Terdapat perbedaan antara Spirulina dengan Chlorela..
Berikut keterangan dari artikelnya
Apakah itu Spirulina
Spirulina adalah sejenis rumpair tasik masin (danau air asin) yang juga
dikenali sebagai Alga Ungu
Spirulina berbentuk pilin (spiral), selnya berbilang, panjangnya 300-500
mikron. Ia mudah dihadam dan diserap
Chlorella hidup dalam Air Tawar berbentuk bulat, selnya tunggal, panjang
diameternya 4-5 mikron dan dinding selnya tebal
Spirulina sejenis rumpair tasik masin asli yang tumbuh di dalam danau masin
di kawasan tropika. Ia tidak dapat hidup dalam air tawar.
Spirulina ditemui oleh Dr. Clement dari Prancis pada tahun 1962. Dr. Clement
amat tertarik oleh kenyataan yang menakjubkan bahawa kesihatan kelompok
Ganimou yang tinggal di sekitar danau Chades, Afrika lebih kuat daripada
sebarang orang yang bertamudun. Mereka hidup dalam keadaan dimana ternakan,
binatang dan burung liar serta ikan serba kekurangan, seperti dalam
kehidupan purbakala. Setelah kajian mendalam dijalankan, beliau mendapati
bahawa kelompok Ganimou sering kali mengumpulkan tumbuhan rumpair tasik
masin hijau yang terapung di permukaan danau untuk dijemur dibawah terik
matahari, lalu menjadikannya sebagai roti ban atau masakan sup untuk
dimakan. Tumbuhan hijau inilah yang dikenali sebagai Spirulina.
Dr. Celement telah menghabiskan segala usaha bertahun-tahun untuk mengkaji
kandungan, ekologi, cara pemupukan, keselamatan dimakan dan kesan kesihatan
oleh Spirulina. Dan pada akhirnya Dr. Celement telah mengemukakan laporan
kajian beliau dalam Persidangan Protein Sedunia, pada bulan Mei 1973.
Laporan beliau itu telah menggemparkan seluruh dunia.
Permukaan kepingan Spirulina berwarna hijau. Terdapat sesetengah orang salah
anggap bahawa ianya sama dengan Chlorella. Dari jadual 1 dan rajah 1 serta
gambar dari Mikrograf Elektronik, didapati bahawa Spirulina adalah sejenis
benda yang sama sekali berbeza dengan Chlorella.
Keterangan Rajah (Grafik) : Dari ujian ketercernaan enzim gaster tersebut,
jelas bahawa pencernaan Spirulina hampir sama dengan kasein, yakni ia mudah
juga dihadam. Maka, ia tidak mempunyai keburukan seperti yang terdapat pada
Chlorella.
Rajah ujian ketercernaan tersebut dinukil dari 'Science Asahi, di muka surat
53, karya Dr. Ogawa (diterbitkan pada Julai 1973).
Jadual (tabel) 1 : Perbezaan Spirulina dengan Chorella
Perkara Rupair Tasik Masin Alga Hijau
Spirulina
Chlorella
----------------------------------------------------------------------------
-----
Ukuran 0,3-0,5 mm 0,004-0,006
mm
Struktur Sel Sel Berbilang Sel Tunggal
Medium Pembiakan Larutan Bergaram Larutan Berasid Asetik
Keterlarutan Air Tinggi Rendah
Ketercernaan Tinggi Rendah
Protein 60-68 50-55
Karbohidrat 13-16 10-25
Lemak 5-7 10-30
Vitamin Vitamin A, B1, B2, B6 Vitamin A, B1,
B2, B6
B12, E, Asid Nikotinik Asid
Nikotinik
Asik Folik, Asid Pantotenik
Kandungan pigmen Klorofil, Pigmen Kuning Klorofil, Pigmen Kuning
Xantofil, Pigmen Biru- Xantofil
Protein
Salam
----- Original Message -----
From: <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, March 13, 2002 1:22 PM
Subject: Re: [balita-anda] Artikel : Kenapa Spirulina bermanfaat kepada
kesihatan
>
> Kalo enggak salah CNI jual itu Sunchlorela ya........................
---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.325 / Virus Database: 182 - Release Date: 2/19/2002
>> Kirim bunga ke kota2 di Indonesia dan mancanegara? Klik, http://www.indokado.com/
>> Info balita, http://www.balita-anda.indoglobal.com
Stop berlangganan, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]