korang buat demo pun , minyak ttap tak akan turun..
kenapa mesti demo,
sedar tak korang ini adalah ujian Allah..
kenapa korang tak mampu nak hadapi..
kenapa mesti nk bantah, bantah, bantah,
kenapa mesti tak gandakan usaha, cari duit lebih..
asyik nak tunggu orang bagi je,..
kalo MELAYU asyik mcm ni, sampai bila2 pon tak maju..
percaya la.
 
aku seorang pelajar di salah sebuah kolej kerajaan di Kuantan,
aku bekerja part time di sebuah kafe cyber dgn gaji Rm200 sebulan,
dan aku membuat perniagaan direct selling secara part time..
aku redha dgn kenaikan minyak..
kerana itu adalah tanda kita perlu beruasaha lebih lagi, keran negara kita tdk mampu lagi untuk memberi subsidi..
negara jiran lain lagi mahal harga minyak nya....
 
kepada penulis dan orng MELAYU yang lain, jgn asik nak bantah, bantah, bantah..gandakan usaha...
Allah tak akan beri ujian yang berat , jika hambanya tidak mampu untuk menanggung..
 
 


[EMAIL PROTECTED] wrote:
Asslammu’alaikum,
 
Kalau kita nonton sekali imbas jumlah penonton yang hadir dikonsert-konsert percuma anjuran KERAjaan dan swasta, begitu ramai sampai puluhan ribu dan kebanyakan mereka adalah dari golongan Melayu yang boleh dikatakan 100% muslim. Semuanya ralit and khayal mengikut alunan musik oleh idola-idola mereka. Kalau bab hiburan, tambahan lagi kalau percuma……kalangan mereka ni sanggup datang dari segala pelusok rantau, ada yang sanggup bermalam dibawah embun, dikaki lima, dibangku-bangku awam atau pun tak tidur  pasal asyik berdengung memanjang baik dengan dadah maupun arak. Semuanya ni amat memudaratkan, lebih lagi anak-anak muda.  Dikepala mereka ni tak ada apa nak difikirkan, baik masa depan maupun masa kini, asyik -asyik hiburan, keseronokan dan khayalan.  Rosak…rosak! Ini lah harapan KERAjaan yang mau rakyatnya rasa seronok saja sampai bila berdepan dengan masalah-masalah nasional pun, rakyat jenis ni tak perduli langsung. Sogokan beginilah yang selalunya menimpa rakyat yang bernama MELAYU tapi masih belum sedar dan ramai juga yang masih tidak mahu sedar betapa mereka diperbodohkan KERAjaan sampai tahi terpalit dibatang hidung pun masih boleh memberi senyuman yang menawan.
 
Alangkah eloknya jika mereka ni adalah sebahagian dari peserta-peserta demonstrasi membantah kenaikan minyak
yang saban minggu diadakan di merata tempat dinegara ini. Malu saya melihat sokongan demonstrasi yang diberi oleh
rakyat-rakyat negara asing kepada penganjur demonstrasi dinegara mereka kalau dibandingkan dengan sokongan
yang kita dapat dari rakyat kita. Oleh sebab itu agaknya, berita TV arus perdana tak siarkan keadaan demonstrasi
disini, mereka cuma tunjukkan betapa hebatnya demonstrasi dari luar negara. Mereka malu sokongan yang diberi
rakyat Malaysia atau pun mereka mahu menunjuk bahawa disini rakyatnya baik-baik, toleransi, taat setia dan
berdisiplin bukan macam rakyat Korea, Thailand, Perancis dll. Di Malaysia, negaranya aman, makmur dan harmoni
dan tiada demonstrasi.
 
Hairan, hairan….KERAjaan Barisan Nasional yang bersandarkan Islam Hadhari!
 
“MASA UNTUK PERUBAHAN!”
 
- ALEXJAL ZABRIENSKI.

From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of syed dahij
Sent: Monday, April 03, 2006 6:55 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Bismillah [hidayahnet] Kami bukan penderhaka
 
Demo akan diteruskan kerana kami bukan penderhaka - Dr Hatta
PDF
Cetak
 
Mon | Apr 03, 06 | 10:58:40 AM
Oleh Ekmal Yusof TAIPING, 3 April (Hrkh) - PAS dan parti politik pembangkang serta NGO akan terus mengadakan demonstrsasi mega di seluruh negara bagi membantah kenaikan bahan api baru-baru ini dan menolak sama sekali tuduhan bahawa mereka adalah penderhaka.
 
Berdahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam ceramahnya dekat sini berkata, "Kami bukan penderhaka tetapi adalah wira bangsa dalam sebuah negara demokrasi bagi membela kepentingan rakyat terbanyak."
 
Beliau menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan mereka yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak sebagai penderhaka.
"Kami menentang langkah yang menyebatkan kehidupan sebilangan besar rakyat terhimpit akibat kenaikan harga minyak ini," kata Dr Hatta di Balai Kuliah Batu 6, Changkat Jering malam semalam.
 
Beliau menolak andaian beberapa pihak kononnya kenaikan harga minyak hanya menekan golongan kaya kerana mereka yang memakai kereta dan sebagainya.
"Orang-orang miskinlah yang paling banyak terhimpit kerana kenaikan 30 sen seliter ini amat besar kepada mereka yang menggunakan motosikal dan menggunakan motorbot untuk menangkap ikan di laut. Nilai RM1 kepada orang miskin amat besar seumpama nilai RM1000 kepada orang kaya macam mereka," kata Dr Hatta yang berjanji akan terus "Protes Sampai Turun" samada harga minyak atau Perdana Menteri yang turun.
 
"Orang-orang kaya tidak terasa apa-apa kerana mereka banyak wang, RM1,000 itu hanya seperti nilai RM1.00 sahaja. Tetapi bagi mereka berpendapatan rendah dan miskin nilai RM1.00 adalah sangat berharga seperti RM1,000,"ujarnya.
 
Beliau berjanji akan terus menganjurkan demostrasi bagi membantah kenaikan inin dengan demonstrasi mega walaupun telah ditangkap bersama dua anak-anaknya baru-baru ini.
Dr Hatta dan dua anak gadisnya ditahan kira-kira lima jam di penjara Pudu minggu lalu selepas ditangkap kerana menyertai demonstrasi di perkarangan KLCC anjuran MTUC. 19 yang lain turun ditangkap bersama beliau dan anak-anak.
"Saya harap semua orang akan turun demo dengan aman. Jangan buat gila-gila bila berdemo. Biarlah kerajaan saja yang gila kuasa," kata beliau.

Beliau turut mengingatkan anggota polis langkah membantah kenaikan harga minyak ini untuk kebaikan mereka juga kerana ia memberi kesan kepada semua pihak.
"Kerajaan bukan jaga kepentingan anggota polis pun. Lihatlah dengan cadangan pelbagai suruhanjaya itu. Jadi berilah kerjasama kepada kami," kata Dr Hatta.

To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke