Assalamualaikum;

Pada semua, sesuatu utk difikirkan.

Noor


Title: MENCARI CINTA PROGRAM YANG MENCARI KECEWA LELAKI

Posted By: ladyice (NuR, LyNn) 
Posted On: Tue, 02 Aug 2005 08:13:14 AM

Pengenalan:
Program realiti TV3 terbaru iaitu Mencari Cinta yang memaparkan sembilan 
lelaki merebut untuk menawan hati seorang gadis semakin hangat diperkatakan 
di kalangan peminat rancangan Realiti Tv. Jadi dekat sini sebagai penonton 
program realiti ingin membuat sedikit komen atas rancangan tersebut yang 
sememangnya kita ketahui meniru akan program dari negara barat. Begitu juga 
dengan program realiti televisyen yang lain seperti Mentor, Akademi Fantasia, 
Audition yang sememangnya lebih kepada hiburan kosong semata-mata. Rakyat 
Malaysia hari ini lebih kepada membicarakan isu pitisan dan hiburan semata-
mata tanpa lebih membicarakan isu yang lebih mendatangkan faedah kepada 
pembangunan akhlak.

Berbalik kepada Mencari Cinta awal-awal lagi saya mengatakan bahawa program 
ini sebenarnya tidak ada matlamat dalam sebuah rancangan. Jauh sekali 
mendatangkan kebaikan pada pihak penonton ataupun mereka yang terlibat.

Mencari cinta ini sebenarnya tidak tepat dengan tajuk utama iaitu istilah 
mencari cinta tapi lebih kepada mencari kecewa lelaki. Saya mengatakan di 
sini ialah lelaki-lelaki yang masuk rancangan tersebut lebih kepada mengejar 
sesuatu yang tak pasti dan seolah-olah pasrah kepada jodoh sehingga sanggup 
mempromosi diri dalam tv dan menjual maruah sebagai seorang lelaki. Berebut 
dan mengejar seorang wanita yang sememangnya kita tak ketahui apakah 
sebenarnya keistimewaan yang ada pada dia dan adakah beliau memenuhi ciri-
ciri seorang wanita yang patut dijadikan isteri. Sedangkan dalam AL Quran itu 
sendiri telah menggariskan beberapa perkara yang sememangnya menjadi ikutan 
golongan lelaki dalam mencari jodoh.

Saya bersyukur sangat kepada peserta pertama dulu yang menarik diri awal-awal 
lagi. Sudah pasti dia tak mengalami rasa kecewa, putus asa, dimalukan serta 
menjatuhkan maruah seumur hidup. Tapi kepada lelaki yang memasukinya dan 
tersinggir sudah pasti merasai saat kekecewaan ini. Mereka berhempas pulas 
menandingi satu sama lain semata-mata memikat gadis yang dikenali dalam 
televisyen semata-mata. Gadis yang saya lebih katakan kepada pasrah dalam 
mencari jodoh sehingga masuk televisyen jual muka semata-mata mencari suami 
semata-mata umur juga telah lanjut. Jadi kepada lelaki saya nak tanya 
perempuan macam inikan yang kamu semua nak dijadikan bini.

Soalan ini saya rasa tak perlu saya tanya pada diri anda sendiri tetapi cuba 
tanya dahulu pada ibu bapa atau kaum keluarga anda. Memang apa yang kita 
nampak semuanya lebih memuji satu sama lain tapi hakikatnya kita tak tahu 
lagi situasi sebenar di belakang kamera. Lagi satu saya nak ulas peserta tu 
dinilai sebagai anak yang baik tapi kenapa dalam ramai-ramai adik-beradik dia 
tu dia seorang je yang tak bertudung, berambut merah dan berkuku panjang. 
Layakkah dia membasuh beras menggunakan kuku untuk menyediakan nasi kepada 
seorang suami. Saya bukan nak menjatuhkan maruah sesiapa tapi kena fikirlah 
sewajarnya sebagai insan yang dikurniakan akal baik lelaki atau perempuan 
tersebut atau pihak penganjur program realiti ini.

Yang nyata keluarga dari pihak perempuan pula seolah-olah diistilahkan lebih 
sudu dari kuah tanpa mengetepikan atau tak sedar bahawa cinta yang sebenarnya 
adalah cinta yang berputik dari hati. Dua hati bersatu menjadi satu diikuti 
rasa kasih dan sayang yang mendalam. Cinta juga lahir dari hati dan bukan 
paksaan kaum keluarga. Keluarga sibuk bertanya macam-macam sehinggakan si 
peserta yang bernama Azhari tak sempat menghabiskan hidangan. Tapi kaum 
keluarga kita lihat bahawa pinggan mereka sebenarnya sudah licin. Begitu juga 
kaum keluarga telah membuat penilaian mereka dalam tempoh waktu yang singkat 
saja. Melebalkan orang tu macam ni orang! tu macam tu. Orang ni peramah, 
orang tu sopan dan macam-macam lagi. Sibuk juga membicarakan fasal keluarga, 
fasal pekerjaan dan sebagainya. Apa dia ingat anak dia tak ada masa depan ke 
kalau berkahwin dengan salah seorang dari mereka. Lepas tu siap buat cabutan 
macam nak beli nombor ekor lagi. Siapa tak berkenan dia akan singkir. Siapa 
yang memenuhi ciri dia akan ambil tanpa persetujuan sejati dari pihak wanita.

