|
kes kecil Jeslina pun terbatal camna kita nak
hadapai benda besar camni kalau puak-puak yang KAT ATAS tu dah
sekongkol
itu yang teman sedihni......
adeke pihak-pihak yang lebih KUASA untuk
membatalkan kes ini
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, March 15, 2005 3:09
PM
Subject: Bismillah [hidayahnet]
ICM-Malaysia lebih memerlukabn pendekatan beradab
ICM-Malaysia lebih memerlukabn pendekatan beradab
Assalamualaikum,
Harap semua cerdik pandai Islam lebih sensitif dengan apa yang
berlaku di Malaysia. Tindakan yang proaktif dari kita semua diperlukan dalam
memantau gerakan-gerakan pihak liberal dari terus berleluasa. Tindakan ini
perlu demi menjamin generasi yang baru berada dalam persekitaran yang harmoni
berasaskan konsep tauhid. Sekiranya dibiarkan berleluasa gerakan-gerakan ini
akan menjalar seperti 'api dalam sekam' seterusnya ditakuti pandangan mereka
akan menjadi dokongan generasi muda.
Mungkin tlh ramai yg maklum tentang pri pentingnya isu
ini... walau apapun disertakan pandangan ABIM berkenaan isu
ICM:-
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) mengalu-alukan ketegasan
pemerintah untuk menangguhkan penubuhan Inter-Faith Commission of Malaysia
(ICM). Dengan ini juga, ABIM mendesak agar pemerintah tidak cuma menangguhkan
penubuhan ICM, bahkan menolak terus cadangan tersebut dari dipertimbangkan di
mana-mana peringkat sama ada di peringkat Parlimen mahupun di peringkat
Kerajaan.
Sehubungan ini, ABIM juga mengharapkan agar pemerintah tidak
tunduk dengan desakan, cadangan dan anjuran beberapa pihak yang tidakpun
mewakili sebahagian besar masyarakat Malaysia yang berjumlah 25 juta orang,
untuk meneruskan penubuhan ICM. Tuntutan penolakan kepada ICM yang terdiri
dari berbagai NGO dan masyarakat Islam tempoh hari menunjukkan keprihatinan
mereka tentang usaha-usaha yang hendak dilakukan oleh segelintir kelompok ke
arah konflik yang berpanjangan.
ABIM juga menyeru masyarakat
beragama di Malaysia agar menyuarakan bantahan secara lebih lantang kerana apa
yang dicadangkan oleh segelintir pendokong ICM itu menyentuh isu asas mengenai
kewujudan negara ini. Mereka ini perlu diperingatkan dengan sejumlah butiran
terperinci mengenai Kontrak Sosial yang telah disepakati oleh kesemua
masyarakat utama di negara ini sebagai asas mencapai kemerdekaan pada 1957.
Kontrak sosial ini ternyata memberi formula yang baik bagi menjamin
keharmonian sesebuah negara. Kalaupun ada kekurangannya bukanlah dengan cara
merungkai seluruh ikatan perpaduan yang telah dikecapi.
Yang amat
menyedihkan, ABIM difahamkan bahawa persidangan untuk menubuhkan ICM tersebut
turut menjadi medan mengkritik dan meremehkan agama dan masyarakat Islam di
Malaysia. Sikap yang diambil oleh persidangan ini amatlah tidak wajar. Pada
masa yang sama, masyarakat Malaysia harus diperingatkan bahawa kebebasan tanpa
batas, termasuk untuk menghina dan menghasut sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi
yang menyentuh hak-hak yang sedia ada, akan hanya mengundang tindakbalas yang
tidak kurang bezanya. Di dalam persidangan tersebut juga, difahamkan bahawa
beberapa peruntukan yang jelas dan khusus di dalam Perlembagaan telah
dinafikan secara terang-terang. Ini sekaligus memperlihatkan sikap
ketidaktelusan (not transparent) dan ketidakjujuran (dishonesty) para
pendokong ICM ini. Mengapakah Islam dijadikan fokus dalam tuntutan penubuhan
ini ?
Dengan ini ABIM mengajak semua pihak agar tidak mengambil
kesempatan kepada kelunakan sikap pemerintah untuk menjuarai kehidupan a la
Barat yang sarat dengan ethos, sistem nilai, pandangan hidup (worldview) yang
tidak langsung mengakar kepada budaya teras masyarakat Malaysia. Sistem nilai
a la Barat yang begitu fanatik dengan kebebasan mutlak tanpa batas moral ini,
telah terbukti meruntuhkan sistem nilai, kehidupan berkeluarga dan
bermasyarakat di negara-negara mereka masing-masing.
Tidak perlulah
segelintir masyarakat kita merasa terlalu hina dan rendah diri, sekiranya
masyarakat Malaysia memilih untuk tidak mengikuti pengalaman kebebasan a la
Barat ini. Tidak perlulah kita mengikuti denai-denai yang telah dirintis Barat
hanya sekadar untuk menonjolkan bahawa kita sedang mengikuti kemajuan dan
peredaran zaman, sedangkan kita mempunyai cara-kaedah kita sendiri untuk
membina masyarakat Malaysia yang beradab. Malah mereka juga telah membuktikan
tindakan-tindakan seperti diskriminasi kepada minoriti umat Islam di negara
mereka. Sepatutnya di negara merekalah wajar dicadangkan penubuhan Interfaith
Commission ini.
ABIM juga merasakan bahawa cadangan penubuhan ICM ini
akan menyebabkan jurang hubungan antara pelbagai kaum, bangsa dan agama akan
bertambah melebar dan keharmonian negara akan terjejas. Sedangkan negara
mempunyai banyak isu-isu lain untuk ditangani bagi mengukuhkan asas moral
masyarakat beragama. Apa yang diperlukan ialah meningkatkan jalinan hubungan
di antara penganut pelbagai agama untuk menghayati, memahami dan menghormati
perbezaan masing-masing. Oleh itu, dialog diantara pemimpin agama wajar di
Jadikan agenda bagi membolehkan persefahaman dan perpaduan dapat dijalinkan
seutuhnya.
Kenyataan beberapa pihak bahawa kesemua agama juga perlu
disamaratakan hanya kerana ingin menonjolkan keterbukaan sikap masyarakat
Malaysia adalah sikap yang tidak bertanggungjawab kerana umumnya, kita telah
sedia maklum bahawa setiap penganut agama telah memilih sesuatu agama di atas
kepercayaan, kerelaan, kehendak dan ilmu masing-masing. Tidak timbul keperluan
untuk menyamaratakan mana-mana agama. Dan menghormati dan toleransi diantara
agama-agama ini adalah suatu budaya yang jelas dalam kehidupan bermasyarakat
dalam negara ini.
Untuk isu-isu tertentu khususnya isu yang
bersangkutan dengan sentimen dan rasional keagamaan seperti isu murtad, ABIM
merasakan bahawa penganut Islam, sama ada di peringkat rakyat jelata, pemimpin
atau menteri, harus membuat keputusan untuk berbeza pendirian (draw the line).
Bersikap terbuka tidak membawa makna bahawa mana-mana manusia yang tidak
berkepentingan dibolehkan dan dihalalkan mencerobohi dan merubah ajaran-ajaran
asasi mana-mana agama! Tindakan campur tangan sebegini wajib ditolak, bukan
sahaja oleh pemerintah, malah oleh sekalian rakyat jelata, khususnya
masyarakat beragama di Malaysia.
Yang menjadi isu di sini ialah
masyarakat Malaysia yang telah lama menerima persepakatan untuk menjadi
warganegara Malaysia, juga telah menerima hakikat bahawa agama Islam adalah
agama rasmi Persekutuan Malaysia manakala agama-agama lain bebas dipraktikkan
di dalam batas sempadan negara ini. Mana-mana usaha untuk meremeh dan
menafikan fakta dan hakikat sejarah ini pastinya mengundang kontroversi dan
bantahan. ABIM merasakan adalah tidak bijak untuk kita merungkaikan kesemua
atau sebahagian dari mana-mana butiran Kontrak Sosial yang telah disepakati
ini yang telah hampir 50 tahun membina masyarakat
Malaysia.
Azizuddin Ahmad Setiausaha Agung Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) Kuala Lumpur, MALAYSIA 3 Mac 2005
Wassalam,
Haslinda-Notts
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
| Would you give Hope to a Child in need? |
| |
![]() |
|
|
| |
|
|
![]() |
Yahoo! Groups Links
|