Cuti-cuti Melayu adalah satu cerita yang menarik untuk direnungi oleh kita Bangsa Melayu.Apa yang di lihat dan di amati ada kebenarannya dan di akui oleh ramai orang melayu sebernanya.Malah juga di kesali oleh bukan bangsa Melayu.
Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah nasiab sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. Begitu juga pakar motivasi selalu mengatakan tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita untuk berubah kalau kita tidak mengubah diri kita sendiri.Semuanya bermula dari diri sendiri.Usah kita mencari silap orang tapi cari lah silap diri sendiri.Kalau masing-masing cuba berubah dan menerima teguran secara terbuka Melayu akan berubah.Tapi mesti ada yang mahu berubah. Melayu akan hilang di dunia kalau Melayu tidak mahu berubah. Selamatkan Bangsa Mu bermula dengan diri mu Wallahu alam. --- "anjang bin awang awang"@yahoo.com wrote: > Cuma satu jea nak, tanya penulis yang dah berjalan > sehingga 5 negeri. Apa > yang dilakukannya kearah membaiki nasib bangsa > Melayu???????? > > >From: Rozali Abdullah Reply-To: > [email protected] > >To: [email protected] > >Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] CUTI-CUTI > MELAYU > >Date: Mon, 6 Jun 2005 01:22:10 -0700 (PDT) > > > >Saudara orang Kedah memperkatakan tentang sikap > orang Melayu di 5 negeri > >yang saudara lalui. Orang Pahang? Orang Pahang > pemalas. Ini diperkaui > >sendiri oleh pensyarah saya orang Melayu Pahang. > Katanya orang Melayu > >Pahang malas kerana banyak tanah. Lepas kerbau > banyak-banyak. Masa nak duit > >tangkap kerbau dan jual. Silap beliau cakap > silaplah saya. Orang Kedah juga > >pemalas. Datanglah ke Sungai Petani. Cuba cari > kalau restoran dan kedai > >runcit Melayu. Yang ada cuma ada milik Melayu > Mamak. Kalau ada yang > >berniaga makan pun warong tepi jalan. Lebih sikit > kedai makan ala Thai > >milik Melayu Pattani. Ini belum lagi bisnes lain > yang lebih besar. Kalau > >ada pemaju Melayu mereka ambil tender sahaja lepas > itu sub kepada > >kontraktor bangsa Cina. > > > >[EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED] > >wrote:good article to share! > > > >Nurazura Suria <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Bacalah kalau nak tahu....... > >CUTI-CUTI MELAYU > > > >Baru-baru ini penulis sengaja mengambil cuti > setelah beberapa minggu > >tidak dapat bercuti dengan sebenar-benarnya, > walaupun di hujung minggu. > >Cuti yang pendek itu, lebih tepat dikatakan sebagai > cuti untuk memandu > >pergi dan balik ke Kuantan, bukannya cuti untuk > berehat di Kuantan. > >Walaubagaimanapun, penulis tidaklah terasa sangat > penatnya kerana > >penulis memang suka memandu jauh-jauh, tenangkan > fikiran sambil > >menikmati pemandangan. Lebih-lebih lagi, penulis > sebenarnya hanya ingin > >lari sekejap dari memikirkan soal kerja. > > > >Bermula dari Kedah, penulis memandu melalui Perak, > bermalam di rumah > >saudara di Kuala Lumpur kemudian ke Kuantan, Pahang > dan tinggal dua > >malam di sana. Tujuan? Tidak ada tujuan sama > sekali. > > > >Perjalanan balik pula, penulis melalui Cherating, > terus ke Kuala > >Terengganu > >(PAS) kemudian masuk Kelantan (PAS), melalui > Jalanraya Timur Barat, > >tembus ke Baling (PAS) sebelum melalui Lunas (ADIL) > untuk pulang ke > >rumah penulis. Penulis telah berhenti di beberapa > tempat sekadar untuk > >menikmati pantai yang indah sepanjang Terengganu > dan ada kalanya penulis > >juga berhenti untuk membeli belah dan makan. > > > >Sengaja penulis menekankan tempat-tempat 'jajahan' > pembangkang itu di > >sini kerana penulis teringatkan satu kain rentang > di Terengganu mengenai > >Seminar bertajuk "Ke Arah Mengekalkan Kemenangan" > dengan 'penampilan > >khas', Wan Azizah. Mata penulis terpaku ke arah > tajuk itu kerana penulis > >tak dapat membayangkan bagaimana mungkin terdapat > rakyat yang menyokong > >golongan ini yang hanya memikirkan tentang kuasa > atau kemenangan dalam > >pilihanraya? Secara nyatanya, seminar itu > menunjukkan yang memang itulah > >satu-satunya matlamat mereka berpolitik iaitu untuk > berkuasa dan untuk > >menang semata-mata. Bagaimana kehidupan rakyat dan > ke mana arah rakyat > >hendak dibawa, bukan soalnya. Hala tuju agama, > bangsa dan negara juga > >bukan soalnya. Soalnya hanyalah menang dan kekal > menang! Penulis > >menggelengkan kepala mengenangkan bagaimana > mudahnya bangsa Melayu > >terpedaya oleh mereka. > > > >Fikiran penulis tidaklah pula hanya berkisar soal > politik sepanjang > >perjalanan tersebut, malah politik hanya menerjah > ke dalam kepala > >penulis selama beberapa minit (terutama bila > terlihat bendera UMNO lebih > >banyak dari bendera PAS di Terengganu) berbanding > beberapa jam > >perjalanan yang bagaikan tiada penghujung itu. > > > >Seorang wanita penjual baju-baju batik santai yang > menyapa penulis di > >sebuah kedai di Cherating telah menarik perhatian > penulis. Ini kerana > >loghat Amerikanya yang pekat dan tidak bertepatan > dengan penampilan > >dirinya yang 'sebiji' seperti Minah Ganu dengan > baju kurung lusuhnya dan > >tudung sederhananya. Setelah membeli belah sambil > berbual dengannya dan > >juga orang-orang sekeliling, penulis mendapat tahu > yang dia berbangsa > >Jepun dan menetap di Amerika sebelum jatuh cinta > dengan lelaki > >Terengganu ketika melancong ke sini, lalu terus > menetap di sini. > > > >Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru, apa yang > penulis ingin kongsi di > >sini ialah cerita orang-orang sekeliling tadi > bahawa wanita > >Jepun-Amerika-Terengganu inilah yang memberi idea > untuk mereka berniaga, > >membuka chalet dan juga menjual pakaian selain > mengusahakan batik di > >kedai yang sempit itu untuk tontonan pelancong - > sekadar untuk perubahan > >dan menambah pendapatan. Terus saja fikiran penulis > terkenang betapa > >bangsa kita tidak mampu mengubah atau meningkatkan > taraf hidup sendiri > >tanpa idea dari orang lain. Ini kerana idea hanya > datang dari > >pengetahuan manakala pengetahuan hanya datang dari > pembelajaran, > >pengalaman ataupun pembacaan. Sedangkan bangsa kita > tidak suka belajar, > >membaca, jauh sekali mengembara atau meneroka. Lalu > bagaimana mungkin > >akan datangnya idea? Bagaimana mungkin boleh > mengubah keadaan hidup dan > >pemikiran? > > > >Pendapat penulis ini dikuatkan lagi apabila penulis > berjumpa dengan > >sepasang pelancong Amerika yang menjual minuman tin > untuk mengumpul wang > >untuk pulang ke negara asal mereka. Kedatangan > mereka dengan wang yang > >hanya cukup untuk datang tetapi bukan untuk pulang, > adalah sekadar > >mencuba atau memperjudikan nasib untuk melihat > negara orang. Penulis > >memang telah lama ingin mencuba sesuatu seperti > ini, iaitu mengambil > >risiko merantau ke negara orang tanpa persiapan > rapi, tetapi sehingga > >kini masih belum berkesempatan. Apa yang penulis > lihat ini penulis > >ceritakan pada rakan-rakan sepejabat apabila mereka > bertanya apa penulis > >buat semasa cuti 'panjang yang pendek' itu? Namun, > cerita penulis > >tentang sepasang pelancong tadi rata-ratanya hanya > mengundang pendapat > >bahawa ianya adalah perbuatan gila dan tak masuk > akal. > > > >Penulis kesal, kerana ini memperlihatkan peribadi > kebanyakan bangsa > >Melayu ialah tidak mahu susah-susahkan diri. Mereka > tidak ingin mencari > >pengalaman. Mengembara adalah perbuatan gila. > Mereka impikan yang > >hebat-hebat belaka, semuanya ingin menjadi ketua, > ingin sentiasa dalam > >keadaan selesa. Tinggal di dalam pondok kerana > mencari pengalaman > >seperti sepasang pelancong tadi adalah gila. > Meneroka hutan belantara, > >melihat orang asli dan tinggal di sana beberapa > hari tentulah lebih gila > >lagi. > > > >Bukanlah penulis menyatakan yang semua orang perlu > mempunyai minat yang > >sama iaitu mengembara tetapi mentaliti yang sama > ini === message truncated === Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
