maaf bp.tommy/ibu susi, saya kurang mengerti.
spirulina itu spt apa ya..? atau mungkin dalam bhs
indonesianya apa..
norak nih. hehe...


----- Original Message -----
From: Tommy & Susi <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: 12 Maret 2002 15:13
Subject: [balita-anda] Artikel : Kenapa Spirulina
bermanfaat kepada kesihatan


Berikut saya kutip artikel Kesehatan. Maaf, dalam
bahasa Malaysia
--------------------------------------------------
--------------------------

Kenapa Spirulina bermanfaat kepada kesihatan
(Rencana tentang ilmu pemakanan berzat dan bio
kimia berikut ini dinukil
dari karya Dr. Adelle Davis, pakar bio-kimia
Amerika Syarikat: (1) Let's Eat
Righ To Keep Fit; (2) Let's Get Well; (3) Let's
Have Healthy Children,
disamping merujuk kepada buku 'Bio-Kimia' di
Institut Penyelidikan Bio
Kimia, Kolej Perubatan, Universiti Taiwan;
'Medicine' karya Harrison's dan
'How To Get Well', siri buku pemakanan Donsbach
oleh Dr. Paavo Airola,
Donsbach Nutritional University, Amerika
Syarikat.)

Orang-orang zaman moderen sering dijangkiti
penyakit kerana pemakanan yang
tidak sesuai. Orang-orang moderen yang lebih
selesa pada kehidupan material
lebih berkecenderungan untuk makan daging.
Sebagaimana yang diketahui umum,
bahawa vitamin dan galian (mineral) amat
diperlukan badan kita untuk
mencernakan daging. Namun oleh kerana makanan
diproses tidak mengandungi
vitamin yang mencukupi, tambahan pula sesetengah
orang tidak suka makan
sayur-sayuran, buah-buahan ataupun pengambilannya
tidak mencukupi, maka
Elemen Berakali dalam badan turut berkekurangan.
Oleh itu, terjadilah
penyakit-penyakit, lebih-lebih lagi penyakit
kronik seperti darah tinggi,
kencing manis dan malahan penyakit barah (kanker).
Sedangkan
penyakit-penyakit demikian masih tidak dapat
diubati secara berkesan oleh
perubatan pada zaman ini, kerana unsur makanan
berzat (bergizi) telah
diabaikan. Seandainya makanan berzat sama-sama
dipandang berat dengan
perubatan, maka banyak penyakit barah akan dapat
diubati. Dalam hal ini,
Spirulina merupakan makanan yang dapat membekalkan
zat-zat yang dapat
memulihkan kesihatan badan. Berikut ini
diterangkan beberapa faktor tentang
punca (penyebab) penyakit dan cara terapi dietnya
yang berkesan.


1. Hubungan Spirulina dengan Ibu Berbadan Dua
(Hamil)
Spirulina adalah makanan semula jadi yang paling
ideal dan paling selamat
untuk ibu berbadan dua sebagai pembekal
bahan-bahan berzat

1. Tentukan Anak Lelaki atau Perempuan
Teori Asid-Alkali yang dikemukakan oleh
pakar-pakar perubatan telah
membuktikan bahawa sperma laki-laki lebih aktif
sekiranya berada dalam air
mani perempuan yang bersifat alkali, sehigga lebih
menjamin kemungkinan
untuk mendapat anak lelaki. Maka, untuk mendapat
anak lelaki, si isteri
perlu makan sayur-sayuran yang lebih agar bendalir
badannya bersifat alkali.

Terdapat sesetengah pihak berpendapat bahawa
penggunaan air soda untuk
mencuci alat kelami sebelum persetubuhan akan juga
mendatangkan kesan yang
sama. Faktor lain yang juga penting ialah
persetubuhan selepas pengovuman
akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat
anak lelaki. Walaupun
sperma lelaki bergerak pantas tetapi ia tidak
dapat hidup panjang dalam
bendalir kumuhan berasid. Spirulina adalah sejenis
makanan berbes yang amat
berkesan. Ia kaya dengan magnesium, kalium,
kalsium, natrium. Penggunaannya
3-5 bulan berturut-turut sebelum mengandung akan
meningkatkan lagi
kemungkinan untuk mendapat anak lelaki.

2. Mencegah Bayi daripada keguguran
Menurut Dr. Adelle Davis, kekurangan vitamin E,
B12 akan menyebabkan
keguguran. Sebelum terbentuknya janin, bekalan
Asid Folik harus mencukupi.
Lebih dari pada separuh kejadian keguguran
disebabkan oleh kekurangan Asid
Folik. Manakala kekurangan protein (kurang
daripada 50g sehari), vitamin A,
C, K akan juga menyebabkan keguguran. Penyakit
berjangkit seperti campak dan
merokok berlebihan akan juga menyebabkan
keguguran. Spirulina adalah makanan
semulajadi yang kaya akan protein, di samping
vitamin A dan B12. Ia kaya
juga dengan vitamin E, Asid Folik, vitamin C dan
K. Ia adalah sejenis
makanan berzat sempurna yang amat bermanfaat
kepada ibu berbadan dua,
lebih-lebih lagi ia dapat mencegah bayi daripada
keguguran.

3. Mencegah Bayi daripada Kecacatan
Kekurangan Asid Folik, vitamin B2 akan menyebabkan
kecacatan bentuk mata,
bibir sumbing, dan jari bersambung. Kekurangan
Mangan akan menyebabkan
kecacatan pada telinga dan mata. Kekurangan
vitamin E akan juga menyebabkan
kecacatan mata. Seseorang wanita yang makan
Salikomide berlebihan untuk
mencegah muntah-muntah, akhirnya bayi yang
dilahirkan akan kecacatan tangan
dan kaki. Oleh itu, ibu berbadan dua haruslah
berhati-hati dalam penggunaan
ubat. Spirulina adalah makanan semula jadi, ia
ternyata amat selamat setelah
bertahun-tahun diuji oleh pakar-pakar perubatan
Jepun. Ia kaya dengan Mangan
dan Zink, maka ia amatlah bernilai.


bersambung



---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system
(http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.325 / Virus Database: 182 - Release
Date: 2/19/2002






>> Kirim bunga ke kota2 di Indonesia dan
mancanegara? Klik, http://www.indokado.com/
>> Info balita,
http://www.balita-anda.indoglobal.com
Stop berlangganan, e-mail ke:
[EMAIL PROTECTED]






>> Kirim bunga ke kota2 di Indonesia dan mancanegara? Klik, http://www.indokado.com/
>> Info balita, http://www.balita-anda.indoglobal.com
Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]


Kirim email ke