Jumaat lepas semasa turun masjid setelah selesai solat Jumaat saya
melewati sebuah kereta salah seorang ahli jemaah. Pada bahagian
bawah pintunya tertulis perkataan dan logo kereta Mitsubishi yang
cantik dan kemas. Setelah meneliti kereta itu didapati ianya bukan
kereta jenis Mitsubishi. Kereta itu sebenarnya kereta nasional Gen
2. Setelah melewati bahagian depan saya lagi terkejut kerana logonya
diganti dengan logo Toyota. Kata hati saya inilah cita rasa Melayu.
Nak kata tuannya tak patriotik pun tidak kerana dia beli kereta
nasional. Desain kereta ini hebat agaknya baginya. Kalau tidak
kenapa dia tak kereta Mitsubishi atau Toyota saja. Tapi nampaknya
dia tidak boleh terima jenama tempatan. Yang penting baginya mesti
jenama luar baru ada class! Demi Allah ini cerita benar yang saya
lihat. Sekarang sama-sama kita renungkan apa beza dengan cerita
sosej usus babi. Makan roti canai ada kelas? Makan nasi lemak ada
kelas? Makan tose ada kelas? Tidak. Yang ada kelas ialah makan
burger, hotdog, makaroni, pizza, cis, dan sebagainya.
Saya dilahirkan sebagai anak kepada pejuang kerana arwah saya aktif
menyokong kemerdekaan. Saya anggap diri saya anak merdeka kerana
saya dilahirkan tahun 1952 dan semasa tahun 1957 saya juga
melaungkan 'Merdeka' walaupun masa itu saya tak mengerti apa-apa.
Saya amat benci penjajah dan penjajahan. Tapi saya amat tidak faham
kenapa minda orang-orang muda Melayu sekarang begitu mudah dijajah.
Selera mereka juga mudah dijajah. Jawapan kepada kehairanan ini
ialah kejahilan mereka. Jahil, bodoh, dungu dan berapa jenis adik-
beradik istilah ini subur dalam roh mereka kerana malas cari ilmu.
Usahkan ilmu agama yang boleh disangkah oleh orang-orang seperti
Just Lee Na, ilmu fasal makanan pun mereka jahil. Tahukah saudara-
saudara bahawa daging hancur (burger/sosej-hotdog), peanut
butter, kulit roti dan kerak nasi atau makan hangus seperti pizza,
minuman dalam tin dan sebagainya ialah pembunuh senyap dan punca
kepada sebahagian dari penyakit kenser. Saya akan menulis bukti
saintifik mengenai dakwaan ini esok.
Sekian. Terima kasih.
Pak Abu,
Sg. Petani.
http://www.asabart.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/