Jadi dengan sini jelas pihak lelaki sengaja diperbodohkan pihak perempuan 
atau pihak penganjur sendiri apatah lagi dengan tak disangka SMS penonton 
tetap menjadi trend kepada program yang berbentuk realiti. Saya nak tanya 
kepada penonton yang sms tu. Apa kaitan sms anda dengan soal jodoh mereka. 
Buat apa undi sedangkan tidak ada

faedah walau sedikit pun yang saya nampak. Jauh sekali mengenali mereka 
semua. Bila dah sms tu sudah tentu pihak penganjur kan yang dapat untung. 
Pihak penonton yang sms tu apa yang dia dapat. Kalau dapat mana-mana lelaki 
dalam sembilan orang tu kira baik le tapi sebaliknya.

Cuba kita lihat bagaimana perasaan lelaki yang dipuji, disukai, dilayan 
dengan baik oleh pihak perempuan dan kaum keluarga dengan sebaik-baiknya 
tetapi kesudahannya dipecat juga dengan pelbagai alasan tertentu yang tak 
masuk akal semata-mata nak mencari yang terbaik antara sembilan lelaki 
tersebut. Jadi saya nak tanya nak mencari yang terbaik di sini dimaksudkan 
ialah kalau kita nak mencari yang terbaik sudah pasti kita bertanyakan pada 
diri kita sendiri(perempuan tersebut) baik sangatkan diri anda yang sebenar. 
Kalau baik dan terbaik sampai sembilan lelaki berebut kenapa anda tidak 
berkahwin sampai mencecah umur 40.

Dunia hari ini kita sedia ketahui bahawa kaum wanita melebihi jumlah kaum 
lelaki. Jadi kalau sembilan wanita mencari satu lelaki itu dah kira boleh 
diterima le. Tapi dalam hal ini telah bertukar kepada sembilan lelaki mencari 
satu perempuan. Dan pada perempuan tersebut apakah anda telah habis cara 
dalam mencari jodoh. Dan adakah anda bahagia dengan puluhan mulut kaum 
keluarga memilih dalam mencari lelaki yang dianggap terbaik itu.

Cuba bayangkan betapa hancur hati seorang lelaki bila cinta ditolak oleh 
seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Hanya mereka yang mengalami semua 
ini akan merasai akibatnya. Sudah tentu lepas ini akan mewujudkan perasaan 
dendam, kecewa, sedih, menjatuhkan maruah kaum lelaki seolah diri ini tidak 
setanding digandingkan dengan wanita tersebut hatta mana-mana wanita sekali 
pun sehingga dibuang begitu saja tanpa adanya kebaikan tertentu. Yang nyata 
keburukan lebih bertandang. Jadi lelaki yang dibuang ini sudah pasti terus 
dibelenggu dengan perasaan rendah diri kerana cinta mereka telah ditolak 
secara terang-terangan dan disaksikan berjuta rakyat Malaysia. Sudah pastinya 
lelaki yang ditolak secara diketahui umum ini akan membuatkan wanita-wanita 
kat luar juga tidak mendekati lelaki ini kerana lelaki ini pernah ditolak dan 
dikecewakan wanita tersebut. Dan sudah pasti memandang serong kenapa lelaki 
ini ditolak. Kalau dah ditolak sudah pasti akan menimbulkan perasaan negatif 
dan mengakui lelaki tersebut tidak mendapat tempat di hati wanita dan kaum 
keluarga . Jika ada pun wanita-wanita kat luar meminati lelaki ini juga sudah 
pasti atas dasar kepopularan lelaki tersebut masuk tv sebagaimana penonton 
memuja Mawi, Zahid, Jacquelin Victor dan sebagainya atas dasar penilainya 
dalam sebuah program realiti tv yang lebih memaparkan realiti kebaikan dari 
realiti keburukan..

Dari minggu ke minggu satu persatu lelaki akan dikeluarkan begitu saja. Jadi 
dekat sini lapan hati lelaki akan kecewa. Bila dah kecewa sudah pasti mereka 
tidak mempercayai wanita lagi dan membuatkan dia semakin takut untuk mencari 
jodoh dan bercinta dengan mana-mana wanita. Ini membuatkan mereka rasa kecewa 
dan tak nak mencari cinta lagi jauh lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam 
masa terdekat.

