Assalamualaikum..harap2nya laman web ni tak jadi medan bertikam lidah bagi mereka2 yg berfahaman politik lain2 lah......maklumlah, rambut sama hitam, hati lain-lain, pendapat pun lain2...jadi cara terbaik maybe jangan bagi pendapat yang terlalu sensitif sampai orang2 lain boleh jadi sakit hati bila baca (pendapat saya lah)....
Tapi rasa janggal juga....di kala PM kita, Dato' Seri Abdullah Badawi me war-warkan pasal pembangunan Islam Hadhari, tapi at the same time, Datin Seri Endon memperjuangkan kebangkitan kebaya nyonya, kain sutera dan batik...memanglah tak salah sbb dah jadi budaya kita dari dulu, tapi nampak janggal sbb malam tadi kuar berita TV3 fesyen show batik, model sume ala-ala seksi gitu, terdeda2h gitu, nampak dada, batik yg asalnya dari kaum Melayu yang pakai labuh sampai ke kaki dah dimodenkan jadi ala-ala separuh gituuuuuu....kan bagus kalau isteri PM suggest fesyen show batik or kebaya nyonya tapi modified sikit, biar ala- ala tutup aurat dan sesuai untuk muslimah....barulah nampak seiring dan selari dgn perjuangan suaminya.......jadi.....emm...saya rasa tak hairanlah kalau ada org nak mempertikaikan apa yg diorg nak pertikaikan.....ye tak?
pendapat peribadi jer....sbb rasa mcm bercanggah pulak perjuangan First Men n First Lady ni.....emmmm......itu satu contoh lah, ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS...dalam buku maybe semuanya diterangkan dgn cantik, tapi apa yg kita nak lihat ialah ACTION, not WORDS only....sekian......
piza <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
piza <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
ASM sdr,
minta sdr lebih rasional dan minta sdr lebih menghormati perasaan
sesama islam....jgn berkata-kata tanpa menggunakan akal yg sihat
kerana bila akal anda tidak sihat anda hanya berkata-kata berdasarkan
nafsu yg telah tertipu.
sila perhatikan semula apa yg sdr tulis itu....bagaimanapun, izinkan
saya memberi pendapat saya supaya berlaku keadilan disini disebabkan
pendapat sdr kita yg terlalu cepat melatah-latah tanpa membaca isi
kandungan buku itu terlebih dahulu.
Adakah kita harus berpegang kepada kata org tidak tahu dan tidak
pernah membaca buku tersebut sehingga boleh menuduh buku tersebut
dirujuk dengan Christopher Columbus ? walaupun menyatakan sekadar
joke, ia dalah satu penghinaan sebenarnya..lebih-lebih lagi tanpa
usul periksa meletakkan isi kandungan buku tersebut sebagai satu
tipuan dajjal dan sanggup pula mempergunakan nama nabi di
situ.....Sdr, saya pelik sekali, sdr tak baca, tapi sdr tuduh begitu
hebat..Angkara apakah yg telah masuk ke hati sdr sehingga sdr ibarat
org yg hilang akal seperti itu ?....
Saya telah membaca buku tersebut, berulang kali. Dan kepada yg ingin
membaca secara online saya harap sdr/sdri boleh ke :
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?
tid=142446&page=1&fpage=1&sid=FSSjfF
saya harap sdr/sdri bersikap adillah kepada diri sendiri dengan
membaca terlebih dahulu buku tersebut tanpa menuduh tanpa usul
periksa. Kita org terpelajar, buatlah cara terpelajar...
tetapi malangnya sdr ruzaihan bersikap, berfikir seperti org yg tidak
pernah tahu apa-apa yg dimaksudkan dengan pembangunan islam...kalau
tidak mahu baca buku tulisan ust ashhari tak mengapa, tapi pergi
rujuk pada Prof Dr Syukri Salleh (USM), Prof Madya Dr Fauzi Abd Hamid
(USM), Prof Dr Sidek Baba ( UIA) atau Prof Dr Syed Naquib Al Attas
(ISTAC), sebelum sdr boleh bercakap tentang pembangunan islam.
Sekadar menyebut beberapa nama sahaja...
saya pastekan sedikit petikan dari buku tersebut yg didaapti dari
kandungan online di atas .
BAB Pengenalan
Jangan kita terkeliru dengan istilah
Madani atau Hadhari. Walaupun bunyinya
hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak
membawa apa-apa maksud baru atau maksud-
maksud tambahan kepada istilah Islam
yang sebenarnya.
PENDAHULUAN
Semenjak Perdana Menteri menyebut tentang perlaksanaan Islam Hadhari
sedikit masa dahulu, ramai di kalangan rakyat turut menyebut dan
mengulangi istilah yang sama. Baik di kalangan para menteri, timbalan-
timbalan menteri, di kalangan wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai
kerajaan, para ulama, para akademik, pengulas-pengulas di akhbar dan
tidak ketinggalan rakyat biasa dari berbagai-bagai peringkat
masyarakat.
Dalam isu-isu yang lain, orang memperkatakan terus pen-dapat mereka
tentang isu yang menjadi persoalan. Suka tak suka. Pro dan kontra.
Kesan baik dan kesan tidak baiknya dan berbagai-bagai lagi. Tetapi
dalam isu Islam Hadhari ini, tidak banyak pendapat seperti itu
dibincangkan. Tidak ada pendapat pro dan kontra, suka atau tak suka,
kesan baik atau tidak baiknya. Ini kerana orang belum faham. Orang
masih tertanya-tanya. Orang masih belum pasti apa sebenarnya Islam
Hadhari itu. Oleh itu tidak ada sesiapa yang boleh mem-beri pendapat
atau membuat apa-apa komen.
Kalau ada pun yang memberi reaksi, hanya setakat menyatakan kefahaman
mereka tentang Islam Hadhari itu. Itu pun kefahaman mereka sahaja,
tidak ada apa-apa yang pasti. Sebab tidak ada tempat rujuk. Islam
Hadhari tidak disebut dalam Al Quran dan tidak disebut dalam hadis.
Ulama-ulama muktabar dahulu pun tidak ada yang menyebutnya. La
istilah baru atau istilah kontemporari. la hanya disebut oleh
beberapa ilmuan mutakhir dan kefahaman ini belum meluas dan belum
diterima umum.
TAKRIF
Kita biasa didedahkan kepada istilah Islam Madani yang pernah
dipopularkan satu ketika dulu. Islam Madani juga adalah istilah
kontemporari. Tidak ada dalam Al Quran dan tidak ada dalam hadis.
Namun istilah Madani ini lebih mudah diTahami sebab maksudnya terus
dan direct. Bila dikatakan Islam Madani, maksudnya Islam yang maju
lahir batin. Kalaupun orang tidak boleh bayangkan kemajuan batin atau
rohaninya, sedikit sebanyak orang boleh nampak pembangunan dan
kemajuan lahirnya seperti kereta mewah, gedung yang besar-besar dan
sebagainya.
Madani adalah dari perkataan madana yang bermaksud kemajuan. Apabila
ditambah 'ya' di hujungnya menjadi madani, maka mengikut kaedah
bahasa Arab, ia menjadi isim nisbah iaitu yang dibangsakan kepada
kemajuan.
Hadhari adalah dari perkataan hadhara. Kalau hendak diterjemahkan
dari segi bahasa, maknanya hadhir (hadir). Bila ditambah 'ya' di
hujungnya menjadi hadhari, maka maksudnya menjadi isim nisbah iaitu
dibangsakan kepada hadhir.
Kalau maksud madani itu terus atau direct iaitu kemajuan, maksud
hadhari pula tidak sebegitu direct. Orang tidak dapat kaitkan hadhir
dengan Islam. Apakah itu Islam yang hadhir? Maksudnya kabur. Oleh itu
istilah hadhari ini perlu diterjemah, diulas dan dikupaskan lagi.
Terjemahan atau kupasan kepada istilah hodhir ini ialah realiti. Jadi
Islam Hadhari ialah Islam Realiti. Realiti ialah sebenarnya, yang
betul-betul Islam, yang tulen dan pure yang hakiki. laitu Islam
seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan di zaman para-para
Sahabat. Islam yang membawa kemajuan rohaniah dan lahiriah.
Bila diulas, dibahas dan dikupas, kita dapati hadhari dan madani itu
lebih kurang sama maksudnya. Cuma madani senang difahami dan
maksudnya jelas sedangkan hadhari maksudnya tidak jelas dan ia
bersifat indirect. Yang berbeza hanya istilahnya sahaja kerana ianya
dibawa oleh orang yang berlainan. Maksud, hakikat dan tuntutannya
tetap sama. Islam rtu satu sahaja. laitu seperti yang diajar dan
dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kalau ada Islam yang berbeza dari itu, maka tidak tulenlah Islamnya.
Islam itu satu, dari Tuhan yang satu, berasaskan Al Quran yang satu
dan dibawa oleh Rasul yang satu. Oleh itu ia mesti satu pada bila-
bila masa pun. Kecuali dalam hal-hal furuk yang kita dibenarkan
bermazhab.
Namakanlah Islam itu madani ataupun hadhari ataupun apa-apa istilah
yang lain, ia tetap Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW,
kerana kalau dikatakan Islam, tidak ada Islam lain selain daripada
itu. Kalau berbeza maka ia dengan sendirinya tertolak.
Sebenarnya, kalau disebut Islam sahaja pun sudah cukup. Istilah-
istilah dan slogan-slogan yang lain sebenarnya tidak menambah apa-apa
kepada istilah Islam. Yang penting umat Islam mesti memahami betul-
betul Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Bukan Islam ikut fahaman
sendiri atau ikut fahaman kelompok-kelompok yang tertentu. Oleh itu
jangan kita terkeliru dengan istilah Madani atau Hadhari. Walaupun
bunyinya hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak mernbawa apa-apa
maksud baru atau maksud-maksud tam-bahan kepada istilah Islam yang
sebenarnya.
Namun, tidak pula salah untuk menambah istilah lain kepada Islam bagi
meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam yang asal itu. Sebab
kalau umat Islam dilihat cacat, itu bukan bererti Islam mengajar
umatnya jadi begitu. Itu adalah tanda umat Islam telah tersimpang
dari ajaran Islam yang sebenar.
JADI SAYA KIRA KALAU KITA IKHLAS TERHADAP DIRI SENDIRI DAN PERPADUAN
SESAMA ISLAM, MENGAPA PERLU ADA TUDUH MENUDUH?.....
Sesuatu yg baik seperti yg diterangkan oleh Ustaz Ashaari itu adalah
menepati kehendak kita sebagai seorg islam.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
