Agaknya mereka gunakan model reverse-psychology tak? Tapi saya tak 
setuju ianya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan apatah lagi kalau 
kerajaan yang agama rasmi nya islam. Lain lah kalau ianya nak menjadi 
seperti turki moden.

Kerajaan tak boleh laksanakan reverse-psychology secara terbuka kerana 
boleh mengelirukan rakyat. Siapa lagi nak lindungi rakyat kalau bukan 
kerajaan?


ruzaihan.junit wrote:

>Assalamualaikum warahmatullah...
>
>Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
>bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
>sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
>Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
>keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin
>& orang2 yang beramal soleh...
>
>Sebak rasanya hati ini mendengar keputusan cabinet untuk meneruskan usaha
>pemberian kondom, jarum suntikan dan dadah gantian secara percuma kepada
>penagih2 dadah di seluruh Malaysia. Walaupun mendapat tentangan yang cukup
>hebat dari tokoh2 agama, ahli akademik dan orang ramai, kerajaan tetap
>tidak berganjak dengan keputusan mereka bahkan berhajat mempercepatkan
>lagi.
>
>Inilah lambang sebuah kerajaan autokrasi yang bongkak, sombong, ego dan
>kepala batu. Dengan berlandaskan alasan keadaan sekarang sebagai darurat,
>mereka membenarkan suatu perkara yang pada lahirnya nampak ok tapi jika
>dikaji sehabis mendalam akan lebih membawa banyak kesan keburukan dari
>kebaikan. Apa lagi kita golongan marhaen yang boleh lakukan? Hanya tentang
>dengan selemah2 iman…
>
>Seperti lawak lelucon, Dr. Chua Soi Lek mengatakan pemberian kondom dan
>jarum suntikan percuma ini lebih menjimatkan. Ia didakwa menelan belanja
>hanya 100 lebih juta ringgit manakala kos rawatan bagi pesakit AIDS
>melibatkan belanja hampir 600 juta ringgit. Lawak, kan? Seolah2 kaedah ini
>gerenti menjadik. Barisan cabinet kita perlu dihantar ke Worst Case
>Scenario Institute la gamaknye.
>
>Betul, kalau dengan pemberian kondom dan jarum suntikan percuma nih benar2
>berkesan, maka AIDS akan berhenti tersebar dan kos rawatan akan turun ke
>tahap sifar. Tapi bagaimana kalau tidak menjadi? Kos rawatan tetap
>meningkat ditambah pula kos kondom, jarum suntikan dan dadah gantian nih
>pulak. Jimat ke? Berapa ramai yang berkesedaran nak menggunakan peluang
>ini?
>
>Persoalan di sini ialah kesedaran. Akhirnya, kerajaan akan terpaksa
>mengeluarkan belanja untuk mendidik golongan ‘peracun diri’ ni untuk
>membentuk kesedaran mereka. Maka kerajaan pun akan membuat kempen2,
>mencetak poster2 dan bermacam2 lagi semata untuk menyedarkan mereka untuk
>tampil dan mengambil inisiatif dengan menggunakan ‘pemberian2 percuma’ ini.
>
>Kempen, poster dan lain2 sme tuh kan didikan? Bagi saya lebih mudah. Mereka
>yang dah dijangkiti nih kita pantau. Mungkin dengan cara kuarantin atau
>mungkin kita boleh catatkan pada MyKad mereka bahawa mereka
>penghidap/pembawa HIV/AIDS. Untuk setiap urusan termasuklah perkahwinan,
>bukankah kita perlukan MyKad? Lagipun, setelah tertulis pada MyKad,
>bukankah senang untuk orang lain periksa? Kan?
>
>Dan bagi yang belum dijangkiti, kita boleh beri didikan yang sempurna. Dan
>tiada didikan yang lebih sempurna melainkan kembali ke ajaran yang dibawa
>oleh Nabi Muhammad saw. Jika semua orang berpegang kepada agama,
>insyaAllah, tidak ada remaja kita yang akan terjebak dengan najis dadah.
>Apatah lagi dengan seks rambang. Dengan itu, bukan setakat kos rawatan
>jadik sifar, dapat jimat duit beli kondom lagih.
>
>Pemberian kondom dan jarum suntikan percuma nih seolah2 sebuah kempen dari
>kerajaan untuk para remaja kita untuk menggunakan dadah dan mengadakan seks