Kepada kaum lelaki saya nak tanya apakah tak ada cara lain lagi dalam mencari 
seorang wanita. Di mana sifat lelaki anda sehingga menyuruh orang lain 
mencarikan jodoh untuk anda. Apakah perasaan anda dan kaum keluarga anda bila 
anda ditolak oleh seorang wanita yang sememang kita kenal bukan sepopular 
Siti Nurhaliza, secantik Aiswarya Rai jauh lagi bertutup aurat seiras Wahida. 
Jauh sekali wanita itu dari kalangan kerabat diraja atau golongan hartawan. 
Begitu juga jauh sekali kita nak bezakan semulia dengan insan yang bernama 
Siti Khadijah atau Rabiatul Adawiyah .

Apakah yang membuatkan anda semua masuk program ini semata untuk mencari 
glamor, atau mempromosi kaum keluarga, mempromosi tempat kerja dan majikan. 
Atau sememangnya menjual maruah anda sendiri atau melahirkan kekesalan diri 
anda lagi tewas dengan seorang wanita. Apa moralnya gadis itu terpilih. Dan 
yang nyata apakah anda yang hensem, yang memiliki pekerja tetap dan hebat ini 
tidak mempunyai kekasih hati. Apakah pula wanita yang dianggap sopan, baik 
pada keluarga itu tidak mendapat jodoh. Itulah hakikat sebenarnya yang perlu 
penonton tahu.

Kesimpulannya pihak penganjur mengatakan tidak semestinya diakhiri dengan 
perkahwinan. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan nak diakhiri dengan 
apa lagi. Nak diakhiri dengan kecewa kaum lelaki atau perasaan megah seorang 
wanita kerana ramai lelaki meminatinya. Jadi kalau tak diakhiri dengan 
perkahwinan sudah pasti program ini sebenarnya telah lari dari tajuk asal. 
Jika program ini menyediakan 10 lelaki dan 10 perempuan dan mereka mencari 
jodoh masing-masing rasanya itu dianggap lebih manis dan berkesan dalam 
mencari jodoh bukan semata mencari kecewa lelaki.

Yang pasti di saat tv3 memaparkan program realiti tv Bersamamu yang 
membuatkan orang ramai menangis kesedihan kerana mengenangkan kemiskinan kita 
pula disogokkan dengan perasaan kecewa dalam mencari cinta. Waktu siaran pula 
adalah selama satu jam tapi program Bersamamu itu yang merupakan rancangan 
terbaik, memberi manfaat, berkesan pula dalam tempoh tak sampai setengah jam. 
Jangan terlalu leka dengan program realiti tv sehingga apa yang dipaparkan 
tak memberi faedah langsung kepada semua penonton.

Banyak lagi rasanya rancangan yang perlu diketengahkan dalam mencari penonton 
tertinggi seperti memaparkan atau mendedahkan isu kelakuan aib remaja 
berpasangan atau tak senonoh di tempat terbuka, rancangan keinsafan atas 
kesalahan besar dilakukan dalam hidup seseorang seperti membuat temu ramah 
rancangan yang memaparkan tentang keinsafan, taubat atau rancangan luahan 
orang cacat, yatim piatu atau yang memaparkan isu hari-hari terakhir seorang 
pesakit AIDS, seorang yang akan dijatuhkan hukuman gantung atau rancangan 
yang memaparkan isu kenapa seseorang ibu bapa yang tua ditinggalkan di ! 
rumah Seri Kenangan. Rancangan lebih kepada berbentuk pengorbanan dan kasih 
sayang yang sebenar.

Saya yakin rancangan yang saya maksudkan ini akan mendapat penonton dan 
disukai ramai kerana ia adalah sebuah rancangan realiti yang sebenar-benarnya 
daripada program realiti lain yang lebih kepada hiburan kosong semata-mata 
dan hanya sebuah lakonan dalam pentas teater. Yang pasti rancangan yang 
dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih sayang dan keinsafan daripada 
kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang 
penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah 
haluan hidup yang tak pasti.

 
--
This message is intended for the recipients named above. It may contain 
confidential or privileged information. If you are not the intended recipient, 
please notify the sender immediately by replying to this message and then 
delete it from your system. You should not read, copy, use, store or circulate 
this e-mail whatsoever.

Disclaimer:
Internet communications are not secure. While every reasonable effort has been 
made to ensure that this communication has not been tampered with, Salcon 
Berhad and it's associated companies cannot be held for any alterations made to 
the contents of this message. If you wish to receive a hard copy of this 
message for comparison or should you require any form of confirmation of the 
contents of this message, please contact the sender.






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke