Berikut saya kutip artikel Kesehatan. Maaf, dalam bahasa Malaysia
----------------------------------------------------------------------------

Kenapa Spirulina bermanfaat kepada kesihatan
(Rencana tentang ilmu pemakanan berzat dan bio kimia berikut ini dinukil
dari karya Dr. Adelle Davis, pakar bio-kimia Amerika Syarikat: (1) Let's Eat
Righ To Keep Fit; (2) Let's Get Well; (3) Let's Have Healthy Children,
disamping merujuk kepada buku 'Bio-Kimia' di Institut Penyelidikan Bio
Kimia, Kolej Perubatan, Universiti Taiwan; 'Medicine' karya Harrison's dan
'How To Get Well', siri buku pemakanan Donsbach oleh Dr. Paavo Airola,
Donsbach Nutritional University, Amerika Syarikat.)

Orang-orang zaman moderen sering dijangkiti penyakit kerana pemakanan yang
tidak sesuai. Orang-orang moderen yang lebih selesa pada kehidupan material
lebih berkecenderungan untuk makan daging. Sebagaimana yang diketahui umum,
bahawa vitamin dan galian (mineral) amat diperlukan badan kita untuk
mencernakan daging. Namun oleh kerana makanan diproses tidak mengandungi
vitamin yang mencukupi, tambahan pula sesetengah orang tidak suka makan
sayur-sayuran, buah-buahan ataupun pengambilannya tidak mencukupi, maka
Elemen Berakali dalam badan turut berkekurangan. Oleh itu, terjadilah
penyakit-penyakit, lebih-lebih lagi penyakit kronik seperti darah tinggi,
kencing manis dan malahan penyakit barah (kanker). Sedangkan
penyakit-penyakit demikian masih tidak dapat diubati secara berkesan oleh
perubatan pada zaman ini, kerana unsur makanan berzat (bergizi) telah
diabaikan. Seandainya makanan berzat sama-sama dipandang berat dengan
perubatan, maka banyak penyakit barah akan dapat diubati. Dalam hal ini,
Spirulina merupakan makanan yang dapat membekalkan zat-zat yang dapat
memulihkan kesihatan badan. Berikut ini diterangkan beberapa faktor tentang
punca (penyebab) penyakit dan cara terapi dietnya yang berkesan.


1. Hubungan Spirulina dengan Ibu Berbadan Dua (Hamil)
Spirulina adalah makanan semula jadi yang paling ideal dan paling selamat
untuk ibu berbadan dua sebagai pembekal bahan-bahan berzat

1. Tentukan Anak Lelaki atau Perempuan
Teori Asid-Alkali yang dikemukakan oleh pakar-pakar perubatan telah
membuktikan bahawa sperma laki-laki lebih aktif sekiranya berada dalam air
mani perempuan yang bersifat alkali, sehigga lebih menjamin kemungkinan
untuk mendapat anak lelaki. Maka, untuk mendapat anak lelaki, si isteri
perlu makan sayur-sayuran yang lebih agar bendalir badannya bersifat alkali.

Terdapat sesetengah pihak berpendapat bahawa penggunaan air soda untuk
mencuci alat kelami sebelum persetubuhan akan juga mendatangkan kesan yang
sama. Faktor lain yang juga penting ialah persetubuhan selepas pengovuman
akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat anak lelaki. Walaupun
sperma lelaki bergerak pantas tetapi ia tidak dapat hidup panjang dalam
bendalir kumuhan berasid. Spirulina adalah sejenis makanan berbes yang amat
berkesan. Ia kaya dengan magnesium, kalium, kalsium, natrium. Penggunaannya
3-5 bulan berturut-turut sebelum mengandung akan meningkatkan lagi
kemungkinan untuk mendapat anak lelaki.

2. Mencegah Bayi daripada keguguran
Menurut Dr. Adelle Davis, kekurangan vitamin E, B12 akan menyebabkan
keguguran. Sebelum terbentuknya janin, bekalan Asid Folik harus mencukupi.
Lebih dari pada separuh kejadian keguguran disebabkan oleh kekurangan Asid
Folik. Manakala kekurangan protein (kurang daripada 50g sehari), vitamin A,
C, K akan juga menyebabkan keguguran. Penyakit berjangkit seperti campak dan
merokok berlebihan akan juga menyebabkan keguguran. Spirulina adalah makanan
semulajadi yang kaya akan protein, di samping vitamin A dan B12. Ia kaya
juga dengan vitamin E, Asid Folik, vitamin C dan K. Ia adalah sejenis
makanan berzat sempurna yang amat bermanfaat kepada ibu berbadan dua,
lebih-lebih lagi ia dapat mencegah bayi daripada keguguran.

3. Mencegah Bayi daripada Kecacatan
Kekurangan Asid Folik, vitamin B2 akan menyebabkan kecacatan bentuk mata,
bibir sumbing, dan jari bersambung. Kekurangan Mangan akan menyebabkan
kecacatan pada telinga dan mata. Kekurangan vitamin E akan juga menyebabkan
kecacatan mata. Seseorang wanita yang makan Salikomide berlebihan untuk
mencegah muntah-muntah, akhirnya bayi yang dilahirkan akan kecacatan tangan
dan kaki. Oleh itu, ibu berbadan dua haruslah berhati-hati dalam penggunaan
ubat. Spirulina adalah makanan semula jadi, ia ternyata amat selamat setelah
bertahun-tahun diuji oleh pakar-pakar perubatan Jepun. Ia kaya dengan Mangan
dan Zink, maka ia amatlah bernilai.


bersambung



---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.325 / Virus Database: 182 - Release Date: 2/19/2002






>> Kirim bunga ke kota2 di Indonesia dan mancanegara? Klik, http://www.indokado.com/
>> Info balita, http://www.balita-anda.indoglobal.com
Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]


Kirim email ke