid Al-Juhani r.a., katanya: Nabi Allah s.a.w. bersabda: Sesiapa
yang menyediakan keperluan orang yang berjihad fisabilillah,
sesungguhnya ia berjihad. Dan sesiapa yang menjaga keluarga orang yang
berjihad fisabilillah, sesungguhnya ia berjihad. (RS177; Bukhari,
Muslim) M51. Dari Abu Ruqayyah Tamin bin Aus Ad-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. 
bersabda: Agama
itu nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Baginda menjawab: Untuk
Allah, kitabNya, rasulNya, pemimpin-pemimpin serta seluruh umat Islam
(RS181; Muslim)  http://riadhusshalihin.blogspot.com/