>rambang. Dah la dulu anak bekas pemimpin kita pernah cadangkan halalkan
>pelacuran. Supaya pelacur2 tuh tak rasa malu nak buat pemeriksaan darah.
>Skang camnih plak. Ape yang ade dalam otak dorang nih agaknye?
>
>Saya sedih. Amat sedih. Kampung Melayu, JB adalah sebuah kawasan maksiat
>yang amat terkenal. Saya sendiri mempunyai ramai kawan2 dari zaman kanak2
>yang kini telah bertukar arah menjadi mat gian sepenuh masa. Saya cukup
>memahami mereka kerana saya selalu lapangkan masa berbual2 dengan mereka
>tanyakan bagaimana boleh jadik begitu dan macam2 soalan.
>
>Yang saya pasti mereka semua adalah golongan yang tidak mempunyai
>kesedaran. Mereka tidak benar2 kisah dengan apa yang telah, sedang dan akan
>terjadi pada diri mereka. Bagi mereka, yang paling penting, hidup mesti
>happy. Kepala mesti goyang. Lain2 gua taknak tau. Kalau saudara2 semua tak
>caye, boleh pergi jumpe dan tanye mereka sendiri.
>
>Jadik hal yang paling utama di sini ialah dengan memberikan bukan sahaja
>mereka semua bahkan setiap seorang rakyat Malaysia kesedaran bahayanya
>penyebaran HIV/AIDS ini. Berikan mereka pendidikan agama yang secukupnya.
>Dengan pendidikan dan pengetahuan agama yang sempurna, remaja kita takkan
>berkehendak kepada dadah. Malah tiada lagi perzinaan. Bukankah ini jalan
>terbaik menyekat ‘kemaraan’ AIDS?
>
>Kita sering mencari jalan keluar yang kita sangkakan mudah dengan
>meninggalkan jalan yang Allah ‘kirimkan’. Sedangkan jalan termudah ialah
>jalan akidah yang Nabi saw telah sampaikan kepada kita sejak 1439 tahun
>yang lalu. Mengapa masih ingkar? Mengapa masih tertakluk kepada jalan kufur
>yang akhirnya hanya membawa kepada barah yang lebih parah? Ya Allah!
>Berikanlah hidayahMu kepada kami semua…
>
>Inilah bukti kesombongan barisan pimpinan kita. Bukan sahaja kes ini. Juga
>kes2 lain seperti kes PLKN dan BI untuk Math dan Sains. Mereka enggan
>menarik balik arahan mereka semata kerana rasa ego mereka dan malu mengaku
>kepincangan otak mereka dalam membuat keputusan. Atau mungkin juga pembekal
>kondom dan jaum suntikan adalah kroni Dr. Chua atau Pak Lah? Wallahu’alam.
>
>Lebih memalukan, kerajaan seing menggunkan alasan ‘atas permintaan orang
>ramai’ seperti penggunaan M-16 untuk pelatih PLKN. Ntah siapa ‘orang ramai’
>yang Dato’ Najib maksudkan saya tak tau. Yang saya tahu melalui undian sms
>di Bulletin Utama, kebanyakan rakyat Malaysia secara puratanya menolak
>penggunaan senjata tersebut. Mungkin pada mereka suara cabinet ialah suara
>rakyat. Itulah yang dinamakan ‘veto’.
>
>Sehingga hari ni, saya masih beharap cadangan ini dihapuskan. Saya masih
>berharap kerajaan nampak kesan sampingan yang lebih besar dari kesan utama
>berkenaan kes ini. Saya tiada upaya hanya mampu menentang dengan selemah2
>iman. Semoga dengan posting ini akan terbangkit sedikit sebanyak kesedaran
>dikalangan kita menentang idea ini. Semoga Allah memelihara generasi kita
>yang mendatang.
>
>Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
>akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,
>
>Wassalamualaikum warahmatullah…
>
>
>
>Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di
>[EMAIL PROTECTED]
>
>
>--------------------------------------------------------------------------
>
>All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
>any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
>otherwise. 
>
>If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a 
>daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change 
>your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with 
>the title "change to daily digest".  
>Yahoo! Groups Links
>
>
>
> 
>  
>






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke